Showing posts with label cikgu cantk. Show all posts
Showing posts with label cikgu cantk. Show all posts

Perempuan dan Rebut

on Thursday, February 23, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


ada ketikanya perempuan memang gemar berebut. aku masih ingat masa sekola menengah dulu, budak2 perempuan biasanya merebut kebahagiaan untuk kepentingan diri mereka..berebut kakak angkat la..abang angkat la..paling tidak merebut pakwe..ini pattern remaja kurang kasih sayang..heh


masa kecik kecik dulu, kawan permpuan aku di kelas 2 anggerik (kelas i dulu) berebut pembaris..at last pembaris patah tiga, tiada siapa pun yang dapat


ada juga aku dengar cerita, madu kena simbah asid sebab berebut suami..haihh..


kesahnya..aku pengurus pasukan bola jaring di sekola..somehow..penat betei...hehe.. masa budak-budak main bola, aku perhatikan anak-anak buah aku suka betul berebut bola.hoho~ aku naik felik. apekeheynyer kau nak rebut bolaaaaa sampai lebih masa..(masa tu dia rebut bola sampai terbaring baring aksinya.haihh) cikgu kata defence je!! rampas bola pastu jangan suka berdiri belakang musuh!! haishh..penat betei jerit2. hehe



sengeh sengeh..nasib baik dapat top 3! haihh


acara memijak air gula..petua petui kununnya supaya kasut melekat kat gelanggang..hoho



separate !! separateee!!! jangan berkumpulll!!! haihh penat betei menjerit :p



hah! shooottt!!! sayang bolaaa...shootttt


defence!!! cuit sikit ketiak GA dia tu! haha


hah! shoottt!!! gud job dear..love u.muah2


alolo..berkerut muka dia..sedey pulak musuh team aku nie.haha


tengok bola tu kat mana...kenapa asyik salah kasi bola jer woi..sayang bolaaa!!!



jaga GD dia tu..haihh



ini murid jaja. ayrein fatihah. mix filipino. nak contact number dia?? meh jaja siku sikit kepala tu..hehe


peace yo..



hah..senyum senyumm.. kita nak balik dah nie..hehe


ehh..haha..

aiyakk..tournament kat gelanggang sekolah cina..tu yang banyak tulisan cina.hehe


tada..eksen cikgu sorang nie :p
dah2!jom balik. ajak bergambar nombor satu..hehe

pssstt..nanti jaja hupdate caption. bizi nih. tak buat lesson plan lagik. babai.. =.="


Tag : , , , , , , , , ,

"tak..tak..cikgu muka setia.."

on Saturday, February 11, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

kesahnya..tadi di sekolah ada pertandingan tulisan khat & jawi, nasyid, berzanji dan mewarna sempena sambutan Maulidurrasul..


aku menyelaras bahagian pertandingan..jadi semua yang berkaitan mengenai pertandingan dikelolakan aku.. dari minggu lepas lagi, aku dah pesan.. siapa nak join pertandingan, bagilah nama cepat, supaya memudahkan aku untuk urusan membeli hadiah penyertaan, sijil dan sebagainya..


tapi..apa yang berlaku.. 


pagi2 lagi kedatangan aku disambut Amin..murid tahun 6


katanya: "cikgu, boleh x kalau saya nak masuk khat??? "


cikgu: "hmm..boleh...."


amin lagi: tak apa ke cikgu?? cikgu tak marah??


cikgu: xpe.. (malas nak layan ekceli..)


amin: "betul ni cikgu??? cikgu tak marah??? "


cikgu: "haihh..awak tengok muka cikgu nie, muka nak marah ke..." =.=" (flat face)


amin jawab apa tau.. : "tak..tak..muka cikgu muka setia. kih kih"


cikgu: aaaaa.. apakah???


sempat pulak budak nie nak melawak dengan aku @__@


*********************
balik dari sekolah tadi aku terus ke kenduri seorang classmate sekolah dulu..


tahniah hadi..suami soleh idaman isteri tau..semoga bahagia saaampai akhir hayat :)
lawa pelamin kaw.. heh





Tag : , , , , , , , , ,

Penangan premium beautiful

on Monday, January 30, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..


x tau nak mula menules macam mana..hehe..

ermm..pokoknya..aku pengguna premium beautiful nie.. so far..alhamdulillah..selesa sangat2..sakit belakang berkurang..tidur lena..selera makan macam biasa..tak la kenyang sepanjang hari..cuma kerap haus..

hari kedua membalut badan dengan 'beautiful' nie, aku muntah muntah berterusan selama 2 hari..spoil mood~ habes muntah-muntah, demam datang 3 hari.. sakit segala sendi..suhu meningkat, disertai dengan pakej batuk dan selsema yang awesome. heh

xpe..aku jalani hidup yang sukar dengan tabah! keke.. tapi memang laa..kena susah dulu sebelum senang. 

err..tapi kenapa kau mengada-ngada pakai beautiful ni jaja???? nak jaga badan macam mana lagi??? 

hehe..the fact is that, aku ingin hidup yang sihat..aku takde sakit kronik, tapi ada laa ketidakselesaan dalam tubuh badan..seperti susah nak tidur, stress, sakit belakang, pening-pening morningsickness  aku tak obses nak menguruskan badan, aku cuma nak rasa sihat! 


korset premium beautiful nie ada quality brand and satisfaction.. memang bebenang yang dijahit berfungsi untuk merawat kepelbagaian kes kesihatan terhadap wanita seperti kanser rahim dan payudara..bukan untuk ramping jerr.. 

so, apa lah kiranya kalau aku mencuba sesuatu yang mampu menggungguli kewanitaan kita..cecey.. :p bukannya apa, bila badan rasa tak sedap, buat kerja pon xseronok..takde mood orang kata.. nak solat pon x best je rasa.. 

kepada pakcik pakcik, abang abang sekalian..kalau sayang isteri anda, cubalah hadiahkan sepasang premium beautiful corset ini..pasti si isteri sengeh sampai ke tempat tidur..kata nak isteri badan solid..kekeke..melabur sikit untuk kesihatan berpanjangan tak apa kan.. kalau aku dah bersuami boleh la paw seribu dua  tak guna sayang duit, tapi badan sakit..tak nikmat gitu..orang kata hidup biarlah live to the fullest! ^__~

ok, selamat ber'beautiful' jaja~ :)




pssttt..kalau sang lelaki ikhlas terhadap teman hidupnya..takkan dia pertikaikan tubuh badan kita kan.. :)






Tag : , , , , , , , , , , , ,

Hati Bening

on Sunday, January 15, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

budak-budak punya wajah yang bening..innocent..orang kata, apa yang yang dilakukan, apa yang dilontarkan, apa yang diekspreskan adalah lahir dari apa yang ada dalam hati..hati budak-budak tu bersih...suci..bening..begitulah yang terpancar diriaknya 

aku bukanlah penyayang sangat..di sekolah garang jugak..keh keh. tapi memang tak boleh laa tengok babies..gerrrammm sangat2.. rasa nak gigit-gigit..nak cubit-cubit je. empat spot yang aku suka cubit, pipi, perut, lengan bawah ketiak dan peha/drumstick. siyes..sangat geram! har har


ya Rabbi..tengok tu..rasa nak kunyah-kunyah je hidung dia. melihatkan bayi memang menyenangkan hati sesiapa je kan.. ^__~

akan tiba masanya baby membesar sehat menjadi budak-budak..yang suka berlari-lari..tu yang kadang kadang nakal sikit..kalau tak nakal tak normal la namanya..ye dak?? heh

kisahnya, aku guru kelas tahun satu..alahai..budak-budak kan.. ragam dan kerenahnya memang macam-macam! bila duduk sensorang.... kerap juga aku tersengih sendirian..mengenangkan suasana bilik darjah yang bising, bergempita..bagai punya tohor di tengah ruang..ligat berputar seperti akan memuntahkan gergasi bermata satu...oh abaikan imaginasiku. heh



budak-budak memang begitu..kalau kita mampu mengawal keadaan, beerti kita guru yang berjaya.. tak gitu cikgu ma?? 


malangnya, pe'el murid-murid i...masyaAllah..sampai tak tahu nak buat apa..tak kuasa dah nak jerit2..at last, aku duduk diam2..aku perhati satu persatu..nanti dia perasan cikgu dia tenung, dia diam sendiri..hoho

huru hara di dalam bilik darjah itu perkara biasa..sebab tu para guru harus kuat daya kawalan mental & emosinya.. kena belajar macam mana nak tackle hati dia.. aku pon masih tercari-cari, apa nak buat supaya budak-budak boleh menerima kita..hormatkan kita..mesra dengan kita..emm.. 

mak selalu berpesan, niat kan dalam hati tu bekerja Lillahi Ta'ala..lantas hati bakal tenang..semua kerja menjadi mudah.. ya, betul..cuma kadang-kadang hati tak mampu mengelak, mendengus juga di kala letih walau belum selesai bekerja..



emm..hati ni selalu terubat bila aku mengenang keletah anak-anak di sekolah.. kelakar juga bila diingat-ingat semula..heh. 

ada satu hari tu, amirul hakimi bin roslan (nama penuh) menghulurkan tangan kecilnya

"cikgu, nak salam!"

"emm.." sambut si cikgu dengan extra senyum 

amirul hakimi menunduk salam dan cium tangan cikgu yang gemok ni 7 kali. cikgu naik hairan...

"kenapa kamu salam cikgu sampai 7 kali???"

"7 kali untuk 7 hari cikgu! hehehe"

adehh..haha..budak-budak.....macam2!! padahal setiap hari memang dia bersalaman dengan aku pon.. setiap kali sebelum aku turun dari cik lisa, dia memang dah tunggu di luar pintu cik lisa..adehhh... :)


begitu lah budak-budak..buat apa yang dia rasa dalam hati..sebut apa yang yang terbit dari hati..sangat flowless..sungguh punya hati yang bening.. 





Tag : , , , , , , , , , , ,

Bila diri disayangi-the ghost teeth band

on Thursday, December 29, 2011



assalamualaikum..


hye everyone..


tiada yang menarik..cuma sebuah lagu hiburan sebelum mati yang sempat jaja dendangkan untuk diri sendiri semasa memandu ke sekolah pagi tadi.. :) heh




"Tiada batasan waktu.. tiada tempat mu tertentu.. di gunung di lembah, di darat, di air 
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih merubah takdir...."


err..bukan jaja ye yang menyanyi dalam video atas nie..kikiki


lagu lama era 90-an.. syok nyanyi-nyanyi sensorang..jaja pernah salin lagu nie dalam buku lirik lagu masa sekolah rendah.erk! :p




psssttt.. cari mood bekerja.. ^__~



Tag : , , , , , , , , , , ,

Ratu cantik kena kaunseling aurat

on Saturday, November 19, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..




JAIS panggil lima peserta Islam didakwa berpakaian seksi ketika pertandingan 


KUCHING: Lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) diarah menjalani sesi ‘kaunseling' di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, selepas mereka didakwa mengenakan pakaian terlalu seksi ketika pertandingan itu.
Penyertaan peserta Islam itu, Melatie Melissa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; dan Roszainah Suhaili, 21, dikatakan menimbulkan rasa kurang selesa kalangan umat Islam sehinggakan ada yang membuat aduan kepada JAIS.
Pertemuan selama hampir dua jam itu dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen; Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji; Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIS. 


Abang Shamsudin berkata, pihaknya mendapat aduan setiap hari mengenai penganjuran pertandingan itu sebelum tindakan memanggil peserta Islam terpaksa dibuat bagi memastikan mereka memahami hukum syarak. 


Katanya, pihaknya tidak akan menghalang penganjur daripada meneruskan pertandingan berkenaan kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka. 


"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri. 
"Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza," katanya. 


Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mengatakan peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhirnya. 


Sementara itu, salah seorang peserta, Adira yang berasal dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan itu, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi. 


"Kebanyakan pakaian yang dipakai peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dengan Alaric telah memaklumkan jangan terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang," kata lulusan bidang perakaunan itu. 


Daripada 200 lebih permohonan untuk menyertai MBB, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam tetapi hanya lima dipilih penganjur. 


info:berita hairan


psssttt..haihh..hairan aku baca berita ni..gelak je kerja aku..hahaha..kesian sebenarnya.. yang haram tetap haram..tapi bagus jugalah ada kesedaran nak mendengar kaunseling..bagus juga JAIS boleh buat slot itu..at least ada juga usaha ke arah kebaikan..heh. tak apa..sama2 kita doa mereka akan sedar sepenuhnya dan bertaubat..nak buat ape laaa tayang tayang bOdy lagi..nak kiamat dh nie..bawak-bawak lah bertaubat.. =.="



Tag : , , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO