Showing posts with label bahasa Tuhan. Show all posts
Showing posts with label bahasa Tuhan. Show all posts

Bahasa Kita | Selamat Tinggal vs Assalamualaikum

on Monday, April 1, 2013

Bismillah

mari belajar bahasa melayu. ehh

cikgu jaja takdelah nak mengajar sangat dalam entry kali ini

saja suka suka bermain kata dengan bahasa kita. bahasa apa lagi, pastinya bahasa melayu!

sebelum itu, jaja mohon maaf kepada cikgu cikgu bahasa di luar sana, sekiranya ada cacat celanya dalam entry kali nie :)

ucapan selamat tinggal selalu sangat kita gunakan. is it?

ada kata kata lain yang lebih berfungsi, bertujuan malah lebih jelas ucapannya kalau kita pergi dengan mengucapkan sesuatu bersama kesopanan, kesantunan bahasa bangsa kita.

misalnya,
Gembira tau dapat jumpa awak..

atau directly bagitahu yang kita harus beredar
Saya fikir, saya harus pergi sekarang

atau beri alasan yang sebenar benarnya
Saya perlu ke tandas sekarang, kalau tidak..err

atau berjanji untuk bertemu di lain hari, seperti ini;
Nanti kita jumpa lagi ya!
bahasa jiwa bangsa, tak salah kita mengucapkan sesuatu yang lebih panjaaang jika ianya lebih menonjolkan kesopanan dalam berkomunikasi.

bagi orang yang malas nak fikir panjang mencari alasan untuk meminta diri, mereka pergi dengan hanya mengucap selamat tinggal, good bye or else as we being among muslimin, we rather to say "Assalamualaikum" labih bermakna! bukan saja kita mendoakan untuk mereka, yet we earn rewards too! Allah Allah..mudahnya meraih pahala :)

lebih baik, gabungkan saja kedua jenis polite ritual yang jaja type di atas. misalnya;
Nanti kita jumpa lagi ya! Assalamualaikum
 

pssssttt... sambil beri salam tu, tambah sikit dengan senyuman yang manis, alahai...sejuk hati!

Tag : , , , , ,

ohh.. kuih koci

on Saturday, February 18, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

kesahnya..aku baru belajar buat kuih koci..at first, tergeliat jugek tangan nak membungkus.. lama2.. dah terer sikit la.. hehe

yang bestnya, mengoperasikan kuih koci nie secara berjemaah..syok apabila sekalian makcik aku dan kawan-kawan mak aku pon join buat sekali..memang kecoh dapur..hoho 

saja nak jamu mata ekau dengan gambar-gambar sekeping dua.. heh~ 



daun pisang kena dipotong bentuk macam nie..kalau potong sisi sama bahagian bawah dia jadi bentuk pentagOn..stylo kan? heh ^__^ 


see..isi koci dibentuk bulat-bulat.. kadang kadang aku ngap sebutir dua..hehe
isi kelapa tadi aku salut dengan tepung pulut yang dah diadun.. aku gentel-gentel ayu..pastu rendam dalam minyak masak..


rendam jangan lama-lama.. then bungkus molek molek dengan daun tadi macam kat bawah nie 


tadaaa..siap dah! ^__~
lepas nie nak kukus pulaks..heh..terasa cool bila dah pandai buat si koci nie..


pssttt..abaikan tangan cikgu yang gemoks tu yer :p

Tag : , , , , , , , , , ,

Allah kan ada..

on Thursday, January 26, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone

sejak 2 menjak nie..emosi agak "unsangkarable" (maksudnya yg tak disangka-sangka, adik2 jgn tiru perkataan ni dalam essey kamu yea)..segala rasa bercampur baur. syukur akal dan hati masih mampu menimbang tara yang baik dan yang sebaliknya, sekali goyah ntah apa akan jadi..ntah kenapa, kejap sunyi, kejap happy, kejap sendu..kejap ceria..biasanya lebih bijak mengekspreskan riak gembira :)



ﺍﻟﻠــﻬـﻢ أﺑـﺪﻝ ﺣـﺰﻧـﻨـﺎ ﻓـﺮﺣـًﺎ .. ﻭ ﻋـﺴﺮﻧـﺎ يسـرًا

wahai Allah.. gantikanlah kesedihan itu dengan kegembiraan.. gantikanlah jua kesusahan itu dengan kesenangan..



pssstt.. sudah-sudah la jaja...Allah kan ada..





Tag : , , , , , , , , , ,

Setujukah anda??

on Saturday, January 7, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

setujukah anda dengan murid ini??

(translated)
Mereka kata: Kesiannya orang yang tak tahu Bahasa Inggeris, mungkin akan menghadapi kesusahan untuk memahami percakapan manusia

Aku kata: Kesiannya orang yang tak tahu Bahasa Arab, mungkin akan menghadapi kesusahan untuk memahami percakapan Tuhan manusia.. 

hehe :)

****************
Bahasa arab bahasa al Quran juga bahasa syurga~ bahasa arab juga dipanggil sebagai 'Lughotud dhod' atau maksudnya 'bahasa dhod'.. kenapa dhod?? ahaa...sebabnya mudah, dhod adalah satu-satunya huruf yang wujud dalam bahasa arab..tidak dalam bahasa inggeris mahupun bahasa melayu

pssstt..malu la..terasa jauhhh dengan Sang Pencipta..aku lebih memahami dan betah dengan bahasa inggeris berbanding bahasa al Quran.. T___T so bad




Tag : , , , , , , , , , ,

Kenapa manusia perlu berkahwin??

on Wednesday, December 14, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


Adalah perkara yang agak merimaskan bila orang di sekeliling mula bising..tanya "bila kau nak kawen.." "bila nak makan nasi minyak kau??" ,  "semua kau ada, pelajaran, kerjaya,tunggu apa lagi" okay, itu soalan biasa..

ermm..erm.. jawapan yang paling sesuai, sengeh aje la..nak cakap lebih-lebih malas. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. 

adapun agak kurang ajar bila ada yang bertanya "kenapa tak kawen-kawen lagi nie.. macam tak laku jer.."

kena sebijik.kesian i.. ini adalah statement orang yang rosak mentalitinya. 

Rasa macam nak pangg jer. aiyohh..tak payah la nak menghukum orang dengan soalan ngengg ekau tu boleh tak??? doakan saja lah..semoga cepat sampai jodoh.. jodoh yang lambat bukan bermakna tak laku,  ini rahmat Tuhan,  mungkin ada yang terbaik menanti di hujung sana. HE knows best! 

bagi yang masih bergelar anak dara muda atau tua, toksah risau laa kalau jodoh kalian belum dipertemukan.. memang janji Tuhan, segala tarikh untuk jodoh dan kematian telah ditetapkan. yakinlah Allah ada sentiasa bersama kita. selagi mana kita sehat, selamat, happy..itulah kehidupan yang terbaik buat masa sekarang. masa akan datang kita tak tahu kan.. so, cool je macam aku. biar lah orang nak kata apa.. jangan sampai terganggu kerjaya kita. toksah jugak membidas, diam dan senyum pon dah cukup. 

okeh, back to the topic.

nampak tajuk entry di atas?? Kenapa manusia perlu berkahwin?? baiklah, nak kawen ada banyak sebab. antaranya: sudah memang fitrah manusia mahu hidup berpasang-pasangan.  nak ada teman hidup, teman belai-belai. teman serumah, sekatil, sebantal, mahupun teman sepinggan. 

yang kedua, kerana dah ada pakwe/makwe. nak buat apa couple kalau tak mahu berkahwin, ye dak?? punya laa lama memendam hasrat membina mahligai, di bawa ke sana-sini, kecoh sekampung nak tunjuk pasangan masing-masing, setiap kali raya mesti di bawa sekali. tapi tak kawin-kawin juga, simpan couple sebagai koleksi , cukup setahun buat album "koleksi supermanku". aiyohh. manusia jenis ni jelas ketidakseimbangan mentalnya. 

yang ketiga, sebab sunnah Rasulullah saw untuk mengembangkan zuriat, melahirkan generasi bijak pandai pada masa akan datang menggantikan ilmuwan, pahlawan, sasterawan, angkasawan, rupawan dan berbagai lagi wan yang sudah meninggal dunia. jentiklah peribadi yang berakhlak dari dalam diri kalian mulai dari sekarang untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. at least, kalau anak kita bukan antara ahli akedmik pon, bila matinya kita nanti, dia tahu mendoakan kita..selalu menyedekahkah fatihah untuk kita.. kan elok tu..

yang last, aku fikir manusia mahu berkahwin atas dasar jaminan hidup yang lebih baik. kita selalu dengar kan, "2 is better than 1".  after few years later, cakap macam ni pulak "3 of us..better than 2!" heh..

begitulah. nak makan pon sebab lapar, nak tidur pon sebab mengantuk.  nak berkahwin juga ada sebabnya. alangkah moleknya pernikahan itu adalah kerana Agama..apa-apa pon back to agama. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. kerana agama juga, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan perempuan.

nak bebel panjang sikit lagi boleh tak?? :p

okay, bukan senang nak cari suami kan wahai kakak kakak sekalian.. aku juga fikir begitu, susah benar. adakalanya rasa give-up malah terus tidak ambil pusing. anyhow.. untuk tidak menjadi hamba yang sombong menidakkan fitrah yang Allah jadikan, so kita seharusnya bijak mencari kehidupan yang terbaik since mak ayah kita pon jaga kita dengan yang terbaik kan.. sia-sia lah jika kita sengaja mencipta kerosakan diri dengan memilih pasangan mengikut selera nafsu semata-mata. 

ada beberapa perkara yang sedang diperaktikkan sekarang. and mungkin berbaloi untuk orang seperti aku. kita cuma mencuba..urusan jadi atau tidak Tuhan je tahu.. 

yang pertama-tama sekali, mencari keserasian tu sangat penting. tidak kisah lah sesiapan pun, asalkan ada keserasian atau chemistry, it's just fine. tolak ketepi perbezaan darjat syed atau sharifah, budak U ke tidak, atau jenis pekerjaan. cari yang boleh bertolak ansur dan kita rasa selesa. yelah..nak kawin long lasting. sepanjang hayat kita, ye dak?? kalau nak kawin sekadar nak buat-buat dah ada laki, atau yang lebih teruk, kawen sebab nak ikut kawan-kawan, jeles kawan-kawan dah kawen tapi kita tak kawen-kawen lagi. 

Next, perhatikan latar belakangnya. cuba senaraikan perangai baik buruknya..kemudian sesuaikan dengan perangai baik dan buruk kita. maksudnya, mungkin ada antara kelebihan dia menjadi pelengkap kepada kelemahan kita, begitu juga sebaliknya. complement each other. nice bukan.. :)

kalau boleh..jauhi lah lelaki yang kerap berbuat onar, maksiat atau kejahatan. ada tau jenis perempuan yang gemar berpasangan dengan jenis-jenis zombie pokok pisang..err... please lah. jika kalian menganggap kalian cukup jahat maka kalian juga harus mencari yang ala-ala samdol perosak masyarakat. ohh lekas lah kalian berubah. demi masa depan yang lebih baik serta alam akhirat yang membahagiakan.. cari yang elok-elok yer..ada nakal sikit-sikit tu takpe la..biasa kalau lelaki tu nakal..kalau skema sokmo memang kaku laa hubungan tu nanti..

and..and..kalau boleh..cari pasangan yang sudah ada komitmen dalam pekerjaan. tak kesah la kalau dia berkerjaya sebagai tukang kasut sekalipun.. biarlah kita dapat mencicip rezeki dari sumber yang halal..

fuhh..pantas jer menaip.. :p


semoga bermanfaat. sepanjang 25 tahun aku hidup..beginilah dapatan yang aku perolehi dari pemerhatian dan pengalaman sendiri selepas patah hati.. aku tak puja lelaki, tetapi aku damba suami yang aku akan selalu pamerkan garisan senyuman untuknya, yang selalu ikhlas di waktu senang dan payah kita.. yang  boleh menemankan hidup di dunia dan di akhirat.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..  :)

ada nak tambah lagi atau nak membetulkan statement aku?? silakan.. :)

pssstt..kenapa tiba-tiba cakap pasal kawin nie?? ohh disember adalah musim mengawan. jadi aku dah tak tertanggung sorang-sorang nak mengadap persepsi orang sekeliling dengan timbunan soalan yang sama..jadi aku kongsikan di sini..tak ape kan.. :I


Tag : , , , , , , , , , , ,

Jaja & tutti frutti

on Friday, November 25, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone.. cikgu jaja's back!!~

hampir  seminggu lamanya aku tak menjengah blog ku sayam nie~ heh. mmg kurang masa untuk berfoya foya..maklumlah tengah berkursus.skg nie pon masih ditempat kursus. :-( 

tak sabar menanti hari jumaat, tak tertanggung penat rasanya.. sepanjang seminggu bekursus, stress itu harus ada..bila stress, pekena dengan tutti frutti nie best juga..ye dak? 





hehehehehehehehe..layan tutti frutti sambil layan lagu cinta muka buku..hekhek

buat rakan bloggers yang kusayang~ really sorry lama tak blogwalking. malam nie aku berhajat untuk membalas kunjungan (mana yang sempat & larat. sebab mata dah separuh buka dah nie @_@)

and..and..ada lagi berita.. aku menang segmen cikgu syima..hehehehehe..sengeh la ekau sampai tertido jajaaaaa..heh :) thanks kak syima! happy plus terharuuuu~ 

dalam segmen tu, aku menulis dari hati..konten kisah benar sangat mengusik jiwa .aku menulis cerita itu kerana aku rindu dia..  (rindu arwah..alfatihah nurul riza bt mohd radzi. semoga ruhnya tenang di sisiNYA.. )


ermm..rindu juga belog nie..rindu kawan2 semua..rindu nak membaca coretan kalian~ :)


pssttt..blogku pakweku. kehkeh


pssstt lagie..salam maal hijrah 1433 hijriah~ persefahaman asas perpaduan ummah :) 



Tag : , , , , , , , , , , , ,

Nak kenal orang johor mcm mana? bacalah ni... haha

on Thursday, November 3, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


salam and hye everyone




Here are some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorian. They were forwarded to my e-mail by a friend. I find that they are really interesting. As a Johorian myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself wether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…
1.They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


info:fesbuk

PSSTTT...PROUD TO BE JOHORIAN!! HEK..HEK...




Tag : , , , , , , , , , , , , ,

RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI

on Wednesday, November 2, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم


salam and hye everyone





Jari telunjuk : usus
Jari tengah : jantung
Jari Manis : imuniti
Jari kelingking : rahim/tulang blakang

cuba lihat pd ruas jari2...Kalo ruas jari kehitaman tu maknanye badan kita ni penuh dgn racun & toksik dmana boleh menyebabkn kita kenai sembelit. (mkn le buah byk2)

kalau , cara utk tgk sistem dalaman pempuan plak, adalah dgn mlihat pd jari kelingking. kalo jari meruncing @ bengkok, maknanye haid x tratur, keputihan, senggugut, & bkemungkinan rahim jatuh. (huishhhh)

kalo tapak tgn bbintik maknanye mslh angin. cube cek tapak tgn masing2, kalau yg ske marah2 tu mgkn angin dlm badan byk...sbb tu la slalu rs nk marah & naik angin aje. (hahaha....bleh try cara2 kentut yg admin penah bagik)

slain tu, pernah tak alami masalah tapak tgn bpeluh @ lembab jek? jika ye, tu tandanye badan kita mudah dserang sel2 kanser. (hoh?)

jika perut ibu jari bwarna biru khijauan maknanye ssorg tu alami mslh resdung, alergi & penyakit paru2. skiranye, perut ibu jari ade urat hijau kbiruan maknanye anda sorg pengidap gastrik. ( hoho...leh jadik incredible hulk nih)

urat biru / hijau pd pgelangan tgn, tapak tgn, spanjang jari & betis kaki maknanye ssorg tu mengidapi stress @ tekanan dlm khidupan shariannye. (kesiannnn)

sterusnye, yg paling menarik utk kite tgk (wanita).. cuba tgk pd kuku stiap jari.
jika tdpt bulan sabit bwarna putih d stiap jari bmakna anda mengalami hormon yg x seimbang. tp blainan plak skiranya anda mpunyai bulan sabit yg bwarna putih hanya pd ibu jari sj, itu mnandakn anda sorg yg sihat..insya'Allah... (^_^)

btol @ tidak......wallahua'lam.....



info:fesbuk




pssttt..jari jaja bayank yang ada bulan sabit.. :'( macam mana nak menyetabilkan hormon yer?? berfikir sambil garu2 dagu



Tag : , , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO