Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Naik Angin

on Sunday, January 6, 2013

Bismillah

suatu hari jaja naik angin

sembang sembang dengan suami, cerita itu cerita ini

jaja: ish, sayang tengah naik angin ni tau takkkkkkk..grrrrr (dada kian pedih,panas.meluap luap rasanya)

suami: siapa suruh sayang naik angin..abang belikan keta tu, naik keta ja la... hehe

jaja: hoh..abang nie... tapi betul jugak, naik kereta aje la..nak naik angin pasal apa..hehe (subhanallah.hilang terus rasa marah :p)

geram bertukar ceria. kami gelak bersama. ehcehh

Allahu Robbi... kalau ini yang kau tetapkan dia adalah jodohku..kenapa aku tak bertemu dengannya lama dahulu...

Allah..

thank you Allah..thank you.. T__T



All is happened at the right time for the best to all.

you can just go inside your heart, and ask what it means for you, what you need to clean and filled with light and love energy

kadang kadang kita hadap perkara yang tak best atau berita buruk yang menimpa dengan amarah, dont let anger and temper beyond the heart.

please be calm

satu perkara yang aku belajar harini. be calm. dan hargai orang yang menyayangi kita. jangan nak hot tempered aje :p




Tag : , ,

Mak mertua dan sinki

on Monday, November 26, 2012



bismillah...

Allah..lama benar jaja x hupdate blog. lindu lindu! >__<
ekceli jaja was got no point..plus busy skt dgn knduri kedua jaja n suami kat kdah nie..rasa macam jadi pengntin basi jer..kikiki. rasa membazir pun ya juga..seriously,rasa buang duit..buat majlis kecil kecil pn habis beribu ribu :-\



eh eh back to the point. lari tajuk nie. jaja is now being at changloon, hampir sebulan di sisi suami dan mertua.err meaning hari hari mengadap mertua dan adik adik ipaq. alahai jaja bertuah sgt sbb dpt layanan class A. mereka sgt baik :-)



cuma, jaja msh lg dalam fasa nk 'adapt' diri supaya diterima dgn sng hati ketika mana jaja berinteraksi dgn mak mertua di dapur. meaning, bila di dapur tu,kami tidak berapa 'cope' la..of course jaja ada khilafnya. kdg2 menu dan cara memasak TAK sama seperti yg mertua inginkan. so dlm kebanyakan situasi,jaja lbih suka biarkn dia menguasai dapur. tangan jaja cuma berfungsi untuk memotong sikit sikit, mengacau kuah sikit sikit. ajak sembang sembang, gelak gelak sikit, okay lah kot..heh

mak mertua jaja amat menitikberatkn kebersihan sinki miliknya. apalagi...jaja takes for granted la. ;-) takkan nak lepaskn peluang mencuci pinggan since i dont have any skill of cooking! hihi
setiap kali ada pinggan kotor, jaja lekas lekas mencuci. maklum lah..tak reti memasak..dapat mencuci pun jadi lah.. :-P

oleh yang demikian, jaja akan terus berusaha menjaga kebersihan sinki mak mertua.kikiki
akhir kalam, salam muharram. semoga Allah lindungi hati hati kita dari hasad dan maksiat. salam rindu dan kasih dari jaja and suami buat mak di johor, adik beradik, serta kawan kawan sekalian.mmuah!



Published with Blogger-droid v2.0.9
Tag :

Jaja vs kain batik

on Saturday, October 20, 2012

Bismillah

gambar siapa ntah i gugel. pinjam ek.. 

Jaja nie bukan seperti yang kamu sangkakan..

ramai kawan kawan di luar sana fikir, jaja seorang muslimah yang ayu.. seperti perempuan melayu terakhir

in fact, jaja terkial kial kalau memakai pakai kain batik..boleh dikira dengan jari bilangan jaja berkain batik. okay..sangat memalukan. ini pengakuan berani mati.. malu T.T

dulu..pernah laa sebab mak suruh belajar pakai kain batik..mak ada buatkan kain batik berzip untuk jaja. hehe tapi tak lama amalkan berkain batik.. jaja selesa pakai seluar jenis cotton di rumah.

selepas berkahwin;

kakak: "ehh ja, kau pakai kain batik ker??? ahahaha..."

jaja: "akak nie..." T.T

walaupun selalu nak terlucut, jaja kuatkan semangat untuk terus memakai kain batik. suami turut beri galakkan dan semangat! haha

psssstt.. terfikir nak pakai kain batik dengan tali pinggang :p


Tag : , ,

Mengapa Harus Grand Livina??

on Sunday, September 30, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Jaja tak berapa tahu nak cakap pasal kereta.. but the facts were there. kalau tak tepat boleh gugel sendiri :)

ada satu spesis tunggakan di dunia, namanya Grand Livina. for the new version at this era's that the sticker of impul was just sticked on the boob.woha! tak la.. nama impul sebab ada ciri ciri sporty sikit..hewhewhew



mengapa memilih grand livina??

1. ciri-ciri keselamatan yang bagus as compared to others. which has ABS (Anti-lock) in it's break system. kalau perempuan jenis serabut tak tentu pasal yang memandu, insyaAllah.. kawalan kereta dengan break akan lebih selamat.

2. Sebab besar, luas, compact lantas sedap dipandu. bila drive rasa macam tak memandu pon. relax seperti sedang sedap-sedap duduk di dalam kapal torbang. melampau metafora tu jaja 

3. Sebab body yang cantik. the gorgeous body kit. kecantikan tu sebenarnya subjektif. macam jaja, jaja rasa jaja tak cantik, tapi suami kata jaja cantik. erk. iklan semata-mata.




in fact, masing masing ada cita rasa sendiri terhadap motokar pilihannya. tapi bagi kami suami isteri, the grand livina has the best looking revision la.. nampak sportier and sleeker than another MPVs. interior color juga cool..cantek.

4. Sebab penguasaan memandu yang best, Jaja pernah memandu kereta MPV pelbagai jenis. seperti alza, ezora, avanza dan serina. alphard je belum pernah. of course la semua tu bukan kereta haku.

Tapi memandu grand livina, suspension setup is slightly solid and the car handling optimised with less body and pitch at every speed. rasa padat.

6. Sebab kereta best, jalan jauh rasa best. maklum lah.. kami bakal merentasi lebuhraya utara selatan yang panjaaaang... johor-kedah

7. Sebab kereta luas, semua benda boleh diangkut sama. suami pattern suka bawak adik beradik yang ramai. suka bawak barang yang banyak. mak jaja pula pattern suka bekalkan makanan kerepek kuih muih bagai yang banyak. sepadanlah mereka berdua. :p

8. Sebab suami suka, jaja juga suka. ehh.. mula mula, yang berlaku adalah gurauan semata-mata:

"sayang, kalau ada rezeki nak beli kereta apa?"

"grand livina" (spontan. tak terfikir langsung mampu beli grand livina)

"tuudiaa...tak dak yang lagi mahai ka.." 

"hehe..tak la..main main je.."

kemudian, gurauan jaja diambli serious oleh suami. kata suami, takde MPV yang lebih okay dari grand livina setakat harini.

9. Sebab suami sayang isteri

"sayang, nak grand livina warna apa??"

"kelabu"


"okay.."


"erk! abang, biaq betui??" 


"betui la.. i love you"

"err.. lllovee yyouu tooo.." (ketaq bibir)

"tapi nanti nombor plat kedah nohh.."

"err..okay.." (sebak.baiknya laki aku nie ya Allah..)


untungla dapat suami baik hati.. thanks Allah.

"Abang, nanti sayang dapat bonus kita bayar sama-sama eh :) "

"ustaz azhar idrus kata, janji isteri tak boleh percaya.hahaha"

"abang nie :( "




Tag : ,

Bukan cita citaku cikgu..

on Thursday, September 27, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Arwah abah jaja adalah seorang cikgu pencen

malah separuh dari adik beradik jaja juga adalah cikgu

sekarang, jaja seorang cikgu comey,erk :p

teringat jaman kecil kecil dulu.. abah paksa kami adik beradik belajar pandei pandei.. supaya besar nanti jadi cikgu.

ada yang ingkar. ada yang akur. ingkar sebab mereka ada wawasan sendiri.. akur bukan takut, tapi berserah sahajalah.. mudah mudahan di hujungnya ada berkat.. perhaps, berkat menjadi guru :)

jaja dulu verangan nak jadi seseorang yang duduk di atas kerusi empuk di dalam bank. pahtu kira duit tebal-tebal




kalau ikut abah berurusan di bank, jaja merengek mintak abah dukung supaya pandangan jaja dapat melepasi tembok kaunter yang tinggi. suka tengok!




apa yang ada dalam hati jaja:

"waaa..bestnya kira duit banyak banyak..nak jadi macam orang tu abahh..."

situasi lain, jaja suka ikut abah cucuk duit kat atm machine. best. hehe

haish. kecil kecil sudah gemar dgn duit. teruk..teruk.. :p

tapi tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.

abah jaja dulu garang.fullstop. so jaja kena masuk sekolah menengah agama. ternyata jaja kehilangan kawan kawan sekampung sepermainan.. tak ada geng.  but later got more friends..bukan susah si jaja nak buat kawan baru! hewhew

sedih

tapi, bab kira kira tetap haku ungguli. alhamdulillah, skor jer mathematics!

Jaja masih ingat, jaja selalu conteng conteng dinding papan di rumah lama kami. kapur tulis tabah jaja curi ambil. geram tengok kapur berkotak kotak. lagi laa berwarna warni. bertambah gerraamm...aku mesti curi ambil satu. yang pink! hehe

ya Allah..nakalnya budak pompuan seorang nie..

Photo: admin pon xperasan formula ni...dlu admin diajar formula gna  tangan untuk sifir 9..hehehe..
SYA~

Konon konon, jaja jadi cikgu, setiap lajur papan mesti ada tulisan kapur ala thai. habis selajur, contiang lagi selajur. di hadapan ada murid murid yang ntah siapa. kosong. cuma sempat jaja tompokkan kusyen, jaja susun bertingkat selang seli secara vertikal. biar seimbang. baru selesa audien menonton. jaja memang lebih lebih berimaginasi. alahai..buruk perangai haku.. 

:)

itu imbasan masa lampau..

sekarang jadi guru juga. bukan pegawai bank yang mengira duit :)

best je jadi cikgu pon..

kadang kadang kita tak jadi seorang yang kita impikan.. tapi kita menjadi seorang yang kita biasa amalkan sejak kecil. 

tak apa, dengan menjadi guru, jaja semakin belajar tentang hidup.. belajar untuk memperbaiki hidup.. sekurang kurangnya jaja tahu kalau abah sudah ke liang lahad jaja harus terus titipkan doa dan amalan yang baik..

suami juga seorang guru..semakin lama semakin banyak yang jaja perlu belajar. terima kasih suami atas tunjuk ajar.. :)


jumpa lagi,  assalamualaikum

Tag : , , ,

Perjalanan #4 The Catchy of Kampung Lingkabau

on Thursday, September 20, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Tak mau cakap banyak. let images be the storytellers.


 err.. jaja nak cerita jugak..ini sedikit gambaran kawasan sekolah tempat bertugas suami #adly



Di sana, terlalu baaanyak tangga. stairs were everywhere. bukit bukau lah katakan


kampung Lingkabau.. ini dia





rumah buruk takpe, asal ada four wheel :p



kampung dalam hutan. syok kan..seram pon ada. err.. 

"sayang, nanti nak transfer mengajar kat sekolah abang kan.."

"abanggg..grrr" 

kuat menyakat.kuat gelak.itu suami jaja. (mengata suami,haku pon gelak kuat.ekeke)


sambung lagi. assalaamualaikum 





Tag : ,

Perjalanan #3 Ketaq Lutut

on Wednesday, September 19, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Sambungan jurnal dari SINI

Alhamdulillah..

Masih lagi tak percaya jaja sudah tiba di sini. jauh perjalanan

Jaja perhati sekeliling. gemar akan bau dedaun.. jaja tarik nafas dalam dalam. sekejap sekejap berangin hutan.  memang mendamaikan. mata sejuk ja..subhanallah

Apa apa pon jaja selalu berhati hati dengan setiap langkah. takut terserempak dengan si sssnaack lagi..takutt sangatt :/

alhamdulillahhhh..sampai jugakkk kita kan abang...

alhamdulillah..selamat datang sayang.. (dia buat muka. merah muka dia lepas ditanggalkan helmet. comelnyerrr :p)

eee..xpayah laa buat muka comel abang tu.. :p 

hehe.. (gelak je dia)


Jaja seronok laa.. lega rasanya bila punggung sudah turun dari scrambler tu. lega! cepat2 keluarkan phone. konon nak tangkap gambaq apa saja yang menarik.

Tapi

Apa yang terjadi...

Luluh jantung jaja..remuk bila tengok titi gantung nih.



Ianya sangat tinggi dan jauh. ada kepingan plywood yang berlubang lubang ditengahnya. memang ketaq teruih lutut. terjelepuk jaja 2 minit. bersimpuh sekejap di kaki titi tu..ya Allah..berikan aku kekuatan!

hahahahhaha...bangun lah sayang oiihh...

suami gelakkan jaja. cis!

cepat cepat jaja simpan phone dalam beg. bergetar tangan.

hahahahaha... 

suami gelakkan lagi! grrrr


(ini muka poyo. jangan percaya yang jaja sedang happy saat ni)

jaja gagahkan juga bangun, berdiri.. langkah pelan pelan.

hati hati sayang..jangan tengok bawah..awak tu gayat.. hahaha (digelaknya muka seposen jaja nie sambil dihentak hentak kaki. titi gantung sedikit terumbang ambing)

aaaa..awat titi goyang nih...aaaa abang jangan jalan dekat dengan sayang..nanti titi lagi goyanggg!!! (jaja jerit sampai nak terkeluar halkum)

hahaha..okay okay.. (sempat mengusik aku. dia sengaja gerak gerakan pemegang tepi titi tu! grrr)

penakut betui laa isteri abang ni..hahaha..budak budak sini main lari lari ja atas titi ni tau. hahaha

abang, diam! (bukan menengking. tegas sikit jer. jaja cuba mencari fokus sebenarnya)

hahahaha...

sungai tu lebar.. bila ada bot melaluinya jaja nampak bot tu kecik jer.. kata suami, sungai tu takde buaya sebab airnya tak tenang deras. tapi pernah makan manusia. erk. biaq betui

ketaq lutut aihhh... 

to be continued

bye

Tag : , ,

Perjalanan #2 Lingkabau, Here we come

Bismillahirrahmanirrahim

Tiga jam lebih perjalanan dari hotel sandakan bergerak ke daerah beluran belum terasa lagi lelahnya. senyap enjin myvi hitam mr.husband kadang kadang menderu membelah dingin subuh..

sayang, pakai jacket hitam abang tu. sejuk tau nanti..

tak mau..kalau sejuk peluk lengan abang jer..boleh?? ohh dengg..romantika sccchhweet de amor lah sangat si jaja nih :p

parkir punggung di dalam kereta, jaja perhatikan di luar tingkap kelam kelam alam subuh yang bakal muncul tak lama lagi.

Jaja berkira kira, macam mana laaa aku nak lari kalau terserempak si belang atau si belalai atau err..err..si sssssnack! ohh!! demam 2 saat

dalam kereta kami banyak bersembang. sempat singgah di petronas untuk solat subuh. area 4.30 pagi. ermm.. ada laa dalam 5-6 biji four wheel car.

jaja perasan, semakin jauh perjalanan, semakin dekat dengan kabus. ehh kabus ker awan ntah.. kitaorang redah aje.. makin lama makin mencondong..

husband kata, kita sedang melalui bukit ulaq ular. bukit ini jalannya sedikit merbahaya. di sebelah kirinya dinding bukit berbatu yang berselang seli dengan punca air. macam ayaq terjun gitu. cantiknya subhanallah.. di sebelah kanannya ada curam..err..okay..curam.. ohh patut laa berzig zag jalan tarnya..bizz bizz :p

sayang okay ka?? pening tak??

tak..sayang okay..cuma rasa nak terkucil ja :p

sayang tahan sat nohh..kat sini tak dak R&R 

hehe..abang nie..okay i try.. :)

sepanjang perjalanan di perbukitan beluran..it was very panoramic view of  dawn.real sangat! subhanallah!

setibanya dekat dengan persimpangan kampung lingkabau (place of work) , husband berhenti menukar kereta dengan scrambler. wow! jaja nak naik scrambler pulakkkk yeyeh (happy mula mula..tapi bila dah naik..tuhan jer yang tahu..sengal di sana sini.heh)



bermula dari gate utama/ jalan masuk ke kampung lingkabau, kami meredah 8 kilometer jalan yang dahsyat bukit bukaunya untuk sampai ke destinasi terakhir dengan scrambler biru di atas.

sekali, jaja terserempak dengan the black ssssnack. terus terpaku. menjejeh air mata di balik jacket suami. takuttt sangatttt...

coming up next, jaja akan paparkan sekeping dua gambaran di kampung lingkabau, beluran sabah.tunggu! sekian






Tag : , ,

Perjalanan #1 Sapaan angin Lingkabau

on Wednesday, September 12, 2012


Bismillahirrahmanirrahim
Jaja is now at kampung Lingkabau, Beluran, Sabah negeri di bawah bayu
The commitment of being wifey drives me here
Tu kat atas jaja tempekkan gambar sekeping. Well it shows a part of difficulties mr.husband saat dia bertugas di sini
Jaja di sini cuma untuk merasai sekelumit kesukarannya
Nant jaja hupdate cerita lagi. Kurang best menype dengan android.
Bye ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tag :

Alhamdulillah, Happily Married

on Saturday, September 1, 2012

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah.. happily married to the man i never expected 
dan dia sangat sangat sangat baik :)




psstt..tidur berbantalkan lengan.. :p

Tag : , , , ,

Belang saya sudah pulang :)

on Saturday, August 11, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

rentetan isu si belang saya yang hilang, DI SINI

sekarang dia sudah kembali :) thank you Allah. tak sempat sempat lagi nak snap gambar dia. sebab dia pemalu sangat.

pesanan penype, hargailah dia selagi ada.  rasa macam buat ayat karangan darjah tiga saja



psstt.. Dont Know Which Deeds Of Our Will Take Us Paradise. Ramadhan #23rd
Tag : , , , , , , , , ,

Pizza Hut to give away~

on Wednesday, August 8, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

ini rejeki namanya

sekali sekala bertukar selera..

beli se..percuma se.. :)


klik SINI print, dan dapatkan pizza anda :)

valid till 10th August. cuci tangan jer esok ye :)

pssttt...makanan free best kan..kenapa pahala free liat nak buat :)
Tag : , ,

Tak malu berdarah jawa

Bismillahirrahmanirrahim

aku bukan peribumi malaya

Akhir-akhir tahun 1800-an dahulu.. datuk kepada datuk punya datuk mampir ke penghujung benua asia..merentas lautan menjinjing harapan, mudah mudahan ada sinar baru bila tiba di tanah melayu nanti

diterokanya belukar.. semak pon habis ditebas. tali air dipanjang panjangkan

sesuai dengan hajatnya. membina sebuah penempatan. penduduknya beranak pinak.. 

beranak punya beranak.. sampailah emak melahirkan aku, si jaja yang comot :p

meneh..jaja kok reti ngomong jowo.. :)

(klik untuk paparan lebih besau)
di atas adalah perbualan antara jaja dan sedulur sedara, kira sedara pupu pupu lah nie

translation
ahmad fadzli: salam lebaran, bila kau akan bernikah?

jaja: opocot (terkezut sebab tiba tiba chat pop up)
nikah pada malam rabu.. 22/8

Ahmad Fadzli: oohh.. majlis kawinnya hari khamis

Jaja: ha a.. kad tak dapat lagi ker fadzli?

Ahmad Fadzli: tak perasan

Jaja: bila pulak kau akan bernikah?

Ahmad Fadzli: hari jumaat, 24/8

:)

Tag : , ,

Antara aku dan perutmu, siapa yang lebih penting???

on Saturday, August 4, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

peh peh. gamba hiasan kemain kau jaja

jam menunjukkan baki kurang 20 minit sebelum masuk waktu berbuka. si Jaja kadang-kadang mengada ngada. sajer nak tengok respon incik Tunang bagaimana..hew hew hew

Incik Tunang: Hellow, Assalamualaikum. bla bla bla bla (bahasa yang kami saja faham)

Jaja: Yo, Waalaikumussalam. bla bla bla bla..

Incik Tunang: okay, dah nak dekat berbuka nih. babai eh

Jaja: lerr..itu jer. emm lama lagi la nk berbuka

Incik Tunang: Ish, tak lama dah..okay babai

Jaja: taknak babai. ngeh ngeh ngeh

Incik Tunang: pasaipa pulak dia nih.. dah la, babai eh...

Jaja: saya atau makanan awak yang lebih penting?

Incik Tunang: makanan. hehe

Jaja: =.=" (the true face that do not has it's exact word)

Incik Tunang: ala kucie kucie. nak berbuka dah la.nanti sembang lain eh sayang. happy berbuka. kem salam mak. assalaamualaikum


pssstt...selamat berbuka puasa. lelaki yang jujur memang idaman setiap wanita. (kemain ayat kau jaja.. haha)
Tag : , ,

Dessert Pilihan | Bubur Cha Cha

on Friday, August 3, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Puasa puasa gini nafsu makan biasanya memuncak. tapi jaja tak seperti biasa, tak berapa lalu sangat nak mentekedarah orang kate.. :p tak tahu la ngape.. banyak pikior gamaknyer 

ini dia sejenis makanan berporin so-so

means boleh makan tapi jangan melahap :p
boleh kencing manis+darah tinggi


awal-awal ramadhan ritu
jaja: mak, teringin nak makan kuih manis-manis lahh
mak: gi la bazaar.. jangan beli macam-macam!
jaja: iyer..

sampai waktu berbuka
mak: kenapa tak makan kuih warna warni tu (kuih lapis+puding rainbow) ??
jaja: errr...
mak: jemput-jemput manis (cucur lemak manis) mak jugek yang kau makan
jaja: hehe....


Tag : , , , ,

Coretan Abah :)

on Saturday, July 28, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

lamanya tak updte entry. kadang kadang mood kita berubah..ikut cuaca..suasana..bagaikan fenomenon.. 

ini ma'thurat sughra..
zikir-zikir amalan Nabi SAW


Di bawah ini pula sedikit catatan dari arwah abah jaja yang dicoret di muka belakang ma'tsurat.. :)


"Hadiah daripada anakku Muhammad 'Akil Bin Bajuri pada hari Selasa 23 Rabi'ul Akhir 1426 H bersamaan 31 Mei 2005 M Mudah mudahan Allah Ta'ala memberkati usahanya. Amin.."

psstt.. 'Akil tu adik jaja.. in fact kebanyakan buku buku yang abah ada, abah sempat sisipkan coretannya.. bila dia sudah tiada, coretan itu sedia mengubat rindu anak anaknya.. Alfatihah..
Tag :

Red Velvet Cake

on Thursday, June 21, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Okay, this time for red velvet cake.hehe :) sengeh sampai ke telinga kau jaja..


It’s basically a chocolate cake with loads of red colouring in it. tu yang nampak unik.



Mmm mmhh, such blissfulness!  


Just in case you haven’t notice, kek Red Velvet nie trend la.. it's the cake these days and we certainly do understand why

 

cane nak buat eh..hehe jom2 tengok sini :)



psssttt..alamat tak muat laa baju kawen aku nanti :p

Tag : , , , ,

Jaja dan ujian talasemia

on Wednesday, June 20, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Tak. jaja tidak menghidapi talasemia.

Cahaya matahari macam marah. teruk juga menegang saraf jaja sebab kepanasan. waktu tu, jaja dalam perjalanan ke klinik kesihatan. buat ujian hiv untuk melengkapkan borang nikah

ntah macam mana sewaktu memandu, jaja terfikirkan sejenis penyakit darah, talasemia / thalassaemia (disebut telesmia) kegagalan anggota berfungsi dengan baik disebabkan darah yang tidak sihat, di mana kandungan sel darah merahnya yang kurang.

apa salahnya aku buat ujian talsemia sekali. alang-alang


"erm misi, boleh tak saya nak buat test untuk talasemia?"


"ada apa apa symptom ke??"


"takde.."

"ada keturunan??"


"takde.."


"ohh biasanya individu yang mahu jalani ujian talasemia ni.. ada keturunan or else setelah mendapat arahan doktor"


"oh yeke.. okay..tak apa.. emm just asking.. :)"


"okay, sekejap tanya doktor. kalau dia bagi then saya boleh tolong buatkan"


"okay :)"

few miniutes later..



"okay cik, sekarang saya nak amek sikit darah awak..tahan sikit ekk.. "

tup.. phheuww... sakit ler jugek T__T sebab urat jaja kecil.. tak jelas katanya.. darah pun liat nak keluar banyak..adeyy.. tipu..kata nak amek sikit.. T__T

"okay cik..siap. nanti kiteorang akan call awak for further dealings :)"


"okay..thanks misi"

-end-


psssttt..jaja gatal buat ujian talasemia.hihi. takpe kan..korang  buatlah ujian darah. lebih elok tahu cepat dari tahu tahu je sudah melarat
Tag : , , , ,

Dubuk bukan simbiosis

Bismillahirrahmanirrahim

dubuk atau nama saintifiknya hyena


kebayakan orang kurang gemar dengan dubuk. jarang-jarang kita dengar dubuk dijadikan maskot, ikon, logo dalam merealisasikan sesuatu yang baik dan +ve. 

dubuk hidup dalam kawanan yang ganas, gelojoh. fitrah yang Tuhan jadikan untuk spesis maging, ia diciptakan dengan mempunyai bunyi suara seakan-akan hilaian manusia, sehingga adakalanya kedengaran menyeramkan,

bila melihatkan kelompok manusia berdekah dekahan.. lantas bayangan haiwan maging ini menerjah fikiran. bukan mahu menyamakan. cuma mencuba mengamati dengan akal yang jernih supaya terdidik secara langsung.

dubuk ada musuh lagi ramai dari simbiosis


end

*****************

psssttt..jaja janganlah ketawa seperti dubuk. buruk tahu.. :p



Tag : , ,

Kek Pelangi

on Thursday, June 14, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

mimpi apa cikgu jaja ni post entry masuk kali ke empat! hehe..

im not a true cake lover. but look at tis.ups 'this'. ohh my english. hehe

 
haihh..does make my mouth water! meleleh..

i am now craving for tis rainbow cake.fullstop.




pssstt..dah makan tadik..err..nak lagi..

Tag : ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO