Bismillah..
Di tempat kerja (sekolah) kami rakan seperguruan adalah rakan sepermainan di pejabat, sebat menyebat, kutil mengutil, tepuk menepuk tu fenomena biasa.
pagi tadi di sekolah,
pungkoq punggung jaja kena sebat dengan rotan oleh seorang rakan guru. adeh, berbisa!
dengan pantas jaja pon balas sementara rotan jaja memang wujud di depan mata. heh ;p
lantas kami terketawa hingga berdehit bunyinya. memang buruk, macam baghal
hahah
memang seronok. sekali sekala bercanda, maklong lahh kerja kerja cikgu ni stress memanjang ;p
jaja ada terdengar rakan cikgu yang menyebat punggung jaja tadi sempat mengomel, katanya;
"mungil!!"
"eleh..dia pon mungil!! haha" cepat jer jaja menjawab ;p
kami ketawa dan ketawa lagi. sambil masing masing bergerak hilang menuju ke kelas
.
hahah! cis dia kata punggung aku mungil
padahal jaja berbaju kurung. fine, kemungkinan besar baju dah sempit, kain baju kurung tu mengecut selepas di basuh, err atau mungkin jaja sudah gemuk..err
adeh, jaja tepuk dahi, takleh jadi, aku kena perkuatkan usaha dalam senamrobik. heheh
tu kes pakai baju kurung, pon bentuk punggung boleh dikesan. bolehkah anda bayangkan kalau jaja menyarungkan badan jaja dengan
peplum???
ehh apa tiba tiba masuk bab peplum pulak neh
peplum yang tiba tiba masuk kepala jaja.heh
apa itu peplum????
pelam kah? plumbum kah?
peplum adalah trend fasyen baju terkini berkeadaan ketat di atas dan mengembang di bawah. macam kat bawah ni
fine fine foiinnneee... jaja tak nafikan memang cantik fesyen begini, terserlah bentuk body, b**** dan tidak keterlaluan menonjolkan bentuk punggung
tapi
tapi..tapi...
still tidak mengikut syariat. selalu je nampak adik kakak makcik kat luar memakai peplum. mana yang badan kurus cekeding tu memang takde masalah since baju tu nampak longgar and just nice
tapi untuk badan yang gebu, berisi, berlemak, berlipat lipat, bumper pulak macam buah pear (mengata diri sendiri nampak) memang BURUK
astaghfirullahalazim..sorry sorry. jaja tak berniat nak mengata kamu. jaja remind diri sendiri sebenarnya, tapi memang mata ni annoying kalau tengok.. kau tutuplah dada dengan tudung sekalipun, still nampak bentuk badan..haih cane nak explain eh
sorry laaa kakak adik sekalian kalau jaja over ekspres pasal pakaian dalam entry ni..ampun ampun!
yang penting objektif jaja tercapai iaitu jaja baru sedar yang jaja memang tak sesuai pakai peplum, lagi laa kalau materialnya lycra atau kain jenis bergetah. mungkin kalau material dari kain yang betul betul tak melekap di badan, tebal dan of course labuh, baru jaja boleh fikirkan untuk membelinya! ;)
sekian
babai, assalaamualaikum!
psssttt..tutuplah aurat yaa kawan kawan.. kasihan suami kita, kasihan ayah kita..
psssttt lagi, pakailah apa pon depan suami, tak apa..nak bogel seksi pon tak apa, dapat pahala ;p
psssssttt lagi, nak beli peplum sehelai, buat baju tido ^__~