Showing posts with label bahaya panadol. Show all posts
Showing posts with label bahaya panadol. Show all posts

Kenapa manusia perlu berkahwin??

on Wednesday, December 14, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


Adalah perkara yang agak merimaskan bila orang di sekeliling mula bising..tanya "bila kau nak kawen.." "bila nak makan nasi minyak kau??" ,  "semua kau ada, pelajaran, kerjaya,tunggu apa lagi" okay, itu soalan biasa..

ermm..erm.. jawapan yang paling sesuai, sengeh aje la..nak cakap lebih-lebih malas. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. 

adapun agak kurang ajar bila ada yang bertanya "kenapa tak kawen-kawen lagi nie.. macam tak laku jer.."

kena sebijik.kesian i.. ini adalah statement orang yang rosak mentalitinya. 

Rasa macam nak pangg jer. aiyohh..tak payah la nak menghukum orang dengan soalan ngengg ekau tu boleh tak??? doakan saja lah..semoga cepat sampai jodoh.. jodoh yang lambat bukan bermakna tak laku,  ini rahmat Tuhan,  mungkin ada yang terbaik menanti di hujung sana. HE knows best! 

bagi yang masih bergelar anak dara muda atau tua, toksah risau laa kalau jodoh kalian belum dipertemukan.. memang janji Tuhan, segala tarikh untuk jodoh dan kematian telah ditetapkan. yakinlah Allah ada sentiasa bersama kita. selagi mana kita sehat, selamat, happy..itulah kehidupan yang terbaik buat masa sekarang. masa akan datang kita tak tahu kan.. so, cool je macam aku. biar lah orang nak kata apa.. jangan sampai terganggu kerjaya kita. toksah jugak membidas, diam dan senyum pon dah cukup. 

okeh, back to the topic.

nampak tajuk entry di atas?? Kenapa manusia perlu berkahwin?? baiklah, nak kawen ada banyak sebab. antaranya: sudah memang fitrah manusia mahu hidup berpasang-pasangan.  nak ada teman hidup, teman belai-belai. teman serumah, sekatil, sebantal, mahupun teman sepinggan. 

yang kedua, kerana dah ada pakwe/makwe. nak buat apa couple kalau tak mahu berkahwin, ye dak?? punya laa lama memendam hasrat membina mahligai, di bawa ke sana-sini, kecoh sekampung nak tunjuk pasangan masing-masing, setiap kali raya mesti di bawa sekali. tapi tak kawin-kawin juga, simpan couple sebagai koleksi , cukup setahun buat album "koleksi supermanku". aiyohh. manusia jenis ni jelas ketidakseimbangan mentalnya. 

yang ketiga, sebab sunnah Rasulullah saw untuk mengembangkan zuriat, melahirkan generasi bijak pandai pada masa akan datang menggantikan ilmuwan, pahlawan, sasterawan, angkasawan, rupawan dan berbagai lagi wan yang sudah meninggal dunia. jentiklah peribadi yang berakhlak dari dalam diri kalian mulai dari sekarang untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. at least, kalau anak kita bukan antara ahli akedmik pon, bila matinya kita nanti, dia tahu mendoakan kita..selalu menyedekahkah fatihah untuk kita.. kan elok tu..

yang last, aku fikir manusia mahu berkahwin atas dasar jaminan hidup yang lebih baik. kita selalu dengar kan, "2 is better than 1".  after few years later, cakap macam ni pulak "3 of us..better than 2!" heh..

begitulah. nak makan pon sebab lapar, nak tidur pon sebab mengantuk.  nak berkahwin juga ada sebabnya. alangkah moleknya pernikahan itu adalah kerana Agama..apa-apa pon back to agama. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. kerana agama juga, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan perempuan.

nak bebel panjang sikit lagi boleh tak?? :p

okay, bukan senang nak cari suami kan wahai kakak kakak sekalian.. aku juga fikir begitu, susah benar. adakalanya rasa give-up malah terus tidak ambil pusing. anyhow.. untuk tidak menjadi hamba yang sombong menidakkan fitrah yang Allah jadikan, so kita seharusnya bijak mencari kehidupan yang terbaik since mak ayah kita pon jaga kita dengan yang terbaik kan.. sia-sia lah jika kita sengaja mencipta kerosakan diri dengan memilih pasangan mengikut selera nafsu semata-mata. 

ada beberapa perkara yang sedang diperaktikkan sekarang. and mungkin berbaloi untuk orang seperti aku. kita cuma mencuba..urusan jadi atau tidak Tuhan je tahu.. 

yang pertama-tama sekali, mencari keserasian tu sangat penting. tidak kisah lah sesiapan pun, asalkan ada keserasian atau chemistry, it's just fine. tolak ketepi perbezaan darjat syed atau sharifah, budak U ke tidak, atau jenis pekerjaan. cari yang boleh bertolak ansur dan kita rasa selesa. yelah..nak kawin long lasting. sepanjang hayat kita, ye dak?? kalau nak kawin sekadar nak buat-buat dah ada laki, atau yang lebih teruk, kawen sebab nak ikut kawan-kawan, jeles kawan-kawan dah kawen tapi kita tak kawen-kawen lagi. 

Next, perhatikan latar belakangnya. cuba senaraikan perangai baik buruknya..kemudian sesuaikan dengan perangai baik dan buruk kita. maksudnya, mungkin ada antara kelebihan dia menjadi pelengkap kepada kelemahan kita, begitu juga sebaliknya. complement each other. nice bukan.. :)

kalau boleh..jauhi lah lelaki yang kerap berbuat onar, maksiat atau kejahatan. ada tau jenis perempuan yang gemar berpasangan dengan jenis-jenis zombie pokok pisang..err... please lah. jika kalian menganggap kalian cukup jahat maka kalian juga harus mencari yang ala-ala samdol perosak masyarakat. ohh lekas lah kalian berubah. demi masa depan yang lebih baik serta alam akhirat yang membahagiakan.. cari yang elok-elok yer..ada nakal sikit-sikit tu takpe la..biasa kalau lelaki tu nakal..kalau skema sokmo memang kaku laa hubungan tu nanti..

and..and..kalau boleh..cari pasangan yang sudah ada komitmen dalam pekerjaan. tak kesah la kalau dia berkerjaya sebagai tukang kasut sekalipun.. biarlah kita dapat mencicip rezeki dari sumber yang halal..

fuhh..pantas jer menaip.. :p


semoga bermanfaat. sepanjang 25 tahun aku hidup..beginilah dapatan yang aku perolehi dari pemerhatian dan pengalaman sendiri selepas patah hati.. aku tak puja lelaki, tetapi aku damba suami yang aku akan selalu pamerkan garisan senyuman untuknya, yang selalu ikhlas di waktu senang dan payah kita.. yang  boleh menemankan hidup di dunia dan di akhirat.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..  :)

ada nak tambah lagi atau nak membetulkan statement aku?? silakan.. :)

pssstt..kenapa tiba-tiba cakap pasal kawin nie?? ohh disember adalah musim mengawan. jadi aku dah tak tertanggung sorang-sorang nak mengadap persepsi orang sekeliling dengan timbunan soalan yang sama..jadi aku kongsikan di sini..tak ape kan.. :I


Tag : , , , , , , , , , , ,

Lalat

on Wednesday, November 30, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..



Jika kita tidak berwaspada dengan makanan & minuman yang dihinggapi serangga, apa yang perlu kita lakukan?? emmmm..


"Rasulullah SAW bersabda: jika ada seekor lalat jatuh ke tempat minuman yang kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut, kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandungi penawardan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit" Riwayat Abu Hurairah
Tag : , , , , , , , , , ,

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

on Friday, October 21, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم



Salam and hye everyone



Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan



Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.


Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . 


Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Alternative Treatment ( Tips )Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .


Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. 


Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


Tag : , , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO