Home > Posts filed under pemaaf
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam and hye everyone.. take a look at this! surely u'll CRY
The mother cat kept licking the kittens, hoping it would revive them. According to the family that adopted the stray cat, on the morning of the 11th when they heard the cat’s tragic cries, they rushed downstairs to discover this stray cat’s four kittens abused to death, and even placed in front of the mother cat. The kittens’ bodies were covered with bullet holes, with blood all over. One of the kittens had its neck tied with a rope and elongated, its chest cut open, heart exposed, while the other three kittens’ heads were stepped on.
REBLOG THIS PICTURE TO SHOW YOU’RE AGAINST ANIMAL ABUSE!
grrr..capaian celsius sampai ke kemuncak!
Allah.. aku terkedu. manusia jenis apakah dia??? binatang secomel itu dipijak2 ditembak2. tak suka jangan tengok. ape ke dengki sangat??? syaitonnnnnnn
::dari fesbuk
Tag :
abuse,
akhlak,
ariel sharon,
binatang,
cat,
cikgu busy,
Entry terpendek,
keikhlasan lelaki,
kejam,
kematian,
nampak tak??,
pemaaf,
Pening,
peringatan utk diri sendiri jugak,
zalim
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam and hye everyone. Recently, aku gemar repOst informasi..semoga ada manfaat bersama
sambil santai santai tu..jom baca :)
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”PEMAAFPemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat."BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)
Oleh Ustaz Zawawi Yusof
psssttt.. air hidung aku tak mahu berhenti dari mengalir~ @_@
Tag :
akhlak,
Health,
hikmah solat,
jalan kaki,
kebersihan,
pemaaf,
peringatan utk diri sendiri jugak,
subuh,
sujud,
sunnah Nabi SAW,
Tazkirah,
tidak iri hati,
tidak marah,
tiru nabi Rasulullah SAW