Showing posts with label lelaki dayus. Show all posts
Showing posts with label lelaki dayus. Show all posts

Usah pancing kalau tak bersedia..

on Sunday, February 26, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم




"Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu  mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan  MENDERITA selagi ia masih hidup.. begitulah juga...setelah kamu memberi banyak  PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu  MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..Kerana dia akan  TERLUKA oleh kenangan bersamamu & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi  dia mengingatmu.."






pssttt..cecey jaja..kui kui :p





Tag : , , , , , , , , , , ,

Lelaki DAYUS

on Monday, January 2, 2012




بسم الله الرحمن الرحيم


assalamualaikum and hye everyone..


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.



sumber: zaharuddin .net


psssttt..kedayusan lelaki membawa banyak masalah..ditambah pula dengan para wanita yang tergedik-gedik meminta ihsan dibelai, dipuja dan diraba-raba.. 

raba-raba sejam dua tapi kesannya sampai ke neraka.. semoga Allah buka pintu hati kita..semoga kita jauh dari sebarang fe'el durjana..



di sekolah, ada beberapa kes anak luar nikah..kasihan..eerrr..ups off record. hmm apa kejadahnya nak off record kalau terang terangan membuat maksiat. temberang jer.. tak faham jaja.. @__@


takut akibat dosa-dosa kamu, kita diheret sama..terbayang-bayang aku akan azabnya di neraka..Allahu Akbar..mintak tolong ayah-ayah, abang-abang, pakcik-pakcik, adik-adik, pakwe-pakwe..bertegaslah!





Tag : , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO