Showing posts with label Tuhan Maha Adil. Show all posts
Showing posts with label Tuhan Maha Adil. Show all posts

Dana program seksualiti diragui

on Tuesday, November 8, 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone. 



Pihak berkuasa diminta siasat sama ada sumber kewangan dari NGO luar negara
KUALA LUMPUR: Exco Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan menggesa pihak berkuasa menyiasat sumber kewangan untuk program Seksualiti Merdeka 2011 bagi memastikan sama ada wujud dana daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di luar negara.
Beliau berkata, siasatan perlu dimulakan dengan segera kerana penganjuran program itu untuk satu tempoh masa panjang sudah tentunya memerlukan sejumlah dana atau sumber kewangan yang besar.
Rakyat berhak mengetahuinya kerana sebelum ini sebuah yayasan berpangkalan di luar negara turut dikaitkan dengan tajaan kewangan BERSIH. - Maznah Mazlan, EXCO Wanita UMNO
“Kita minta pihak berkuasa menyiasat dari mana penganjurnya mendapat sumber kewangan kerana kita tahu program ini juga disokong oleh segelintir pemimpin pembangkang dan beberapa NGO.
“Rakyat juga berhak untuk mengetahuinya kerana sebelum ini sebuah yayasan berpangkalan di luar negara turut dikaitkan dengan penajaan kewangan pertubuhan yang tidak didaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH),” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Program Seksualiti Merdeka diadakan setiap tahun sejak 2008 bertujuan menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Program itu dijadualkan bermula esok hingga 13 November lalu, bagaimanapun penganjurnya memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan semua aktivitinya berikutan bantahan pelbagai pihak. Program itu turut dibantah kerajaan dan pembangkang. 
Khamis lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program Seksualiti Merdeka 2011 melampaui batas kehidupan bermasyarakat di negara ini serta bertentangan dengan nilai budaya, adat resam, agama dan undang-undang Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun pihak penganjur menuntutnya sebagai hak asasi manusia di negara yang bebas, namun harus ada batas dengan mengambil kira asas pertimbangan tertentu, khususnya dalam soal hubungan sesama jenis atau amalan luar tabii.
Sementara itu, Maznah yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sesuatu aktiviti atau perkara berniat jahat yang dilihat cuba mengganggu kestabilan negara harus ditentang habis-habisan. 

info:berita harian




Allahu Akbar! aku takut..aku bukan manusia yang kuat. kita bukan manusia yang kuat! benteng apakah yang boleh melindungi kita..Allahu Akbar.. aku tak faham apa yang meracuni pemikiran mereka. apa yang mereka nak tegakkan sangat melainkan tuntutan nafsu semata-mata..ya Allah..ya Allah..bumi kita sudah tua.sangat tua..hanya menanti untk terbelah. terkeluar segala isinya..nasihat orang-orang yang soleh langsung tak diendahkan.. apa lagi nasihat rakyat marhein seperti kita.. aku benar-benar takut. aku takut pada pukulan-pukulan yang ditujukan semakin kencang.kayu-kayu pintu kian rosak dan lemah..Allahu Akbar..lindungi kami ya Allah. tiada yang lebih dahsyat melainkan azab atas kemurkaanMU.. Ampunkan kami ya Allah.. sungguh! aku benar-benar gundah, risau, takut..sakitnyeerr azab bencana..aku bertambah takut bila sekeliling kita ada makhluk-makhluk pengkhianat seperti mereka.perosak dunia.  seperti dedalu api hingga ke pohon kayu, hinggap ke batang..batangnya mati. hinggap ke ranting, rantingnya patah! Allahu Akbar..


Para ulama berkata: “Jibril menghancurkan dengan ujung sayapnya tujuh kota mereka. Jibril mengangkat semuanya ke langit sehingga para malaikat mendengar suara ayam-ayam mereka dan gonggongan anjing mereka. Jibril membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu- batu dari neraka Jahim. Yaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua kota- kota hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka. Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan. isterinya melihat sumber suara dan dia pun musnah.”


sedikit mengeluh..kesal



Tag : , , , , , , , , , , , ,

Lau kana Bainana

on Saturday, August 20, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam and hye semua.. 

aku ada sesuatu untuk menjamu fahwa Qalbi kalian



pssstt..nak share videO ini. well i found its' awesome.. 
Lagu dakwah yang meruntun jiwa.. syahdu aku mendengarkannya. hati terseru, rindu bertaut padamu Ya Rasulullah saw. 

kredit untuk TV Alhijrah untuk paparan prOgram dakwah yang hebat. hebat kerana ia yang pertama aku lihat di kaca tibi..

aku yakin, "penasyid" tanah ayor juga mampu menerbitkan yang seumpama ataupun yang lebih baik lagi :)

Muhammad uswatun hasanah. sebaik-baik ikutan. video yang singkat tapi penuh bermanfaat. jom selawat beramai-ramai
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad


Tag : , , , , , , , , , , ,

Dia Maha Adil!

on Wednesday, December 29, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia


mOde: happy siket
 guru besO kata mural aku cute! :)



"Terik juga cuaca pagi ni. baru kul 11.." ngOmel aku sekejap.heh masa ni tengah syOk kaler pink kat Octopus yang aku try2 lukis..haha.ups.tergelak tanpa sebab. 

tetiba datang sOrang macek cleaner sekolah.

"waaahh..comelnya sotOng cikgu..banyak lagi ker nak buat nih?" tegur macek tu ramah

"Hehe..adalah siket lagi..kenapa,macek nak tolong ker..hehe"

"Aduh cikgu..acik baru jer habes setelkan 4tingkat kat blok belakang tu..ingat nak lepak2 dengan cikgu sekejap"

"Owh..sila2 macek. meh la duduk sini" aku bagi kerusi satu

"HadOi..sengal2 badan acik ni cikgu. gaji dapat siket"  keluh macek

macek itu menyambung lagi:

"Gaji acik ni 500 je cikgu. penat kerja. gaji cikgu berapa yer? "

aku diam sekejap..sedang cuba merangka-rangka ayat supaya tidak tersilap menyebut..

"Err...adalah siket macek..cukupla untuk saya sara diri dan cik lisa saya tu. akhir2 nie banyak pulak ragamnya..heh"

"uishh..siket2 pOn beriban juga kan cikgu..tak macam acik ni. gaji 500. pegi ecOnsave jer dah habes 100 lebih..anak2 nak naik sekOla lagi ni..hmm" keluhnya lagi

"Ermm.."  aku angguk2 kepala. senyum je la aku

aku diam lagi..camane aku nak menyenangkan cOnversation antara kami

"Macek, Tuhan tu Maha Adil..apa yang dia bagi tu sesuai jer untuk kita..takkannya Dia bagi beban kalau kita tak mampu..hee~" 

"Yelahhh.." 

kasihan macek tu..mudah-mudahan dipermudahkan urusannya, sentiasa ada rezeki untuknya. kalau eden YB, insyaAllah boleh juga eden hulur senOt dua..

*************



Aku masih teringat satu kesah yang arwah abah (alfatihah) pernah cerita pada aku dulu.. selalu jugak aku restOry kat geng2 lepak masa belaja dulu..haha. buat kawan2 yang terbaca entry nie, kOrang jangan bOsan okey.haha.aku tak peduli.nak cerita jugak! haha

Alkisahnyer..pada suatu petang, ada seOrang petani duduk berehat di bawah sebatang pOkok cermai. sambil ditOngkatnya kaki, dia melihat ke kiri dan ke kanan..ke depan dan ke belakang.. ke atas..terasa sejuk matanya memandang kawasan ladang..

"Nyaman sungguh ladang tembikai ni, udaranya pOn segar. serOnok aku melihat buah2 tembikai membesar sehat di atas batasnya" 

sambung petani tu lagi:

"Haku pelik lah. kenapa pOkok tembikai tu kecil tapi buahnya besar??? pOhon cermai yang haku duduk di bawahnya ini besar dan rendang tapi buah2nya pula kecil sahaja???  tak adil..tak adil "

tetiba...

"Tup!"  sebiji buah cermai jatuh tepat terkena hidung si petani

"Adeh!"  jerit si petani tu

di pegangnya buah cermai yang jatuh tadi..lantas dibelek2 dengan jari

"Nasib baik buah cermai yang jatuh. kalau buah tembikai yang jatuh tadi.... subhanallah.. Tuhan Sang Pencipta. sesunguhnya Allah maha adil.. setiap kejadian itu ada purpOsenya. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. ampunkan aku ya Allah kerana berburuk sangka terhadap kejadianMu"

-end-






pssssttt....ekau fikirlah apa mOral cerita eden ni (^_^)"


Tag : ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO