Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Rehlah hidup bagi yang namanya manusia

on Friday, January 27, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

jumaat yang barakah..eh, dah hari jumaat..cepat betul masa berlalu..tak puas rasanya bercuti seminggu..err pemikiran yang tipikal..manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada..ye dak?

kalau imbas semula zaman kanak2 ribena kita..seronok sangat kot.. main-main.. makan sedap-sedap.. lari sana sini. mak kata, masa aku kecik2, rambut aku halus2..kalau tengok dari jauh mcm xdak rambut..keke. sekarang dah abes belajar..dah kerja dah pon..rambut pon menebal..lebih bijak menjaga dan merapikan rambut. buat treatment rambut seperti satu kemestian..heh


begini lah manusia..semakin lama semakin tua..semakin banyak pengalaman hidup, pahit manis maung semua dia lalui. tabah tak tabah je nak hadapinya kan.. cer tengok carta di atas, dinamakan "rehlah hidup bagi yang namanya manusia"..hampir saja semua manusia melalui perkara yang sama, rasa yang sama..akhirnya mati juga..cuma 3 benda yang di bawa semasa mati, iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh. 


jadi, apa yang perlu kita buat sementara izrail menjeling jeling kita 70 kali sehari nie??? enjoykan je hidup? bertenang tenang? 

teruja dengan status prof muhaya..biar aku kongsikan di sini ya.. 

"...Track amalan kita dgn journal. Bila kita sedar kita dah mula maka kita hidup dengan sedar bukan tanpa sedar. 95% tabiat kita lakukan tanpa fikir. 95% pililhan kita buat tanpa sedar. cara nak ubah ini ialah dgn sedar apa kita buat dgn tracking tabiat kita. contoh nya baca Quran dan solat tepat pada waktu mulakan amalan itu hingga jadi tabiat tanpa fikir. mulakan tabiat baca facebook yang baik dan fokus memperbaiki diri bukan nak perbaiki orang lai. Kalau kita mula tulis ttg orang lain kita tahu dimana fokus kita dan alangkah ruginya. mereka yang memperbaiki diri selepas 1 tahun jauh pergi nya dari mereka yang sibuk mencari kesalahan dan memperbaiki orang lain mereka tidak kemana keran kita tak boleh ubah dunia luaran jika kita tidak ubah dunia luaran. ambil tindakan ini dan lihat dimana kita 2013 dgn izin Allah. ula beri markah kehidupan kita dalam semua aspek dan ambil keputusan untuk ubah dgn mengambil tindakan celik mata dan reset minda"



psstt..in fact post entry untuk diri sendiri T___T


Tag : , , , , , , , , , ,

Di Ambang Sakaratul Maut

on Saturday, January 21, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Di Ambang Sakaratul Maut

 

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital
yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di
sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta
ayah,lalu bertembung dengan lori balak.


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita
sungguh.nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu
ini.Tolong bukakan mataku.


"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin.......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???


Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin
sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.


"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".


"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu,
nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.


Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut........!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.


"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.


Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".


"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju
yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.


"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".


"Akulah amalanmu yang keji..........".


Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. 


Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????


"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".


Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih
dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih
itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di
bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua
buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang
termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan
abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di
sembahyangkan?


Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.


Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.


"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus
membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.


"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan
tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!


''Dan kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia sebelum engkau (MUHAMMAD) maka jika engkau wafat,apakah mereka akan kekal?? (surah AL-ANBIYA' ayat 34)


"KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"


''Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati...kami akan menguji kamu dengan keburukkan dan kebaikan sebagai cubaan...dan kamu dikembalikan hanya kepada kami'' (surah AL-ANBIYA' ayat 35)




fesbuk~
Tag : , , , , , , , , , ,

Fenomena geng blogger sengal

on Tuesday, December 27, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم


as salam and hye semua 

ini fenomena baru bagi cikgu jaja.. sejak join group GENG BLOGGER SENGAL nie..hari-hari aku gelak sambiel menekan-nekan pusat..adehh... :)



dengan ahli Qaryah yang mesra-mesra sengal..admin yang penyanyang-penyayang sengal..semua tu cukup membuatkan pankreas aku menjadi sengal ditambah dengan labtop berkuasa tinggi pon turut tersengal..oleh yang demikian..terpaksalah aku mencari pemandangan hijau-hijau alam di luar serta mendapatkan terapi bunyian sentimental, supaya hilang segala sengal-sengal..:p 


***************



psssttt..tengah cuti sekola boleh la menyegal..nanti dah busy dengan kerja sekola..mesti aku rindu rakan-rakan sengal sekalian... kehkeh

pssstt lagi, benar bagai dikata, ketawa menggelapkan hati..banyak-banyaklah istighfar :)

psssttt lah lagi, kadang-kadang kita perlu menyengal..


psssttt lagikk ..kalau dah klik link facebook group GENG BLOGGER SENGAL  tapi tak jumpa..boleh la cari group di fb nama GENG BLOGGER SENGAL :D





Tag : , , , , , , , , ,

DEWAN BEDBINTON

on Monday, December 26, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم


as salam and hye semua 


deng dang~ (bunyi mesej masuk)

aku tengok inbox, dapat mesej dari anak buah :

cik ja ?? kakak ada dalam dewan bedbinton tengah duk tengok abah mein bedbinton la ni 

terus aku gelak..kehkeh.budak darjah 2 nak belajar type mesej..kehkeh.. okay2..aku tak nafikan anak-anak sekarang advance..galaxy pon dia dah hadam..kehkeh (masih kurang pandai membina ayat yang betul dan penggunakan tanda soal yang tidak sesuai..badminton pon dia confius lagi nak eja..kehkeh.comel pulaks rasanya)


okay, ini kakak. nama penuh nur aina safiyyah. gambar ni pon kakak yang snap sendiri dengan phone aku. muka aku separuh tak ape, asalkan muka dia nampak penuh.adehh..haha


kakak pandai menggunakan alatan teknologi. laptop pon dah pandai guna walau sekadar bermain game. aku lihat anak-anak sekarang cenderung begitu. banyak masanya habis dengan alatan teknologi. Itu tidak termasuk masa yang dihabiskan  untuk bermain PS3, X-BOX, menonton video serta pelbagai peralatan teknologi moden yang ada. Memang betul ada rasionalnya pendedahan awal teknologi boleh meningkatkan pemahaman anak-anak kepada sains dan teknologi, seperti mana yang telah negara Jepun amalkan. Tapi aku risau bila terlalu banyak disogokkan dengan teknologi berbentuk hiburan seperti itu, proses tumbesaran mereka, terutamanya dari sudut mental dan emosi akan menjadi kurang sempurna berikutan ‘proses pematangan yang terlalu awal’ . kalau mahu dibandingkan dengan zaman aku dulu, lepas spm baru pandai nak guna telefon bimbit...lambat matang kan..kehkeh


zaman serba maju sekarang ni, aku rasa ibu bapa harus bijak menangani situasi, pendedahan kepada teknologi itu sudah bagus, cuma perlukan 'guidance' dan kawalan yang baik kot..


ehh..apa aku bebel daaa..tak fokus! adehh... :p




psssttt...bedbinton pon bedbinton la kakak..kehkeh. bagus juga dia bermesej-mesej, boleh belajar membina ayat dengan cikgu jaja :)





Tag : , , , , , , , , , , , , ,

Missing: Aisya khan

on Tuesday, December 20, 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

as salam and hye everyone..



WHAT WE KNOW: Apparently a man approached Aisha shortly before noon Friday, Dec. 16 outside the main KU Edwards Campus building and proceeded to harass her. She called and left her sister a voice mail saying a man (whom she believed was drunk) was being inappropriate with her and that she didn't feel comfortable. When her sister went to the location where she stated she was in the voice mail, she found Aisha's belongings, including her cell phone, but she was no where to be found. Police have spent Friday and Saturday interviewing family and friends and investigating any leads. A family member has said that the police spoke to landscapers who were working on a nearby construction site and they said they may have seen a woman who matched Aisha's description walking around Pflumm Rd. Nothing has been confirmed. Please keep checking this page for latest updates on possible mass search attempts.
 -------------------------------------- 
GENERAL INFO: At approximately 11:58 A.M on Friday, December 16, Overland Park Police officers responded to a report of a missing person in the area of the Kansas University Edwards Campus at 12600 Quivira Road. The missing person is Aisha Khan, a 19-year-old female. She is also a student at Johnson County Community College. Description: 5'2, 120 lbs Dark Brown... Hair Brown Eyes Glasses Aisha Khan was last seen wearing black sweat pants, yellow/black shirt, black scarf, black regular length jacket, and black/white long outer coat. If you had seen Aisha at all the morning of, spoken to her, or have any information on her whereabouts, please contact the TIPS HOTLINE at 816-474-TIPS as soon as possible. An official search for Aisha has yet to be announced but this group will serve as a mode of communication and mobilizing community members in the event a search is announced. Please keep checking into the page and keep Aisha and her family and loved ones in your prayers.

******

alahai..kasihan gadis ini hilang..jauh nun di kanada..semoga aisya khan berjaya diketemu.. aku terobek saat membaca kronologi kehilanganya di laman facebook yang direka khas untuk paparan penuh aktiviti mengesan aisya. katanya, sebelum direpot hilang, aisya diusik oleh seorang lelaki, but in improper manner..ahh sungguh aku benci. aku benci kerana lelaki yang sepatutnya melindungi kini ramai yang bejat-bejat belaka. sekali lagi merundumkan kasihku kerana aku takut, langsung takut dan tidak selamat. Allah..mana lagi payungan yang afdal kami sandarkan harapan untuk perlindungan selain dari yang maha menyelamat.. 


(ehh..kenapa rasa berat je penulisan kalini?? aiyohh.. ini kesan bacaan BIN lah nie.. kalau baca kontrol histeria ntah genre tulisan bagaimana pulak aku type. heh)


emm.. semoga aisya berjaya dicari.. semoga ganjaran dollar yang mahal tidak gagal mengesan gadis itu walaupun mungkin tak sama dengan keperitan yang ditanggung aisya dan keluarganya..semoga segala urusan mencarinya berjalan sempurna. kasihan keluarga aisya khan. kasihan juga empunya badan..ntah apa yang terjadi, baik kah, buruk kah..Allah sahaja maha mengetahui. keep prayers..du'a and du'a..spread the words, itu je yang mampu T__T




Tag : , , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO