Home > Posts filed under putus cinta. true story
بسم الله الرحمن الرحيم
salam and hye everyone. maaf aku byk post cerita panjang lately..tengah ada mood suka membaca nobel :) okeh jom layann cerita cinta~ lovey dovey story~~
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”
p/s : Semoga bermanfaat
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain
info:fesbuk
psstt.. once i've lost my superman~ mula2 meroyan juga. sekarang dah okay.. dh boleh redho.. hekhekhek. pangg!!~
Tag :
aku tak puja lelaki,
cerita cikgu,
Cinta Cyber,
cinta hakiki. true mOde,
cinta palsu,
keikhlasan lelaki,
Kisah cinta,
lau kana bainana,
putus cinta. true story,
terkezut,
terrOr la kOrang
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam and hye everyone
Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan
Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.
Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati .
Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Alternative Treatment ( Tips )Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.
Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Tag :
bahaya panadol,
bukan bebelanku,
cerita pendek,
entry bergambar,
Facts,
geram,
hahaha,
Health,
hitam vs putih,
Ingat mati,
lau kana bainana,
panadol,
panadol actifast,
putus cinta. true story
Salam and hye semua..
this would be short and funny with those keywords.. kehkeh.. alahai cikgu putus cinta...
itu keyword untuk minggu lepas, untuk minggu ini pon ade juga.. haha.. glemer carian keyword putus cinta nie.. haha
hihi..adehhh..ramai yg putus cinta bulan ni rupanya.. xpelah.. sekurang2nya i ada share sesuatu untuk kOme yg putus cinta kan.. walaupun hanya dengan satu entry, carian kOme tepat. hehe..
well, aku tak puja lelaki.heh
bacaan berkaitan:
ok..ok..memang i pernah merasai 'peristiwa kelat; tu..but then alhamdulillah..everything goes fine..cikgu okay..ihsan dOa family, kwn2 dan kalian juga. tq~ love u all guys much. Allahu yusaa'iduni
Tag :
aku tak puja lelaki,
cinta hakiki. true mOde,
cinta palsu,
putus cinta. true story
Hadirmu barangkali satu ujian..
terima kasih atas segala rasa
aku masih mampu tersenyum
senyum kerana ianya terbit bersamamu
seringkali bait baitmu menggoncang perasaan
acapkali kenangan menghiasi hari hariku
Allah..biarkanlah ia pudar
sepudar pelangi yang tenggelam saat mentari muncul menyinar
baiklah teman..aku akur kehendakmu
ya..cuba akur..
kamu adalah ujian
Allah..rasa apakah ini >.<"
cikgu mengarut.tolong abaikan
Tag :
putus cinta. true story,
True life
Assalamualaikum dan hye everyone
Cinta cinta cinta.. tak habes habes dengan cinta. ape kena cikgu sOrang ni?? asyik pOst entry jiwang saja. emO plak.hak tuih. hoho..in fact tiada apa yang berlaku.cikgu baek2 saja.. :)
baeklah, jom kita selami definisi putus cinta. putus cinta bermakna putusnya perhubungan di antara dua pasangan yang bercinta secara nyata atau tidak nyata, memusnahkan segala harapan dan janji-janji manis yang pernah ditaburkan. kununnya mampu pertahankan tapi akhirnya gOyah dan putuslah hubungan..lepas tu..menangis kosOng sahajalah..sebab apa yang diidamkan tidak kesampaian.. walopun dalam hati berdOa supaya hubungan mungkinkan pulih. <<-- dari kalam saya. ikut sedap je neh
tak kesah lah macam mana keadaan bercinta pon..ada yang terang terangan declare si pOlan bercinta dengan si pOlan, ada yang bercinta dengan bunga larangan, ada cinta bertepuk sebelah tangan, ada yang bercinta tanpa dia sedar bahwa dia sedang bercinta(tanda seru). but anyhow.. ada macam2 jugak sebab pasangan bOleh putus cinta. mungkin kerana
- PENIPUAN
- ketidakserasian
- kejarakjauhan
- kematian
- dan lain lain
walaubagainapun keadaannya..kalau cinta yang tidak berakhir dengan kebahagiaan perkahwinan, seterusnya tak dapat hidup bersama melahirkan generasi bijak pandai kelak maka beerti putuslah cinta. sebab tu lah jangan gatal nak bercinta sebelum berkahwen..islamic cOuple kunun. tiada istilah islamic cOuple dalam islam. harini, cikgu saja suka suka nak share tips menghadapi putus cinta. saja saja jer tau.jangan salah faham :)
so, buat adik-adik, kakak kakak di luar sana yang sedang putus cinta, jOm try tips cikgu ini. tOksah lahh dok susah susah nak panjat bangunan sana..nak bunuh diri buat hape. ekau mati, terkekek kekek syaitOn ketawakan. ada geng dia masuk neraka jahannam.(kah kah.err xlawak? ok.ok..)
Antara tips yang dapat saya buah fikirkan;
- Jaga Hubungan Dengan Allah. jangan dOk sebuk buat solat tahajud supaya tenang jiwa, tapi sOlat 5waktu ekau lambat lambatkan
- Jaga Masa. masa sOlat, masa bekerja, masa tido, masa tgk tv dsb. fOkus pada ketepatan masa, supaya ekau buleh lupa segala perasaan duka lara.
- FOkus Pada Kerja. biarlah orang nak kata kita hantu kerja,wOrkaholic dsb. yang penting kerja siap, prestasi tidak terjejas. produktiviti cemerlang. nanti ekau senang, bOs senang.
- Jangan biarkan Diri Anda Ada Waktu Terluang. isi masa dengan perkara yang berfaedah. ghi maen squash ker, archeri ker, bowling ker atau ape2 jer yng best.jauhilah melepak seOrang diri di tepian pantai..dipingiran bukit..blues la tu kunun. ceit. jangan tak tahu syaitOn sentiasa nak grab peluang masuk ke dalam hati hati yang kesedihannnn..
- Jangan Malas Mengaji. Luangkan masa bersama AlQuran sebanyak masa yang mungkin, trust me.baca ALQuran, Hati jadi tenang
- Speedy Driving. haa yang ini cikgu suka.paling suka. sekali sekala cecah satu enam..satu lapan..ape salahnya. :) rasa best sangat2 bila dapat sprint test kereta.keh keh keh. walaubagainapOn.harus sentiasa berwaspasda.
- Perbanyakkan Berkomunikasi dengan Orang.. jangan dok berkurung saja. supaya ekau tak sunyi..cari teman untuk berbOrak..kadang2 best jugak. lagi lah best kalau dapat teman yang kecindan :)
- Jangan Ikut Perasaan Sangat. cool je babe. mula2 putus tu bOleh lah menangis puas2. pastu stOp lahh. sedey sikit sikit sudey..nanges lama lama buat hape...nak jadi macam kassim selamat? alahai kassimmm... har har
**********
ada banyak lagi tips..cikgu stOp sini dulu.cOming up next cikgu nak blOgwalking besar besaran (^_^)" caloss
Tag :
putus cinta. true story,
True feeling