Showing posts with label koleksi cerpen. Show all posts
Showing posts with label koleksi cerpen. Show all posts

Ramadhan si Tipah #4 Bazar Raya

on Monday, July 29, 2013

malam raya di bazar memang sesak

kalau bukan kerana si nani merengek nak kerongsang reben polka dot, tak mahunya dia datang ke mari

dari dalam kereta hingga ke bazar raya, si Tipah tak berhenti menasihati adiknya . katanya tudung raya Nani kan cuma satu, kenapa nak cari kerongsang lagi. belajarlah bersyukur dengan apa yang ada, jangan mengikut nafsu sangat! boleh pinjam kerongsang kak Tipah, kerongsang mak pon penuh satu laci. macam ex-bopren kak tipah kata, membeli yang kita perlu, bukan yang kita mahu! ceh

"kak Tipah! kak Tipahh!! tu tu!! nani nampak kerongsang reben polka dot!!"

"emmm.." sambut si Tipah acuh tak acuh

"cepat laaa kak Tipahh..terkedek kedek"

pekik si Nani. excited dia melihat objektifnya yang semakin hampir

"ehhh budak nie. aku cabut gigi kau tu kang.. mengata orang pulak.grr"

"kikikiki" si Nani gelak sopan. kalau gelak kuat nanti boleh jadi kak Tipah membebel bunyi sniper

Si Tipah perhatikan sekeliling

"banyak betei kerongsang nieh.. sampai naik silau mata gue" bisik si Tipah kepada dirinya sendiri

ada kerongsang yang besar, yang kecil, yang berantai rantai. tak kurang juga yang berbatu bata, bermutiara, berbentuk bulat, segi empat, diamond! pentagon! wahhh!!! heaven gila!!!



berahi si Tipah sudah sampai. peluhnya menitik tanpa dia sedar.

"kak Tipah! kenapa muka basah???" direct je si Nani menegur

"ehh..basah???" 

si Tipah cepat cepat mengelap dahinya dengan hujung lengan tshirt

"err..eh kau sibuklah Nani. pergilah tengok kerongsang polka polki yang kau nak sangat tu!" cover si Tipah

selepas 20 minit..

"kak Tipah, tudung raya kak tipah ada berapa??"

"ada dua. kenapa nani??"

"kalau dua tudung kak tipah cuma perlu 2 bijik kerongsang. tapi.. nani tengok penuh dua beg 
 plastik kerongsang kak Tipah borong! wahahaha"

"err...ini kak Tipah belikan untuk kawan ofis laaaaa" si Tipah cover lagi

ekekeke



moral: mari beramal dengan kata-kata yang dilontarkan. salam ramadhan! :)


Tag : , , , ,

Ramadhan si Tipah #1 kerawang kerawang

on Thursday, July 11, 2013

krik krik

cengkerik mengejek

si tipah langsung tak heran. apekeheynyer cenggerik datang siang siang

krik krik krik. krik kik

"eh melebih lebih pulak si cengkerik ni. annoying betei" 

telekung baru ditepuk tepuk walaupun tak berdebu. sekejap sekejap si tipah tersengeh sendiri.

"heh hehehe hehe.."

si tipah tersengih lama. sempat pulak berangan pakai telekung kerawang kerawang menjadi makmum terawih dengan imamnya..

"ohh..di manakah imam ku.." 

gedeganggg!!!

"oh mak kau meletop letop terbalik tongkang imam kau oi imam ku oi imam siapa!!"

terkezut si tipah meleret leret dengan latahnya.

kihkihkih

"mak oihh. apekebende meletop tu!" jerit si tipah sampai naik serak.

"keh keh. kau ni tipahh..melatah kalah orang tua. tu doyan jatuh ke bumbung ler tu..." sambut si emak sambil ketawa terhenjut henjut

"ohhh"

tipah sambung membelek telekung made in Bandung yg baru dibelinya di ofis tadi

"cantiknyerrr telekong baru ku ini. tak sia sia beli. tapi mahal betei. ape lah yang mahal sangat.. kainnya kah. kerawangnya kah" ngomel si tipah telonya terikut ikut dengan telo si ahmad nisfu.

"ehh..kang nanti aku pakai nie..jadi riak pulak.. ala..." 

"tak pe tipahh..semuanya terpulang pada niat kauu..ingat tak ex bopren kau pernah berpesan, setiap sesuatu itu bermula dengan niattt" tipah pujuk dirinya senirik. boleh pulak teringat ex-bopren. ekeke

"tapii...tak boleh pakai ni..kompem aku jadi riak takbur bagai. kompem! kompem!! aahhh tensennyerrrr"

tipah mengalami kecelaruan minda. serius!

ziipp!! tak sure macam ni ke bunyi zip??

tipah zip beg telekung usai memasukkan telekung kerawang kerawang mewah meghelip ghelip made in Bandung.

"mak! pergi terawih nanti pakailah telekung baru yang tipah belikan untuk mak nie yaaa..." 

Wallpaper girl, balls, balloons, happiness, joy, flying, gliding, sky, grass

si tipah tersenyum riang. riang hatinya kerana lega! lapang rasanya bila menguraikan kecelaruan hatinya yang dibelenggu rasa antara bahagia dengan ujub!

si tipah mendepangkan dadanya luas luas, hujung kakinya menjinjit di lantai perlahan lahan terbang ke langit biru. berangan lagi tipah! ceh!



************
 Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” 
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Tag : , , , , ,

Sesaat kau datang

on Thursday, February 16, 2012



Assalamualaikum and hye everyone..


kalau masa sekolah rendah dulu, di buku autograph, aku paling suka part menulis CITA-CITA, aku catatkan yang aku ingin menjadi pramugari..terbang di awan biru..heh.masa tu berangan nak pakai kebaya biru dan bertudung..keh keh..ohh sweet rasanya

masa baru-baru naik sekolah menengah, aku ubah cita-cita..sebab aku perasan aku terer subject math, aku naakk sangat jadi akauntan. masa tu, otak sempit lagi.. faham istilah akauntan tu kerjanya hanya di bank! haha... sebab selalu ikut abah pegi bank buat loan, aku suka laa nak menyibuk kat kaunter bank, semata-mata nak tengok pegawai bank kira duit..lagi..bilabila abah withdraw duit, pasti aku ikut sama..semata-mata nak tengok duit tu keluar dari mulut mesin ATM dan hidu baunya..kehkeh..materialistik jaja! haha..

sekarang..aku dah besar..ececey..haha.. emm ekceli, aku nak bagitahu yang aku nak pencen kerja sekarang..boleh dak??? hee... sebenarnya akhir akhir nie aku sibuk di tempat kerja..er..bukan merungut..saja nak share2 dengan korang.. :) biasanya aku gemar melayan lagu-lagu ketika memandu.. mungkin sebab stress bekerja, aku suka menyanyi. ya, post untuk hari ini tiada wadah bermanfaat, tiada peringatan, tiada tazkirah, cuma aku nak kongsikan lagu yang suka aku nyanyikannya so far..


tadaaaa...jom layan


Sesaat kau datang oleh Ramlah Ram feat Sleeq


hehe..best kan..lirik dia pon awesome.. :)



Tag : , , , , , , , , , , , ,

Promo| e-cerpen OMBAK DI JIWA #1

on Thursday, February 9, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Seperti yang  dijanjikan.. 

tadaaa~



baru siri pertama yang dikeluarkan, aku sudah merasakan auranya..aku juga merasakan kesungguhan si penulis..walau belum usai penulisannya. keep it up!

sayangnya, aku tak tahu macam mana nak buat sinopsis e-cerpen nie..since, jalan penceritaan masih kabur (baru siri pertama..ayie belum habis cerita lagi..hehe) namun aku yakin, kisah yang bakal ayie wadahkan ini berbaur perjalanan hidup yang hebat tetapi sukar, berkisarkan kehidupan.. ada kemelut bertandang..ada kejujuran yang di angkat..mengelus pasrah kala jiwa berdetak pilu..ahh apa aku bebelkan nie....sorry ayie, jaja memandai-mandai :p

apa pun, nantikan e-cerpen OMBAK DI JIWA yang bukan biasa-biasa, tampak klasik, lebih panas dan mengujakan dari PGGP




psstt...ayie, jaja xtahu kalau ada procedure tertentu untuk promo e-cerpen ayie nie..jaja buat apa yang mampu..

pssstt lagi..sakit kepala berulang2..Allahu yashfi..doakan cepat sembuh




Tag : , , , , , , , , , ,

Hati Bening

on Sunday, January 15, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

budak-budak punya wajah yang bening..innocent..orang kata, apa yang yang dilakukan, apa yang dilontarkan, apa yang diekspreskan adalah lahir dari apa yang ada dalam hati..hati budak-budak tu bersih...suci..bening..begitulah yang terpancar diriaknya 

aku bukanlah penyayang sangat..di sekolah garang jugak..keh keh. tapi memang tak boleh laa tengok babies..gerrrammm sangat2.. rasa nak gigit-gigit..nak cubit-cubit je. empat spot yang aku suka cubit, pipi, perut, lengan bawah ketiak dan peha/drumstick. siyes..sangat geram! har har


ya Rabbi..tengok tu..rasa nak kunyah-kunyah je hidung dia. melihatkan bayi memang menyenangkan hati sesiapa je kan.. ^__~

akan tiba masanya baby membesar sehat menjadi budak-budak..yang suka berlari-lari..tu yang kadang kadang nakal sikit..kalau tak nakal tak normal la namanya..ye dak?? heh

kisahnya, aku guru kelas tahun satu..alahai..budak-budak kan.. ragam dan kerenahnya memang macam-macam! bila duduk sensorang.... kerap juga aku tersengih sendirian..mengenangkan suasana bilik darjah yang bising, bergempita..bagai punya tohor di tengah ruang..ligat berputar seperti akan memuntahkan gergasi bermata satu...oh abaikan imaginasiku. heh



budak-budak memang begitu..kalau kita mampu mengawal keadaan, beerti kita guru yang berjaya.. tak gitu cikgu ma?? 


malangnya, pe'el murid-murid i...masyaAllah..sampai tak tahu nak buat apa..tak kuasa dah nak jerit2..at last, aku duduk diam2..aku perhati satu persatu..nanti dia perasan cikgu dia tenung, dia diam sendiri..hoho

huru hara di dalam bilik darjah itu perkara biasa..sebab tu para guru harus kuat daya kawalan mental & emosinya.. kena belajar macam mana nak tackle hati dia.. aku pon masih tercari-cari, apa nak buat supaya budak-budak boleh menerima kita..hormatkan kita..mesra dengan kita..emm.. 

mak selalu berpesan, niat kan dalam hati tu bekerja Lillahi Ta'ala..lantas hati bakal tenang..semua kerja menjadi mudah.. ya, betul..cuma kadang-kadang hati tak mampu mengelak, mendengus juga di kala letih walau belum selesai bekerja..



emm..hati ni selalu terubat bila aku mengenang keletah anak-anak di sekolah.. kelakar juga bila diingat-ingat semula..heh. 

ada satu hari tu, amirul hakimi bin roslan (nama penuh) menghulurkan tangan kecilnya

"cikgu, nak salam!"

"emm.." sambut si cikgu dengan extra senyum 

amirul hakimi menunduk salam dan cium tangan cikgu yang gemok ni 7 kali. cikgu naik hairan...

"kenapa kamu salam cikgu sampai 7 kali???"

"7 kali untuk 7 hari cikgu! hehehe"

adehh..haha..budak-budak.....macam2!! padahal setiap hari memang dia bersalaman dengan aku pon.. setiap kali sebelum aku turun dari cik lisa, dia memang dah tunggu di luar pintu cik lisa..adehhh... :)


begitu lah budak-budak..buat apa yang dia rasa dalam hati..sebut apa yang yang terbit dari hati..sangat flowless..sungguh punya hati yang bening.. 





Tag : , , , , , , , , , , ,

cikgu, nak sikit minyak wangi boleh??

on Monday, January 9, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum and hye everyone..


aku jeling jam di tangan. masa mengajar lagi 2 minit nak habes..


sementara menunggu aku membelek-belek kerja, budak-budak memang suka duduk beramai-ramai mengelilingi aku. amirul, murid bijak yang sangat-sangat menyukai ben10, berdiri betul betul disebelah aku. tangan kanannya di angkat menongkat dagu, tangan kirinya lincah bermain-bermain dengan pemadam brand Ben10..

budak amirul nie kalau duduk dekat-dekat dengan aku nie..aku dapat rasakan, mesti ada sesuatu yang dia nak

tup tup...


"emmmmm..sedapnya bau..kenapa cikgu pakai minyak wangi??"


ahh sudahhh...dh hagak dahhh..mesti ada sesuatu yang budak kecik nie nak tanya...aritu nak mintak air..haha

"ermmm..sebab..cikgu tak nak berbau busuk"


"ohh.."


aku meneruskan menanda lembaran kerja..


amirul mendekat. aku pandang dia


"cikgu, nak mintak sikit minyak wangi boleh???"


"aaa..."




psstt..budak-budak memang begitu..akan suka dengan apa yang kita ada kalau senang di hatinya..kalaulah aku boleh sampaikan sesuatu dengan mengambil hatinya juga..mesti murid2 turut suka dan senang nak belajar kan.. ^__~

Tag : , , , , ,

Nafas baru cinta..

on Sunday, January 1, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


Cinta
cinta itu selalu kreatif dan aktif
kreativiti pada dasarnya memerlukan waktu, usaha dan tenaga
waktu, usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk meluahkan cinta akan menghasilkan rasa kasih yang mendalam
cinta itu tidak pernah berhenti
cinta adalah sebuah lingkaran yang terus berputar
aku pernah menghayati cinta..aku katakan cinta kepadamu adalah kerna Allah
....Allah yang mendatangkan rasa aneh itu untuk kamu

bagiku ketika itu, cinta adalah kekuatan semangat
semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup
semangat yang terus berkobar
setiap assignment, projek, tugasan-tugasan lain selalu bertemankan semangat cinta itu 
bukan hanya datang dengan dari daya tarik fizikal
tapi datang bersama komitmen yang dalam..

semangat dapat diciptakan kembali
dengan bayangan dan imaginasi saat-saat indah di masa lalu
ah cinta itu hebat
kerna aku pernah merasai spontan dan kejutan
lantas mencipta semangat cintayang unik


hati-hati kita.. punya irama yang sama
irama semangat cinta
selalu aku terlupa..
agungnya cinta bila kita punya hati yang sedar
punya hati yang bersih
punya hati yang lurus
punya hati yang terpelihara

itu kisah cinta yang dulu.. puas memujuk hati sendiri
sudah takdirNYA cinta yang dulu tak mahu bersatu
kini semuanya kian dilupakan..perlahan lahan aku singkap lembaran baru
sophan berpesan, jangan dilupa kisah lalu..
(kalau kau masih ingat)
tapi aku tak mampu mengekalkannya phan..kerna rasa itu bakal menyakitkan

well..hari ini hari baru..untuk tahun masihi yang baru..
azam yang sama dengan awwal muharram yang lepas
biarlah hati ini..hati-hati kita menjadi hati yang lebih baik

ya Allah..kurniakan aku hati yang terang..yang penuh pengajaran..yang membimbing sepenuh akal, pendengaran, pengelihatan kepadaMU ya Rabbul 'Izzati.. 

ahad yang cerah..
aku harapkan nafas yang baru.. nafas baru cinta
kerna aku percaya di kiri dan kananku setia sang pencatat amalan
semoga tiada sebab untuk menconteng titik hitam kenodaan
semoga bersama semangat cinta yang baru, 
hati terus dikuatkan dalam perjuangan..menempuh onak penghidupan


psstt..terima kasih sahabat kerna sudi membaca yang ntah apa-apa..
aku hargai kalian. kerna kalian  istimewa :)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..kita masih bersama saat ini
selamat tahun baru ^__~





caption: mood baru , berbowling. alhamdulillah..sedikit membantu menajamkan fokus


Tag : , , , , , , , , , ,

B I N

on Tuesday, December 20, 2011


ini bukan entry lucah. tapi entry untuk senaskhah buku. koleksi kispen dari dua penulis; ophan bunjos juga peddo. konten yang lain dari yang lain terbitan kerat studio.. aku ulangi bacaan 2kali.sungguh. kerana aku tertarik (boleh juga kerana isipadunya banyak yang berat, kdg-kdg aku kurang faham). 

ia adalah sisipan yang jarang-jarang aku baca..(aku fikir tulisan RAM yang paling aku suka. rupanya ada lagi yang lain, ditariknya hati ku yang sekeping nie) paling menarik bila aku tahu ini adalah kisah-kisah dari laki laki yang hampir pupus. (menyengeh lagi kau jaja!)

ada romantis, ada seriau, ada kecindan, ada serraamm.. kejap-kejap aku tersengeh sendirian. kejap-kejap aku menggosok lengan sinister. aku angguk, aku geleng. berkeriut juga skru di leher :p tahniah phan, peddo.. bijak menghimpunkan aksara. aku nantikan buku engkau dan engkau yang akan datang. jangan lupa namaku kau seru phan. 



psssttt..nobel, nobel jugak..Quran lebih afdal :) jangan leka jaja

Tag : , , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO