Showing posts with label rare question. Show all posts
Showing posts with label rare question. Show all posts

Dont Kill The Creation of Allah

on Thursday, January 12, 2012



Assalamualaikum and hye everyone..


setiap kali memandu ke sekolah, aku tak lupa memasang radio..tiada channel yang statik. kejap kejap aku tukar channel..mengikut rasa Qalbi.. 


biasanya aku memilih suria fm..adehh..memang ketawa je laa dengan celoteh HO nabil dan kenchana..haha..bila-bila muncul lagu yang keras atau menggedik rentaknya, cepat cepat aku tukar channel.. hot fm pon boleh tahan sengalnya..haha. selalu juga aku sisipkan channel ikim fm..melayan teka tekinya..banyak jugak baiknya.. nasyid nasyid pon banyak yang cool.. besttt je telinga kan..eh ape cerita pasal radio nie????


err..mungkin kerana asyik mendengarkan radio..aku seronok memandu laju. hari nie saja 2 ekor burung menjadi korban cik lisaku di atas jalan. atau kata lainnya mati katak. adehh.. T__T 


kesian dia..tak sempat nak terbang tinggi sudah mati dilenyek.. T__T sikit sikit, tragedi burung terlanggar mengganggu fikiran aku.. :p 


malamnya..sedap sedap melayan youtube, terjumpa pulak video nie. aduhh.. amekaw.. terkena batang hidung i.. it's real muslim.. how does a Muslim live if he can't even kill a plant







pssstt..terkedu tak abes lagi. macam mana laaa boleh terjumpa vid nie..isk. tu lah..kalau dah nak ditunjukkanNYA.. 


err..terlanggar..takpe kan.. T__T









Tag : , , , , , , , , , , , , , ,

Pray On Time

on Friday, January 6, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Pray On Time



psssttt..bila sakit demam kita banyak berehat kan..rehat..rehat..solat..tido..makan ubat sambung tido balik..bila berehat kita berfikir pulak..kenapa laa boleh demam tiba-tiba nie..banyak dosa agaknya..masa sehat, sengaja atau tidak selalu aku melengahkan solat. masa sakit barulah terhegeh-hegeh nak mendirikan solat on time takut mati tak sempat nak solat.. so bad.. T__T belum masuk lagi bab ntah solat kita diterima ke tidak.. ohh urusan dunia bukan alasan..sendiri yang silap, tiada yang buruk datang dari Tuhan..

:)




Tag : , , , , , , , , , , ,

DEWAN BEDBINTON

on Monday, December 26, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم


as salam and hye semua 


deng dang~ (bunyi mesej masuk)

aku tengok inbox, dapat mesej dari anak buah :

cik ja ?? kakak ada dalam dewan bedbinton tengah duk tengok abah mein bedbinton la ni 

terus aku gelak..kehkeh.budak darjah 2 nak belajar type mesej..kehkeh.. okay2..aku tak nafikan anak-anak sekarang advance..galaxy pon dia dah hadam..kehkeh (masih kurang pandai membina ayat yang betul dan penggunakan tanda soal yang tidak sesuai..badminton pon dia confius lagi nak eja..kehkeh.comel pulaks rasanya)


okay, ini kakak. nama penuh nur aina safiyyah. gambar ni pon kakak yang snap sendiri dengan phone aku. muka aku separuh tak ape, asalkan muka dia nampak penuh.adehh..haha


kakak pandai menggunakan alatan teknologi. laptop pon dah pandai guna walau sekadar bermain game. aku lihat anak-anak sekarang cenderung begitu. banyak masanya habis dengan alatan teknologi. Itu tidak termasuk masa yang dihabiskan  untuk bermain PS3, X-BOX, menonton video serta pelbagai peralatan teknologi moden yang ada. Memang betul ada rasionalnya pendedahan awal teknologi boleh meningkatkan pemahaman anak-anak kepada sains dan teknologi, seperti mana yang telah negara Jepun amalkan. Tapi aku risau bila terlalu banyak disogokkan dengan teknologi berbentuk hiburan seperti itu, proses tumbesaran mereka, terutamanya dari sudut mental dan emosi akan menjadi kurang sempurna berikutan ‘proses pematangan yang terlalu awal’ . kalau mahu dibandingkan dengan zaman aku dulu, lepas spm baru pandai nak guna telefon bimbit...lambat matang kan..kehkeh


zaman serba maju sekarang ni, aku rasa ibu bapa harus bijak menangani situasi, pendedahan kepada teknologi itu sudah bagus, cuma perlukan 'guidance' dan kawalan yang baik kot..


ehh..apa aku bebel daaa..tak fokus! adehh... :p




psssttt...bedbinton pon bedbinton la kakak..kehkeh. bagus juga dia bermesej-mesej, boleh belajar membina ayat dengan cikgu jaja :)





Tag : , , , , , , , , , , , , ,

Semangka RM2

on Sunday, December 18, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..

wachak jangan kata nak muntah tengok gambar-gambar gay kawin di bawah..sebab jaja dah already muntah.harap maklum. so bad

jaja bangun awal hari nie..errr.. jaja bangun jam 12++ malam selepas tertido sebaik sahaja selesai solat isyak tadi, dengan telekung sekali jaja bawak pegi tidur..hoho..letih sikit..begitu lah jaja kalau letih, memang akan tidur tanpa sedar. unconsciously collapse.haha.

masa study dulu..roomate selalu kata jaja pattern "tido tak siap" kehkeh

okay2 kembali pada tajuk entry "semangka RM2" 


jaja geraaamm jer dengan seorang budak penjual  semangka. 

err..di johor kami panggil tembikai ni semangka :)

dia jual  semangka  RM2. murah kan?? terpampang besar board tulisan tangan "RM 2 sebiji" nampak pulak dari jauh warna isi semangka yang memekar merah, kecur jaja tengok..niat nak membeli. sebab memandu agak laju, cik lisa tak sempat nak break berhenti beli, tapi jaja pimpin cik lisa buat U-turn. patah balik semata-mata nak membeli semangka RM2.

tapi apa yang mengecewakan, board RM2 sebiji tu adalah untuk semangka yang kecil dan kurang elok. jaja geram sebab dia campur semangka yang elok dan harga yang lain malah lebih mahal. ish!

"dik, berapa ringgit sekilo  semangka nie?" soal jaja sambil menunjuk  semangka yang sudah dibelah dua. merah betul isinya. 

"murah kak, RM3.30 sekilo. dengan akak saya jual sebiji RM6"

"ehh..kat papan harga tu tulis RM2 sebijik kan??"

"tu yang kecik-kecik kak..yang ni murah ni kak.murahh..isi manis.RM6 saya bagi.ehh RM 5 pon boleh kak" 

ceh, macam mana laa dia jual ni. harga bertukar-tukar. belit-belit bercakap yer. menipu tanda harga pulak. tunjuk harga lain, tapi barang lain. aparra..sabar aje la.. tak patut kot berniaga macam tu. jaja rasa tertipu. penipu betul..mungkin ia bukanlah kes penting malah sangat remeh, tapi bagi jaja permulaan ketidakjujuran dalam berniaga adalah something yang tidak baik..  jual beli ialah persetujuan kedua-dua belah pihak. dalam berniaga ni, Letaklah berapa pon harganya, apabila kedua-dua belah pihak bersetuju, maka urusniaga oleh dijalankan. 

kalau nak untung lebih tu tak apa..

mengambil untung dalam perniagaan adalah suatu kemestian. dulu.. seorang sahabat Nabi saw pernah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar dan seketika kemudian menjual semula seekor darinya dengan harga satu dinar. Selepas menceritakan hal tu, Nabi tidak membantah pun perbuatannya itu. Sebaliknya sahabat ini didoakan oleh Nabi kerana bijak dalam berniaga. Dalam sekelip mata, sahabat ini membuat keuntungan 100% atau sekali ganda

beberapa minit jaja diam berdiri sambil membebel dalam hati (nak terus terang risau dia berkecil hati)..at last jaja tinggalkan budak itu bersama semangka-semangkanya dengan satu pesanan 

"berniaga kena jujur dik..baru berkat"

er..bukan apa..hilang terus selera nak makan semangka. daripada beli tapi tak ikhlas. minta maaf laa adik semangka..




Tag : , , , , , , , , , , ,

cikgu kembali

on Saturday, December 10, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..

i'm back :)

lama aku menyepi..sebab yang tidak bersembunyi, ruang masaku sempit.kadang-kadang sesak juga nafas..aku sedut dalam payah dalam sukar. aku hela perlahan lahan..satu persatu amanah aku jalankan.tenang. aku senang membuat "Things To Do List". di dinding kamar kolej kediaman.. di dalam buku ceconet ku catit juga..biar ber'double' supaya lebih beringat.. sememangnya begini adalah budaya biasa..kalau tidak dilangsungkan rasa pelik pulak.. catit mencatit memang urusan utama..tambah lagi aku nie cepat lupa-lupa.. masih ragil tapi otak tidak berfungsi dengan segar ..ahhh... biarlah. yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. aku pasti dan insyaAllah urusan dunia sementara ni akan usai aku laksanakan. Allah kan ada.. :)

ehh..apa kau bebel nie jajaaaa.... *curious*

ohh.. the fact is that, aku sibuk mengalahkan ahlul kabinet.  itu jer nak bagitahu..hehe..bebel panjang-panjang bukannya ada orang nak baca 

erm..pulang dari kuliyah kelmarin, cepat-cepat aku hempas badan, ku ambil posisi menelentang.mendongak siling.. bukan ku bilang berapa had lajunya sang kipas, tapi aku mencongak-congak urusan dunia yang kelihatan seperti tak pernah ada sudahnya. hampir saja tamat kursus ini, semakin banyak pulak kerjanya.. 

mataku pejam rapat. enaknya kalau dapat membuai mimpi sesaat dua..heh. :p

ehh..maghrib lagi sejam, ingat pesan 'kawan' usah tidur dipetang hari, nanti jin gigit peha gebu kau. err..aku lantas bangkit, mencapai towel bersama toiletries. 

selesai isyak, peti suaraku berfungsi.

"mah, jom mcD. sedap juga kalau dapat menjamah choco top tu ekk, boleh hilangkan stress"

"jom!" jawab halimah, teman seperjuangan. amboi, cepatnya respon cik limah nie..bab makan memang nombor satu.haha.

"mah..malam ni aku taknak stay up.esok cuma test je kan.. bukan sebab aku terer english, tapi sebab aku tak takut puan asyikin" saat ini terngiang-ngiang arahannya yang tak berpaksi. berbelit-belit memang menjengkelkan.tambah lagi deru suaranya yang lantang terjerit-jerit. kan lebih mudah menggunakan bahasa isyarat jika beranggapan bahawa kami ini tuli. ahh mungkin sejak lahir dia begitu..biarkan..bukanlah penting untuk  dihitung


cik limah muntahkan tawanya

"kahkah...okay. aku pon tak sabar nak berdengkur"  cik limah memang rajin mendengkur. kuat juga. tapi aku tak kesah..sudah begitu jadinya..pekak pekakkan je laa telinga..boleh saja ku anggap seperti berada di tepian pantai.. alunan dengkur cik limah seperti indahnya suara ombak.. 

ahh..kau merapu lagi jaja..monolog kau tak menjadi tahu!

okay-okay..stop talking on smoke..unavailing 

emmm.. tiada apa yang menarik, sekadar mahu menggantikan post sebelum ini. bosan pulak tengok lama-lama..

cuma pulang hujung minggu kali ini, aku sempat menghadiri majlis perkahwinan rakan sejak kecil..fyi, 14 tahun kitaorang tak jumpa..hoho~ meriah sungguh laa majlis dia..tema perkahwinan ala-ala jawa kot, class kau.. 


selamat pengantin baru yana.. semoga kekal bahagia saaaaaammpai akhir hayat. :)

jauh dari sudut hati, sebenarnya aku risau..kalau lah kain jawa yang pengantin lelaki pakai tu terlucut.. errr...

-end-


psstt..tiba tiba terasa sunyi.. :I

Tag : , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO