Showing posts with label kisah kucing yang tak patut berlaku. Show all posts
Showing posts with label kisah kucing yang tak patut berlaku. Show all posts

Belang saya sudah pulang :)

on Saturday, August 11, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

rentetan isu si belang saya yang hilang, DI SINI

sekarang dia sudah kembali :) thank you Allah. tak sempat sempat lagi nak snap gambar dia. sebab dia pemalu sangat.

pesanan penype, hargailah dia selagi ada.  rasa macam buat ayat karangan darjah tiga saja



psstt.. Dont Know Which Deeds Of Our Will Take Us Paradise. Ramadhan #23rd
Tag : , , , , , , , , ,

Mesej Bergambar

on Wednesday, January 25, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone


Subhanallah..maha Suci Allah yang menjadikan kasih sayang antara makhlukNYA hatta antara haiwan!


psssttt...belang aku hilang~ T___T pergi taknak balik2 lagi...




Tag : , , , , , , , , , ,

Nafas baru cinta..

on Sunday, January 1, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


Cinta
cinta itu selalu kreatif dan aktif
kreativiti pada dasarnya memerlukan waktu, usaha dan tenaga
waktu, usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk meluahkan cinta akan menghasilkan rasa kasih yang mendalam
cinta itu tidak pernah berhenti
cinta adalah sebuah lingkaran yang terus berputar
aku pernah menghayati cinta..aku katakan cinta kepadamu adalah kerna Allah
....Allah yang mendatangkan rasa aneh itu untuk kamu

bagiku ketika itu, cinta adalah kekuatan semangat
semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup
semangat yang terus berkobar
setiap assignment, projek, tugasan-tugasan lain selalu bertemankan semangat cinta itu 
bukan hanya datang dengan dari daya tarik fizikal
tapi datang bersama komitmen yang dalam..

semangat dapat diciptakan kembali
dengan bayangan dan imaginasi saat-saat indah di masa lalu
ah cinta itu hebat
kerna aku pernah merasai spontan dan kejutan
lantas mencipta semangat cintayang unik


hati-hati kita.. punya irama yang sama
irama semangat cinta
selalu aku terlupa..
agungnya cinta bila kita punya hati yang sedar
punya hati yang bersih
punya hati yang lurus
punya hati yang terpelihara

itu kisah cinta yang dulu.. puas memujuk hati sendiri
sudah takdirNYA cinta yang dulu tak mahu bersatu
kini semuanya kian dilupakan..perlahan lahan aku singkap lembaran baru
sophan berpesan, jangan dilupa kisah lalu..
(kalau kau masih ingat)
tapi aku tak mampu mengekalkannya phan..kerna rasa itu bakal menyakitkan

well..hari ini hari baru..untuk tahun masihi yang baru..
azam yang sama dengan awwal muharram yang lepas
biarlah hati ini..hati-hati kita menjadi hati yang lebih baik

ya Allah..kurniakan aku hati yang terang..yang penuh pengajaran..yang membimbing sepenuh akal, pendengaran, pengelihatan kepadaMU ya Rabbul 'Izzati.. 

ahad yang cerah..
aku harapkan nafas yang baru.. nafas baru cinta
kerna aku percaya di kiri dan kananku setia sang pencatat amalan
semoga tiada sebab untuk menconteng titik hitam kenodaan
semoga bersama semangat cinta yang baru, 
hati terus dikuatkan dalam perjuangan..menempuh onak penghidupan


psstt..terima kasih sahabat kerna sudi membaca yang ntah apa-apa..
aku hargai kalian. kerna kalian  istimewa :)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..kita masih bersama saat ini
selamat tahun baru ^__~





caption: mood baru , berbowling. alhamdulillah..sedikit membantu menajamkan fokus


Tag : , , , , , , , , , ,

kisah kucing yang tak patut berlaku

on Sunday, September 11, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye semua


kucing memang comel.aku tak nafikan. banyak kucing boleh rapat dengan manusia, tidur bersama, makan bersama, mandi bersama..err..lebih kurang lah. disebabkan tingkah lakunya yang manja dan pandai mengambil hati, tunjuk patuh dan pandaiii pulak kan.. kucing selalu mendapat tempat dalam hati manusia. cuba kalau aku yang manja-manja kucing, pasti korang menyampah..hihi.

it seems so weird, but that's the fact. kalau rimau mana boleh buat macam tu, ye dak? exclude kes bela rimau sarkis. kucing memang mesra alam.selagi kita mahu menggeletek bahagian lehernya selagi itulah ia akan rasa dihargai dan claim kita sebagai tuannya. :p 

sebagai umat Islam, kita disuruh saling sayang meyayangi sesama makhluk. kena sayang binatang, tumbuh tumbuhan dan sudah tentu manusia. okay, everyone knows that. plus pada zaman Rasulullah SAW pun, ada seorang sahabat digelar Abu Hurairah yang bermaksud bapa kepada anak kucing..Nabi SAW yg menggelarkannya. sebab Abu Hurairah nie suka dan sayangkan kucing. 

teringat masa sekola dulu ada sorang ustaz cerita, Nabi SAW sendiri ada membela seekor kucing, namanya mueeza. pernah pada satu hari, Nabi SAW nak mengambil jubahnya, dilihat mueeza sedang nyenyak laaa tidur di atas jubah Nabi SAW. know what, Nabi SAW gunting bahagian lengan yang ditiduri mueeza sebab tak mahu mengganggu tidur si mueeza kucing kesayangannya.. Nabi SAW berpesan, hendaklah kita menjaga dan menyayangi kucing selayaknya ia sebagai ahli keluarga.. Subhanallah. mulianya Nabi kita... kalaulah aku..tak terfikir langsung nak gunting baju sendiri, aku cari baju lain. :p

di rumah aku pon ada seekor kucing. si belang. buat teman sepermainan..petang-petang xde kerja boleh lah usik-usik ia. comel lah jugak. ada warna bulu yang nice dan lembut, ada babat tebal di perut.memang geram je tengok, rasa nak gomol selalu..haha. disebabkan si belang ni memang diajar duduk dalam sangkar, so mkn B.O dia kat dlm sangkar. syukur punya kucing yang patuh dengan rutin. :)

okay, habis cerita mengenai kucing. sekarang nak cerita mengenai penjagaan kucing. kalau sekadar pandai membelai kucing tapi tak tahu nak menjaga makan minum serta kebersihan dengan baik, tak guna tahu takkkkkkk~!!! >.<" 

cuba ekau bayangkan, kalau lah kucing tu B.O(buang air besar) atau kencing sepah-sepah, pastu terkena kat pakaian solat, kat tempat nak solat, macam manaaa????!!!~~ adehh..aku pening bila masuk rumah seseorang yang penuh dengan wangian B.O kucing.. pleaselah.. kebersihan itu yang utama. taknak masuk rumah dia karang, kata tak sudi pulak..nak tutup hidung karang terasa pulak tuan punya kucing.  pastu bila tuan rumah hidang makanan esp yang ada ikan, dahh kucing2 kesayangannya tu melompat lompat atas hidangan. haish

tak tau dah nak explain macam mana lagi..betapa peningnya aku mengahadapi keadaan begitu. kepada pencinta-pecinta kucing sekalian, tolonglahh..keadaan itu tak sepatutnya berlaku. simpanlah sekejap dalam bilik kalau takde sangkar, bersihkanlah dulu rumah tu sebelum menjemput tetamu datang, bau-bauan najis memang sangat annoying dan menjengkelkan. uhhhhhh..hancing sungguh la.. T__T kalau dapat, tolong ajari kucing anda dengan nilai-nilai murni dan berakhlak mengikut sunnah NAbi SAW. 

aku bukan mahu mencari salah sesiapa, cuma ingin men'express' betapa cuainya kita dalam menyayangi kucing sehingga terlupa menjaga kebersihan. grrr~!!






pssttt..baru aku faham kenapa mak aku yg cool tu menjerit jugak bila ada kucing asing masuk rumah. haha


Tag : , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO