Showing posts with label contest ke?. Show all posts
Showing posts with label contest ke?. Show all posts

1st Giveaway By Puterikasih.com

on Sunday, January 27, 2013

Bismillah

jaja tengah demam nie. kepala tgh dok gelong. doakan jaja cepat sembuh ok

btw tadi blogwalking sekejap..ternampak this 1st giveaway dari sahabat baik lama blogger si puteri kasih, jaja terus rasa nak join! hehe

cekedout

1st Giveaway By Puterikasih.com

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina, Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie,  Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia”


Syarat-syarat untuk menyertai 1st Giveaway By Puterikasih.com

1) Buat entri bertajuk “1st Giveaway By Puterikasih.com”
-done-

2) Jangan lupa untuk letakkan banner dalam entri.
-done-

3) Follow kesemua penaja jika korang baik hati
-done-

4) Copy ayat dibawah ini dan pastekan ke entri :

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina, Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie,  Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia”

-done-

5) Tag sekurang-kurangnya seorang rakan. Kalau nak tag lebih pun diizinkan.
-done-

jaja tag kawan baru jaja the Bloggerman! yehuu

6) Tinggalkan URL entri dalam ruang komen entry Puteri Kasih di SINI.
-done-

Tarikh Tutup 1st Giveaway By Puterikasih.com : 31 Januari 2013 ( tepat pukul 11.59 malam)


Tag : , , , , ,

Allah kan ada..

on Thursday, January 26, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone

sejak 2 menjak nie..emosi agak "unsangkarable" (maksudnya yg tak disangka-sangka, adik2 jgn tiru perkataan ni dalam essey kamu yea)..segala rasa bercampur baur. syukur akal dan hati masih mampu menimbang tara yang baik dan yang sebaliknya, sekali goyah ntah apa akan jadi..ntah kenapa, kejap sunyi, kejap happy, kejap sendu..kejap ceria..biasanya lebih bijak mengekspreskan riak gembira :)



ﺍﻟﻠــﻬـﻢ أﺑـﺪﻝ ﺣـﺰﻧـﻨـﺎ ﻓـﺮﺣـًﺎ .. ﻭ ﻋـﺴﺮﻧـﺎ يسـرًا

wahai Allah.. gantikanlah kesedihan itu dengan kegembiraan.. gantikanlah jua kesusahan itu dengan kesenangan..



pssstt.. sudah-sudah la jaja...Allah kan ada..





Tag : , , , , , , , , , ,

Ratu cantik kena kaunseling aurat

on Saturday, November 19, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..




JAIS panggil lima peserta Islam didakwa berpakaian seksi ketika pertandingan 


KUCHING: Lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) diarah menjalani sesi ‘kaunseling' di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, selepas mereka didakwa mengenakan pakaian terlalu seksi ketika pertandingan itu.
Penyertaan peserta Islam itu, Melatie Melissa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; dan Roszainah Suhaili, 21, dikatakan menimbulkan rasa kurang selesa kalangan umat Islam sehinggakan ada yang membuat aduan kepada JAIS.
Pertemuan selama hampir dua jam itu dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen; Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji; Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIS. 


Abang Shamsudin berkata, pihaknya mendapat aduan setiap hari mengenai penganjuran pertandingan itu sebelum tindakan memanggil peserta Islam terpaksa dibuat bagi memastikan mereka memahami hukum syarak. 


Katanya, pihaknya tidak akan menghalang penganjur daripada meneruskan pertandingan berkenaan kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka. 


"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri. 
"Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza," katanya. 


Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mengatakan peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhirnya. 


Sementara itu, salah seorang peserta, Adira yang berasal dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan itu, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi. 


"Kebanyakan pakaian yang dipakai peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dengan Alaric telah memaklumkan jangan terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang," kata lulusan bidang perakaunan itu. 


Daripada 200 lebih permohonan untuk menyertai MBB, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam tetapi hanya lima dipilih penganjur. 


info:berita hairan


psssttt..haihh..hairan aku baca berita ni..gelak je kerja aku..hahaha..kesian sebenarnya.. yang haram tetap haram..tapi bagus jugalah ada kesedaran nak mendengar kaunseling..bagus juga JAIS boleh buat slot itu..at least ada juga usaha ke arah kebaikan..heh. tak apa..sama2 kita doa mereka akan sedar sepenuhnya dan bertaubat..nak buat ape laaa tayang tayang bOdy lagi..nak kiamat dh nie..bawak-bawak lah bertaubat.. =.="



Tag : , , , , , , , , , , , , ,

GAME : Tag, Tanya dan Jawab

on Friday, October 28, 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone

afzal tag segmen!!whoa!! oii..afzal tag aku oii...sekali dia sudi,seratus kali sudi aku tadah oii... (budget dia celebrity femes la..ekeke) okay2..sorry zal, i cuma bercanda ria di kala senja tiba 4 jam lagi. thanks kerana sudi tag. haihh tak mahu lah terus menyengal mcm afzal walopun aku terkekek kekek juga gelak dengan kesengalan beliau. mari! aku nak jawab soklan dia selepas beberapa hari pending. now i got the time!

tara!!!



errr..sebenarnya aku kurang faham kehendak segmen ini. ape ntah yg afzal ndak. haha siyes  tak faham..dia jawab soklan dari sis92..pastu dia plak buat soklan..pastu tag plak..sebenarnya soklan yg mana satu yg nak kena jawab ni??? hahaha..

sebab aku rasa aku agak cool petang2 gini..dengan senang hatinya i try jawab soklan afzal tuh..haha. mak aihh..sikit sangat soklan tu zal..kurang banyak tuu...tambah la lagik..ekeke..


Apakah perkara yang paling korang benci?
ikuh (tikus)..in fact bukan benci tapi memang xboleh tengok... err...

Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan?
duduk diam-diam baca nobel, bukak tenet atau bersudoku. biasanya xkeseorangan.mesti cari kawan.. sebab tak berani duduk sorang2. agak penakut. ngehehee...

Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan?
banyak. tapi buat masa ni nak try la ubah mentaliti orang kampung tempat aku berkhidmat. they're too..too..isk..susah den nak explain 

Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan? Kenapa?
keluar dengan mak lagi best. sebab mak lebih pantas dan tangkas mengeluarkan not2nya..ekeke, xmenyempat dia...selamat poket eden..haha

Korang suka baca komik tak? Kalau ya watak apa yang paling korang minat? Kenapa?
tak minat.serabut tengok kartun sepah2. 

Korang nak pasangan yang macamana? (Selain beriman, hormat ibu bapa, bekerjaya bla bla bla - jawapan cliche)
pasangan yang boleh melawak dan cool dari segala aspek! ade?? meh datang rumah join kami family yang cool ini 8-)

Korang suka tengok cerita genre macamana? Kenapa?
yang ada cabaran. yang selalu buat aku sebut "whoa..whoa..." n yang buat otak aku selalu confius, curious. exclude yang mistik2 hantu2. memang jaja agak menyampah.. :)

Korang ni sensitif tak? Apa yang mudah menyebabkan korang terasa hati?
ermm ntah ek..xperasan sgt.. hehe. ianya jarang berlaku la. sebab jaja jenis flexible dengan pelbagai situasi. semua benda selagi nampak okay, jaja akan okay..tapi kalau yang melampau-lampau tu..yang menyentap jiwa memang sensitip! 

Korang terjumpa RM100, apa yang akan korang lakukan?
amek dan buang dalam tong derma di masjid

Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama?
nama pasangan saya adalah cik idah.. kira-kira 25 tahun bersama.. 

1st impression korang terhadap aku? Hahaha :D
afzal si dahi jendul. budak pandai nih :p






di sini jaja recycle balik soalan sis92..hahah..malas nak buat soalan baru..hahahahaha..jangan marah okay~ kehkeh
  • Nama sebenar awak dan nama manja dalam keluarga/kawan?
  • Bila diri sangat sedih atau teruja, siapakah orang pertama yang kamu kongsikan perasaan tu?
  • Umur awak dan hadiah hari jadi yang paling kamu sayang?
  • Jenama laptop yang kamu guna sekarang?
  • Hobi dan minat kamu?
  • Bakat terpendam dalam diri kamu?
  • Masih solo atau tidak..nyatakan sebab..
  • Kenangan waktu sekolah yang paling kelakar
  • Cerita kartun kegemaran?
  • Lagu  yang kamu paling benci?
  • Rakan blogger yang kamu paling suka dan kata-kata untuknya..berikan jantina berlawanan.

selamat bersegmen yer sohabat... :)



Tag : , , , , , , , , , , , , ,

KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH

on Wednesday, October 26, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua

hoho..jaja kena tag dengan cikgu bada untuk join segmen  KENALI DIRI SAYA BERSAMA PUTERI KASIH. dah berkurun i tak join segmen2 nie. tapi tak apelah..sekurang-kurangnya dapat merapatkan lagi persahabatan kita antara blOggers! supaya bertambah erat, berganda ketat..ye dak?? heh. indirectly kamu semua dapat juga mengenali jaja si cikgu bam bam nie..ekeke. thanks puteri :)



1) Jika saya memegang watak karakter kartun saya ingin sekali menjadi usagi sailormoon. wink*. boboy boy pon aku layan sekarang.ekeke
2) Saya ingin sekali bertemu dengan arwah abah :) xpuas jumpa dalam mimpi
3) Binatang yang paling saya takuti adalah ikuh (tikus)
4) Saya teringin bercuti ke Turkey..it's such awesome..dengan keindahan Istanbul,menjamah bau angin Istanbul yang bertiup antara masjid Othmaniyyah dan tembok Kostantinopel...menikmati kelam-kelam cahaya subuh di Masjid biru..duduk-duduk di suatu sudut yang tenang menghadap Selat Bosphorus..menjamah ikan bakar segar di EminOnu..uhh sungguh2 meragut separuh jiwa untuk ke sana.. sudah jaja! sudah!!cukup2lah kamu berangan!!~~ hek hek

5) Lagu yang paling saya minati adalah..err.not so sure.semua aku layan kot. currently layan lagu-lagu lama seperti nyanyian dari medicine.cool kan.. :p
6) Jika saya menjadi seorang perdana menteri saya akan mewajibkan persaraan guru wanita pada usia 25 tahun.(kes penat kerja ni.ekeke)
7) Insan yang paling saya sayangi adalah..of course my mak and family
8 Perkara yang paling saya benci adalah putus cinta
9) Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tidur adalah..err..secara tak sengaja aku akan terkebil-kebil dan berfikir kalaulah aku melihat mayatku sendiri..hidup lagi aku..alhamdulillah!
10 ) Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya adalah chill, honest and courage. eceh!
i'll tag ---->>> hazlan Hatikubaik


Tag : , , , , , , , , , , , , , ,

novel Kuseru Rindu Itu

on Friday, August 12, 2011

Salam and hye fellow friends..

make it in shOrt, aku menang satu kuiz..then dapat la sebijik nobel nie, tulisan hanni ramsul bertajuk Kuseru Rindu Itu yang bakal berada di pasaran september nanti.. 

yeay

Once again, yeay



rakan2 penggila novel boleh lah menerjah laman blOg novel Kuseru Rindu Itu untuk dapatan pembacaan nobel baruu ini secara Online.. :) 

u/p : cik tiniey :)

Thanks kak hanniii :) muahxx.. semoga selamat melahirkan baby yang sehat dan cerdik

selamat berpuasa buat semua



pssstt..baru baya saman tadi..duit raya menyusut nampaknya T__T


Tag : , , , , , , , , , , , , , ,

LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN

on Sunday, August 7, 2011



Salam and hye friends

aku jOin segmen :)



  • Tempek banner kat atas tuu
-done-

  • Buat entri bertajuk " LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN "
-done-

  • Korang cerita kenapa memilih warna HITAM atau PUTIH atau LAIN2 WARNA.


Secara jujurnya..apa yang boleh saya katakan, sesetengah Orang may be comfortable  with black text on a white background, others may prefer white text on a dark blue background or else black background.. it's depends.. but for me, text hitam berlatar belakangkan warna putih atau cerah menjadi pilhan.. kenapa? sebab yang paling ultimate background putih nie nampak CLEAN gitu.. sedap dipandang dan segalanya dirasa cool.hehe


  • Cerita kebaikan dan kehebatan warna latar belakang pilihan anda


Okay, the thing is that, dah banyak kali saya try tukar2 template and background color as well.. tapi pilihan warna putih dan cerah tetap menjadi pilihan. (ntah berapa ratus kali tukar since a year blOgging)  memang elOk jer terletak artikel dalam ape bentuk pOn font dan size di atas paparan background berwarna putih@cerah.. 

in fact, background article yang berwarna putih lebih banyak memberi kesan dari yang berwarna gelap. once, cikgu multimedia saya dulu selalu menceritakan impak yang positif dari perspektif tarikan mata audience terhadap paparan yang berwarna cerah@putih berbanding denan berwarna gelap.. secara psikologinya, warna yang cerah merupakan elemen yang penting untuk menarik perhatian mata kepada content/isi yang mahu disampaikan penulis. tambahan pula bagi blOgger yang gemar meletak gambar-gambar.. warna latar belakang yang cerah mampu membantu peletakan gambar yang seimbang dan senang dilihat..erti kata lain, TAK SERABUT

whoa..cakap banyak pulak ea.. okay okay..to put in a nutshell, walaupun saya memilih warna putih/cerah sebagai latarbelakang arikel, semuanya terpulang kepada hak individu blogger dan seleranya.. there's no one “best” combination of text and background colours. sebab masing-masing ada sebab tersendiri right.. kenapa nak kaler gitu..kenapa nak kaler gini.. plus penggunaan warna yang tertentu kadang-kadang diperlukan untuk menghasilkan kesan yang berbeza..  Different sight conditions can result in widely different needs.. apa-apa pon, tiada yang salah dalam memilih warna.yang penting semua enjOy berblOg. (walaupun kadang-kadang semak juga mata nie melihat warna background yang ntah hape-hape.. keh keh. biar jer la kan...)




  • Tag seorang kawan korang dan ajak dia join (jangan paksa ok)
kawan lama rashid si juru terer

  • Buat satu link ke entri nih dalam entri korang


segmen ini telah terfaktab dalam laman wan cikgu music sahaja ya

  • Letak URL/link entri korang ke dalam komen aku


-done-



-baiklah-









Tag : , , , , , , , , ,

Segmen : SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

on Friday, November 26, 2010


hihi~ nak jOin segmen ni


Okey! 5 blOg yang saya suka sangat..adalah..jeng jeng jeng.. (^_^)"

  • BlOg Tubelawak: kerana banyak entry tubelawak yang memang direct tak berlapis menggegarkan dunia maya ini.saya suke entrynya yang serius! entry yang lawak lagi suke! hehe
  • Blog si Teddy: dengan tagline 'kadangkala diam itu lebih baik' selalu mencuri hati saya untuk singgah selalu ke belOgnya..setiap penulisannya nampak telus, plus dia seOrang aktivis menyelamat kucing terbiar~ itu kredit untuk beliau. thumbs up! saya menjadi seorang yang lebih penyayang terhadap kucing kerana selalu tersentuh dengan sikapnya melayan kucing dengan baik.. :)
  • blOg BOM 321: kerana saya selalu terkezut bila menerjah blog ini. banyak infO yang menarik dan kadang2 pelik, memang da bOmb!
  • blOg notakosong: seriusly saya memang suka laman ini. nama je notakosong walhal isinya mantap! info yang bagus dan berguna. kadang2 terselit juga berita yang tidak dipublishkan di dada akhbar. suke! 
  • BlOg HB dan PS: blog sempOi dan biasanya klaka..suke tengOk pasangan blogger ini yang sweet gitu.. gabungan entry HB yang cOol dan PT yang slumber menjadikn blog mereka sbg platform release tension saya.hehe~

Okey abang Ben, i dapat tahu segmen ni dari blOg abang ben sendiri..cube tengok kt tepi tu..ad list blog abang ben kn.. :)

next, yes i dah bOh komen "saya suka belog awak la" di ruangan komen mereka plus linkkan ke entry ini..

pasni nak tinggalkan url blog i kt ruangan komen abang ben pulaks! 






pssstttt... semOga abg ben menyedari kehadiran blog yang tidak seberapa nie.. :)
Tag : ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO