Showing posts with label cikgu tatih2. Show all posts
Showing posts with label cikgu tatih2. Show all posts

Adam dan 2014

on Monday, February 4, 2013

Bismillah

kelas jaja di tahun 2 tadi pada jam 12.30

maklum lahh...tengah tengah hari masuk kelas sure budak lemau

cikgu dia pon ikut lemau ;p

jaja plan nak buat aktiviti sikit, pastu buat latih tubi dalam work book..

seperti biasa jaja suruh murid murid tulis tarikh dulu

jaja terkejut bila si adam menulis tarikhnya 4/2/2014



erk

jaja tanya adam

Jaja: Wahai adam yang bijak pandai..kenapa awak tulis tahun pada tarikh harini 2014???

Adam: Tahun ni memang 2014 cikgu

Jaja: Tidak Adam..tahun ini tahun 2013, tahun hadapan baru 2014

Adam: Tak cikguuu... tahun lepas adam darjah satu, tahun 2013. tahun ni adam darjah dua, tahun 2014!

balas adam tegas. hamoihhh..nak tegakkan benang yang basah nampakk

Jaja: Siapa kata kat awak yang tahun ini adalah tahun 2014???

Adam: Adam memang tahu yang tahun ni tahun 2014!

Jaja: errr..mari sini cikgu tunjukkan sesuatu

jaja sempat ambil buku latih tubi tahun lepas, kebetulan masih belum dilupuskan. jaja cari cari buku milik adam, hah ada! lekas lekas jaja tunjuk

Jaja: Awak tengok ni. ini buku siapa

Adam: Buku Adam!

Jaja: Ini buku tahun lepas kan??

Adam mengangguk

Jaja: Okey..sekarang awak tengok tarikh yang awak tulis tu

Adam: 3.7.2012.. hehehehe

Jaja: Jadi tahun lepas tahun berapa?

Adam: 2013 cikgu!

Jaja: grrrrrrr...

ini budak memang nak kena geget

pssttt..budak budak begitulah..ada yang lembut jiwanya, ada yang keras. tapi kalau namanya budak masih boleh lagi dibentuk.

pssssttt lagi...ade kang yang nak kena buat air yassin ni


Tag : , , , , , ,

Jaja & Bil elektrik

on Thursday, June 14, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

im back :)

selepas hampir 3minggu..selesai juga segala latihan-latihan perguruan. (latihan disebut berganda maksudnya latihan yang banyak.urhh!)

memang sedikit perit. banyak ujian perguruan yang jaja wajib jalani. rasa sedikit sukar, barangkali kerana ketepuan otak dan neuron kian menyempit. maklum lah..sudah tua. semua jadi liat. malas benar mahu mengulangkaji. syukur tiada urat yang terputus. kalau tidak, tak dapat lah jaja menulis di sini lagi :p

perkara pertama yang jaja cari usai segala urusan adalah bantal. ahh..mmg segar rasanya bila kita peroleh tidur yang nyenyak, nyaman, tiada gangguan malah no worries! heh


duduk duduk di pangkin rumah, jaja perasan sekeping nota yang unjurannya memanjang. ditindih penjurunya dengan belakang tapak pasu. 

ohh bil api..

"haa..bil api dah sampai??" tegur emak dari belakang

"ha a mak..dah sampai. murahnya" sahut jaja keriangan.

"berapa??"

"68 hengget 71 sen" jawab si jaja pasti.


"murah lahh..sebab eja pergi kursus.."


"erk!"   =.="

-end-

psssttt..jaja pemangkin bil elektrik yang tinggi :P



Tag : , , , ,

Adam si pemilik rambut kacak

on Saturday, May 12, 2012

hye. nama diberi adam iskandar. di bawah ada gambar saya
saya dan rambut saya yang kacak!
saya handsome bukan?? sila angguk

pada waktu pagi, saya sangat ceria, happy serta sedikit bersemangat untuk belajar!
setiap pagi papa yang sikatkan rambut saya
saya suka sebab papa ada letak gel rambut sekali. hurmmm harumnya!
saya yakin dengan penampilan saya!! 

namun begitu...
saya menyedari bahawa langit tak selalunya cerah..
kejap kejap mendung bertandang..mudah mudahan muncul pelangi yang berwarna warni. tapi harapan cuma harapan.semua menjadi tidak pasti.sebab semua boleh jadi berubah ubah

saya tahu, setiap sesuatu itu akan berubah ubah akur akan setiap kejadian tidak ada yang kekal..

sama seperti rambut saya! T__T



bila tiba waktu terpacak mentari di atas kepala... rambut saya yang awesome menjadi kering, layu tidak sebugar seperti di waktu pagi..

saya dapati rambut saya sudah tidak kacak di mata..

semangat saya kian pudar.seakan lenyap bersama peluh yang merenik di tengahari

saya mengaku bahawa saya sangat kecewa!

tanpa mempedulikan sesiapa termasuk cikgu jaja yang sedang menggigil menahan amarah. katanya dia sedih melihat saya seperti tidak memberi perhatian dan suka berada di dalam dunia saya sendiri. ya, saya punya dunia sendiri. lagi hebat. pedulikan cikgu jaja! bukan dia yang berikan aku duit 2 hengget grrrr.. 

ahh tak pedulik.. tak pedulikkk
saya harus lakukan sesuatu dengan rambut saya ini! kerana  kekacakannya tidak menyerlah lagi (err in fact masih kacak bukan?? )

ahhh...saya harus membuat sesuatu!
sayup sayup kedengaran cikgu jaja menjerit halus

"adam..adamm!!! adam mahu ke mana????"

ahhh taknak dengar. taknak dengar


pheuww...lega...baru puas hati saya.
tapi saya sedikit runsing kerana baju saya hampir kesemuanya basah! 
cikgu jaja lagi tadi tergamam. teruja lettew melihat saya rambut saya kembali rapi.mudah mudahan menjadi semakin kacak! yay!

okay..kawan-kawan mula bising. asyik bertanya kenapa saya basahkan rambut saya
saya katakan:

Jel sudah hilang dari rambut saya. jadi saya gantikan dengan air.bijak bukan?? tehehehe 

-end-


pssstt..in a meantime i really dont know how to handle this 'anak bertuah'

Tag : , , ,

Entry Kurang Suci | Memadam dan Mencebuk

on Thursday, May 10, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone


kelas hingar bingar. namun aku biarkan ia bising. bukan aku tak reti menunjuk disiplin di dalam bilik darjah, tapi aku suka jika murid-muridku bising. bising tanda sihat. kalau sakit pasti diam lemah lantas kaku kerana lesu.. walau apa pun, lain guru lain caranya..ini cara aku.. (peh pehh jaja buat ayat selamatkan diri)


(ini sejenis pemadam.ohh it's cute)


di celah celah kegempitaan murid berdiskusi, aku terdengar dialog antara dua persona.. putra dan jihan


PUTRA : "weh jihan! apesal kau padam tulisan tu tak bersih??? kan cikgu dah kata, kalau memadam tak bersih sama laa macam kau cebuk pon tak bersih juga"


JIHAN: "ohhh..lupa ahh...." 


aku di belakang kelas, sedang membelek belek senaskhah bacaan. bahuku terhenjut henjut ketawa sendirian..bacaan di tangan ikut bergoyang. kihkihkih... ingat juga mereka kata-kata yang pernah aku lontarkan bulan lepas..aku gembira. syukur. walaupun aku mengajar ntah hape hape..sekurang-kurangnya murid murid belajar memadam dengan bersih dari tunjuk ajarku.. :) yay!





Tag : , ,

Peristiwa yang tidak lagi ganjil

on Sunday, April 29, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone 

Ganjil. ya dulu ganjil. itu dulu. sekarang semua mungkin terjadi. ganjil atau janggal apa apa saja boleh berlaku. masakini..ahh semuanya boleh! pelik pelik sahaja tapi benar ia terjadi! ehh apa kau merapu ni jaja oihhhh.. :p



KLIK UNTUK TUMBESARAN

mula-mula jaja menjadi cikgu dulu, jaja memang pelik jika ada kes kes sebegini. pelik kerana kejadian ini ganjil dan jarang jarang berlaku..tak pernah jumpa kot sebelum ni. seingat jaja budak budak sebaya jaja dulu tak pernah menjawab kertas peperiksaan ala kadar begini.. even satu titik pon kita peka.sebab respek dan takutnya kalau ada buat salah..takut kena marah. tak suka kena marah dengan cikgu..nahh..sekarang ada ada saja yang pelik budak budak ni buat.  jaja naik muak kerana sahsiah murid yang sedikit kuang asam dalam menjawab kertas ujian.. kita cikgu cikgu tak demand lebih..malah pernah mengajar duduk perkara yang sama..very basic! tapi apa yang terjadi, dia menjawab sambil lewa, tak ambil endah. haihh..ini menunjukkan pengajaran guru yang tidak berjaya. disappointed =.="




psstt..mengajar itu tidak sukar. yang sukar bila guru mengajar tidak sepenuh hati. without iklhas =.=" kan?? banyak lagi kena belajar nie..

Tag : ,

Remote Control

on Wednesday, April 25, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone.

life went horrible.
 kalau tidak terurus masa dan acaranya. sebab setiap manusia itu unik.ajaib. keajaiban yang sukar dirungkai. masakan setiap satunya dikurniakan akal.. cuma sikap dan iman masing masing yang boleh membezakan cara dia mengemudi mengikut rentak yang dimahukan. jaja jenis yang kelam kabut. mengaku je lah..but sometimes portraying as cool as i can. 

nak dijadikan cerita..di suatu pagi yang bening. jaja bangkit sedikit lewat. gabra kemain. maklum lahh...lewat 5 minit bakal mencarca marbakan  perjalananku ke sekolah! mau tidaknya..nanti jalan jem dengan lorries dan trelas.. stranded =.=" ehh apa plural untuk trelar ?? ehh..wujudkah perkataan trelar?? oh my..apa punya cikgu! :p

sampai je di sekolah, aku sibuk mahu ke kelas. jari meraba raba ke dalam handbag, hajat mahu mengambil pen marker. sebab tak puas meraba, terus aku tanggalkan butang handbag..and guess what..nak tengok magic tak....

errrrr...

 tada!


okay close up lagi siket...

tadaaa!!!~~


aaaaa... apa kejadahnya cikgu ni bawak remote control tibi ke sekolah!! aaaa..tidakkkkk

aaaaaaa...

macam tak percaya!!

....aaaaaaaaaaaaaa...

psssttt..ini kes main sapu je masukkan barang ke dalam handbag! adoi laa... >__<


Tag : , ,

Mata Buta

on Tuesday, April 24, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم



rasa lemau berada di dalam bilik guru. seorang seorang aku perhatikan wajah yang lemau lemau belaka. sayu wajah lemau guru penolong kanan di sebelah kiriku, pandanganku juga lemau. semacam kurang bermaya. mungkin kalau pekena kacip fatimah seteguk dua baru segar agaknya. lagi tadi buku budak-budak belum siap ditanda. sebab pergelangan gemok ini juga lemau.malas sangat sangat. ahh lemaunya!

di satu penjuru, nabil giat mengeja perkataan satu persatu. disebelahnya cikgu habsah. tekun memerhatikan. nampak lemau juga.


"D...A...Da.... D...A...Da...= Dada!"  sebut nabil.kuat.tak lemau budak ni

"haa..pandai nabil..okay teruskan!" puji cikgu habsah

M...A...Ma...T...A...Ta... = Buta! 


"ehhh????"

"oihhh!!!!!"

"ahahahahahahahahahahha"

"kahkahkahkahkah"
habis bergempita ruang bilik guru dengan dekahan cikgu cikgu sekalian yang ada. kelemauan terus hilang!

"nabil oihhh..mana datangnya perkataan BUTA??? awak eja lain, tapi sebut lain. pandai pulak dia buat ayat MATA BUTA. kahkahkahkahkahkahkah..."


amboih cikgu habsah ketawa besar punya. hilang sekejap lemau dia. kikikiki

Tag : , , ,

Tips | Melembutkan hati anak-anak

on Sunday, April 22, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Tip untuk melembutkan hati :


1. Selepas solat isya' /subuh sebelum pergi sekolah, bayangkan muka murid kita dan sedekahkan fatihah.

2. Sambil usap kepala pelajar, bacakan surah Toha 1-10 dan hembus ke umbun-umbun.

3. Selalu baca al-Quran, kerana orang yang sering baca quran nasihatnya mudah didengari dan kata-katanya mudak diikuti. (Tapi mulutnya pun masin, Awas!)

4. Boleh juga baca doa:
اللهُمَّ ليّن لي قلبَه/ قلبها كما ليّنتَ لداوُودَ حَديدًا
dan hembus ke umbun-umbun.


5. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya Allah beri hidayah kepada murid dan keluarganya. Kalau sebagai jurutera bila mesin rosak kita panggil pemilik mesin atau tukang untuk memperbaikinya. tapi sebagai guru kita berhadapan dengan manusia yang mempunyai hati yang sering berubah. So minta lah dengan pemilik dan pengawal hati.


Semoga Berjaya!


psssttt..tips nie diemelkan dari pensyarah jaja :) terima kasih yer pacek! :)


pssstttt lagik...setiap kali ke sekolah, jaja siap siap memasang tebing sabar yang tingginya 200% kali ganda dari limit yang sedia ada..sebab apa..sebab jaja bukanlah seorang yang larat dan tahan dengan kerenah anak-anak pedalaman tempat jaja mengajar. bersyukur sangat-sangat kerana hingga kini jaja baik baik sahaja..tak pernah lagi mengaruk sampai lebam budak budak tu. err tapi ada lah jugek jaja tarik anak rambut mereka. sakit tapi xmeninggalkan  lebam. eheh!



Tag : , ,

Perempuan dan Rebut

on Thursday, February 23, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


ada ketikanya perempuan memang gemar berebut. aku masih ingat masa sekola menengah dulu, budak2 perempuan biasanya merebut kebahagiaan untuk kepentingan diri mereka..berebut kakak angkat la..abang angkat la..paling tidak merebut pakwe..ini pattern remaja kurang kasih sayang..heh


masa kecik kecik dulu, kawan permpuan aku di kelas 2 anggerik (kelas i dulu) berebut pembaris..at last pembaris patah tiga, tiada siapa pun yang dapat


ada juga aku dengar cerita, madu kena simbah asid sebab berebut suami..haihh..


kesahnya..aku pengurus pasukan bola jaring di sekola..somehow..penat betei...hehe.. masa budak-budak main bola, aku perhatikan anak-anak buah aku suka betul berebut bola.hoho~ aku naik felik. apekeheynyer kau nak rebut bolaaaaa sampai lebih masa..(masa tu dia rebut bola sampai terbaring baring aksinya.haihh) cikgu kata defence je!! rampas bola pastu jangan suka berdiri belakang musuh!! haishh..penat betei jerit2. hehe



sengeh sengeh..nasib baik dapat top 3! haihh


acara memijak air gula..petua petui kununnya supaya kasut melekat kat gelanggang..hoho



separate !! separateee!!! jangan berkumpulll!!! haihh penat betei menjerit :p



hah! shooottt!!! sayang bolaaa...shootttt


defence!!! cuit sikit ketiak GA dia tu! haha


hah! shoottt!!! gud job dear..love u.muah2


alolo..berkerut muka dia..sedey pulak musuh team aku nie.haha


tengok bola tu kat mana...kenapa asyik salah kasi bola jer woi..sayang bolaaa!!!



jaga GD dia tu..haihh



ini murid jaja. ayrein fatihah. mix filipino. nak contact number dia?? meh jaja siku sikit kepala tu..hehe


peace yo..



hah..senyum senyumm.. kita nak balik dah nie..hehe


ehh..haha..

aiyakk..tournament kat gelanggang sekolah cina..tu yang banyak tulisan cina.hehe


tada..eksen cikgu sorang nie :p
dah2!jom balik. ajak bergambar nombor satu..hehe

pssstt..nanti jaja hupdate caption. bizi nih. tak buat lesson plan lagik. babai.. =.="


Tag : , , , , , , , , ,

ohh.. kuih koci

on Saturday, February 18, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

kesahnya..aku baru belajar buat kuih koci..at first, tergeliat jugek tangan nak membungkus.. lama2.. dah terer sikit la.. hehe

yang bestnya, mengoperasikan kuih koci nie secara berjemaah..syok apabila sekalian makcik aku dan kawan-kawan mak aku pon join buat sekali..memang kecoh dapur..hoho 

saja nak jamu mata ekau dengan gambar-gambar sekeping dua.. heh~ 



daun pisang kena dipotong bentuk macam nie..kalau potong sisi sama bahagian bawah dia jadi bentuk pentagOn..stylo kan? heh ^__^ 


see..isi koci dibentuk bulat-bulat.. kadang kadang aku ngap sebutir dua..hehe
isi kelapa tadi aku salut dengan tepung pulut yang dah diadun.. aku gentel-gentel ayu..pastu rendam dalam minyak masak..


rendam jangan lama-lama.. then bungkus molek molek dengan daun tadi macam kat bawah nie 


tadaaa..siap dah! ^__~
lepas nie nak kukus pulaks..heh..terasa cool bila dah pandai buat si koci nie..


pssttt..abaikan tangan cikgu yang gemoks tu yer :p

Tag : , , , , , , , , , ,

Sesaat kau datang

on Thursday, February 16, 2012



Assalamualaikum and hye everyone..


kalau masa sekolah rendah dulu, di buku autograph, aku paling suka part menulis CITA-CITA, aku catatkan yang aku ingin menjadi pramugari..terbang di awan biru..heh.masa tu berangan nak pakai kebaya biru dan bertudung..keh keh..ohh sweet rasanya

masa baru-baru naik sekolah menengah, aku ubah cita-cita..sebab aku perasan aku terer subject math, aku naakk sangat jadi akauntan. masa tu, otak sempit lagi.. faham istilah akauntan tu kerjanya hanya di bank! haha... sebab selalu ikut abah pegi bank buat loan, aku suka laa nak menyibuk kat kaunter bank, semata-mata nak tengok pegawai bank kira duit..lagi..bilabila abah withdraw duit, pasti aku ikut sama..semata-mata nak tengok duit tu keluar dari mulut mesin ATM dan hidu baunya..kehkeh..materialistik jaja! haha..

sekarang..aku dah besar..ececey..haha.. emm ekceli, aku nak bagitahu yang aku nak pencen kerja sekarang..boleh dak??? hee... sebenarnya akhir akhir nie aku sibuk di tempat kerja..er..bukan merungut..saja nak share2 dengan korang.. :) biasanya aku gemar melayan lagu-lagu ketika memandu.. mungkin sebab stress bekerja, aku suka menyanyi. ya, post untuk hari ini tiada wadah bermanfaat, tiada peringatan, tiada tazkirah, cuma aku nak kongsikan lagu yang suka aku nyanyikannya so far..


tadaaaa...jom layan


Sesaat kau datang oleh Ramlah Ram feat Sleeq


hehe..best kan..lirik dia pon awesome.. :)



Tag : , , , , , , , , , , , ,

"tak..tak..cikgu muka setia.."

on Saturday, February 11, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

kesahnya..tadi di sekolah ada pertandingan tulisan khat & jawi, nasyid, berzanji dan mewarna sempena sambutan Maulidurrasul..


aku menyelaras bahagian pertandingan..jadi semua yang berkaitan mengenai pertandingan dikelolakan aku.. dari minggu lepas lagi, aku dah pesan.. siapa nak join pertandingan, bagilah nama cepat, supaya memudahkan aku untuk urusan membeli hadiah penyertaan, sijil dan sebagainya..


tapi..apa yang berlaku.. 


pagi2 lagi kedatangan aku disambut Amin..murid tahun 6


katanya: "cikgu, boleh x kalau saya nak masuk khat??? "


cikgu: "hmm..boleh...."


amin lagi: tak apa ke cikgu?? cikgu tak marah??


cikgu: xpe.. (malas nak layan ekceli..)


amin: "betul ni cikgu??? cikgu tak marah??? "


cikgu: "haihh..awak tengok muka cikgu nie, muka nak marah ke..." =.=" (flat face)


amin jawab apa tau.. : "tak..tak..muka cikgu muka setia. kih kih"


cikgu: aaaaa.. apakah???


sempat pulak budak nie nak melawak dengan aku @__@


*********************
balik dari sekolah tadi aku terus ke kenduri seorang classmate sekolah dulu..


tahniah hadi..suami soleh idaman isteri tau..semoga bahagia saaampai akhir hayat :)
lawa pelamin kaw.. heh





Tag : , , , , , , , , ,

Penangan premium beautiful

on Monday, January 30, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


x tau nak mula menules macam mana..hehe..

ermm..pokoknya..aku pengguna premium beautiful nie.. so far..alhamdulillah..selesa sangat2..sakit belakang berkurang..tidur lena..selera makan macam biasa..tak la kenyang sepanjang hari..cuma kerap haus..

hari kedua membalut badan dengan 'beautiful' nie, aku muntah muntah berterusan selama 2 hari..spoil mood~ habes muntah-muntah, demam datang 3 hari.. sakit segala sendi..suhu meningkat, disertai dengan pakej batuk dan selsema yang awesome. heh

xpe..aku jalani hidup yang sukar dengan tabah! keke.. tapi memang laa..kena susah dulu sebelum senang. 

err..tapi kenapa kau mengada-ngada pakai beautiful ni jaja???? nak jaga badan macam mana lagi??? 

hehe..the fact is that, aku ingin hidup yang sihat..aku takde sakit kronik, tapi ada laa ketidakselesaan dalam tubuh badan..seperti susah nak tidur, stress, sakit belakang, pening-pening morningsickness  aku tak obses nak menguruskan badan, aku cuma nak rasa sihat! 


korset premium beautiful nie ada quality brand and satisfaction.. memang bebenang yang dijahit berfungsi untuk merawat kepelbagaian kes kesihatan terhadap wanita seperti kanser rahim dan payudara..bukan untuk ramping jerr.. 

so, apa lah kiranya kalau aku mencuba sesuatu yang mampu menggungguli kewanitaan kita..cecey.. :p bukannya apa, bila badan rasa tak sedap, buat kerja pon xseronok..takde mood orang kata.. nak solat pon x best je rasa.. 

kepada pakcik pakcik, abang abang sekalian..kalau sayang isteri anda, cubalah hadiahkan sepasang premium beautiful corset ini..pasti si isteri sengeh sampai ke tempat tidur..kata nak isteri badan solid..kekeke..melabur sikit untuk kesihatan berpanjangan tak apa kan.. kalau aku dah bersuami boleh la paw seribu dua  tak guna sayang duit, tapi badan sakit..tak nikmat gitu..orang kata hidup biarlah live to the fullest! ^__~

ok, selamat ber'beautiful' jaja~ :)




pssttt..kalau sang lelaki ikhlas terhadap teman hidupnya..takkan dia pertikaikan tubuh badan kita kan.. :)






Tag : , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO