BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter. -aku dah marah sgt ni. menggigil2 dah jari tahan marah. berita selanjutnya di SINI
Inilah yang terjadi bila otak berada di tapak kaki. sengal! manusia sekarang semakin hilang pertimbangan.. kerana apa, kerana hati itu semakin menebal titik-titik hitam noda dan dosa. bermula dengan dosa-dosa kecil, acapkali menjadi wadah biasa kehidupan. bermula menjadi permainan nakal yang menyeronokkan, rasukan syaiton kini tidak lagi kebal. kerana apa, kerana semakin jauh dengan Tuhan, malas mengaji, solat diabaikan. aku bukan ustazah yang hebat mahu berceramah pasal agama, tapi aku punya suara bila mana jika tidak diluahkan, hatiku akan bernanah, bengkak dan lama2 akan meletop. hati yang molek, merah, segar, hidup setiap helanya kerana Allah, akan sentiasa sujud dan takut akan azabNYA kelak. apa kau tahu pedihnya azab sehingga engkau betul-betul dapat merasainya?? atau kau mahu merasa dulu baru mungkin kau kembali beramal soleh dan sentiasa berbuat kebaikan?? sengal. aku pon sengal. kerana aku tak dapat menahan marahku.kerana aku menjadi marah oleh nafsuku. oleh amarahku. Allah, ampunkan dosa-dosaku. ampunkan dosa-dosa kami..ampunkan dosa ibu bapa kami. ampunkan dosa guru-guru kami ya Allah... sorry. aku membebel. jangan baca kalau kau tak suka. emo sangat2 sekarang ni.sengal!


