Showing posts with label cinta hakiki. true mOde. Show all posts
Showing posts with label cinta hakiki. true mOde. Show all posts

B I N

on Tuesday, December 20, 2011


ini bukan entry lucah. tapi entry untuk senaskhah buku. koleksi kispen dari dua penulis; ophan bunjos juga peddo. konten yang lain dari yang lain terbitan kerat studio.. aku ulangi bacaan 2kali.sungguh. kerana aku tertarik (boleh juga kerana isipadunya banyak yang berat, kdg-kdg aku kurang faham). 

ia adalah sisipan yang jarang-jarang aku baca..(aku fikir tulisan RAM yang paling aku suka. rupanya ada lagi yang lain, ditariknya hati ku yang sekeping nie) paling menarik bila aku tahu ini adalah kisah-kisah dari laki laki yang hampir pupus. (menyengeh lagi kau jaja!)

ada romantis, ada seriau, ada kecindan, ada serraamm.. kejap-kejap aku tersengeh sendirian. kejap-kejap aku menggosok lengan sinister. aku angguk, aku geleng. berkeriut juga skru di leher :p tahniah phan, peddo.. bijak menghimpunkan aksara. aku nantikan buku engkau dan engkau yang akan datang. jangan lupa namaku kau seru phan. 



psssttt..nobel, nobel jugak..Quran lebih afdal :) jangan leka jaja

Tag : , , , , , , , , , , , , ,

“aku dan dia dah putus…”

on Saturday, November 5, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


salam and hye everyone. maaf aku byk post cerita panjang lately..tengah ada mood suka membaca nobel :)  okeh jom layann cerita cinta~ lovey dovey story~~



“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat 


MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain



info:fesbuk






psstt.. once i've lost my superman~ mula2 meroyan juga. sekarang dah okay.. dh boleh redho.. hekhekhek. pangg!!~

Tag : , , , , , , , , , ,

Aurat saya maruah saya

on Monday, October 10, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye semua



ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNG2 KAN

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"aurat saya maruah saya"


infO: pesbuk



Tag : , , , , , , , , , ,

kakak sedara dari Morocco

on Wednesday, September 21, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم


salam and hye semua

amekkk..besar gambarrr aku tayang..haha

pengantin perempuan berjubah putih, mak pengantin perempuan berjubah biru, yang kecik tu adik pengantin perempuan.

 ini adalah gambar perkahwinan, rasa kagum sebab baju pengantin sangat simple :) bersanding dengan jubah dan shawl.cool. :p pengantin lelaki tengah busy hal lain masa tu.

okay, bergambar kenangan bersama akak sedara baru dari MorOcco. Hani'an namanya wow wow. terror la abang sedara dapat mengurat beliau nie..kehkeh. 

selamat pengantin baru. baarakallah


Tag : , , , , , , , , , , , ,

Raya sebulan

on Saturday, September 3, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


its' 5th hari raya.. :)

Salam and hye semuaaa....


ini dia muka happy sangat beraya. location:rumah pacek belah abah


well..happy hari raya :) sorry laa lambat wish. di johor kami beraya sebulan.selagi namanya syawal, kami pulun beraya..tu yang tak sempat-sempat nak update entry baru. kehkeh. sampai anda yang text message tanya bile nak update, million sorry T__T love u..jangan jemu ziarah corat coret cikguuu~

oh rasanya belum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.. kot laa ada terbuat silap yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan..setahun berblOg & bersama rakan maya pasti ada tersilap kata dan perbuatan. 

okay, hari raya di kampung halaman memang sangat syok. tambah pulak saudara mara semua berkumpul..riuh rendah suasana. Oleh sebab aku dah biasa serabut dengan kebisingan budak-budak kat sekolah, so aku biarkan je budak-budak nak melalak melaung menjerit-jerit sepanjang hari kat rumah ni.. bukan apa, tak boleh nak kawal dah.. biar je la.. kehkeh


nampak x. mata den dah lobam.kehkeh

lepas solat hari raya kami berkumpul lagi secara rasmi untuk acara merembeskan hormon empati dan kasih sayang paling optimum. adoiii laa time ni memang habes meleleh semua air mata dan air hidung. momen yang dahsyat. kehkeh.. pastu ramai-ramai pakat mata lebam.abeh semua bedak+mekap.opss aku x mekap.haha



juadah di pagi raya ofkos laa special..rendang daging+ketupat (dianyam sendiri tahuuu)+masak lemak lodeh+kuah kacang itu menu wajib. plus ayam goreng berempah+sambal goreng dan beberapa lauk lain lagi.segan nak tulis banyak2..tapi memang penuh sampai ke hujung meja. :p alhamdulillah..rezeki ada..

makan tak kenyang lagi kami bergerak ke kuburan. ziarah pusara abah yang pertama, kemudian baru ziarah ke rumah makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekampung sampai rasa nak patah pinggang baru balik rumah.hihi



setiap rumah nak marhaban..kalau sepuluh rumah, sepuluh kali marhaban. abang aku punya agenda. sangat penat tapi syOk. macam2 rentak marhaban kami bawak. kelaka pulak bila tengok rakaman semula.kehkeh.anyhow..thumbs up, marhaban mmg best

sape2 ada hati nak pinang aku kena interview dulu dengan 4 orang bodyguard nie..kehkeh


ohh lupa..cakap pasal biskut raya. tahun ni i manage biskut raya 2jenis jer..plus moist choc cake. okay lah kan.. nak buat yg mudah dan sedap. biskut fruity buble rice dan kuih suci dalam debu(popia nestum) it was just awesome. simple enough. abeh dilahap adik beradik sendiri. tak sempat  nak jumpa raya ke2.kehkeh

semoga ketemu lagi aidilfitri di masa akan datang. ntah masih ada umur atau tidak, kita sama2 doa..semoga dikekalkan kesihatan dan kebahagiaan hingga akhir waktu.


 dah besar cucu nenek..jadi anak solehah yer..


okay penat dah bebel. nanti update lagi. nak pegi beraya lagi nie..daaa.assalamualaikum


pssstt..sedang kite bergembira..ada di luar sana yg bersedih.. alfatihah buat Allahyarham wartawan bernama.. semoga dirahmati ruhnya..


Tag : , , , , , , , , , , , ,

Tarawih and travel

on Wednesday, August 10, 2011

it's 10th of ramadhan..

Salam and hye everyone

tarawih itu best..banyak fadhilat and hikmah. u guys boleh google so xpayah la aku membebel pasal nie



As usual..aku selalu ada sesuatu untuk kamu. jom pakat TARAWIH AND TRAVEL

kalau setiap hari melahap kuih pelita.. bosan juga..ye dak? keh keh..

sekali sekala ambil angin di luar.. merasa tarawih di masjid lain..syok juga.. plus imam2 sekarang boleh tahan.. cool. halwa telinga. sedap jer telinga mendengar bacaan dia. ecehh

lain padang lain belalangnya.. pasti lain rasanya..lain pengalamannya. syahdunya juga lain.. :)

jenguk-jenguk laa jemaah di tempat lain.. supaya terbuka sedikit kOtak pemikiran tu bila bercampur dengan masyarakat di tempat berbeza.. tOksah la jauh2 sangat..siap kena bayar tol..kehkeh. karang susah pulak balik lewat, esoknya kan nak kerja.. dekat-dekat sudah.. masjid Qaryah sebelah pon okay

cuba la konsep tarawih dan travel nie okay? caloss

happy tarawih untuk semua (^__^)"





pssstt..thanks kodok for this inspiration :)

Tag : , , , , , , , , ,

CIkgu Putus Cinta

on Monday, July 4, 2011


Salam and hye semua..

this would be short and funny with those keywords.. kehkeh.. alahai cikgu putus cinta... 


 itu keyword untuk minggu lepas, untuk minggu ini pon ade juga.. haha.. glemer carian keyword putus cinta nie.. haha



hihi..adehhh..ramai yg putus cinta bulan ni rupanya.. xpelah.. sekurang2nya i ada share sesuatu untuk kOme yg putus cinta kan.. walaupun hanya dengan satu entry, carian kOme tepat. hehe..

well, aku tak puja lelaki.heh

bacaan berkaitan:

ok..ok..memang i pernah merasai 'peristiwa kelat; tu..but then alhamdulillah..everything goes fine..cikgu okay..ihsan dOa family, kwn2 dan kalian juga. tq~ love u all guys much. Allahu yusaa'iduni
Tag : , , ,

TOuya:Best ke couple tak kawen

on Sunday, January 9, 2011


Berikut adalah spontaneous entry yang i type secara laju di laman komen blOg tOuya.. oleh kerana i berminat nak share the immediate pOints dengan kamu semua..so i'll let the comment to be pasted here:

Adalah fitrah manusia merasai cinta dlm dirinya. itu kata Tuhan..

cinta sebelum pernikahan adalah cinta yg hadir drpd pergaulan harian dgn individu yg mempunyai kesamaan rasa hati berbunga2 bagai..cecey~ :p ok2 proceed. bila dua insan ada kesamaan dr segi minat, peribadi, cara hdp, mgkin jg cita rasa..maka we tend to fall in love! adakalanya cinta dtg secara mendadak. kdg2 cinta dtg secara berperingkat melaui pergaulan harian.

in fact, bercinta@berkapel sblm nikah TAK DIGALAKKAN dlm islam.. krn dikhuatir terjerumus ke lembah MAKSIAT. yes mmg itu biasa berlaku. :( analoginya bile berkapel, si pakwe akn memandang si makwe dgn penuh rasa cinta, syahdu, syok maka syahwat pon menaik. si makwe juga merasa yg sama.. maka dOsa akan terdorong untuk dilakukan atas rasa suka sama suka. tu yg jadi pegang2 ringan2..lama2 jd ZINA! sebab bila bercinta..biasanya kita jadi lembik@hanyut@ lalai dgn nikmat rasa cinta~

but somehow..jika perhubungan itu mempunyai niat yg suci, bematlamat membina ummah bermaruah, mengikut sunah nabi saw, maka haruslah dia tetapkan iman serta tanamkan rasa takut kpd Allah dan cinta yg dicipta tidak lebih dr cintanya kpd yg Hak,iaitu cinta kpd sang Pencipta.. 

sebab tu kena 'always care' dlm pergaulan..menghormati maruah dan harga diri. then dapatkan restu parents krn faktor kejayaan perhubungan hgga ke jinjang pelamin adalah krn berkat doa restu parents itu jugak..

then kena sentiasa berdOa utk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt. buat la solat istikharah supaya org yg dicintai adalah yg terbaik sbg pelengkap hidup, membantu pasangannya membuat kebaikan dlm hdp hingga ke akhir hayat..

tapi.. ada byk pendapat alim ulamak yg mengatakan bercinta sebelum kawen itu adalah HARAM. sbb biasanya cinta itu dtg dari nafsu. dan cinta yg sememangnya ternOda oleh nafsu..bkn krn keikhlasan dirinya..dan yg ptg bukan bercinta krn Allah..kalau rasa cm tu, elOk takyah bercinta

so, bg lelaki2 dan pempuan2 yg bernafsu jahat especially manusia yg mudah gersang bile lihat pasangan lain jantinanya...elok JANGAN KAPEL utk menggelakkan depa menghampiri zina, bertepatan dgn amaran Allah: laa taqrabuz zina.. maka jgnlah kamu menghampiri zina

ayat di atas jelas menunjukkan bhw Tuhan melarang kita MENGHAMPIRI ZINA, ttp bukan melakukan zina..knp? sbb menghampiri zina adalah kepala@permulaan segala kemaksiatan dan dosa besar..mcm mn nk berzina kalau tak menghampiri zina? rite?

pikir2 lah... untuk apa bercinta.kerana apa bercinta..dan dgn org yg mcm mn nk bercinta..

sekian.ups.sorry terbuat entry di sini. :p

-end-
*****************








pssssttt...menulis berdasarkan 'pengalaman' 


Tag : , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO