Showing posts with label 12 Adab Malam Pertama. Show all posts
Showing posts with label 12 Adab Malam Pertama. Show all posts

Life Bite #2 excuse me versus excuse more

on Sunday, June 9, 2013



bismillah

oh lapaq..

tengahari di changlun, mak mertua hidang ikan termenung rebus,sambal belacan dan sayur masak lemak

bagaimana mahu menahan dari melelehnya air liur tika perut rancak berdangdut??

benar, tak tahan lagi. terus terpanduk


oh si jaja terlupa bahawa dia bukan di rumah sendiri. behave jaja..behave!

bergegas disuanya pinggan beisi nasi kepada suami dan mak mertua. next, dia ambil tempat paling dekat dgn
tulang rusuk sang suami. ehceh

si suami letak lauk di atas pinggan si jaja. "abg tau syg lapaq.." si jaja ganti terima kasih yang sepatutnya diucap dengan senyuman paling cute.ehceh, dalam hati kata alahai suamiku..hang memang sweet! ^__~

si jaja malu malu makan. tapi bertambah juga nasinya :-P

usai mentekedarah dan mengemas dapur, si jaja mencari suaminya di dalam bilik. ambil bahagian
bersandar di sisi suami.

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut landing atas suami.ewah

"burrpp..alhamdulillah. eh tersendawa kuat pulak, excuse me"

Reflek si jaja konon sopan. maklum lah, isteri yg baik akhlaknya bukankah isteri dambaan suami
tapi syg, si jaja kurang pandai menyembunyikan tabiat 'tersendawa' yg terkadang besar gedabak bunyinya. for sure hodoh didengar!

si jaja kemalu-maluan.terus diungkapnya 'excuse me' tanda santun

ehh tetiba..

"prrooouuttt..." panjang, lantang dan tegas serta sedikit berirama bunyinya

desiran itu kedengaran laju dan sarat. di hujung bunyi itu seperti membawa muatan yg berat hampir hampir
saja bersepai isinya

hampagas muncul dengan haruman yg sangat unik

si jaja sebenarny sudah betah dgn haruman tadi. sebab tu dia tak cepat melatah, cuma sempat merenung biji mata sang pujangga hati. tenung penuh kasih sayang. grr

"ehh.err..excuse more. hehehe"

"aaaa. banyak la 'excuse more' abg!!!"  jerit si jaja. halus. manja.homai...

"hahahahaha.." gelak besar dia. sempat pulak cuit hidung titew.euuww

psssst..kentut suami itu indah. mind setting.mind setting :-P

yousaidthatyoulovemeandiloveusomuchtoo :)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Tag : , , ,

BFF solemnization

on Sunday, February 3, 2013

Bismillah

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu semua (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (sunnah-sunnahku),  nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosamu“. [Surah Ali 'Imran : 31]



pada malam 1 Februari lepas, kawan baik jaja adil mufti selamat bernikah

tahniah tahniah..

jaja datang lambat sikit, tapi sempat tunjuk thumbs up dan ucap good luck kat mufti.heh

jom tengok sekeping dua momen yang sempat di ambil





berdiri dari kiri: haida(isteri aiman), aiman, mufti, shu (isteri mufti), suwhyla busuk, azam (suami suwhyla)
separa duduk dari kiri: habibah(adik mufti), jaja dan suami jaja. ehh laki aku takde?? huwaaaa

kami semua kawan baik ;)

aiman, mufti, suwhyla dan jaja satu kuliyah di uia dulu. 

malam tu masing-masing bergambar dgn pasangan suami/isteri. tapi suami jaja di sabah. oh my.. sedih tahu T__T

nasib laa habibah ada. boleh jadi partner jaja.heh

akhir kalam, alfu mabruk. tahniah mufti. lawa bini kau.hiks


psssttt..gambar terbaru jaja nampak montel kan?? ya memang montel. berat jaja naik mendadak selepas kawen. sekian.





Tag : , , , , , ,

Keyword | Adab Malam Pertama

on Sunday, January 27, 2013

Bismillah

niat jaja post entry nie cuma nak hightlightkan keyword yang datang ke blog corat coret cikgu yang tak seberapa nie

cekedout


tengok tu..berapa banyak hits adab malam pertama untuk minggu ini. nampaknya mendahului keyword lain! 


di dashboard blog jaja pulak, humangaihhh... berapa ribu view da..

terang lagi bersuluh, makhluk celik IT banyak menimba ilmu di alam sebelah nyata iaitu internet!. bak kata orang tua, gogel aje! 

walaubagaimanapun, post mengepost entry adalah bergantung kepada niat kita..kalau niat buruk seperti menunjuk nunjuk, eksen, bangga diri, maka buruklah natijahnya, kalau niat baik seperti untuk berkongsi ilmu, memberi peringatan, memperbaik diri keluarga masyarakat dan bangsa, insyaaAllah ada ganjanrannya. kan?? :)


pssttt..kalau beginilah..adakah jaja harus mengutamakan jenis entry seperti malam pertama, seksualiti ataupon porno??? astaghfirullahalazimm.. jauhkan aku dari sebarang bentuk maksiat ya Allah

pssttt lagi..gugel menggugel haruslah berhati hati..kelak di akhirat jari jemari kita dipersoalkan apa yang telah engkau lakukan. selamat beramal. babai assalaamualaikum :)


Tag : , , , , , , , ,

Hukum Allah vs mentaliti manusia yang mengarut

on Saturday, October 20, 2012


Bismillah..

Aku bukan ustazah bahyah. neither ustazah masyitah nor those ustazah ustazah with highest level of  islamic studies and deep of iman.

di sini, jaja perlu untuk menulis sedikit. semoga mendapat pencerahan dari kawan kawan sekalian  untuk orang yang jahil seperti jaja..

ya Allah..ampunkan dosa dosaku..dosa dosa kedua ibu bapaku.. dosa dosa suamiku.. dosa dosa guru guruku.. dosa dosa kawan kawanku ya Allah...

******


sebenarnya jaja bengang, bengang dengan satu kes perkahwinan. hukum Allah diambil ringan sebab cinta.

kes di mana seorang  perempuan yang didesak dengan masalah hubungan dilarang orang tua, menurut saja kehendak hati asalkan dapat bersama insan tersayang. kononnya berkahwin atas dasar cinta kepada Allah, maka sanggup dinikahi dengan mengikut mazhab hanafi yang cuma bersyaratkan 3 rukun nikah ; pengantin perempuan, pengantin lelaki dan mahar.

situasinya;
1. pengantin perempuan bercinta sakan dengan pengantin lelaki yang mana seorang ustaz di sebuah ipta.
2. pengantin lelaki seorang yang bukan bujang.
3. pengantin perempuan merasakan pengantin lelaki adalah yang terbaik buat dirinya
4. ibu pengantin perempuan melarang perhubungan sebab pengantin lelaki sudah berkahwin
5. kedua dua pengantin terdesak untuk bernikah atas alasan untuk mengelakkan dosa dan maksiat
6. pengantin lelaki yang menganjurkan pernikahan mengikut mazhab hanafi

semasa mendengar permasalahan ini, jaja cuba bersabar.. bertenang sebaik mungkin (lagipun sedang memandu)

maklumlah..kuat mana emosi perempuan mcm jaja nie..semakin lama mendengar cerita kebahagiaannya, semakin tinggi tahap meluat jaja. (hipotesis jenis apa i pon xtahu)

akhirnya meletup juga amarah jaja..konon konon nak bagi cadangan dan berbincang dengan baik, tapi keadaan  berubah menjadi tegang bila jaja mengaitkan isu redho mak ayah.. air mata jaja laju mengalir. bercakap sambil menangis. menangis sewaktu memandu memang bahaya, tak nampak jalan! Allah... rasanya dalam hati nie mcm dihiris hiris!

"aku tak senang mendengar kebahagiaan kau"

back to the case

pernikahan mengikut mazhab hanafi, adakah sah??? jawapannya..jaja juga tak pasti. tak pasti sebab jaja tak tahu. jaja tak pernah belajar bab fiqhul munakahat secara mendalam.

apa yang jaja tahu..sebaiknya sebelum melaksanakan sesuatu diluar norma.. kaji dahulu kesahihannya.. kebenarannya mengikut Al Quran dan Sunnah.. bagaimana dengan pendapat ijmak ulamak.. telusuri undang undang negara dengan baik.. dapatkan maklumat maklumat lain dari jabatan agama ke ape ke.. jangan main redah aje!

sepatutnya si perempuan jangan mudah menerima.. kalau nak memulakan sesuatu yang baik, haruslah menggunakan jalan yang baik. bukan sewenang wenangnya memudahkan hukum untuk menyelesaikan masalah.

apa yang jaja nampak, masalah pengantin perempuan cuma satu iaitu ibunya yang melarang perkahwinan dengan orang yang sudah berkahwin.

hello... ibu bukan wali awak. wali awak adalah ayah kandung awak. malah wali mujbir!

dengan pengalaman ilmu yang tak seberapa nie, jaja berpendapat mungkin pernikahan yang dijalankan mengikut mazhab hanafi adalah benar, tapi awak harus kaji dan faham secara menyeluruh, bukan sengaja mempermudahkan hukum Allah dengan mengetepikan hak dan kuasa wali mujbir awak yang masih hidup.

banyak masalah lain akan timbul nanti.. setiap perkara berkaitan bakal menjadi sangat rumit

awak kata, pernikahan dengan mazhab hanafi cuma sementara, kemudian awak akan bernikah mengikut prosedur selepas  berjaya memujuk ibu awak menerima perhubungan tu.. awak ingat ibu awak akan terima dengan apa yang awak dah lakukan?? i think it would be worse.. eh ada pulak kawin "sementara sementara" ek..

kalau berlaku berlaku persetubuhan dan awak mengandungkan anak dari perhubungan tu sebelum sempat awak bernikah mengikut akta undang-undang nikah negara bergariskan syarak dan ijmak ulamak.. bagaimana??

katalah pernikahan awak tu sah walaupun tidak didaftarkan, bagaimana dengan status/taraf  perkahwinan untuk urusan urusan rasmi?? bagaimana pula kalau awak bercerai, adakah dengan semudahnya suami awak menceraikan awak?? Allahi...

fikirkanlah semula...

fikirkan wajah redup ibu dan ayah awak.. sebagai kawan, jaja juga tak sangka dan kecewa yang amat. apatah lagi ibu dan ayah awak.. dari kecil sampai cantik macam sekarang awak dibela, cukup makan dan pakai, cukup kasih dan sayang. sebab cinta awak sanggup membelakangi mereka. masa susah, ibu ayah awak yang tua itulah yang awak cari.. masa sakit, ibu ayah awak yang cerewet itulah yang menjaga dan merawat awak..

ingat kawan, redhollahu redhol walidain.. Redho Allah itu datang selepas ibu bapa meredhokannya... kalau sekarang awak boleh bahagia dengan suami kesayangan awak kononnya..masa akan datang kita tak tahu bagaimana hidup kita tanpa restu dan redho orang tua..

fikirkan pula masa depan awak, anak anak yang bakal lahir dari pernikahan awak tu.. tidakkah porak peranda dengan pernikahan yang ntah boleh atau tidak jika didaftarkan??? kalau tidak berjaya didaftarkan bagaimana dengan pendaftaran kelahiran anak anak?? persekolahan anak anak malah jalan hidup mereka yang dilahirkan bersama keraguan taraf perkahwinan ibu ayah mereka?? Allahu Robbi....

fikirkan juga alam barzakh yang sememangnya akan awak hadapi..alam akhirat yang bakal awak terima balas baik atau buruknya.. Allahu Akbar...

sebak, mintak diri dulu. assalamualaikum

Tag : , , , ,

Alhamdulillah, Happily Married

on Saturday, September 1, 2012

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah.. happily married to the man i never expected 
dan dia sangat sangat sangat baik :)




psstt..tidur berbantalkan lengan.. :p

Tag : , , , ,

TIPS | 12 Adab Malam Pertama

on Tuesday, July 17, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

12 Adab Malam Pertama

Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :
1.Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)
2. Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : “ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.
3. Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”
4. Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”
5. Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”
6. Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana — Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami—sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”
7. Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. ”
8. Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”
Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”
Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”
Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”
Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”
9. Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”
Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
10. Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw, ”… Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.
Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.
11. Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”
Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”
Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..
12. Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya. ”

Tag : , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO