Showing posts with label Tips | ‎8P Tip kebahagian rumahtangga oleh Ust. Siti Nur Bahyah. Show all posts
Showing posts with label Tips | ‎8P Tip kebahagian rumahtangga oleh Ust. Siti Nur Bahyah. Show all posts

Keyword | Adab Malam Pertama

on Sunday, January 27, 2013

Bismillah

niat jaja post entry nie cuma nak hightlightkan keyword yang datang ke blog corat coret cikgu yang tak seberapa nie

cekedout


tengok tu..berapa banyak hits adab malam pertama untuk minggu ini. nampaknya mendahului keyword lain! 


di dashboard blog jaja pulak, humangaihhh... berapa ribu view da..

terang lagi bersuluh, makhluk celik IT banyak menimba ilmu di alam sebelah nyata iaitu internet!. bak kata orang tua, gogel aje! 

walaubagaimanapun, post mengepost entry adalah bergantung kepada niat kita..kalau niat buruk seperti menunjuk nunjuk, eksen, bangga diri, maka buruklah natijahnya, kalau niat baik seperti untuk berkongsi ilmu, memberi peringatan, memperbaik diri keluarga masyarakat dan bangsa, insyaaAllah ada ganjanrannya. kan?? :)


pssttt..kalau beginilah..adakah jaja harus mengutamakan jenis entry seperti malam pertama, seksualiti ataupon porno??? astaghfirullahalazimm.. jauhkan aku dari sebarang bentuk maksiat ya Allah

pssttt lagi..gugel menggugel haruslah berhati hati..kelak di akhirat jari jemari kita dipersoalkan apa yang telah engkau lakukan. selamat beramal. babai assalaamualaikum :)


Tag : , , , , , , , ,

Tips | ‎8P Tip kebahagian rumahtangga oleh Ust. Siti Nur Bahyah

on Sunday, October 21, 2012

Bismillah

‎8P Tip kebahagian rumahtangga oleh Ust. Siti Nur Bahyah



1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Sumber: facebook



pssttt.. alhamdulillah..perkembangan yg baik dari sehari ke sehari..percutian jer belum lagi. kat mana abg?? apa??? korea??? oppaa...hehe :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tag : , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO