Showing posts with label Untukbloggers. Show all posts
Showing posts with label Untukbloggers. Show all posts

Keyword | Adab Malam Pertama

on Sunday, January 27, 2013

Bismillah

niat jaja post entry nie cuma nak hightlightkan keyword yang datang ke blog corat coret cikgu yang tak seberapa nie

cekedout


tengok tu..berapa banyak hits adab malam pertama untuk minggu ini. nampaknya mendahului keyword lain! 


di dashboard blog jaja pulak, humangaihhh... berapa ribu view da..

terang lagi bersuluh, makhluk celik IT banyak menimba ilmu di alam sebelah nyata iaitu internet!. bak kata orang tua, gogel aje! 

walaubagaimanapun, post mengepost entry adalah bergantung kepada niat kita..kalau niat buruk seperti menunjuk nunjuk, eksen, bangga diri, maka buruklah natijahnya, kalau niat baik seperti untuk berkongsi ilmu, memberi peringatan, memperbaik diri keluarga masyarakat dan bangsa, insyaaAllah ada ganjanrannya. kan?? :)


pssttt..kalau beginilah..adakah jaja harus mengutamakan jenis entry seperti malam pertama, seksualiti ataupon porno??? astaghfirullahalazimm.. jauhkan aku dari sebarang bentuk maksiat ya Allah

pssttt lagi..gugel menggugel haruslah berhati hati..kelak di akhirat jari jemari kita dipersoalkan apa yang telah engkau lakukan. selamat beramal. babai assalaamualaikum :)


Tag : , , , , , , , ,

Doodle Cikgu Jaja & Ikuh

on Friday, March 9, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone

tadaaa~!!!

kikiki.. tengok nie haa..cikgu terkezut kerana seekor tikus.sweet tayunk

anyway thanks hatikubaik untuk doodle ini. suke2 :)

in fact, jauh dari dalam hati, aku gembira..sangat gembira. kerana apa, kerana di dunia sebelah realiti ini, keakraban serta rasa kasihnya sahabat mengekori..di situ berlaku keajaaiban. ya aku selalu percaya pada keaiaiban. gelak tawa, sengal-sengal alam, kita selalu bersama. sedih menyedih momen yang biasa kita kongsi.. walaupun tebakan hacker mengakibatkan sengketa, kita terus utuh seperti dulu. aku bangga denga kita-kita semua.. :)

arghh apa kau bebelkan jaja =.="

hehe..abaikan bebelan ntah hape2 di atas ni yer..aku agak stress dengan keje ekceli.. malas betul nak project dengan sistem baru kementerian kita..sedikit give-up. hoho

mujur niat bekerja itu ibadah.semua akan okay.kalau nak fikir penat, bosan, mak aku lagi penat jadi suri rumah berpuluh tahun..tak pernah pon mengeluh. apatah lagi bosan.. kalau bosan ntah apa jadi dengan anak dara dia sorang nie.. :p


muka mohon pencen umur 26 tahun
hoho~

anyhow..sayang sekalian geng blogger sengal. friends mean the world to me.. smile if u smile, feel all the pain you do.. :) 


salam sayang dari ketua darjah



psssttt..entry cacamarba.takde point terjurus. hape laa..cikgu tengah sengal sendi. harap maklong =.="


Tag : , , , , , , , , ,

Assignment #1: siapa zaza

on Saturday, March 3, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone

Selaku Ketua Darjah Rasmi Geng Blogger Sengal, jaja ada esaimen:membuat entry mengenai blogger dari team GBS. meh kenal-kenal meh.. mempersembahkan pasangan blogger yang telah di'appoint'kan oleh Tok Ketua

memperkenalkannnn..


tadaaaa!!~~ 




heh.comey kan.. :)

blog cik zaza nie pon comey..eheh 

jom terjah!


Oleh kerana jaja sibuk meyapu kawasan sekolah serta mengelap segala permukaan yang ada, jaja tak sempat nak interbiu blogger cute ini. hehe

walaubagaimanapun, jaja sempat skodeng beberapa kesukaan beliau

antaranya..

k u c i n g !
nama si cantik kucing zaza ini adalah Is. 

lain2..zaza juga minat dengan kraf kain felt :) 

dia berangan nak buka kedai sendiri.. :)


cer tengok hasilnya..
sweetnya.. :)
ohhsemm
kalau jaja lah yang buat kraf felting nie..kalau tak tercucuk jarum, confirm tergeliat jari. kikiki

ok done! 
zzzZZzz

psstt...Tok.. bagi la A+
backlink kt tok double ni. kikiki 





Tag : , , , , , , , , ,

Promo| e-cerpen OMBAK DI JIWA #1

on Thursday, February 9, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Seperti yang  dijanjikan.. 

tadaaa~



baru siri pertama yang dikeluarkan, aku sudah merasakan auranya..aku juga merasakan kesungguhan si penulis..walau belum usai penulisannya. keep it up!

sayangnya, aku tak tahu macam mana nak buat sinopsis e-cerpen nie..since, jalan penceritaan masih kabur (baru siri pertama..ayie belum habis cerita lagi..hehe) namun aku yakin, kisah yang bakal ayie wadahkan ini berbaur perjalanan hidup yang hebat tetapi sukar, berkisarkan kehidupan.. ada kemelut bertandang..ada kejujuran yang di angkat..mengelus pasrah kala jiwa berdetak pilu..ahh apa aku bebelkan nie....sorry ayie, jaja memandai-mandai :p

apa pun, nantikan e-cerpen OMBAK DI JIWA yang bukan biasa-biasa, tampak klasik, lebih panas dan mengujakan dari PGGP




psstt...ayie, jaja xtahu kalau ada procedure tertentu untuk promo e-cerpen ayie nie..jaja buat apa yang mampu..

pssstt lagi..sakit kepala berulang2..Allahu yashfi..doakan cepat sembuh




Tag : , , , , , , , , , ,

Rehlah hidup bagi yang namanya manusia

on Friday, January 27, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

jumaat yang barakah..eh, dah hari jumaat..cepat betul masa berlalu..tak puas rasanya bercuti seminggu..err pemikiran yang tipikal..manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada..ye dak?

kalau imbas semula zaman kanak2 ribena kita..seronok sangat kot.. main-main.. makan sedap-sedap.. lari sana sini. mak kata, masa aku kecik2, rambut aku halus2..kalau tengok dari jauh mcm xdak rambut..keke. sekarang dah abes belajar..dah kerja dah pon..rambut pon menebal..lebih bijak menjaga dan merapikan rambut. buat treatment rambut seperti satu kemestian..heh


begini lah manusia..semakin lama semakin tua..semakin banyak pengalaman hidup, pahit manis maung semua dia lalui. tabah tak tabah je nak hadapinya kan.. cer tengok carta di atas, dinamakan "rehlah hidup bagi yang namanya manusia"..hampir saja semua manusia melalui perkara yang sama, rasa yang sama..akhirnya mati juga..cuma 3 benda yang di bawa semasa mati, iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh. 


jadi, apa yang perlu kita buat sementara izrail menjeling jeling kita 70 kali sehari nie??? enjoykan je hidup? bertenang tenang? 

teruja dengan status prof muhaya..biar aku kongsikan di sini ya.. 

"...Track amalan kita dgn journal. Bila kita sedar kita dah mula maka kita hidup dengan sedar bukan tanpa sedar. 95% tabiat kita lakukan tanpa fikir. 95% pililhan kita buat tanpa sedar. cara nak ubah ini ialah dgn sedar apa kita buat dgn tracking tabiat kita. contoh nya baca Quran dan solat tepat pada waktu mulakan amalan itu hingga jadi tabiat tanpa fikir. mulakan tabiat baca facebook yang baik dan fokus memperbaiki diri bukan nak perbaiki orang lai. Kalau kita mula tulis ttg orang lain kita tahu dimana fokus kita dan alangkah ruginya. mereka yang memperbaiki diri selepas 1 tahun jauh pergi nya dari mereka yang sibuk mencari kesalahan dan memperbaiki orang lain mereka tidak kemana keran kita tak boleh ubah dunia luaran jika kita tidak ubah dunia luaran. ambil tindakan ini dan lihat dimana kita 2013 dgn izin Allah. ula beri markah kehidupan kita dalam semua aspek dan ambil keputusan untuk ubah dgn mengambil tindakan celik mata dan reset minda"



psstt..in fact post entry untuk diri sendiri T___T


Tag : , , , , , , , , , ,

Pray On Time

on Friday, January 6, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Pray On Time



psssttt..bila sakit demam kita banyak berehat kan..rehat..rehat..solat..tido..makan ubat sambung tido balik..bila berehat kita berfikir pulak..kenapa laa boleh demam tiba-tiba nie..banyak dosa agaknya..masa sehat, sengaja atau tidak selalu aku melengahkan solat. masa sakit barulah terhegeh-hegeh nak mendirikan solat on time takut mati tak sempat nak solat.. so bad.. T__T belum masuk lagi bab ntah solat kita diterima ke tidak.. ohh urusan dunia bukan alasan..sendiri yang silap, tiada yang buruk datang dari Tuhan..

:)




Tag : , , , , , , , , , , ,

Fenomena geng blogger sengal

on Tuesday, December 27, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم


as salam and hye semua 

ini fenomena baru bagi cikgu jaja.. sejak join group GENG BLOGGER SENGAL nie..hari-hari aku gelak sambiel menekan-nekan pusat..adehh... :)



dengan ahli Qaryah yang mesra-mesra sengal..admin yang penyanyang-penyayang sengal..semua tu cukup membuatkan pankreas aku menjadi sengal ditambah dengan labtop berkuasa tinggi pon turut tersengal..oleh yang demikian..terpaksalah aku mencari pemandangan hijau-hijau alam di luar serta mendapatkan terapi bunyian sentimental, supaya hilang segala sengal-sengal..:p 


***************



psssttt..tengah cuti sekola boleh la menyegal..nanti dah busy dengan kerja sekola..mesti aku rindu rakan-rakan sengal sekalian... kehkeh

pssstt lagi, benar bagai dikata, ketawa menggelapkan hati..banyak-banyaklah istighfar :)

psssttt lah lagi, kadang-kadang kita perlu menyengal..


psssttt lagikk ..kalau dah klik link facebook group GENG BLOGGER SENGAL  tapi tak jumpa..boleh la cari group di fb nama GENG BLOGGER SENGAL :D





Tag : , , , , , , , , ,

GAME : Tag, Tanya dan Jawab

on Friday, October 28, 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone

afzal tag segmen!!whoa!! oii..afzal tag aku oii...sekali dia sudi,seratus kali sudi aku tadah oii... (budget dia celebrity femes la..ekeke) okay2..sorry zal, i cuma bercanda ria di kala senja tiba 4 jam lagi. thanks kerana sudi tag. haihh tak mahu lah terus menyengal mcm afzal walopun aku terkekek kekek juga gelak dengan kesengalan beliau. mari! aku nak jawab soklan dia selepas beberapa hari pending. now i got the time!

tara!!!



errr..sebenarnya aku kurang faham kehendak segmen ini. ape ntah yg afzal ndak. haha siyes  tak faham..dia jawab soklan dari sis92..pastu dia plak buat soklan..pastu tag plak..sebenarnya soklan yg mana satu yg nak kena jawab ni??? hahaha..

sebab aku rasa aku agak cool petang2 gini..dengan senang hatinya i try jawab soklan afzal tuh..haha. mak aihh..sikit sangat soklan tu zal..kurang banyak tuu...tambah la lagik..ekeke..


Apakah perkara yang paling korang benci?
ikuh (tikus)..in fact bukan benci tapi memang xboleh tengok... err...

Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan?
duduk diam-diam baca nobel, bukak tenet atau bersudoku. biasanya xkeseorangan.mesti cari kawan.. sebab tak berani duduk sorang2. agak penakut. ngehehee...

Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan?
banyak. tapi buat masa ni nak try la ubah mentaliti orang kampung tempat aku berkhidmat. they're too..too..isk..susah den nak explain 

Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan? Kenapa?
keluar dengan mak lagi best. sebab mak lebih pantas dan tangkas mengeluarkan not2nya..ekeke, xmenyempat dia...selamat poket eden..haha

Korang suka baca komik tak? Kalau ya watak apa yang paling korang minat? Kenapa?
tak minat.serabut tengok kartun sepah2. 

Korang nak pasangan yang macamana? (Selain beriman, hormat ibu bapa, bekerjaya bla bla bla - jawapan cliche)
pasangan yang boleh melawak dan cool dari segala aspek! ade?? meh datang rumah join kami family yang cool ini 8-)

Korang suka tengok cerita genre macamana? Kenapa?
yang ada cabaran. yang selalu buat aku sebut "whoa..whoa..." n yang buat otak aku selalu confius, curious. exclude yang mistik2 hantu2. memang jaja agak menyampah.. :)

Korang ni sensitif tak? Apa yang mudah menyebabkan korang terasa hati?
ermm ntah ek..xperasan sgt.. hehe. ianya jarang berlaku la. sebab jaja jenis flexible dengan pelbagai situasi. semua benda selagi nampak okay, jaja akan okay..tapi kalau yang melampau-lampau tu..yang menyentap jiwa memang sensitip! 

Korang terjumpa RM100, apa yang akan korang lakukan?
amek dan buang dalam tong derma di masjid

Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama?
nama pasangan saya adalah cik idah.. kira-kira 25 tahun bersama.. 

1st impression korang terhadap aku? Hahaha :D
afzal si dahi jendul. budak pandai nih :p






di sini jaja recycle balik soalan sis92..hahah..malas nak buat soalan baru..hahahahaha..jangan marah okay~ kehkeh
  • Nama sebenar awak dan nama manja dalam keluarga/kawan?
  • Bila diri sangat sedih atau teruja, siapakah orang pertama yang kamu kongsikan perasaan tu?
  • Umur awak dan hadiah hari jadi yang paling kamu sayang?
  • Jenama laptop yang kamu guna sekarang?
  • Hobi dan minat kamu?
  • Bakat terpendam dalam diri kamu?
  • Masih solo atau tidak..nyatakan sebab..
  • Kenangan waktu sekolah yang paling kelakar
  • Cerita kartun kegemaran?
  • Lagu  yang kamu paling benci?
  • Rakan blogger yang kamu paling suka dan kata-kata untuknya..berikan jantina berlawanan.

selamat bersegmen yer sohabat... :)



Tag : , , , , , , , , , , , , ,

Peringatan buat LELAKI

on Friday, September 30, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye everyone..

entry istimewa buat semua yang mempunyai "adam's apple"



Buat semua LELAKI: Aurat MEREKA, tanggungjawab ANDA!
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

untuk sang wanita pula,..tak dapat aku bayangkan balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnyadi atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupinya.. Dada yang sengaja ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan peha terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tak terkira.. Allahu Akbar.. 


***********

terkenang perbualan aku bersama kawan baek(lelaki), perbualan mengenai jodoh masing2.. dan katanya..
aku kalau nak cari bini, cerewet sikit..zaman la ni susah nak cari yang berstOkin. hehe

ermm...biasanya aku dengar lelaki mahu mencari isteri secomel siti nurhaliza, se'hot' Rozita che wan.. jarang aku dengar lelaki yang mempunyai taste begini.thumbs up kawan baek :)









infO: facebook
inspirasi: kawan baek







Tag : , , , , , , , , , ,

Peringkat maksiat

on Saturday, September 24, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam and hye fellow friends

mahu berkongsi sesuatu. ada beberapa peringkat maksiat:

peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. terasa wajah dan air muka diconteng arang. alhamdulillah. 

peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya

peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. terasa alah bisa tegal biasa. sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. MasyaAllah

peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Na'uzubillah



sebelum sampai kepada peringkat kedua dan seterusnya, jadikan resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. moga taat mengambil alih tempat maksiat.

friends, life is tOo short. kenapa desperate sangat nak bermaksiat di sana sini. haishh.risau aku. fikirkan azab kelak..fikirkan nasib di alam kubur pon sudah cukup.. jangan nak kata mati kubur lain-lain.. yang takde kena mengena pon akan disoal nanti..

info:solusi
Tag : , , , , , , , , , ,

Satu Malaysia

on Sunday, September 18, 2011

Salam and hye everyone

dah beberapa hari pending nak pOst pasal video clip nie. ada kisah kenapa aku beriya-iya nak post.. kisahnya semasa di sekOlah, relief time. aku rajin bagi wOrksheet.hehe. bukan apa..untuk pengukuhan  seterusnya untuk kebaikan mereka juga.. budak-budak tengah busy dengan lembaran kerja masing-masing. aku pula duduk di meja guru sambil menyemak buku latihan. tangan nie pegang pen merah..sekejap-sekejap aku ketuk balakang pen ke atas buku. kaki bersilang.santai lah kOnonnyer..kehkeh. 

tengah-tengah aku syOk menanda..aku terdengar budak-budak menyanyi..hoh. rupa-rupanya aku yang sedang menyanyi dan budak-budak tu ikut sekali aku menyanyi. kehkeh. 

okay, lagu tu memang sedap dinyanyikan. rentak best la.mungkin sebab aku dah biasa mendengar dan ikut menyanyi.lama-lama secara tak langsung terhafal liriknya. hehe


ballad version. ada banyak lagi version boleh klik SINI
selalu keluar kat astro ni.heh

suara student limkokwing nie pon not bad lah.. ohh lupe nak mentiOn. lagu nie dikompos dan diterbitkan dari Lim Kok Wing sound and music design academy. boleh klik SINI untuk ke laman berkaitan.

bukan promote.sekadar nak berkongsi. nyayian ni dan liriknya buat aku bersemangat sikit. kalau sebelum ni aku tak buat endah tak endah, lepas hayati lirik lagu nie, aku fikir sememangnya the spirit of nasionalisme and one Malaysia tu harus ada, untuk kemajuan fikrah, modal insan, jati diri dan rasa bangga menjadi anak Malaysia. perhh patriotiks lahs pulaks kans..heh.

kalau kita tengok in Islamic perspective pon, Allah menyuruh kita mengikat hubungan hati yang pertama kepadaNYA dan seterusnya kepada sesama manusia. "hablum minAllah.. wa hablum minan naas" so di situ ada sifat bersatu padu tak mengira bangsa dan warna kulit as long as we belong to Allah and we serve as khalifah in this world. kalau tak 'harmonise' kan hubungan sesama makhluk memang kiamat sebelum waktunya lah jawabnya.. hu~ 

ini bukan entry berunsur politic.cuma mahu berkongsi video clip yang buat aku tido pon mengigau nyanyi lagu nie.har har har




Tag : , , , , , ,

Rezeki

on Wednesday, September 14, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua

duduk-duduk di pangkin rumah. berangan, kalau lah dapat rumah landscape ala-ala rumah retis hollywood. tambah pulak garaj kereta diisi dgn kereta mewah. wow. shopping2 pakai spectacle hitam mata lalat, beli belah di pavvy..baru class. duit berkepuk sampai tak tahu nak beli apa.euuhuuu~  

itu rezeki namanya..sapa tak suka jadi kaya.



tuah manusia masing-masing. byk billionaire dah zaman sekarang. sapa tak kenal william gates billionaire pencetus revolusi mic.office tu. Warren Buffet si tokey textile. balut lah rumah ekau dengan kain, takkan luak harta dia.Mukesh ambani, tokey oil and gas. Lakshmi Mittal, si tukang besi jutawan. fuhh..kayO!~~ ramei yg berangan nak ikut jejak langkah depa kan.. ada jugak aku perhatikan rakan cikgu di sekolah, letak dalam purse/handbag nOta kecil bertulis "aku mahu jadi jutawan" kehkeh..bagus2..motivasi tu..kena bersemangat.ye dak?? 

rezeki datang dari Allah. Allah yang tentukan.Allah yang mencukupkan. Allah yang mengurangkan.Allah yang melebihkan.

bila kaya, mulalah rasa diri tu bongkak, hebat. pulun cari harta macam nak di bawa ke kubur. tu solat subuh tadi tak solat lagi tu. kehkeh. adoi laa..nampak kaya..tapi jiwa faqir..

malas nak bebel panjang, cuma nk ingatkan..dalam sekelip mata semua akan berubah kalau Tuhan mengkehendakinya. even satu saat dari sekarang pOn kita tak tahu apa yang jadi. hidup ke, mati ke, xdak siapa yang tahu. He knows best. sebab kat dunia ni manusia hidup bukannya lama pon. 70-80 tahun dah out. 

bersederhanalah. itu lebih baik. ekau lawyer ke. doktor ke, engineer ke, cikgu ke, semua sama. kodok(kawan baik) kata yang membezakan cuma amalan kita. sentiasa syukur dan jalankan amanah kerja dengan baik. tOksahlah buat benda haram jadah semata-mata nak merasa jadi kaya raya. esok-esok mati tinggalkan jugak..


pssstt..pokok kelapa kaya. penggunaanya yg pelbagai. jom buat ketupat lagi!!~~ keh keh




Tag : , , , , , , , , ,

Surat Terbuka Kepada TV3

on Friday, June 10, 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena.




Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

*************

credit tO mia. keh keh keh :p

Tag : , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO