Showing posts with label jaga kesihatan jantung. Show all posts
Showing posts with label jaga kesihatan jantung. Show all posts

Penangan premium beautiful

on Monday, January 30, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


x tau nak mula menules macam mana..hehe..

ermm..pokoknya..aku pengguna premium beautiful nie.. so far..alhamdulillah..selesa sangat2..sakit belakang berkurang..tidur lena..selera makan macam biasa..tak la kenyang sepanjang hari..cuma kerap haus..

hari kedua membalut badan dengan 'beautiful' nie, aku muntah muntah berterusan selama 2 hari..spoil mood~ habes muntah-muntah, demam datang 3 hari.. sakit segala sendi..suhu meningkat, disertai dengan pakej batuk dan selsema yang awesome. heh

xpe..aku jalani hidup yang sukar dengan tabah! keke.. tapi memang laa..kena susah dulu sebelum senang. 

err..tapi kenapa kau mengada-ngada pakai beautiful ni jaja???? nak jaga badan macam mana lagi??? 

hehe..the fact is that, aku ingin hidup yang sihat..aku takde sakit kronik, tapi ada laa ketidakselesaan dalam tubuh badan..seperti susah nak tidur, stress, sakit belakang, pening-pening morningsickness  aku tak obses nak menguruskan badan, aku cuma nak rasa sihat! 


korset premium beautiful nie ada quality brand and satisfaction.. memang bebenang yang dijahit berfungsi untuk merawat kepelbagaian kes kesihatan terhadap wanita seperti kanser rahim dan payudara..bukan untuk ramping jerr.. 

so, apa lah kiranya kalau aku mencuba sesuatu yang mampu menggungguli kewanitaan kita..cecey.. :p bukannya apa, bila badan rasa tak sedap, buat kerja pon xseronok..takde mood orang kata.. nak solat pon x best je rasa.. 

kepada pakcik pakcik, abang abang sekalian..kalau sayang isteri anda, cubalah hadiahkan sepasang premium beautiful corset ini..pasti si isteri sengeh sampai ke tempat tidur..kata nak isteri badan solid..kekeke..melabur sikit untuk kesihatan berpanjangan tak apa kan.. kalau aku dah bersuami boleh la paw seribu dua  tak guna sayang duit, tapi badan sakit..tak nikmat gitu..orang kata hidup biarlah live to the fullest! ^__~

ok, selamat ber'beautiful' jaja~ :)




pssttt..kalau sang lelaki ikhlas terhadap teman hidupnya..takkan dia pertikaikan tubuh badan kita kan.. :)






Tag : , , , , , , , , , , , ,

Allah kan ada..

on Thursday, January 26, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone

sejak 2 menjak nie..emosi agak "unsangkarable" (maksudnya yg tak disangka-sangka, adik2 jgn tiru perkataan ni dalam essey kamu yea)..segala rasa bercampur baur. syukur akal dan hati masih mampu menimbang tara yang baik dan yang sebaliknya, sekali goyah ntah apa akan jadi..ntah kenapa, kejap sunyi, kejap happy, kejap sendu..kejap ceria..biasanya lebih bijak mengekspreskan riak gembira :)



ﺍﻟﻠــﻬـﻢ أﺑـﺪﻝ ﺣـﺰﻧـﻨـﺎ ﻓـﺮﺣـًﺎ .. ﻭ ﻋـﺴﺮﻧـﺎ يسـرًا

wahai Allah.. gantikanlah kesedihan itu dengan kegembiraan.. gantikanlah jua kesusahan itu dengan kesenangan..



pssstt.. sudah-sudah la jaja...Allah kan ada..





Tag : , , , , , , , , , ,

MITRA Clip mampu mempercepatkan pemulihan injap jantung tersumbat

on Thursday, December 22, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم




MITRA Clip mampu mempercepatkan pemulihan injap jantung tersumbat.
Percepat pemulihan pesakit jantung

KUALA LUMPUR: Kebocoran injap mitral dialami oleh pesakit jantung terutama mereka yang berusia, kini boleh diatasi dengan kaedah terbaru dipanggil Mitra Clip yang mana ia tidak memerlukan pembedahan besar manakala proses pemulihannya pula lebih cepat.

Institut Jantung Negara (IJN) menjadi pelopor kepada kaedah terbaru yang mana rawatan berkenaan boleh dilakukan dengan pembedahan kecil dengan alat Mitra Clip dimasukkan melalui salur darah di kaki terus ke jantung untuk menutup kebocoran.
Ketua Pengarah Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, berkata setakat ini seramai tujuh pesakit di IJN sudah menjalani rawatan menggunakan kaedah berkenaan tanpa sebarang komplikasi, malah sembuh dalam tempoh dua hari berbanding pembedahan biasa yang mengambil masa sehingga 10 hari.

Katanya, masalah kebocoran injap mitral ialah apabila kelopak injap tidak berfungsi secara normal, menyebabkan darah dipam kembali ke dalam saluran kiri jantung dan mengakibatkan ia bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. Keadaan itu juga menjadi penyebab lemah jantung.


“Kaedah ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia digunakan di Australia dan New Zealand enam bulan lalu, dan kini di negara kita. Setakat ini, sebanyak 4,000 klip sudah digunakan seluruh dunia,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. 
Sistem Mitra Clip ini merangkumi tiga komponen iaitu dawai peranti, sistem pengawalan proses meletakkan implan dan klip itu sendiri.

Dr Robaayah berkata, penggunaan teknologi terbaru itu dapat direalisasikan dengan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta hasil sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 





sumber:berita harian




************




psssttt...semakin canggih



Tag : , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO