Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Bayi dua minggu mati dipijak bapa

on Saturday, April 14, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah..astaghfirullah..sebak aku baca berita ni. tak pasal pasal anak jadi mangsa.. nampak sangat masyarakat kita sekarang masih kurang kesedaran rohani untuk menghargai suatu kelahiran..Allah..kesian anak dia! tak kesah la india ka..cina ka..iban ka..anak tetap darah daging mereka.. memang fitrah manusia yang lelaki lebih kuat dari wanita dan kanak-kanak..sebab tu depa wajib dilindungi.. binatang pon tahu sayang anak oihhh...so bad!

Bayi dua minggu mati dipijak bapa

 AHLI keluarga mendukung mayat bayi di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

IPOH: Seorang bayi lelaki yang baru berusia dua minggu meninggal dunia dipercayai selepas dipijak bapanya sendiri yang naik berang selepas bergaduh dengan isteri dan iparnya di rumahnya di Taman Bernam Jaya, berdekatan Tanjung Malim, awal pagi kelmarin.


Sumber berkata, sebelum kejadian itu suspek berusia 40-an dan bekerja dengan syarikat mengumpul barang lusuh dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 30-an dan tindakannya ditegur adik iparnya.

“Teguran itu menyebabkan suspek bertambah berang hingga berlaku pergaduhan.


“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian dikatakan mencapai parang lalu menyerang iparnya yang berusia 32 tahun.


“Selepas itu, suspek dikatakan memijak pula bayi lelakinya hingga menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, bayi berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat. 

Katanya, salah seorang keluarga terdekat suspek kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru.



Difahamkan, empat ahli keluarga bayi, iaitu suspek dan beberapa ahli keluarganya ditahan polis untuk disoal siasat.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi berkata, siasatan kes bunuh itu dilakukan polis Selangor berikutan kejadian dilaporkan di Balai Polis Kuala Kubu Baru.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.



Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kerana memukul suspek ketika pergaduhan dalam keluarga berkenaan.


Tag : , ,

Assignment #1: siapa zaza

on Saturday, March 3, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum and hye everyone

Selaku Ketua Darjah Rasmi Geng Blogger Sengal, jaja ada esaimen:membuat entry mengenai blogger dari team GBS. meh kenal-kenal meh.. mempersembahkan pasangan blogger yang telah di'appoint'kan oleh Tok Ketua

memperkenalkannnn..


tadaaaa!!~~ 




heh.comey kan.. :)

blog cik zaza nie pon comey..eheh 

jom terjah!


Oleh kerana jaja sibuk meyapu kawasan sekolah serta mengelap segala permukaan yang ada, jaja tak sempat nak interbiu blogger cute ini. hehe

walaubagaimanapun, jaja sempat skodeng beberapa kesukaan beliau

antaranya..

k u c i n g !
nama si cantik kucing zaza ini adalah Is. 

lain2..zaza juga minat dengan kraf kain felt :) 

dia berangan nak buka kedai sendiri.. :)


cer tengok hasilnya..
sweetnya.. :)
ohhsemm
kalau jaja lah yang buat kraf felting nie..kalau tak tercucuk jarum, confirm tergeliat jari. kikiki

ok done! 
zzzZZzz

psstt...Tok.. bagi la A+
backlink kt tok double ni. kikiki 





Tag : , , , , , , , , ,

Senyum

on Wednesday, February 1, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..



سـبـכـان مـن جَـعـلَ الإبـتـسـامـﮧ عَـمـلُ نُـؤجَـر عَلـيـﮧ فـے ديـنـنـا



Maha Suci Allah yang menjadikan senyuman itu satu amalan yang diberikan pahala


dengannya, yang ada dalam agama kita


jadi, jangan lupa untuk senyum!
^__^


Tag : , , , , , , , , , , ,

Kelar Perut Bayi Dalam Asrama

on Tuesday, October 18, 2011




BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter. -aku dah marah sgt ni. menggigil2 dah jari tahan marah. berita selanjutnya di SINI
Inilah yang terjadi bila otak berada di tapak kaki. sengal! manusia sekarang semakin hilang pertimbangan.. kerana apa, kerana hati itu semakin menebal titik-titik hitam noda dan dosa. bermula dengan dosa-dosa kecil, acapkali menjadi wadah biasa kehidupan. bermula menjadi permainan nakal yang menyeronokkan, rasukan syaiton kini tidak lagi kebal.  kerana apa, kerana semakin jauh dengan Tuhan, malas mengaji, solat diabaikan. aku bukan ustazah yang hebat mahu berceramah pasal agama, tapi aku punya suara bila mana jika tidak diluahkan, hatiku akan bernanah, bengkak dan lama2 akan meletop. hati yang molek, merah, segar, hidup setiap helanya kerana Allah, akan sentiasa sujud dan takut akan azabNYA kelak. apa kau tahu pedihnya azab sehingga engkau betul-betul dapat merasainya?? atau kau mahu merasa dulu baru mungkin kau kembali beramal soleh dan sentiasa berbuat kebaikan?? sengal. aku pon sengal. kerana aku tak dapat menahan marahku.kerana aku menjadi marah oleh nafsuku. oleh amarahku. Allah, ampunkan dosa-dosaku. ampunkan dosa-dosa kami..ampunkan dosa ibu bapa kami. ampunkan dosa guru-guru kami ya Allah... sorry. aku membebel. jangan baca kalau kau tak suka. emo sangat2 sekarang ni.sengal!
Tag : , , , , , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO