Home > Posts filed under azab
بسم الله الرحمن الرحيم
salam and hye everyone..
WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.
Peraturan baru bagi elak pergaduhan
JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru.Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr
Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.
Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.
Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.
Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan.
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.
Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi.
Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul.
Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.
Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki.
Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.
Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi
info:berita harian
pssstttt... kasihan wanita..cantik salah, huduh pun salah.. ini masalah 'sikap'...kalau sudah sikapnya suka menagih nafsu, tengok perempuan berbalut kain kapan pun dia bersyahwat juga...beginilah, sama-sama lelaki mahupun wanita handle 'sikap' masing-masing sebaik mungkin.. yang wanita sampai bila pun akan menghadapi masalah selagi 'sikap' lelaki di sana terus begitu.. sampai sanggup bertikam tikam..menggelegak sungguh darah yang mengalir ditubuh ya... yang lelaki tu aku rasa kena bijak mencari penawar badan supaya sejuk selalu..hehe.. aku faham..bahang sahara yang membuatkan ammarah beserta syahwat mereka turut meluap-luap..
Tag :
abu hurairah,
aku tak puja lelaki,
aurat,
aurat kami maruah kami,
aurat wanita,
aurat wanita jeddah,
azab,
battle at kruger,
berita harian,
burqa',
hikmah solat,
Kahwin,
purdah
بسم الله الرحمن الرحيم
salam and hye semua
aku nak express amukan sikit ni. harap bersedia
Banyak sistem pendidikan berubah tahun ini. selaras dengan transformasi yang diuar-uarkan perdana menteri kita dalam NKRA negara atas dasar yg banyak antaranya mahu menangani isu-isu pendidikan yang kian meruncing. lantaran itu pelbagai sistem baru diwujudkan bagi memastikan keberhasilan budaya pencapaian yang baru. justeru karisma profesionalisma keguruan aku rasa semakin mencabar. bermula dengan perubahan dasar kurukulum standard tahun satu..gubalan kurikulum dilaksanakan dengan penjelmaan taksiran berbentuk penaakulan tanpa gred! tokojut eden ni haaa..

yang pasni akan datang tiada lagi gred A B C D yang bakal dianugerahkan melainkan penilaian berbentuk Band.sama macam masa zaman zaman kita amek MUET dulu lah.. with a short glance well i found that there wud be pros and cons..sistem masih baru kan..banyak lagi kelemahan yang harus diperbaiki. i believe some years later kita guru guru semalaysia akan berasa selesa dgn sistem baru yang agak rumit, leceh serta merunsingkan ini. yet it's complicated and at times i got it a bit annoying.hoho. shhh..jangan bagitau cikgu besar aku ye. ekeke. so far aku seperti biasa berlagak cool, buat je kerja macam biasa.
aku mahu highlightkan bahawasanya ada satu perkara dalam sistem yang baru ni yang sangat sangat aku setuju iaitu pentaksiran yang bersertakan sahsiah murid! great isn't?? bagus bagus..sebab aku perhatikan anak anak kita dewasa ini semakin bijak, bijak saja xpe.. liar dan uncontrollable plak tuh. sampai mak ayah tak tahu nak handle macam mana. inilah peluang kita wahai rakan guru sekalian..untuk membentuk semula peribadi serta sahsiah secara holistik demi menjana anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang akal dan rohaninya di masa akan datang.arhhh kenapa aku terlebih bersemangat niehhh!! hek hek. x apelah..aku kena buat kerja..kerja dan kerja. iyelah..sapo nak buek semuo kojo kojo ekau tu jang oi.. cikgu cikgu macam kami ni laaa yang kono buek ehh..eh apa aku bebelkan ni??? aiyakkk~ sudah sudah! bukan ini yang mahu aku bebelkan...
yang sebenarnya aku nak cakap yang masih ada manusia tak reti nak respek sesama manusia. harap pelajaran je setinggi gunung everest tapi akhlak tiada. hampes! aku ni pon idak lerr alim sangat..cuma sikap sikap buruk tu tak sepatutnya ada dalam diri seseorang... kita hidup bermasyarakat..tolong laahh mesra sikit dengan rakyat marhein di sekeliling kau tu.. kau ingat kau sorang jer ada degreeee??? ma??? phd??? useless tahu takkk???? hampes.

muka tu manis-maniskanlah... takkan luaknya pon.. kalau kau bagi sedikit senyuman pon dah okay sangat dah tu.. bila ada tetamu yang datang rumah kau..kau buat muka ketat macam sembelit 40 hari..pandang kita pon tak sudi. macam lahh kita terhegeh-hegeh sangat nak datang rumah dia. hish.siapa yang suka??? mai habaq kat cheq. grrr >.<" kami tak demand pon nak kau hidang kuih muih ker.. air jus ke hapa..asal boleh layan mesra-mesra sikit tu okay lah kan.. at lease tanya lah khabar ke..tanya dah makan ke belum.. datang dari mana..haihh tu pun nak ajar ker?? adoii adoiii..masalah ni. masalahhhhhh....
story ends here. dah geram sangat dah ni. dosa plak rasa.haish
yaAllah..ampunkanlahh dosa-dosaku. babai friends.
Tag :
akhlak,
aku tak puja lelaki,
aurat kami maruah kami,
azab,
battle at kruger,
Bebelanku,
bisnes,
cerita cikgu,
cikgu busy,
cikgu gemok,
cikgu tatih2,
geram,
nkra,
transformasi pendidikan negara
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam and hye semua
aku tahu, foto di bawah amatlah tidak adil jika mahu disamakan manusia dengan binatang. tapi..aku sangat-sangat tersentap melihat foto ini, kerana aku sebahagian dari manusia yang berakal dan berperasaan. punya rasa sebak. punya rasa sesal. kerana manusia tidak seharusnya membiarkan insiden kejam ini berlaku. jika binatang boleh berusaha menyelamatkan rakan spesisnya, sepatutnya manusia lebih arif bertindak! cpr pon boleh kan..anyhow.. aku percaya kisah sadis ini ada hikmahnya, ada pengajarannya. mungkin Tuhan sengaja tunjukkan, inilah kebenaran hati-hati manusia di akhir zaman..
(pakai kanta kalo nak lagi besar klik untuk tumbesaran)
aku sangat malu. MALU. sekarang, apa beza manusia dengan binatang?? haihh..xtau dh nak kata apa..sikap betul!!
info:fesbuk
Tag :
azab,
bahasa Tuhan,
battle at kruger,
china,
entry bergambar,
Entry terpendek,
geram,
kejam,
yue yue
بسم الله الرحمن الرحيم

Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kpd Allah...Amin...
infO: fesbuk
Pssttt.. rasa xsedap badan la.. kepala berat jer.. demam =.="
Tag :
aku tak puja lelaki,
ariel sharon,
azab,
battle at kruger,
dera,
Doa,
Entry terpendek,
Facts,
gaza,
geram,
israel,
kejam,
kematian,
palestine,
Tazkirah,
True life