Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

BFF wedding | Mabruk Najah & Zaid

on Sunday, September 1, 2013

Bismillah

lama jaja tak tepek gambar dalam blog

mari jaja tepek sekeping

sempena meraikan hari bahagia seorang lagi sahabat baik jaja since we were in primary!



Najah and Zaid both my schoolmate (muka pnganting laki xdop. sebab jaja mari awal. hukaloh kecek klate pulop :p )

mabruk! Barakallahu 'alaikuma

oh nak tempek lg sekeping full attire sebab member tanya dress beli kat mana



but however jaja bukan bukan penggemar fashion, bukan suka beli yang mahal mahal

tapi pakai mana yang sopan, harga tak mahal and of course yang menutup aurat.

baju nie pattern "kembang A"

jaja suka sebab seiring dengan kekembangan badan jaja :p

boleh dipadankan dengan palazzo atau skirt, ikut laa mana yang you selesa 

baju jaja beli kat sini

jaja padankan blouse dengan skirt Labella dari KZNabihah. memang ohhsemm! best sangat pakai. labuh dan selesa hokeyy :)

klik untuk ke page depa

Tag : , , , , , , , , ,

TIPS | 15 LANGKAH WANITA MENUJU SYURGA ALLAH

on Sunday, March 3, 2013

bismillah

15 LANGKAH WANITA MENUJU SYURGA ALLAH



1. Ia adalah seorang Muslimah dan Mukminah
yang baik...

2. Ia adalah seorang Ihsanah (yang senang
beribadah kepada ALLAH serta suka berbuat baik
kepada sesama)...

3. Ia adalah seorang wanita yang selalu
menundukkan pandangan, menutupi aurat serta
berakhlak mulia...

4. Ia senantiasa bertaqwa kepada ALLAH serta
meneladani Rasul-Nya...

5. Ia ikhlas beribadah semata-mata karena
ALLAH.Dan bukan untuk dipuji orang lain (riya')...

6. Ia gemar membaca Al-Qur'an dan berusaha
memahami isi kandungannya...

7. Ia suka menghidupkan (mengajak) amar ma'ruf
nahi munkar dalam kehidupan sehari-hari...

8. Ia suka berbuat baik dan tidak menyakiti
kepada sesama Muslim...

9. Ia suka menyambung tali silaturrahim baik
dengan famili maupun antar sesama muslim
sebagai saudara...

10. Ia suka berinfak dalam batas kemampuan dan
keikhlasannya...

11. Ia adil dalam menyikapi segala hal. Teguh
dalam pendirian jika ia dalam posisi benar...

12. Ia pandai menjaga lisan dari perkataan kotor
dan yang bisa menyakiti hati orang lain...

13. Ia tidak suka berkumpul dengan orang lain
yang hanya bertujuan untuk berghibah
(memperbincangkan kejelekan orang lain)...

14. Ia berbakti dan ta'at kepada kedua orang tua...

15. Dan ia patuh serta mengabdi dengan tulus hati
kepada suami (jika sudah berkeluarga)...
Tag : , , , ,

Jaja & Peplum

on Tuesday, February 19, 2013

Bismillah..

Di tempat kerja (sekolah) kami rakan seperguruan adalah rakan sepermainan di pejabat, sebat menyebat, kutil mengutil, tepuk menepuk tu fenomena biasa.

pagi tadi di sekolah, pungkoq punggung jaja kena sebat dengan rotan oleh seorang rakan guru. adeh, berbisa!

dengan pantas jaja pon balas sementara rotan jaja memang wujud di depan mata. heh ;p

lantas kami terketawa hingga berdehit bunyinya. memang buruk, macam baghal

hahah

memang seronok. sekali sekala bercanda, maklong lahh kerja kerja cikgu ni stress memanjang ;p

jaja ada terdengar rakan cikgu yang menyebat punggung jaja tadi sempat mengomel, katanya;

"mungil!!" 

"eleh..dia pon mungil!! haha" cepat jer jaja menjawab ;p

kami ketawa dan ketawa lagi. sambil masing masing bergerak hilang menuju  ke kelas

hahah! cis dia kata punggung aku mungil

padahal jaja berbaju kurung. fine, kemungkinan besar baju dah sempit, kain baju kurung tu mengecut selepas di basuh, err atau mungkin jaja sudah gemuk..err

adeh, jaja tepuk dahi, takleh jadi, aku kena perkuatkan usaha dalam senamrobik. heheh

tu kes pakai baju kurung, pon bentuk punggung boleh dikesan. bolehkah anda bayangkan kalau jaja menyarungkan badan jaja dengan peplum???

ehh apa tiba tiba masuk bab peplum pulak neh

peplum yang tiba tiba masuk kepala jaja.heh

apa itu peplum????

pelam kah? plumbum kah?

peplum adalah trend fasyen baju terkini berkeadaan ketat di atas dan mengembang di bawah. macam kat bawah ni


fine fine foiinnneee... jaja tak nafikan memang cantik fesyen begini, terserlah bentuk body, b**** dan tidak keterlaluan menonjolkan bentuk punggung

tapi

tapi..tapi...

still tidak mengikut syariat. selalu je nampak adik kakak makcik kat luar memakai peplum. mana yang badan kurus cekeding tu memang takde masalah since baju tu nampak longgar and just nice

tapi untuk badan yang gebu, berisi, berlemak, berlipat lipat, bumper pulak macam buah pear (mengata diri sendiri nampak) memang BURUK

astaghfirullahalazim..sorry sorry. jaja tak berniat nak mengata kamu. jaja remind diri sendiri sebenarnya, tapi memang mata ni annoying kalau tengok.. kau tutuplah dada dengan tudung sekalipun, still nampak bentuk badan..haih cane nak explain eh

sorry laaa kakak adik sekalian kalau jaja over ekspres pasal pakaian dalam entry ni..ampun ampun! 

yang penting objektif jaja tercapai iaitu jaja baru sedar yang jaja memang tak sesuai pakai peplum, lagi laa kalau materialnya lycra atau kain jenis bergetah. mungkin kalau material dari kain yang betul betul tak melekap di badan, tebal dan of course labuh, baru jaja boleh fikirkan untuk membelinya! ;)

sekian
babai, assalaamualaikum!

psssttt..tutuplah aurat yaa kawan kawan.. kasihan suami kita, kasihan ayah kita..

psssttt lagi, pakailah apa pon depan suami, tak apa..nak bogel seksi  pon tak apa, dapat pahala ;p

psssssttt lagi, nak beli peplum sehelai, buat baju tido ^__~

Tag : , , ,

Jom tutup aurat

on Wednesday, January 9, 2013

bismillah

ntah apa yg berkecamuk

risau sbenarnya dengan qiamat yang semakin banyak tanda tanda kemunculannya

Allah..ntah aku tergolong dalam jenis bagaimana

baik kah? atau buruk kah?

Allah..

setiap kali melihat di luar..masih ramai yang tak hingin menutup aurat

saya risau. risau kalau di dalam hati ni terbit riak. riak kerana merasa diri lebih baik dari mereka

Astaghfirullah..jahannam syaiton

saya lagi takut ntah bagaimana saya di akhirat nanti

kasihan suami saya..kasihan mak dan abah saya..
mereka juga bakal saya heret sama ke neraka.

Allahu robbi..

cer tengok batrisyia kat atas, sangat sejuk hati saya. sangat comel. shes` only 2 years old. tapi kalau dipakaikan shawl, dia tak mahu tanggalkn.

begitu akhlaknya. akhlak yang terzahir tanpa paksa mahupn dibuat buat. Allah..molek sungguh laa..

peringatan buat jaja dan rakan rakan wanita sekalian, jom tutup aurat dengan sempurna

sebab...

itu je pon ujian kita kat dunia nie..taat perintah Allah, Rasul dan suami, insyaAllah kat akhrat kita pimpin tangan sama sama dengan suami ke jannah..hiks ;-)

psssttt..bila dah nikoh nie..menutup aurat rasanya maruah suami turut terjaga.ehceh :)

okey bohh..assalaamualaikum :)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Tag : , , , ,

Tudung ariani

on Tuesday, December 4, 2012

PROMO! Jom shopping tudung AKEL di SINI
Tudung cun, tidak jarang dan menepati syariat! 


Bismillah

Lately jaja asyik membelek belek tudung. pelbagai jenis,style and brands. macam macam.. maklum lah, nak naik sekolah tahun baru, mahu semangat baru, so nak pakai baju baru, tudung baru.. hiks

Ariani la, D'haja la, Pearl Haya la, tudung bawal pon kemain mahalnya.. sambil ushar sambil geleng kepala.

mana taknya...

ada brand tu, harganya mencecah ratusan ringgit. tengok kaler,design takde la glamour sangat. the thing is jenama menjadikan hijab itu mahal nak mapuh. astaghfirullahalazim

terbaru tudung ariani letak jenamanya di bahagian awning atas kepala. sebelum nie diletak kat bahagian depan, bawah tudung, tak la obvious sangat.. tapi bila dah letak atas kepala tu, terang terang nampak jenama ariani..tudung mahal di rantau ini. (kihkihkih)

jangan salahkan pengeluar tudung. apa pong semuanya atas pilihan kita. nak pakai yang murah tapi tak tahan lama, nak pakai mahal tapi hati timbul rasa riak, tidak berguna. pakai yang sedang sedang harganya, kualiti baik, selesa dan paling penting menepati syariat, itu yang penting :)

tak payah nak tayang sangat nasi lemak 30sen tu. ups :p


ini jaja dan kawan baik. namanya toknek sue. tudung jaja pakai tu seploh hengget jer. asal tutup aurat, tutup dada, dah boleh kuar jalan jalan. 
jom pi padang besaq :p



 PROMO!Jom shopping tudung AKEL di SINI. Tudung cun, tidak jarang dan menepati syariat! 

Published with Blogger-droid v2.0.9
Tag : , , , , , ,

Muslimat Mesir Lancarkan Saluran TV Wajib Berpurdah

on Sunday, July 8, 2012


Bismillahirrahmanirrahim

Muslimat Mesir Lancarkan Saluran TV Wajib Berpurdah


Saluran TV satelit pertama Mesir yang sepenuhnya dikendalikan oleh wanita yang mengenakan purdah akan dilancarkan pada 20 Julai, menandakan hari pertama bulan Ramadhan.
Semua pekerja di saluran baru yang bernama Maria, serta para tetamu yang menjadi pembicaraan dalam program-programnya adalah wanita yang mengenakan niqab atau purdah, menurut Safaa al-Refaie, pimpinan stesen TV baru tersebut.
“Niqab adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar,” ujar Refaie seperti dilaporkan oleh akhbar pemerintah Mesir, al-Ahram. Dia menolak untuk mendedahkan sumber pembiayaan saluran tvnya.
Maria adalah nama dari salah satu isteri Nabi Muhammad saw, yang mempunyai latar belakang Kristian Koptik Mesir. Sebahagian besar program saluran baru ini akan fokus pada acara keagamaan dan kehidupan perkahwinan.
“Mesej kami akan diarahkan kepada perempuan Muslim, mengajar mereka sunnah Nabi Muhammad,” kata Refaie.
Refaie menambah, saluran ini dibuka juga dengan maksud untuk mendapatkan kembali martabat perempuan dalam niqab. Selama beberapa dekad terakhir perempuan dengan niqab kerap dianiaya dan dikenakan pemutusan hubungan kerja. Ketika era bekas Presiden Mesir Husni Mubarak, pengenaan tudung dilarang di saluran TV Mesir. Pengacara perempuan tidak dibenarkan untuk muncul di skrin dengan memakai tudung.
Jika saluran tersebut menyiarkan program tentang suatu masalah dan tidak dapat mencari seorang penceramah yang memakai niqab, maka, menurut Refaie, saluran akan memberi mereka dua pilihan: baik untuk memakai niqab sementara selama program, atau wajah mereka dikaburkan saat program sedang ditayangkan.
Yasser Abdul Aziz, seorang ahli Media Mesir mengatakan bahawa ia menganggarkan saluran tersebut tidak akan mampu bertahan lama, walaupun mungkin menarik sejumlah besar penonton. Menurutnya, selama lima dekad terakhir, saluran yang mencapai puncak popular adalah mereka yang bergantung pada nilai-nilai sederhana.
Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Mesir Negad al-Boraire menggambarkan Maria sebagai ‘latihan’ dari kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Ia mengatakan bahawa sekatan wanita tanpa tudung dalam program-program di Maria, bukanlah bentuk diskriminasi.
Sejak tumbangnya Mubarak, pada Februari 2011, aktivis Islam semakin menunjukkan peranan dalam perpolitikan di Mesir. Negara ini diperintah oleh Muhammad Mursi, yang mempunyai akar dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang dilarang di bawah pemerintahan Mubarak.
Tag : , , ,

Lelaki DAYUS

on Monday, January 2, 2012




بسم الله الرحمن الرحيم


assalamualaikum and hye everyone..


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.



sumber: zaharuddin .net


psssttt..kedayusan lelaki membawa banyak masalah..ditambah pula dengan para wanita yang tergedik-gedik meminta ihsan dibelai, dipuja dan diraba-raba.. 

raba-raba sejam dua tapi kesannya sampai ke neraka.. semoga Allah buka pintu hati kita..semoga kita jauh dari sebarang fe'el durjana..



di sekolah, ada beberapa kes anak luar nikah..kasihan..eerrr..ups off record. hmm apa kejadahnya nak off record kalau terang terangan membuat maksiat. temberang jer.. tak faham jaja.. @__@


takut akibat dosa-dosa kamu, kita diheret sama..terbayang-bayang aku akan azabnya di neraka..Allahu Akbar..mintak tolong ayah-ayah, abang-abang, pakcik-pakcik, adik-adik, pakwe-pakwe..bertegaslah!





Tag : , , , , , , , , , ,

Biar tak nampak HOT di dunia.. asal tak rasa HOT di akhirat

on Friday, December 23, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم
 





DIA MEMANG CANTIK , SEKSI , DAN NAMPAK HOT DI DUNIA . DAN DIA JUGAK NAMPAK HOT DI AKHIRAT.

Adakah kamu di dunia berpakaian seperti di atas ? Tepuk dada tanya iman.

Sedarlah wahai kaum Hawa. Bukalah mata Mu itu , Sedarlahhh !! Tidakah kamu takut dengan azab Allah yang amat ngeri dan lagi pedih sekali. Sanggupkah kamu ke neraka ?

Semasa di Neraka Malaikat akan bertanyakan soalan kepada penghuni neraka.

“Wahai penghuni neraka , semasa di dunia ,adakah sesiapa pernah mengingatkan engkau dan menasihati engkau tentang ke arah kebaikan?”

Lalu penghuni neraka menjawab “Ya ada,tetapi aku tidak peduli dengan peringatan itu dan aku tidak peduli dengan nasihat itu” (dengan sesalnya)

Firman Allah swt: Pada masa Muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami Dahulu (semasa di dunia) Taat kpd Allah serta Taat kpd Rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

Semasa peristiwa Israk & Mikraj

Rasulullah s.a.w bersabda : "Aku menjeguk ke dalam Neraka maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita,yang disebabkan oleh kurang taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dan suami mereka dan kerana BANYAK BERTABARRUJ , DEDAH AURAT dan BERHIAS-HIAS"

Wallahualam


sumber: fesbuk


Tag : , , , , , , , , ,

Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukau

on Sunday, November 20, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..


WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka  dan seluruh tubuh ketika keluar 
di khalayak ramai.
WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.
Peraturan baru bagi elak pergaduhan

JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru.
Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.
Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr
Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat. 

Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. 
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan. 

Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi. 

Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul. 
Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar. 

Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki. 

Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur. 

Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi 


info:berita harian


pssstttt... kasihan wanita..cantik salah, huduh pun salah.. ini masalah 'sikap'...kalau sudah sikapnya suka menagih nafsu, tengok perempuan berbalut kain kapan pun dia bersyahwat juga...beginilah, sama-sama lelaki mahupun wanita handle 'sikap' masing-masing sebaik mungkin.. yang wanita sampai bila pun akan menghadapi masalah selagi 'sikap' lelaki di sana terus begitu.. sampai sanggup bertikam tikam..menggelegak sungguh darah yang mengalir ditubuh ya... yang lelaki tu aku rasa kena bijak mencari penawar badan supaya sejuk selalu..hehe.. aku faham..bahang sahara yang membuatkan ammarah beserta syahwat mereka turut meluap-luap.. 


Tag : , , , , , , , , , , , ,

Ratu cantik kena kaunseling aurat

on Saturday, November 19, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..




JAIS panggil lima peserta Islam didakwa berpakaian seksi ketika pertandingan 


KUCHING: Lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) diarah menjalani sesi ‘kaunseling' di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, selepas mereka didakwa mengenakan pakaian terlalu seksi ketika pertandingan itu.
Penyertaan peserta Islam itu, Melatie Melissa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; dan Roszainah Suhaili, 21, dikatakan menimbulkan rasa kurang selesa kalangan umat Islam sehinggakan ada yang membuat aduan kepada JAIS.
Pertemuan selama hampir dua jam itu dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen; Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji; Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIS. 


Abang Shamsudin berkata, pihaknya mendapat aduan setiap hari mengenai penganjuran pertandingan itu sebelum tindakan memanggil peserta Islam terpaksa dibuat bagi memastikan mereka memahami hukum syarak. 


Katanya, pihaknya tidak akan menghalang penganjur daripada meneruskan pertandingan berkenaan kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka. 


"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri. 
"Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza," katanya. 


Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mengatakan peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhirnya. 


Sementara itu, salah seorang peserta, Adira yang berasal dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan itu, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi. 


"Kebanyakan pakaian yang dipakai peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dengan Alaric telah memaklumkan jangan terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang," kata lulusan bidang perakaunan itu. 


Daripada 200 lebih permohonan untuk menyertai MBB, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam tetapi hanya lima dipilih penganjur. 


info:berita hairan


psssttt..haihh..hairan aku baca berita ni..gelak je kerja aku..hahaha..kesian sebenarnya.. yang haram tetap haram..tapi bagus jugalah ada kesedaran nak mendengar kaunseling..bagus juga JAIS boleh buat slot itu..at least ada juga usaha ke arah kebaikan..heh. tak apa..sama2 kita doa mereka akan sedar sepenuhnya dan bertaubat..nak buat ape laaa tayang tayang bOdy lagi..nak kiamat dh nie..bawak-bawak lah bertaubat.. =.="



Tag : , , , , , , , , , , , , ,

Aurat saya maruah saya

on Monday, October 10, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua



ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNG2 KAN

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"aurat saya maruah saya"


infO: pesbuk



Tag : , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO