ini bukan entry lucah. tapi entry untuk senaskhah buku. koleksi kispen dari dua penulis; ophan bunjos juga peddo. konten yang lain dari yang lain terbitan kerat studio.. aku ulangi bacaan 2kali.sungguh. kerana aku tertarik (boleh juga kerana isipadunya banyak yang berat, kdg-kdg aku kurang faham).
ia adalah sisipan yang jarang-jarang aku baca..(aku fikir tulisan RAM yang paling aku suka. rupanya ada lagi yang lain, ditariknya hati ku yang sekeping nie) paling menarik bila aku tahu ini adalah kisah-kisah dari laki laki yang hampir pupus. (menyengeh lagi kau jaja!)
ada romantis, ada seriau, ada kecindan, ada serraamm.. kejap-kejap aku tersengeh sendirian. kejap-kejap aku menggosok lengan sinister. aku angguk, aku geleng. berkeriut juga skru di leher :p tahniah phan, peddo.. bijak menghimpunkan aksara. aku nantikan buku engkau dan engkau yang akan datang. jangan lupa namaku kau seru phan.
psssttt..nobel, nobel jugak..Quran lebih afdal :) jangan leka jaja


