Showing posts with label sunnah Nabi SAW. Show all posts
Showing posts with label sunnah Nabi SAW. Show all posts

Keutamaan membaca surah Al Mulk

on Thursday, January 31, 2013

Bismillah..

suami pernah menegur jaja, kalau menulis di blog tu hati hati..

maksudnya, mungkin jaja ada tersilap type atau post atau menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan yang sebenar benarnya

sebagai contoh, jaja tertarik dengan sesuatu hadith dan rasa elok sangat kalau dapat diabadikan di dalam blog lantas secara tak langsung dapat berkongsi informasi yang baik untuk pengunjung blog

macam best je kan type 'rasa elok'

in fact, suami pesan.. dalam bab hukum hakam nie, TIADA rasa rasa! kalau haram tetap haram. kalau wajib tetap wajib.

betul juga..

adeh. terkena sebijik

maaflah..jaja memang tak mahir bab agama.. niat di hati cuma ingin perbaiki diri..dan cara jaja adalah dengan berblog! tapi should be more cautious..betul betul hati hati..jangan main RASA RASA!

pesan suami lagi, hadith yang tidak sahih boleh beramal dengannya selagi ianya baik untuk diri sendiri. tapi dengan syarat, tidak menyebarkannya.

jaja angguk faham..

dia pesan lagi, kalau nak berkongsi hadith dalam blog, kena pastikan sanad perawi yang betul.

okay, intro comes to the end.

jaja ingin sekali berkongsi hadith ini. insyaAllah sahih


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

سُورَةٌ مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ {تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ}. وفي رواية: فأخرجته من النار و أدخلته الجنة »

“Satu surat dalam al-Qur’an (yang terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafa’at (dengan izin Allah Ta’ala) bagi orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan artinya) sehingga Allah mengampuni (dosa-dosa)nya, (yaitu surat al-Mulk): “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga”

ini hadith kelebihan mengamalkan surah al Mulk jika membacanya continuously,  merenungi kandungannya dan menghayati ertinya.

beberapa kelebihan lain;

  • Nabi Muhammad SAW biasa membacanya sebelum tidur sebab keagungan maknanya.
  • Sebahagian dari ulama ahli tafsir menamakan surat ini dengan penjaga/pelindung dan penyelamat (dari azab kubur, akan tetapi penyataan ini disebutkan dalam hadits yang lemah. 
walaubagaimanapun, apa yang jaja tahu masa sekolah dulu, ustaz kata di akhirat kelak, selain Nabi SAW pemberi syafaat, Al Quran juga memberikan syafaat (dengan izin Allah) bagi orang yang membaca dan beramal dengannya. 

so, tak semestinya kena baca surah surah tertentu sahaja, bacalah Al Quran keseluruhannya kerana Al Quran itulah penyuluh hidup manusia. 


Allah hai...geghammmmnyaaa nak geget hidung tu

jaja highlight kan surah Al Mulk ni sebab..pengalaman jaja sendiri kalau baca surah Al Mulk sebelum tido, mesti masa tido tu rasa selamat, tak takut dan terjaga dengan mudah as i wish to wake up in time!


ya Allahhhh...gegham geghamm! ;p

jaja memang suka baca sebelum tido. sebab utama dulu masa sekolah, wajib hafaz surah ni.sebab yang lain jaja jenis penakut tau hohoh  oleh kerana dah biasa baca sebelum tido, lama lama jadi lah rutin. 

bila skip baca sebab leka dengan hal lain atau terlupa atau tertidur tanpa sengaja memang menggelabah laa bangun tidur kau jaja @__@ 


Tag : , , ,

Janggut

on Monday, January 28, 2013

Bismillah

janggut. jaja suka

cuit cuit, usik usik, main main dengan janggut suami. 

suami tak pernah marah la so far.. :p

fyi suami jaja jenis berjanggut sejemput. hiks

bagi jaja janggut yang sikit sikit itu manees... kalau berjambang seram pulak tengok. 

baiklah, selain sunnah nabi memelihara janggut, ada banyak lagi fakta menarik mengenai janggut. 

jom baca!

✔ Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

✔ Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

✔ Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

✔ Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.

✔ Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

✔ Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seperti asma.

✔ Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

i see..baru jaja tahu.. patutlah Nabi saw berjanggut.. so guys, silalah berjanggut ya! :)

ohh dengg..gamba apa jaja tempek nie..agagaga

sumber: fesbuk
Tag : , , , , , ,

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

on Thursday, October 13, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم


Salam and hye everyone. Recently, aku gemar repOst informasi..semoga ada manfaat bersama

sambil santai santai tu..jom baca :)





SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”PEMAAFPemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat."BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)


Oleh Ustaz Zawawi Yusof




psssttt.. air hidung aku tak mahu berhenti dari mengalir~ @_@



Tag : , , , , , , , , , , , , ,

kisah kucing yang tak patut berlaku

on Sunday, September 11, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye semua


kucing memang comel.aku tak nafikan. banyak kucing boleh rapat dengan manusia, tidur bersama, makan bersama, mandi bersama..err..lebih kurang lah. disebabkan tingkah lakunya yang manja dan pandai mengambil hati, tunjuk patuh dan pandaiii pulak kan.. kucing selalu mendapat tempat dalam hati manusia. cuba kalau aku yang manja-manja kucing, pasti korang menyampah..hihi.

it seems so weird, but that's the fact. kalau rimau mana boleh buat macam tu, ye dak? exclude kes bela rimau sarkis. kucing memang mesra alam.selagi kita mahu menggeletek bahagian lehernya selagi itulah ia akan rasa dihargai dan claim kita sebagai tuannya. :p 

sebagai umat Islam, kita disuruh saling sayang meyayangi sesama makhluk. kena sayang binatang, tumbuh tumbuhan dan sudah tentu manusia. okay, everyone knows that. plus pada zaman Rasulullah SAW pun, ada seorang sahabat digelar Abu Hurairah yang bermaksud bapa kepada anak kucing..Nabi SAW yg menggelarkannya. sebab Abu Hurairah nie suka dan sayangkan kucing. 

teringat masa sekola dulu ada sorang ustaz cerita, Nabi SAW sendiri ada membela seekor kucing, namanya mueeza. pernah pada satu hari, Nabi SAW nak mengambil jubahnya, dilihat mueeza sedang nyenyak laaa tidur di atas jubah Nabi SAW. know what, Nabi SAW gunting bahagian lengan yang ditiduri mueeza sebab tak mahu mengganggu tidur si mueeza kucing kesayangannya.. Nabi SAW berpesan, hendaklah kita menjaga dan menyayangi kucing selayaknya ia sebagai ahli keluarga.. Subhanallah. mulianya Nabi kita... kalaulah aku..tak terfikir langsung nak gunting baju sendiri, aku cari baju lain. :p

di rumah aku pon ada seekor kucing. si belang. buat teman sepermainan..petang-petang xde kerja boleh lah usik-usik ia. comel lah jugak. ada warna bulu yang nice dan lembut, ada babat tebal di perut.memang geram je tengok, rasa nak gomol selalu..haha. disebabkan si belang ni memang diajar duduk dalam sangkar, so mkn B.O dia kat dlm sangkar. syukur punya kucing yang patuh dengan rutin. :)

okay, habis cerita mengenai kucing. sekarang nak cerita mengenai penjagaan kucing. kalau sekadar pandai membelai kucing tapi tak tahu nak menjaga makan minum serta kebersihan dengan baik, tak guna tahu takkkkkkk~!!! >.<" 

cuba ekau bayangkan, kalau lah kucing tu B.O(buang air besar) atau kencing sepah-sepah, pastu terkena kat pakaian solat, kat tempat nak solat, macam manaaa????!!!~~ adehh..aku pening bila masuk rumah seseorang yang penuh dengan wangian B.O kucing.. pleaselah.. kebersihan itu yang utama. taknak masuk rumah dia karang, kata tak sudi pulak..nak tutup hidung karang terasa pulak tuan punya kucing.  pastu bila tuan rumah hidang makanan esp yang ada ikan, dahh kucing2 kesayangannya tu melompat lompat atas hidangan. haish

tak tau dah nak explain macam mana lagi..betapa peningnya aku mengahadapi keadaan begitu. kepada pencinta-pecinta kucing sekalian, tolonglahh..keadaan itu tak sepatutnya berlaku. simpanlah sekejap dalam bilik kalau takde sangkar, bersihkanlah dulu rumah tu sebelum menjemput tetamu datang, bau-bauan najis memang sangat annoying dan menjengkelkan. uhhhhhh..hancing sungguh la.. T__T kalau dapat, tolong ajari kucing anda dengan nilai-nilai murni dan berakhlak mengikut sunnah NAbi SAW. 

aku bukan mahu mencari salah sesiapa, cuma ingin men'express' betapa cuainya kita dalam menyayangi kucing sehingga terlupa menjaga kebersihan. grrr~!!






pssttt..baru aku faham kenapa mak aku yg cool tu menjerit jugak bila ada kucing asing masuk rumah. haha


Tag : , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO