Showing posts with label perkahwinan ala-ala jawa. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan ala-ala jawa. Show all posts

Ariff Alfian Takut Pulang ke Tanah Air

on Friday, December 23, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم
 



lagi rentetan kisah sadis seorang gay..
 jom baca kenapa Ariff Alfian takut pulang ke tanah air


Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.
Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia
” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.


Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.
Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.
Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.
Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.
Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.
” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya
Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber:berita hairan
*******************

pssttt..kasihan dia..sama-sama laa kita doakan Ariff Alfian kembali ke jalan yang benar..  Tanpa disedari, diri yang lemah telah menghukum sesama hamba. Sedangkan manusia itu sama tarafnya. Ada masanya melakukan kebaikan, ada masanya pasti ada dosa yang tercalit di hati. Kerana manusia itu bukan sifatnya ma'sum seperti para malaikat yang sentiasa bertasbih. Bezanya tahap manusia itu ada peringkatnya. Jika hari ini kita tertawa akan dosa dan kesilapan orang lain. Tidak siapa tahu kita akan diuji lebih berat dari apa yang dilalui oleh mereka. Adakalanya ego manusia itu membuatkan diri angkuh hingga terlupa dirinya juga akan diuji. Ego itu berjalan seiring pula dengan nafsu. Jika nafsu tidak di kawal, musuhlah akan mengawalnya sehingga menyebabkan perpecahan dan persengketaan dalam hidup manusiakita tak layak menghukum. kerana Allah Maha Menghukum, Allah Maha Pengampun. 

Tag : , , , , , ,

cikgu kembali

on Saturday, December 10, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..

i'm back :)

lama aku menyepi..sebab yang tidak bersembunyi, ruang masaku sempit.kadang-kadang sesak juga nafas..aku sedut dalam payah dalam sukar. aku hela perlahan lahan..satu persatu amanah aku jalankan.tenang. aku senang membuat "Things To Do List". di dinding kamar kolej kediaman.. di dalam buku ceconet ku catit juga..biar ber'double' supaya lebih beringat.. sememangnya begini adalah budaya biasa..kalau tidak dilangsungkan rasa pelik pulak.. catit mencatit memang urusan utama..tambah lagi aku nie cepat lupa-lupa.. masih ragil tapi otak tidak berfungsi dengan segar ..ahhh... biarlah. yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. aku pasti dan insyaAllah urusan dunia sementara ni akan usai aku laksanakan. Allah kan ada.. :)

ehh..apa kau bebel nie jajaaaa.... *curious*

ohh.. the fact is that, aku sibuk mengalahkan ahlul kabinet.  itu jer nak bagitahu..hehe..bebel panjang-panjang bukannya ada orang nak baca 

erm..pulang dari kuliyah kelmarin, cepat-cepat aku hempas badan, ku ambil posisi menelentang.mendongak siling.. bukan ku bilang berapa had lajunya sang kipas, tapi aku mencongak-congak urusan dunia yang kelihatan seperti tak pernah ada sudahnya. hampir saja tamat kursus ini, semakin banyak pulak kerjanya.. 

mataku pejam rapat. enaknya kalau dapat membuai mimpi sesaat dua..heh. :p

ehh..maghrib lagi sejam, ingat pesan 'kawan' usah tidur dipetang hari, nanti jin gigit peha gebu kau. err..aku lantas bangkit, mencapai towel bersama toiletries. 

selesai isyak, peti suaraku berfungsi.

"mah, jom mcD. sedap juga kalau dapat menjamah choco top tu ekk, boleh hilangkan stress"

"jom!" jawab halimah, teman seperjuangan. amboi, cepatnya respon cik limah nie..bab makan memang nombor satu.haha.

"mah..malam ni aku taknak stay up.esok cuma test je kan.. bukan sebab aku terer english, tapi sebab aku tak takut puan asyikin" saat ini terngiang-ngiang arahannya yang tak berpaksi. berbelit-belit memang menjengkelkan.tambah lagi deru suaranya yang lantang terjerit-jerit. kan lebih mudah menggunakan bahasa isyarat jika beranggapan bahawa kami ini tuli. ahh mungkin sejak lahir dia begitu..biarkan..bukanlah penting untuk  dihitung


cik limah muntahkan tawanya

"kahkah...okay. aku pon tak sabar nak berdengkur"  cik limah memang rajin mendengkur. kuat juga. tapi aku tak kesah..sudah begitu jadinya..pekak pekakkan je laa telinga..boleh saja ku anggap seperti berada di tepian pantai.. alunan dengkur cik limah seperti indahnya suara ombak.. 

ahh..kau merapu lagi jaja..monolog kau tak menjadi tahu!

okay-okay..stop talking on smoke..unavailing 

emmm.. tiada apa yang menarik, sekadar mahu menggantikan post sebelum ini. bosan pulak tengok lama-lama..

cuma pulang hujung minggu kali ini, aku sempat menghadiri majlis perkahwinan rakan sejak kecil..fyi, 14 tahun kitaorang tak jumpa..hoho~ meriah sungguh laa majlis dia..tema perkahwinan ala-ala jawa kot, class kau.. 


selamat pengantin baru yana.. semoga kekal bahagia saaaaaammpai akhir hayat. :)

jauh dari sudut hati, sebenarnya aku risau..kalau lah kain jawa yang pengantin lelaki pakai tu terlucut.. errr...

-end-


psstt..tiba tiba terasa sunyi.. :I

Tag : , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO