Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

It's jodoh's matter | Bagi Jaja Hari Ini Bukanlah "Wordless Wednesday"

on Wednesday, May 23, 2012



Bismillahirrahmanirrahim


Amboi jaja..tajuk entry kau panjang kemain. maklum lahh..dah lama tak menaip.tajuk punyalah panjang yer


Jaja malas nak bebel pepanjang ekceli.. tapi ada sesuatu yang patut diluahkan, kerana di sini saja port yang difikirkan sesuai untuk ditujukan isinya kepada orang yang berkenaan.


awal kalam.. dengan rendah hati.. mohon ribuan kemaafan kepada yang berkenaan. tolong maafkan.. nah..di sini segalanya akan diperjelaskan..kalau ditaipkan dengan teks pesanan ringkas ntah bila akan dihantar. type sedikit, delete segala hurufnya, type sikit lagi, backspace juga. sampai ke sudah sms tu tak jadi dihantar :|


begini, selalu dengar jodoh pertemuan ditangan Tuhan, seorang yang sudah lama bercinta sakan dan berjanji untuk untuk berkahwin tapi mereka gagal berkahwin dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. boleh jadi juga seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke akhir hayat juga dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. 


Sebab tu jaja percaya dengan hasil istikharah kerana tempoh sebelumnya ada rasa bimbang dan ragu dengan pilihan jodoh. bukanlah bermaksud tidak berusaha dan menunggu sahaja jodoh tu datang, tapi jaja suka blurr dan tak fikir sangat pasal jodoh selepas patah hati beberapa tahun dulu.. bajet nak pikir pasal kahwin umur 29-30.


konon konon fikir tak mahu gelojoh dan fokus dulu dengan kerja.  tapi macam - macam hal yang berlaku. ada saja yang menggigit perasaan. risau juga sebenarnya..risau dikatakan mengejar kepentingan perut dari kebahagiaan hidup dengan berumahtangga.


sebelum bertunang lagi sudah mulakan istikharah, sampai ke malam hari pertunangan dan sampai ke hari ini masih terus mohon pilihan yang tepat dan yang tertulis jodohnya. tak pernah pula pinta yang hensem rupanya, molek janggutnya, tegap bandannya, cukuplah yang boleh membahagiakan hati dan sojuk mato eden nengok aihh.. adalah ciri-ciri yang sudah dikategorikan ustaz azhar idrus. it's just fine.


cuma kejap-kejap, timbul curiga dengan hati & perasaan sendiri. soalan seperti "ehh betul ke jodoh aku dah sampai ni???" "ish..kenapa aku asyik teringatkan si fulan ni saja???" "Allah..kenapa si fulan nie selalu aku fikirkan.. " sampai tak larat dan kadang kadang merembes juga ayor mato nie ha... so bad :'(


itu kerja syaiton. ya syaiton


syaiton memang sengaja memporak perandakan..


setiap saat doa dipanjatkan, mohon hati dikuatkan.. mohon ketenangan ditenggelamkan dalam dalam.. 


pusing pusing dengan fikiran berterabur, jiwa bercelaru akhirnya titik positif dekat dengan si encik tunang.. susah payah pikior nangis-nangis bagai, jawapan positif juga berpihak kepada si encik tunang..mohon yang berkenaan faham akan keadaan  ini..faham atas keputusan yang telah diuarkan.. 


sekali lagi, tolong maafkan si empunya hati kecil nie.. :'(


 "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku".


Terima kasih kerana membaca 
harap yang berkenaan baca sebelum entry ini di'delete'

Tag : , , ,

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

on Wednesday, March 28, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم



1. Bersihkan diri sebelum tidur.
gambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,

Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.

Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/
Tag : , , ,

Tips| Bagaimana Jika Pasangan Anda Gemuk

on Sunday, March 11, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone

Ahad yang damai. aku tenang. pagi-pagi lagi sudah siap menyental bilik air. tadi, sambil menyental lumut yang tak berapa hijau di lantai, menjejeh peluh..aku kesat dengan baju..wahh boleh kurus aku kalau begini saban hari. getus hati kecil jaja.peh pehh.. :)

aku selalu sibuk nak pastikan badan kurus, solid, ramping dan tetap maintain. so far tak dapat la nak kurus sangat kan..makan sungguh berselera..semua ditelan..kikiki kita nie sibuk-sibuk nak kurus..kalau dapat suami gemuk nanti macam mana???? wahahaha.. jap jap nak bayangkan.. :p

anak gemuk TIPS UNTUK LELAKI GEMUK PIKAT PEREMPUAN

bagi jaja lah..kalau si dia gemuk..tak apa..'gemuk' does NOT a matter.. sebab apa, sebab paling jelas sekali, manusia tak pernah sempurna..tiada pon yang sempurna..rite??

kalau si dia gemuk..tak apa..usah peduli sangat..yang penting dia menjaga penampilan, kebersihan dan bau badan. smart je jaja tengok :) pandai pandailah encik abang sekalian menjaga kekemasan diri walaupun badan berisi..

kalau si dia gemuk..tak apa..yang penting kita selesa bersamanya. selesa berborak.. berkongsi cerita.. berkongsi masalah.. pssstt.. perempuan ni senang je nak buat selesa..Elakkan daripada melakukan perkara yang tidak disukainya dan lakukan apa yang diinginkan olehnya. ekeke..mcm kena control pulak!

kalau si dia gemuk..tak apa..kerana ramai wanita tak memandang paras rupa hatta fizikal seseorang tu..yang penting si dia ikhlas sehidup semati dengan kita.. definisi ikhlas yang jaja maksudkan, si dia langsung tak mengharapkan apa-apa balasan dari kita jauh sekali ada udang di sebalik batu! biasanya kan.. wanita akan mudah tertawan jika ada lelaki yang sudi membantunya seikhlas hati. no offence. bantulah mana yang kamu mampu yer :)

so tips takde..kesimpulannya kalau pasangan anda gemok, terima laa seadanya..ekeke




pssstt..kadang-kadang lelaki gemuk ni romantik tau! errr.. :p




Tag : , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO