Home > Posts filed under akhlak
Dessert Pilihan | Bubur Cha Cha
By Cikgu Jaja™ on Friday, August 3, 2012 at Friday, August 03, 2012
TIPS | 12 Adab Malam Pertama
By Cikgu Jaja™ on Tuesday, July 17, 2012 at Tuesday, July 17, 2012
12 Adab Malam Pertama
Uncle Seekers, teman wanita direman 4 hari
By Cikgu Jaja™ on Thursday, July 5, 2012 at Thursday, July 05, 2012
Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.
Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog uncleseekers.blogspot.com itu.
Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, laporBernama.
Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak ketika dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.
Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.
Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.
Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.
Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.
Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.
"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya diTwitter.
MALAYSIA KINI
7 Rahsia Perkahwinan Menurut Pandangan Dato' Ismail Kamus
By Cikgu Jaja™ on Saturday, June 30, 2012 at Saturday, June 30, 2012
dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
Masjid | Wanita Haid Dan Akad Nikah di dalamnya
By Cikgu Jaja™ on Wednesday, June 27, 2012 at Wednesday, June 27, 2012
“Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita haid dan orang berjunub” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)
2. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan “Masjid”.
Usah pancing kalau tak bersedia..
By Cikgu Jaja™ on Sunday, February 26, 2012 at Sunday, February 26, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Jangan kumpulkan kebaikan engkau dalam bekas yang pecah
By Cikgu Jaja™ on Tuesday, January 10, 2012 at Tuesday, January 10, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Jangan kumpulkan kebaikan engkau dalam bekas yang pecah:
2) Engkau bersedekah kepada orang-orang fakir dengan harta yang banyak, tetapi engkau juga menghina mereka dan mengasari mereka.. {Janganlah kamu hapuskan sedekahmu itu dengan bermegah-megah dan cela-mencela}
3) Engkau berpuasa dan bersabar di atas lapar dan dahaga, tetapi engkau suka memfitnah, mengata, mencela dan melaknat orang lain.. {sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan berbuat dengannya, maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk meninggalkan makanan dan minumannya}
4) Engkau melakukan Qiamullail, berpuasa pada siangnya dan mentaati Tuhan, tetapi engkau memutuskan silaturrahim..
Sekali lagi.. Jangan kumpulkan kebaikan engkau dalam bekas yang pecah.. Bersusah payah engkau kumpulkannya, namun engkau membuangnya dengan mudah... Selamat bermujahadah!
fesbuk
Amah Hadapi Hukuman Pancung
By Cikgu Jaja™ on Wednesday, December 28, 2011 at Wednesday, December 28, 2011
Jaja & tutti frutti
By Cikgu Jaja™ on Friday, November 25, 2011 at Friday, November 25, 2011
ermm..rindu juga belog nie..rindu kawan2 semua..rindu nak membaca coretan kalian~ :)
pssttt..blogku pakweku. kehkeh
pssstt lagie..salam maal hijrah 1433 hijriah~ persefahaman asas perpaduan ummah :)
"Ini masalah mak saya.."
By Cikgu Jaja™ on Friday, November 11, 2011 at Friday, November 11, 2011
Sudah dua hari program sukantara di sekolah berjalan dengan jayanya. symptom belang di sekitar wajah dan pergelangan tangan semakin jelas. okay, aku semakin hitam. melamin kulit memekat setiap kali aku berdiri di bawah terik matahari..cuaca memang cerah dua tiga hari ini..lagi besh bila ada angin kuat menampar-nampar pipi. pheuww.. syok juga! memang elok bebenor bagi sesiapa yang berhajat untuk membuat majlis :)
sedang aku berseronok memerhati dan duduk menghadap keriuhan anak-anak malaysia, merehat-rehatkan segala muscles dan kaki yang kian melenguh, ada seorang murid datang mendekat. katanya:
"cikgu, kantin belum bukak ekk"
"belum lagik" jawab cikgu cool
"cikgu, panas-panas gini haus kan.."
"ghi ler minum.."
"tapi saya tak bawa air"
"haaa..masalah siapa tu.." *aku expect dia akan jawab itu masalah dia..tapi..tahu tak apa jawapan dia..
"ini masalah mak saya!! ngehh ngehh..." sempat dia menyengih sekupang dua
"aaaaaa...." ternganga cikgu selepas terkezut tak sangka budak darjah satu boleh jawab mcm nie..bijak..bijak. cepat-cepat cikgu pass botol air pink kesayangannya. end
psstt..well i enjoy being myself.as a teacher. this's old good day im going to miss in the years ahead.



