Showing posts with label [GAMBAR] Perkahwinan Gay Ariff Alfian. Show all posts
Showing posts with label [GAMBAR] Perkahwinan Gay Ariff Alfian. Show all posts

Perempuan dan Rebut

on Thursday, February 23, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


ada ketikanya perempuan memang gemar berebut. aku masih ingat masa sekola menengah dulu, budak2 perempuan biasanya merebut kebahagiaan untuk kepentingan diri mereka..berebut kakak angkat la..abang angkat la..paling tidak merebut pakwe..ini pattern remaja kurang kasih sayang..heh


masa kecik kecik dulu, kawan permpuan aku di kelas 2 anggerik (kelas i dulu) berebut pembaris..at last pembaris patah tiga, tiada siapa pun yang dapat


ada juga aku dengar cerita, madu kena simbah asid sebab berebut suami..haihh..


kesahnya..aku pengurus pasukan bola jaring di sekola..somehow..penat betei...hehe.. masa budak-budak main bola, aku perhatikan anak-anak buah aku suka betul berebut bola.hoho~ aku naik felik. apekeheynyer kau nak rebut bolaaaaa sampai lebih masa..(masa tu dia rebut bola sampai terbaring baring aksinya.haihh) cikgu kata defence je!! rampas bola pastu jangan suka berdiri belakang musuh!! haishh..penat betei jerit2. hehe



sengeh sengeh..nasib baik dapat top 3! haihh


acara memijak air gula..petua petui kununnya supaya kasut melekat kat gelanggang..hoho



separate !! separateee!!! jangan berkumpulll!!! haihh penat betei menjerit :p



hah! shooottt!!! sayang bolaaa...shootttt


defence!!! cuit sikit ketiak GA dia tu! haha


hah! shoottt!!! gud job dear..love u.muah2


alolo..berkerut muka dia..sedey pulak musuh team aku nie.haha


tengok bola tu kat mana...kenapa asyik salah kasi bola jer woi..sayang bolaaa!!!



jaga GD dia tu..haihh



ini murid jaja. ayrein fatihah. mix filipino. nak contact number dia?? meh jaja siku sikit kepala tu..hehe


peace yo..



hah..senyum senyumm.. kita nak balik dah nie..hehe


ehh..haha..

aiyakk..tournament kat gelanggang sekolah cina..tu yang banyak tulisan cina.hehe


tada..eksen cikgu sorang nie :p
dah2!jom balik. ajak bergambar nombor satu..hehe

pssstt..nanti jaja hupdate caption. bizi nih. tak buat lesson plan lagik. babai.. =.="


Tag : , , , , , , , , ,

Ariff Alfian Takut Pulang ke Tanah Air

on Friday, December 23, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم
 



lagi rentetan kisah sadis seorang gay..
 jom baca kenapa Ariff Alfian takut pulang ke tanah air


Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.
Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia
” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.


Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.
Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.
Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.
Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.
Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.
” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya
Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber:berita hairan
*******************

pssttt..kasihan dia..sama-sama laa kita doakan Ariff Alfian kembali ke jalan yang benar..  Tanpa disedari, diri yang lemah telah menghukum sesama hamba. Sedangkan manusia itu sama tarafnya. Ada masanya melakukan kebaikan, ada masanya pasti ada dosa yang tercalit di hati. Kerana manusia itu bukan sifatnya ma'sum seperti para malaikat yang sentiasa bertasbih. Bezanya tahap manusia itu ada peringkatnya. Jika hari ini kita tertawa akan dosa dan kesilapan orang lain. Tidak siapa tahu kita akan diuji lebih berat dari apa yang dilalui oleh mereka. Adakalanya ego manusia itu membuatkan diri angkuh hingga terlupa dirinya juga akan diuji. Ego itu berjalan seiring pula dengan nafsu. Jika nafsu tidak di kawal, musuhlah akan mengawalnya sehingga menyebabkan perpecahan dan persengketaan dalam hidup manusiakita tak layak menghukum. kerana Allah Maha Menghukum, Allah Maha Pengampun. 

Tag : , , , , , ,

[GAMBAR] Perkahwinan Gay Ariff Alfian, Bukan Salah Ibu Mengandung

on Saturday, December 17, 2011

REPOST
Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.
Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.
Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.
Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana
Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.
Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.
Astagfirullahazim, penulis tak tahu apa nak diperkatakan lagi.
Dalam hal ini, yang paling tertekan sudah tentu keluarga Ariff Alfian.
Lelaki itu sudah tentu enak dipeluk ‘suaminya’ tetapi keluarganya terutama ibu dan bapa sudah tentu berendam airmata.
Apa tidaknya, anak yang dibela, diberi didikan agama dan didikan dunia hingga berjaya menjejakkan kaki ke kolej perubatan boleh menconteng arang di muka mereka.
Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.
Dalam hal ini, penulis meminta janganlah disalahkan ibu bapanya 100 peratus…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.
Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.
Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Penulis tidak tahu apa nak buat kalau berada di tempat ibu dan bapa lelaki berkenaan, ini kerana apa yang berlaku cukup keji dan memalukan bukan saja pada agama kita, tetapi juga pada bangsa dan negara.
Inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.
Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar.
Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan.
Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.
Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis.
Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan.
Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.
Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan.
Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR
***********
crotchety jaja! ASTAGHFIRULLAHALAZIMMMMMMM...


Tag : , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO