Showing posts with label True life. Show all posts
Showing posts with label True life. Show all posts

Azab: Ariel Sharon

on Wednesday, October 12, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم




Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kpd Allah...Amin...


infO: fesbuk




Pssttt.. rasa xsedap badan la.. kepala berat jer.. demam =.="





Tag : , , , , , , , , , , , , , , ,

Raya sebulan

on Saturday, September 3, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


its' 5th hari raya.. :)

Salam and hye semuaaa....


ini dia muka happy sangat beraya. location:rumah pacek belah abah


well..happy hari raya :) sorry laa lambat wish. di johor kami beraya sebulan.selagi namanya syawal, kami pulun beraya..tu yang tak sempat-sempat nak update entry baru. kehkeh. sampai anda yang text message tanya bile nak update, million sorry T__T love u..jangan jemu ziarah corat coret cikguuu~

oh rasanya belum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.. kot laa ada terbuat silap yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan..setahun berblOg & bersama rakan maya pasti ada tersilap kata dan perbuatan. 

okay, hari raya di kampung halaman memang sangat syok. tambah pulak saudara mara semua berkumpul..riuh rendah suasana. Oleh sebab aku dah biasa serabut dengan kebisingan budak-budak kat sekolah, so aku biarkan je budak-budak nak melalak melaung menjerit-jerit sepanjang hari kat rumah ni.. bukan apa, tak boleh nak kawal dah.. biar je la.. kehkeh


nampak x. mata den dah lobam.kehkeh

lepas solat hari raya kami berkumpul lagi secara rasmi untuk acara merembeskan hormon empati dan kasih sayang paling optimum. adoiii laa time ni memang habes meleleh semua air mata dan air hidung. momen yang dahsyat. kehkeh.. pastu ramai-ramai pakat mata lebam.abeh semua bedak+mekap.opss aku x mekap.haha



juadah di pagi raya ofkos laa special..rendang daging+ketupat (dianyam sendiri tahuuu)+masak lemak lodeh+kuah kacang itu menu wajib. plus ayam goreng berempah+sambal goreng dan beberapa lauk lain lagi.segan nak tulis banyak2..tapi memang penuh sampai ke hujung meja. :p alhamdulillah..rezeki ada..

makan tak kenyang lagi kami bergerak ke kuburan. ziarah pusara abah yang pertama, kemudian baru ziarah ke rumah makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekampung sampai rasa nak patah pinggang baru balik rumah.hihi



setiap rumah nak marhaban..kalau sepuluh rumah, sepuluh kali marhaban. abang aku punya agenda. sangat penat tapi syOk. macam2 rentak marhaban kami bawak. kelaka pulak bila tengok rakaman semula.kehkeh.anyhow..thumbs up, marhaban mmg best

sape2 ada hati nak pinang aku kena interview dulu dengan 4 orang bodyguard nie..kehkeh


ohh lupa..cakap pasal biskut raya. tahun ni i manage biskut raya 2jenis jer..plus moist choc cake. okay lah kan.. nak buat yg mudah dan sedap. biskut fruity buble rice dan kuih suci dalam debu(popia nestum) it was just awesome. simple enough. abeh dilahap adik beradik sendiri. tak sempat  nak jumpa raya ke2.kehkeh

semoga ketemu lagi aidilfitri di masa akan datang. ntah masih ada umur atau tidak, kita sama2 doa..semoga dikekalkan kesihatan dan kebahagiaan hingga akhir waktu.


 dah besar cucu nenek..jadi anak solehah yer..


okay penat dah bebel. nanti update lagi. nak pegi beraya lagi nie..daaa.assalamualaikum


pssstt..sedang kite bergembira..ada di luar sana yg bersedih.. alfatihah buat Allahyarham wartawan bernama.. semoga dirahmati ruhnya..


Tag : , , , , , , , , , , , ,

Lau kana Bainana

on Saturday, August 20, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam and hye semua.. 

aku ada sesuatu untuk menjamu fahwa Qalbi kalian



pssstt..nak share videO ini. well i found its' awesome.. 
Lagu dakwah yang meruntun jiwa.. syahdu aku mendengarkannya. hati terseru, rindu bertaut padamu Ya Rasulullah saw. 

kredit untuk TV Alhijrah untuk paparan prOgram dakwah yang hebat. hebat kerana ia yang pertama aku lihat di kaca tibi..

aku yakin, "penasyid" tanah ayor juga mampu menerbitkan yang seumpama ataupun yang lebih baik lagi :)

Muhammad uswatun hasanah. sebaik-baik ikutan. video yang singkat tapi penuh bermanfaat. jom selawat beramai-ramai
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad


Tag : , , , , , , , , , , ,

SEGMEN | SELAMAT HARI BAPA

on Sunday, June 19, 2011


saya sayang abah saya

saya rindu abah saya

saya tahu Allah lebih sayangkan abah saya

saya redha abah dah tiada. abah selalu mampir dalam tidur saya

abah sampaikan senyum buat saya :)

selalu terasa abah sentiasa ada di segenap ruang rumah kita

selalu terhidu bau unik ketiak abah yang berpeluh

selalu terbayang riak abah yang garang tetapi suka melawak

selalu terngiang celoteh abah yang bingit tetapi best

rindu abah saya

terima kasih ya Allah atas abah yang pernah kau beri..

alfatihah..


penganjur segmen

(klik gambar untuk pautan ke penganjur:cikgu wan)

tamam
***

pssstt..saya sangat rindu abah saya :) alfatihah


Tag : , , ,

kerenah si gila

on Saturday, June 18, 2011

salam and hye fellow readers..

pertama sekali, thanks a lot buat semua pengunjung blOg yang xseberapa nie. wadahnya yang bukan2 saja.. lama aku xberkOngsi ma'rifah.. asyik seronok menceritakan ehwal sendiri. haish. sOrry kawan2.. :) bukan apa.. di muka blOg inilah aku bOleh bercerita apa saja exclude bercerita-cerita kat sekOlah.. kat mak. hehe.. lain tempat bercerita, lain mOodnya tau.. di blog ni i prefer bercerita untuk mencari kepuasan.. yelah.kalo bercerita dengan budak2 kt sekolah, terbantut dgn masa yg terhad... kalo cerita dengan emak, bOsan pulak dia.. sampaikan setiap kali aku belum sempat membuka mulut, mak dah tanya "ha....cerita ape pulak hari ni????" keh keh 

okay.okay..ini bukan pOkok cerita yang sebenar untuk tajuk kerenah si gila..

hampir2 tiba di traffic light, yang kuning bertukar menjadi merah, mendengus sekejap. haish merah pulak. lamanya nak tunggu 99 saat. aku lirik mata ke kanan, oh banyak juga kereta di tengah2 bandar kecil ni. aku tOleh ke kiri, ehh..siapa tu???? semacam menarik! aku perhatikan betul betul. emh emh.. (sambil geleng2 kepala) kesian. Orang yang sudah hilang siuman, begitulah.. terkinja kinja di bahu jalan. di khalayak pula.. lagaknya seperti sedang menunggang, menari-nari bersama tunggangannya. syOk main kuda kepang kOt..



sekejap-sekejap dia angkat kaki kiri, pusing2, terlompat lompat. siap buat lapping lagi. seronok sungguh dia. hala badannya bertukar arah, diangkat pula kaki kanan, terlompat-lompat. sempat lagi dipetiknya bunga raya jingga di tepi jalan. disuap ke dalam mulut, dikunyah2. sisa bunga raya dicampak ke tepi. si polan tampak riang. aku mengucap panjang. kasihan.. apa agaknya yang berlaku kat si pOlan tu yer. apa yang dia rasa? dunia apa yang dikhayalinya? muda lagi tu.. pakainya tak lusuh. tapi tak la smart.. beralas juga kakinya. 

sibuk Otak aku memikirkan dia. tiba2 bunyi hOn menerjah ke telinga. adoii. kuatnya, sorry pakcik persona. cepat2 aku tukar gear drive, kereta pinjamku meluncur perlahan, sengaja aku tidak menderaskan paddle. aku tOleh sekejap, oh die masih terkinja-kinja.kasihan..

aku agak, itu spesis manusia tidak siuman.. kalau siuman, takkanlah dia nak buat macam tu.. kalau siuman, takkanlah die tak perasan banyak mata yang memerhatikannya..kasihan.. muka lawa, tapi gila. bagi aku, orang siuman mencari bahagia, tapi orang yang tidak siuman mencari bala.sengaja merosakkan diri. bukan kah mencari bahagia tu fitrah manusia?? tidak pernah ada manusia yang tidak menginginkannya.. namun persepsi manusia mencari bahagia itu dalam pelbagai bentuk, ada yang memikirkan bahagia dengan bmw hasil MLM, atau mungkin bahagia dengan sedutan dunhill di belakang isteri, atau mungkin bahagia dengan pandu laju tak ingat dunia, atau mungkin bahagia dengan kesembuhan selepas diuji sakit.. atau macam-macam lagi kemungkinan yang dia rasakan disenanginya.. 

kerenah si gila tadi sudah pasti merasa bahagia dengan ketaksuban amalannya..kasihan.. 

ramai manusia kata, bahagia tu datang dari kekuatan luaran, merasakan bahagia saat diri adalah hartawan, rupawan, negarawan, bangsawan, dan pelbagai lagi wan. tapi manusia selalu tidak tahu elizabeth tylor menderita sebab potongan badannya, john lenon pun mati dibunuh juga walaupun dipuja berjuta kipas susah mati. Lady Diana, Paris Hilton,Christina onasis, malang nasib mereka walau harta berkepuk-kepuk, cantik segala idaman semua.. ah manusia.. seringkali dia lupa, Allah berpesan: “Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.”

kamu ampuh berfikir bukan.. renung-renungkanlah. saat jasad menyeru roh dimasukkan dari Sang Kholiq, apa janji  kita?? Allah Tuhanku..Muhammad Nabiku..AlQuran junjunganku...

sO..moralnya..usahlah taksub sangat..kalu tidak jadilah seperti si gila bersama kerenahnya yang aku tontOn percuma di tepi jalan tadi. bukan saja maruah diri dan keluarga tercemar, agama pun tertempias.. Islam tidak sesekali mendidik umatnya begitu.. bersederhanalah.itu lebih baik.  

Ah aku membebel panjang. okay okay..nak abes dah..

hakikatnya..hidup aku pun sejak 2 menjak nie agak mengelirukan. sedikit serabut. serabut yang membuatkan aku selalu panas hati.. bingung dan selalu buat kerja TAK menjadi. ada saja yang tak kena. @_@ tapi aku tersangat bersyukur sebab aku punya sikap cepat sedar. ntah macam mana. automatik tersedar. T__T mujur masih ada pedoman..hati masih tertunjuk..akal masih terarah. terima kasih Tuhan.. 

sekian untuk hari ini. bubbye~ salaamualaikum!

Tag : ,

kamu adalah ujian

on Friday, April 22, 2011

Hadirmu barangkali satu ujian..

terima kasih atas segala rasa

aku masih mampu tersenyum

senyum kerana ianya terbit bersamamu

seringkali bait baitmu menggoncang perasaan

acapkali kenangan menghiasi hari hariku

Allah..biarkanlah ia pudar

sepudar pelangi yang tenggelam saat mentari muncul menyinar

baiklah teman..aku akur kehendakmu

ya..cuba akur..

kamu adalah ujian

Allah..rasa apakah ini >.<"




cikgu mengarut.tolong abaikan
Tag : ,

Entry paling emo

on Tuesday, April 12, 2011



Ahhh cinta manusia bikin sakit. sakittt



Loving man is just an excuse to get hurt.grrr

abaikan entry ini

Tag : , ,

pemimpin dajjal

on Wednesday, February 23, 2011

Assalamualaikum dan satu Malaysia

mOde: cikgu dah start bz

Haish~ bukan mengeluh. sekadar mengekspreskan kekesalan.. bagaimana negara Islam bOleh kucar kacir. usai isu pergOlakan birokrasi (betul ke eja ni) kerajaan di Mesir, sekarang timbul pulak tegangan puak anti kerajaan di Libya, Tunisia memang sudah lama terumbang ambing, Amman pon..semuanya gara-gara tunjuk perasaan anti prO kerajaan. MasyaAllah..

-Gaddafi ruins Libyan's world-

(na'uzibillahi min zalik. TAK rela pemimpin seumpama gaddafi mempOrak perandakan negara kita)
kesal dengan sikap pemimpin-pemimpin yang zalim. kesal dengan perangai umat yang panasss..kesal dengan kesatupaduan yang kian gOyah.berpecah belah. sampai bila harus darah diperjudikan??  risau juga kalau perkara yang sama berlaku di Negara kita T__T mOhon dijauhkan..


pssssttt...Alhamdulillah..negara kita masih aman. walopun hakikatnya banyak kebenaran yang tersembunyi.
Tag : ,

Battle at Kruger

on Sunday, February 13, 2011


Anda gemar menonton action movie?? ya aku juga menggemarinya.. setakat jackie chan memang menjadi juadah mata sejak aku kecil lagi. haritu aku ke panggung menonton The season of the witch. novel aksi Salehuddin Al Ayubi juga aku layan.. but anyhow, ada satu video ni membuatkan aku teruja (akhir2 ni selalu teruja) tak mahu cakap banyak. sila layan rakaman 8 minit di bawah. it was really really amazed me.. @_@



Ini adalah paparan perjuangan semulajadi atau bahasa kasarnya the damn nature battle on earth~!! sungguh, aku beremosi menontonnya.. fikirlah sendiri moral peristiwa hebat itu




psssstt..oh poor lion.. :) ekau ingat ekau cukup gagah?? hahaha

Tag : , ,

Taknak gemok!

on Saturday, February 12, 2011

Salam n hye semua..


mOde: tadi bosan siket.sekarang tidak lagi!


Tadi petang i pegi withdraw duit sikit. wheuw~ alhamdulillah.. wujud lagi rezeki aku. masih juga bersisa walau tidak seberapa. mujur masih single! elOk2 keluar dari pintu maybank, aku disapa seseOrang. aku lihat ada kenderaan WWF di belakangnya. "assalamualaikum cik..maaf mengganggu. bOleh saya tau nama cik siapa?" aku jawab "waalaikumussalam. ya tak apa.. panggil saja faezah"  dia tanya lagi "cik pernah dengar singkatan WWF??"  sempat aku jeling pacuan 4 roda di belakangnya. Oh ada gambar panda. lantas aku jawab "ya sudah tentu, World Wildlife Fund bukan.."  jawabku yakin sambil tepat mataku memandang hidungnya. ah, bukan dia tahu aku membaca world wildlife fund kat pajerO dia..haha. dia tanya lagi "cik nie cikgu ker??" heh. tanpa segan silu aku menyahut "ya saya..."  balasnya "patOt la nampak macam cikgu"  heh. tak bOleh sembunyikan identiti nampaknya. begini agaknya telahan terhadap Orang yang terpancar karismanya..cecey~!! :p


Sudah. sudah! bukan itu pOint yang mahu aku kOngsikan. anda nampak tajuk entry di atas?? ya, TAKNAK GEMOK! itu pokok bicara yang ingin aku sampaikan. kebosanan tahap melampau harini memandu aku untuk mencari yang bukan2 di laman sesawang. aku gOogle dan google. aku type dan type search enginenya. nahh..aku terjumpa satu laman taknakgemuk.com! ya, inilah yang aku cariiii... (punya la banyak search dengan keyword cara nak kuruskan badan..cara nak rampingkan badan..nak badan solid dsb.kahkah)

aku belek blOg Saya Nak Kurus ini. satu persatu arkibnya aku terjah..wahh~ sangat teruja. akhir sekali baru aku cari siapa pemilik blog hebat ini..nahhh..adik dzul namanya. budak lagi neh. baguih no..menulis dengan hebat. bukan gayabahasa yang aku maksudkan. sudah pasti dia tidak berkarya. tetapi cOntentnya.. aku kagum. aku ulang sekali lagi, aku kagum.. mungkin kalian tidak pernah kisah sebab isi kandungannya tidak mengenai batang hidung kalian.. tetapi bagi cikgu yang kian meningkat unit kilogramnya ini..perjumpaan blOg saya nak kurus adalah satu keajaiban! heh~ 

Alhamdulillah..semangat juangku untuk terus berusaha menurunkan angka kilogram semakin tinggi (sambil hidung di kembang kempiskan).. berkObar-kobar rasanya. :)



psssssttt..akhir2 ini cikgu gemar menyebut kalimah 'hidung'. kenape ek?? @_@


Tag : , , , ,

Assalamualaikum Cikgu!!!

on Monday, January 10, 2011


Kelas yang tadi bercempera tiada guru, tiba2 menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas mereka. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada shamsuddin. kalau hendak tahu, jOm ikuti pelajaran cikgu garang ni:

Murid: Selamat pagi cikgu!

Cikgu: (menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? petang dan malam kamu tak dOakan saya selamat???

Murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! tak pernah dibuat Oleh orang. sebutlah Assalamualaikum! senang dan penuh bermakna. lagipun ucapan salam meliputi semua masa dan keadaan..








pssssstt.. exclude kelas yang ada budak china dan india :)
Tag : , ,

TOuya:Best ke couple tak kawen

on Sunday, January 9, 2011


Berikut adalah spontaneous entry yang i type secara laju di laman komen blOg tOuya.. oleh kerana i berminat nak share the immediate pOints dengan kamu semua..so i'll let the comment to be pasted here:

Adalah fitrah manusia merasai cinta dlm dirinya. itu kata Tuhan..

cinta sebelum pernikahan adalah cinta yg hadir drpd pergaulan harian dgn individu yg mempunyai kesamaan rasa hati berbunga2 bagai..cecey~ :p ok2 proceed. bila dua insan ada kesamaan dr segi minat, peribadi, cara hdp, mgkin jg cita rasa..maka we tend to fall in love! adakalanya cinta dtg secara mendadak. kdg2 cinta dtg secara berperingkat melaui pergaulan harian.

in fact, bercinta@berkapel sblm nikah TAK DIGALAKKAN dlm islam.. krn dikhuatir terjerumus ke lembah MAKSIAT. yes mmg itu biasa berlaku. :( analoginya bile berkapel, si pakwe akn memandang si makwe dgn penuh rasa cinta, syahdu, syok maka syahwat pon menaik. si makwe juga merasa yg sama.. maka dOsa akan terdorong untuk dilakukan atas rasa suka sama suka. tu yg jadi pegang2 ringan2..lama2 jd ZINA! sebab bila bercinta..biasanya kita jadi lembik@hanyut@ lalai dgn nikmat rasa cinta~

but somehow..jika perhubungan itu mempunyai niat yg suci, bematlamat membina ummah bermaruah, mengikut sunah nabi saw, maka haruslah dia tetapkan iman serta tanamkan rasa takut kpd Allah dan cinta yg dicipta tidak lebih dr cintanya kpd yg Hak,iaitu cinta kpd sang Pencipta.. 

sebab tu kena 'always care' dlm pergaulan..menghormati maruah dan harga diri. then dapatkan restu parents krn faktor kejayaan perhubungan hgga ke jinjang pelamin adalah krn berkat doa restu parents itu jugak..

then kena sentiasa berdOa utk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. buat la solat istikharah supaya org yg dicintai adalah yg terbaik sbg pelengkap hidup, membantu pasangannya membuat kebaikan dlm hdp hingga ke akhir hayat..

tapi.. ada byk pendapat alim ulamak yg mengatakan bercinta sebelum kawen itu adalah HARAM. sbb biasanya cinta itu dtg dari nafsu. dan cinta yg sememangnya ternOda oleh nafsu..bkn krn keikhlasan dirinya..dan yg ptg bukan bercinta krn Allah..kalau rasa cm tu, elOk takyah bercinta

so, bg lelaki2 dan pempuan2 yg bernafsu jahat especially manusia yg mudah gersang bile lihat pasangan lain jantinanya...elok JANGAN KAPEL utk menggelakkan depa menghampiri zina, bertepatan dgn amaran Allah: laa taqrabuz zina.. maka jgnlah kamu menghampiri zina

ayat di atas jelas menunjukkan bhw Tuhan melarang kita MENGHAMPIRI ZINA, ttp bukan melakukan zina..knp? sbb menghampiri zina adalah kepala@permulaan segala kemaksiatan dan dosa besar..mcm mn nk berzina kalau tak menghampiri zina? rite?

pikir2 lah... untuk apa bercinta.kerana apa bercinta..dan dgn org yg mcm mn nk bercinta..

sekian.ups.sorry terbuat entry di sini. :p

-end-
*****************








pssssttt...menulis berdasarkan 'pengalaman' 


Tag : , , ,

Nampak tak???

on Wednesday, January 5, 2011


Bismillahirrahmanirrahim

Manusia dicipta dengan sebaik2 kejadian.. para malaikat mengkagumi ciptaanNya yang berakal.. syaiton laknatullah tidak sabar mahu memporak perandakan.. burung2 bersiul riang meraikan kelahiran.. pokok2 tertunduk angguk akur akan kesempurnaan.. sempurna anggotanya. terpacak comel hidungnya.. menyerlah kulitnya kemerah merahan.. gebu.. namun adakalanya manusia lahir dengan fizikal yang kurang sempurna.. ada yang tertempang tanpa di pinta.. ada yang terangkak kurang upaya.. ada yang tertangis hiba tidak ampuh bersuara.. ada yang kelam dunia nyata.. adehh.. i dah start touching. hurm.. tak penah pon depa meminta untuk dilahirkan begitu. semua kejadian hak Tuhan.. milik Tuhan. siapalah kita untuk memaki menghina depa.. ingat, Allah maha Mengetahui.. mengapa dan mengapa Dia menciptakannya bukanlah urusan kita. cuma sebagai sesama hamba di muka bumi yang semakin tua tak lama lagi nak kiamat ni lah kita harus jelas memahami, mengharmonikan perhubungan sesama insan dalam masa yang sama mengutuhkan hubungan dengan Sang Pencipta..

teeettttt..kan aku dah start membebel 

geram.ada plak segelintir manusia yang suka bergurau terlampau.. bicara sesedap rasa, tidak endah perasaan yang dikata.. hai manusia.. sedarlah. mereka sebahagian daripada kita. mereka tak meminta simpati..mereka tak meminta dikasihani.. pemilikan kad OKU tidak seistimewa yang kita sangka.. malah golongan ini terus terusan merendah diri.. kerana mereka tahu akan kehadiran diri yang akan dicemuh.. dihina. 

nampak tak??? meleret senyuman si kalsum tu yang sgt bermakna.. merintih hati keciknya bila di ejek..Mereka ada cita2.. ada harapan.. mengharapkan sinar yang gemilang di masa depan..



pandai ekau berenang yer.. kagum cikgu

engkau tahu apa yang mereka mahukan?? mereka hanya mahu diberikan peluang.. sokongan.. supaya hidup boleh terus diperjuangkan.. merasai apa yang engkau rasa.. menikmati keindahan hidup yang sama.. ekau tak nampak kah kebolehan yang mereka ada.. anak2 murid aku pandai berenang.. haku pon x reti..  kakadang mereka lebih rajin, lebih berseni, lebih advance dari orang biasa. malah ada lebih kreatif dari cikgu shida dari perak..sedaya upaya mereka mahu mencari tempat dalam masyarakat kita.. nampak tak?? habes tu kenapa perlu dicaci dikeji?? 

bertambah touching bila terbaca entry sedih mizi.. dia cuba untuk meluahkan segala rasa hatinya.. blogger oku yg jujur... nampak tak?? keinginannya untuk menempatkan diri dalam masyarakat.. to be treated as same as normal person.. just be faired lahh.. dia sama je macam kita.. dia sedih bila kawan2nya bergurau terlampau.. aku yang takde kena mengena jauh sekali hubungan sedarah dengan mizi pon boleh terasa.. kodok pon terasa kan kodok kan.. :p  kita ad telinga..dengarlah.. kita ada mata lihatlah.. apa ekau tak terfikirkah apa yang akan dia rasa?? m a s y a r a k a t . . . .

toksahlah dok mencemuh lagi.. cukup2 la. buang mentality (perkataan hot slot diskusi bersama nizam.hehe) yang pasif.. bina sokongan.. bina hubungan harmoni sesama kita.. supaya mereka tak terasa dipinggirkan. ingat. kita semua sama. datang dari punca yang sama..pulang juga kelak ke tempat yang sama..  :)


psssssttt... jangan ejek2 lagi ok? T__T

Tag : , , , , , , ,

Berhajat dan bahagia..

on Friday, December 24, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

mOde: post entry sebelum ber'mural' adehh~


Setiap insan mempunyai hajatnya sendiri..mahu kahwin cepat, mahu anak ramai, mahu kaya raya, mahu rumah besar, mahu kereta besar, isteri besar..dan semestinya mahu bahagia..disamping berusaha haruslah berdOa dan bertawakkal..digalakkan jugak untuk mendirikan sOlat sunat hajat. Tuhan pOn nampak kita bersunguh2..sebab manusia di dunia yang sementara nie 'purpose'nya cuma satu: menjadi hambaNya dan beribadat kepadaNya for the sake of Jannah. :) 



ramai manusia lupa dan alpa dengan nikmat kehidupan..apelah sangat benda yang nak dikejarkan di dunia ni..harta benda?? kekayaan?? pangkat? glamour?? hurm..bersederhana sajalah..itu lebih baik 

cukup bulan lahir menjengah dunia..membesar dengan kurang kasih sayang, degil dan susah betul nk dijaga. pegi sekOla asyik memOnteng. cakap mak dan ayah tidak mahu didengar. cakap cikgu tOksah la cerita. abes spm dengan result cukup makan, dapat laa kerja kt pasar raya. malam takde kerja pegi la lepak2 join mat rempit pulak.release tensiOn lah katakan. heh. bangga naik mOto dengan mat rempit. naik mOtor kapcai je pOn.uisshh.best tu! har har.. beberapa bulan pastu, tup2 perut memboncet.terberanak dan tak tahu nak jaga anak macam mane, karang bawak balik rumah kena tibai dengan bapak pulak. letak laa anak dia depan hOspital..pandai! abes pantang pegi jOin mat rempit lagi, syOk2 merempit eksiden lah pulak..mati kat situ jugak. abes dah riwayat hidup.. >.<"

itu kes anak yang tak menjadi. yang menjadi pulak, sejak lahir dibesarkan dengan penuh kasih sayang. nak ape semua dapat. dari sekOla tadika sampai University,abes semua award dia sapu.pandai sangat kan..heh. bila dah grad jadi dOktor berjaya.bukak klinik sendiri.mula2 bisnes kecil2an..buat surgery jer..bila permintaan untuk kerja2 haram dah banyak, duit pon bertimbun2 masuk, berani pulak buat Operation haram terang terangan.nak takut hape..duit aku banyak..har har..tengah senang lenang duduk kat kerusi empuk, tetiba kena serang sakit jantung. dan dan mati kat situ jugak..tamatlah riwayat doktor hebat tu..doktOr pon mati jugak.. 

itu dua cOntoh cerita yang baru aku reka. pOint yang aku nak highlightkan adalah, kita nie manusia semua sama jer. mat rempit ke, bOhsia ke bohjan ke, tukang kasut ke, dOktor ke, cikgu ke, PM ke,  semua sama je. tak kesah la ape pOn pangkat anda, cukp bulan lahir ke dunia, rasa laa sekejap nikmat kat dunia nie, biasany umur 70/80 Tuhan dah jemput dah..begitulah kitaran hidup manusia. sama je. lahir, hidup, mati,masuk kubur, lepas hari kiamat di hidupkan balik, di hisab dOsa dan pahala, pastu pegi laa kita masuk syurga atau neraka. that's our destiny..kena percaya ni. content rukun iman!

tapi..tapi...tapi..xbermakna hidup kita di dunia nie hanya berserah kepada takdir,berfikiran biarlah fitrah kejadian manusia..Oleh sebab kita hidup hanya sekali lah kita harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan, disamping itu yang wajib usah ditinggalkan..zaman sekarang ni tak sama dengan zaman para anbia'..depa hidup semata2 kerana mahu meng'abdikan diri kepada Allah Ta'ala. kita juga hidup atas dasar yang sama cuma kehendak dan rentak kehidupan dengan kita berbeza sikit..kena bekerja, baru dapat bOleh makan. sebab tu lah kita kena jadikan setiap pekerjaan kita sebagai satu ibadat kepada Allah.ikhlaskan diri untuk mendapat redha dan rahmatNya. Tak susah adik2 kakak2 dan abang2 sekalian..mulakan setiap apa yang kita lakukan dengan bismillah.bukankah itu satu ibadat??

eh..banyak pulak aku bebel hari jumaat..heh. Out of title.huhu.sOrry. Okey. entry sebenarnya aku berniat nak share dua potong ayat untuk Orang yang berhajatkan sesuatu supaya dikabulkan..dan yang ingin hidup bahagia..he~ bOlehlah dijadikan amalan..selain dapat menambah pahala, bezanya dengan berhajat tanpa amalan berdOa adalah nilai kesungguhan yang kita tunjukan, yang kite benar2 berhajatkan sesuatu dan benar2 ingin bahagia hidup di dunia.insyaAllah..ada berkatnya beramal dengan ayat2 alQuran..

1. ayat amalan untuk Orang yang berhajatkan sesuatu supaya dimakbulkan:

maksudnya:
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu"


2. ayat amalan untuk Orang yang ingin bahagia hidupnya. kalau hidup anda pOrak peranda tu, tenang2 je lah..baca ayat ni selalu Okey :)


maksudnya:
Bapa mereka berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik- baiknya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan".







psssstttt...khasiat beramal dengan ayat alQuran

Tag : , ,

bOdoh!

on Thursday, December 23, 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

mOde: syok ber'mural' di dinding sekolah!



Si emak: ish! bodoh! kau tak nampak kereta laju tu!
si anak: :'(




Adess~ aku sedih betul kalau ada emak yang sebegini..ekau tahu tak mulut ekau tu masin..mungkin masin sebab ekau tak gOSok gigi. tapi yang pasti mulut ekau masin sebab setiap kata2 itu adalah dOa..apetah lagi kata2 yang terpacul dari mulut seOrang emak! haihh..masaela betul
aku kasihan jika seOrang emak besikap begitu..di mana sifat mahmudah yang ingin diajari kepada anak2..aku geleng2 kepala..patutlaa anak2 murid aku ramai yang bermasalah. mane taknyer..kalau masalah bermula dari emak atau abah yang bermasalah! ekau pOie kutuk anak ekau tu bodoh, nanti bOdoh betul marah pulak. jangan nak bising2 laa kata "apesal buku rekOd kau merah semua!???"  hish >.<"

aku lagi kasihan kat anak dia..kecik2 dah kena kutuk babun dengan mak dia.budak tu tak salah pOn macek oiii..haihh. ya, aku takda anak sebab aku tak kawin lagi. tapi bukankah macek patut sedar anak itu amanah Tuhan..harus dipelihara + dididik dengan sepenuh kasih sayang. mendOakan yang baik2.. bukan dengan kata2 kesat..ya, memang aku pandai nasihat Orang, sebab aku nak Orang nasihat aku jugak if i make any mistake!

aku selalu dengar, anak2 ibarat kain putih yang suci bersih, ibu bapalah yang mencOraknya..kalau elOk lakarannya, elOklah hasilnya. aku jugak percaya, tumbesaran anak2 yang sehat atau tidak depends On their environment..kalau sehat persekitarannya, maka sehatlah peribadinya..

tapi semuanya urusan Tuhan..kita hanya merancang,tetapi sebaik2 perancang adalah yang Maha Kuasa.."wa makaruu wa makarallah..innallaha hual khairul maakir" :)







psssttt...inilah pentas kehidupan..ada yang baik dan sebaliknya..pilihan kita untuk menentukan yang mana satu jalan terbaik.kemudian barulah tawakkal!eh,ada kena mengena dengan entry ker?? kui kui :P
Tag : , ,

Sebarkan senyuman dan salam sesama kita

on Saturday, November 13, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Mode: jangan buat cikgu hanginnnnnnn... >.<"

Ade permata ke kat dalam mulut tu..masamnyer muke..haihh~ ni yang aku nak bebel nih. kes hari ini: naik hangin aku bile salam tidak dijawab, senyum tidak dibalas..Okey2..mungkin ekau adO prOblem..atau aku yang ramah tak bertempat? tapi perlu ker tayang muka macam macam pakai suar dalam ketat makan asam kelat .haishh >.<"



apelah si cikgu ni sibuk2 bising pasal isu salam? penting sangatkah kalimah salam ?? ekau tahu tak...salam adalah sunnah Nabi saw..malah salam merupakan ucapan penghuni syurga..dengan salam hati kite bersatu..kuasa salam mengubah lawan menjadi kawan.mengubah benci menjadi sayang..mengubah hati yang panas menjadi sejuk..mengubah amarah menjadi senyuman.. apo laie..jOm kite tiru Nabi! "sebarkan senyuman dan salam sesama kita"


aku terkenang saat mula2 menjejaki laman matrikulasi..ada satu tagline "smile and salam" sempena minggu taaruf Orientasi. flyers "SMILE AND SALAM" bergantungan di merata-rata tempat. gambar2 smiley senyuman bersepah-sepah..dan setiap kali aku terlihat kempen smile and salam tu, bibir ini ikut tersenyum..bagus kempen nie..barulah namanya islamic university.hu


Okey then, i gOt a few matters regarding on how we shall give salam in proper manner, antaranya yang muda memberi salam  kepada yang lebih tua, yang menaiki kenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.. pejalan kaki memberi salam kepada yang duduk..dan yang sedikit memberi salam kepada yang ramai..haa,,barulah elOk..kn? 

pastu..nak bagi salam..perlihatkanlah wajahmu yang ceria wahai cik adik manessss...tunjukkanlah lesung pipitmu (kalau ade)..xsusah pOn..senyum itu bukankah sedekah..kalau xmampu nak donate wang..berikan seulas senyuman pOn okey ape..pahalo pon ekau dapat (^_^)"

nak lebih bagus lagi..Eloklah kite yang mulakan salam dulu..walopun kadang2 orang akan buat dekkk je tak tahu je dengan ucapan salam yang diberi..tidak mengapa..kite dapat pahala..we can just assumed yang mereka menjawab salam di dalam hati.doesnt it Okay? ~^_^~ 

aku dah penat membebel.bye~ 

♥ faezahannah ♥

psssttt..dengan Orang kafir tOksah baek sangat bagi salam..dOsa dah tu.okey?? 


Tag : , , , , ,

7 kalimat

on Saturday, November 6, 2010



Assalamualaikum and hye everyone


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.


4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 


info:fesbuk


pssstt.. insya Allah nanti akan okay semuannya.. :)


Tag : , , , ,

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah SAW

on Thursday, November 4, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

mOde: syOk sbb cOpy paste entry

jOm ambil iktibar dari kisah benar ini




oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t 

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah

di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah

sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit

yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin

Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh

kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp

diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti

akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku

tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. 

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di

situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan

betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

jom selawat ke atas Nabi SAW:
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad

-infO credit to fb-

♥ faezahannah ♥

pssssssttt..Subhanallah..aku jua ingin bertemumu Ya Rasulullah..


Tag : , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO