Home > Posts filed under aku tak puja lelaki
Bismillah..
Qiamat dah dekat sangat agaknya..
sebaran Lillahi Ta'la. xde niat nak memburukkan. semoga mendapat kesedaran
Tak taw nak kata apa la. meluat ngat aih =.=
Tag :
abuse,
Agama,
aku tak puja lelaki,
Drama Sahara,
tv oasis
Bismillahirrahmanirrahim
Amboi jaja..tajuk entry kau panjang kemain. maklum lahh..dah lama tak menaip.tajuk punyalah panjang yer
Jaja malas nak bebel pepanjang ekceli.. tapi ada sesuatu yang patut diluahkan, kerana di sini saja port yang difikirkan sesuai untuk ditujukan isinya kepada orang yang berkenaan.
awal kalam.. dengan rendah hati.. mohon ribuan kemaafan kepada yang berkenaan. tolong maafkan.. nah..di sini segalanya akan diperjelaskan..kalau ditaipkan dengan teks pesanan ringkas ntah bila akan dihantar. type sedikit, delete segala hurufnya, type sikit lagi, backspace juga. sampai ke sudah sms tu tak jadi dihantar :|
begini, selalu dengar jodoh pertemuan ditangan Tuhan, seorang yang sudah lama bercinta sakan dan berjanji untuk untuk berkahwin tapi mereka gagal berkahwin dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. boleh jadi juga seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke akhir hayat juga dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Sebab tu jaja percaya dengan hasil istikharah kerana tempoh sebelumnya ada rasa bimbang dan ragu dengan pilihan jodoh. bukanlah bermaksud tidak berusaha dan menunggu sahaja jodoh tu datang, tapi jaja suka blurr dan tak fikir sangat pasal jodoh selepas patah hati beberapa tahun dulu.. bajet nak pikir pasal kahwin umur 29-30.
konon konon fikir tak mahu gelojoh dan fokus dulu dengan kerja. tapi macam - macam hal yang berlaku. ada saja yang menggigit perasaan. risau juga sebenarnya..risau dikatakan mengejar kepentingan perut dari kebahagiaan hidup dengan berumahtangga.
sebelum bertunang lagi sudah mulakan istikharah, sampai ke malam hari pertunangan dan sampai ke hari ini masih terus mohon pilihan yang tepat dan yang tertulis jodohnya. tak pernah pula pinta yang hensem rupanya, molek janggutnya, tegap bandannya, cukuplah yang boleh membahagiakan hati dan sojuk mato eden nengok aihh.. adalah ciri-ciri yang sudah dikategorikan ustaz azhar idrus. it's just fine.
cuma kejap-kejap, timbul curiga dengan hati & perasaan sendiri. soalan seperti "ehh betul ke jodoh aku dah sampai ni???" "ish..kenapa aku asyik teringatkan si fulan ni saja???" "Allah..kenapa si fulan nie selalu aku fikirkan.. " sampai tak larat dan kadang kadang merembes juga ayor mato nie ha... so bad :'(
itu kerja syaiton. ya syaiton
syaiton memang sengaja memporak perandakan..
setiap saat doa dipanjatkan, mohon hati dikuatkan.. mohon ketenangan ditenggelamkan dalam dalam..
pusing pusing dengan fikiran berterabur, jiwa bercelaru akhirnya titik positif dekat dengan si encik tunang.. susah payah pikior nangis-nangis bagai, jawapan positif juga berpihak kepada si encik tunang..mohon yang berkenaan faham akan keadaan ini..faham atas keputusan yang telah diuarkan..
sekali lagi, tolong maafkan si empunya hati kecil nie.. :'(
"Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku".
Terima kasih kerana membaca
harap yang berkenaan baca sebelum entry ini di'delete'
Tag :
aku tak puja lelaki,
Kisah cinta nabi yusuf dan zulaikha,
Love,
Personal
"Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.. begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.."
pssttt..cecey jaja..kui kui :p
Tag :
akhlak,
aku tak puja lelaki,
HiburanSebelumMati,
hikmah solat,
himpunan aksara,
hitam vs putih,
keikhlasan lelaki,
Kisah cinta,
kisah hidup,
lelaki dayus,
tanggungjawab lelaki,
tanggungjawab suami
Assalamualaikum and hye everyone..
MEROKOK Bukan Amalan ISLAM... Nak Tahu Kenapa?
Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan SYAITAN...!
✔ Membazir adalah amalan SYAITAN...!
✔ Merosakkan kesihatan diri, ditegah ISLAM...!
pssttt..gegel2 di luar sana terlalu hinginkan future husband yang tidak merokok..tapi yang bestnya, yang gegel sekalian taknak tu laa yang dia dapat. =.="
psssstt lagi..kadang-kadang kan..aku rasa..bile melihatkan lelaki itu sedang merokok, ia adalah aksi yang cool..puff pufff..heh..eh apa kena kaw jaja????
Tag :
aku tak puja lelaki,
bagaimana sakaratulmaut,
bahaya rokok,
berapa kilorokok membahayakan kesihatan,
cikgu gemok,
gay,
hikmah solat,
huduhnya merokok,
peringkat maksiat,
rokok
بسم الله الرحمن الرحيم
Rezeki itu ada dua:
Iaitu rezeki yang mencarimu dan rezeki yang kamu carinya
Jika rezeki yang mencarimu maka ia akan datang kepadamu walaupun kamu lemah untuk
memperolehinya
Jika rezeki yang kamu carinya maka ia tidak akan datang melainkan dengan usahamu, dan
ia juga adalah rezekimu
Jadi, yang pertama itu ialah anugerah Allah dan yang kedua itu ialah keadilan dari Allah..
pssttt..rezeki Dia yang punya..bila2 dia boleh memberi..bila2 Dia boleh mengambil semula..kn? :)
pssst lg..ayie, next entry baru jaja promote e-cerpen dia ya..:)
Tag :
aku tak puja lelaki,
bukan bebelanku,
cerita cikgu,
cerita pendek,
keikhlasan lelaki,
peringatan utk diri sendiri jugak,
peristiwa paling menyayat hati,
rezeki,
rezeki halal,
rezeki haram,
Tazkirah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone..
jumaat yang barakah..eh, dah hari jumaat..cepat betul masa berlalu..tak puas rasanya bercuti seminggu..err pemikiran yang tipikal..manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada..ye dak?
kalau imbas semula zaman kanak2 ribena kita..seronok sangat kot.. main-main.. makan sedap-sedap.. lari sana sini. mak kata, masa aku kecik2, rambut aku halus2..kalau tengok dari jauh mcm xdak rambut..keke. sekarang dah abes belajar..dah kerja dah pon..rambut pon menebal..lebih bijak menjaga dan merapikan rambut. buat treatment rambut seperti satu kemestian..heh
begini lah manusia..semakin lama semakin tua..semakin banyak pengalaman hidup, pahit manis maung semua dia lalui. tabah tak tabah je nak hadapinya kan.. cer tengok carta di atas, dinamakan "rehlah hidup bagi yang namanya manusia"..hampir saja semua manusia melalui perkara yang sama, rasa yang sama..akhirnya mati juga..cuma 3 benda yang di bawa semasa mati, iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh.
jadi, apa yang perlu kita buat sementara izrail menjeling jeling kita 70 kali sehari nie??? enjoykan je hidup? bertenang tenang?
teruja dengan status prof muhaya..biar aku kongsikan di sini ya..
"...Track amalan kita dgn journal. Bila kita sedar kita dah mula maka kita hidup dengan sedar bukan tanpa sedar. 95% tabiat kita lakukan tanpa fikir. 95% pililhan kita buat tanpa sedar. cara nak ubah ini ialah dgn sedar apa kita buat dgn tracking tabiat kita. contoh nya baca Quran dan solat tepat pada waktu mulakan amalan itu hingga jadi tabiat tanpa fikir. mulakan tabiat baca facebook yang baik dan fokus memperbaiki diri bukan nak perbaiki orang lai. Kalau kita mula tulis ttg orang lain kita tahu dimana fokus kita dan alangkah ruginya. mereka yang memperbaiki diri selepas 1 tahun jauh pergi nya dari mereka yang sibuk mencari kesalahan dan memperbaiki orang lain mereka tidak kemana keran kita tak boleh ubah dunia luaran jika kita tidak ubah dunia luaran. ambil tindakan ini dan lihat dimana kita 2013 dgn izin Allah. ula beri markah kehidupan kita dalam semua aspek dan ambil keputusan untuk ubah dgn mengambil tindakan celik mata dan reset minda"
psstt..in fact post entry untuk diri sendiri T___T
Tag :
abu hurairah,
aku tak puja lelaki,
erti bacaan dalam solat,
facebook,
hikmah solat,
kaabah,
peringatan utk diri sendiri jugak,
prof muhaya,
Tazkirah,
uji minda,
Untukbloggers
بسم الله الرحمن الرحيم
Di Ambang Sakaratul Maut
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital
yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di
sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta
ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita
sungguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu
ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin.......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin
sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu,
nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut........!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju
yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih
dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih
itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di
bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua
buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang
termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan
abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di
sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus
membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan
tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!
''Dan kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia sebelum engkau (MUHAMMAD) maka jika engkau wafat,apakah mereka akan kekal?? (surah AL-ANBIYA' ayat 34)
"KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"
''Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati...kami akan menguji kamu dengan keburukkan dan kebaikan sebagai cubaan...dan kamu dikembalikan hanya kepada kami'' (surah AL-ANBIYA' ayat 35)
fesbuk~
Tag :
aku tak puja lelaki,
bagaimana sakaratulmaut,
facebook,
Facts,
Ingat mati,
perfume,
peringatan utk diri sendiri jugak,
peringkat maksiat,
peristiwa paling menyayat hati,
sakaratulmaut,
zalim
Assalamualaikum and hye everyone..
setiap kali memandu ke sekolah, aku tak lupa memasang radio..tiada channel yang statik. kejap kejap aku tukar channel..mengikut rasa Qalbi..
biasanya aku memilih suria fm..adehh..memang ketawa je laa dengan celoteh HO nabil dan kenchana..haha..bila-bila muncul lagu yang keras atau menggedik rentaknya, cepat cepat aku tukar channel.. hot fm pon boleh tahan sengalnya..haha. selalu juga aku sisipkan channel ikim fm..melayan teka tekinya..banyak jugak baiknya.. nasyid nasyid pon banyak yang cool.. besttt je telinga kan..eh ape cerita pasal radio nie????
err..mungkin kerana asyik mendengarkan radio..aku seronok memandu laju. hari nie saja 2 ekor burung menjadi korban cik lisaku di atas jalan. atau kata lainnya mati katak. adehh.. T__T
kesian dia..tak sempat nak terbang tinggi sudah mati dilenyek.. T__T sikit sikit, tragedi burung terlanggar mengganggu fikiran aku.. :p
malamnya..sedap sedap melayan youtube, terjumpa pulak video nie. aduhh.. amekaw.. terkena batang hidung i.. it's real muslim.. how does a Muslim live if he can't even kill a plant
pssstt..terkedu tak abes lagi. macam mana laaa boleh terjumpa vid nie..isk. tu lah..kalau dah nak ditunjukkanNYA..
err..terlanggar..takpe kan.. T__T
Tag :
aku tak puja lelaki,
aurat wanita,
cerita cikgu,
cikgu busy,
cikgu tatih2,
HiburanSebelumMati,
hot fm,
ikim fm,
khasiat lalat,
lau kana bainana,
radio,
rare question,
SBPA,
suria fm,
youtube
بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum and hye everyone..
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
sumber: zaharuddin .net
psssttt..kedayusan lelaki membawa banyak masalah..ditambah pula dengan para wanita yang tergedik-gedik meminta ihsan dibelai, dipuja dan diraba-raba..
raba-raba sejam dua tapi kesannya sampai ke neraka.. semoga Allah buka pintu hati kita..semoga kita jauh dari sebarang fe'el durjana..
di sekolah, ada beberapa kes anak luar nikah..kasihan..eerrr..ups off record. hmm apa kejadahnya nak off record kalau terang terangan membuat maksiat. temberang jer.. tak faham jaja.. @__@
takut akibat dosa-dosa kamu, kita diheret sama..terbayang-bayang aku akan azabnya di neraka..Allahu Akbar..mintak tolong ayah-ayah, abang-abang, pakcik-pakcik, adik-adik, pakwe-pakwe..bertegaslah!
Tag :
aku tak puja lelaki,
aurat,
aurat kami maruah kami,
aurat wanita,
keikhlasan lelaki,
lelaki dayus,
pendidikan seks,
peringatan utk diri sendiri jugak,
peringkat maksiat,
Tazkirah,
zaharuddin.net
DUA beradik dirantai dan dikurung dalam tandas oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth sebelum diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Gambar kecil kaki kanak-kanak yang dirantai oleh bapanya.

LELAKI yang disyaki mengurung dan merantai dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth.
BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam kelaparan.
Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, kelmarin, lelaki berusia 40-an itu mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran mendakwa bertindak demikian kerana anaknya nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Lelaki itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya dipercayai warga Thailand yang meninggalkan rumah sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bapa mereka yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian menimpa dua beradik itu disedari jirannya apabila terdengar jeritan mereka meminta tolong.
Jiran mereka menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan polis ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu.
Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala bapa mereka ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali, berkata dua kanak-kanak itu kelihatan kelaparan ketika ditemui dan dalam keadaan yang amat menyedihkan.
“Apabila kami berikan roti, mereka memakannya dengan lahap, keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas yang kotor,” katanya sambil menambah kanak-kanak lelaki itu tidak memakai seluar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata JKM sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.
"Sementara menunggu siasatan selesai, mereka akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Kami akan mencadangkan supaya ibu bapa kanak-kanak itu mengikuti sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya.
sumber:berita hairan
*******************
psssttt....setiap pasangan mengharapkan agar sampai ketikanya rumahtangga yang mereka bina akan didatangi tetamu kecil, penyambung zuriat pengikat kasih, mewarisi segala kebaikan siibu dan kehebatan si ayah.
Anak-anak kecil ini kelak diharapkan apabila dewasa menjadi kebanggaan kepada ibubapanya….kebanggaan kepada seluruh ahli keluarga. Berbangga dengan kurniaan anak merupakan naluri manusia dan diiktiraf oleh agama
dalam berita di atas, nampak laa kekejaman seorang ayah kan.. mungkin dia tak berapa pandai menjaga anak-anak terejal since ketiadaan si ibu.. kita atau masyarakat sepatutnya membantu si ayah, sekurang-kurangnya bagitau laa kat mana rumah pengasuh yang sesuai nak anta anak yang terejal/hyperactive.. si ayah pon..Allahu akbar..semoga diberi hidayah!
siyes, kesian anak tu..
Sesungguhnya bagi setiap pohon itu ada buahnya, dan buah hati seorang insan itu ialah anaknya
nak anak satu boleh?? ^__~
Tag :
aku tak puja lelaki,
amanah,
anak itu amanah,
anakku sayang,
bapa rantai anak,
battle at kruger,
Bebelanku,
berita hairan,
berita harian,
bukan bebelanku,
cerita cikgu,
kejam,
kerja
بسم الله الرحمن الرحيم
as salam and hye everyone..
NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.
Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.
Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.
Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.
Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.
Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.
Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.
Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.
Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.
Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.
Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP
sumber: berita harian
*************
pssstt... Subhanallah..Maha Suci Allah..tiap tiap kejadian itu pasti ada hikmahnya..tapi memang mengarut kalau manusia boleh berpindah ke planet lain. baiklah, kena buka minda..kerana Allah menyukai orang-orang yang menimba pengetahuan. tapi buka juga hati..kerana Qiamat itu sangat pasti..yakin dan percaya pada qada' qadar
Tag :
aku tak puja lelaki,
battle at kruger,
berita hairan,
berita harian,
hahaha,
hari kiamat,
kahkah,
planet,
planet bersaiz bumi,
saintis,
Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi