Bismillah..
Aku bukan ustazah bahyah. neither ustazah masyitah nor those ustazah ustazah with highest level of islamic studies and deep of iman.
di sini, jaja perlu untuk menulis sedikit. semoga mendapat pencerahan dari kawan kawan sekalian untuk orang yang jahil seperti jaja..
ya Allah..ampunkan dosa dosaku..dosa dosa kedua ibu bapaku.. dosa dosa suamiku.. dosa dosa guru guruku.. dosa dosa kawan kawanku ya Allah...
******
sebenarnya jaja bengang, bengang dengan satu kes perkahwinan. hukum Allah diambil ringan sebab cinta.
kes di mana seorang perempuan yang didesak dengan masalah hubungan dilarang orang tua, menurut saja kehendak hati asalkan dapat bersama insan tersayang. kononnya berkahwin atas dasar cinta kepada Allah, maka sanggup dinikahi dengan mengikut mazhab hanafi yang cuma bersyaratkan 3 rukun nikah ; pengantin perempuan, pengantin lelaki dan mahar.
situasinya;
1. pengantin perempuan bercinta sakan dengan pengantin lelaki yang mana seorang ustaz di sebuah ipta.
2. pengantin lelaki seorang yang bukan bujang.
3. pengantin perempuan merasakan pengantin lelaki adalah yang terbaik buat dirinya
4. ibu pengantin perempuan melarang perhubungan sebab pengantin lelaki sudah berkahwin
5. kedua dua pengantin terdesak untuk bernikah atas alasan untuk mengelakkan dosa dan maksiat
6. pengantin lelaki yang menganjurkan pernikahan mengikut mazhab hanafi
semasa mendengar permasalahan ini, jaja cuba bersabar.. bertenang sebaik mungkin (lagipun sedang memandu)
maklumlah..kuat mana emosi perempuan mcm jaja nie..semakin lama mendengar cerita kebahagiaannya, semakin tinggi tahap meluat jaja. (hipotesis jenis apa i pon xtahu)
akhirnya meletup juga amarah jaja..konon konon nak bagi cadangan dan berbincang dengan baik, tapi keadaan berubah menjadi tegang bila jaja mengaitkan isu redho mak ayah.. air mata jaja laju mengalir. bercakap sambil menangis. menangis sewaktu memandu memang bahaya, tak nampak jalan! Allah... rasanya dalam hati nie mcm dihiris hiris!
"aku tak senang mendengar kebahagiaan kau"
back to the case
pernikahan mengikut mazhab hanafi, adakah sah??? jawapannya..jaja juga tak pasti. tak pasti sebab jaja tak tahu. jaja tak pernah belajar bab fiqhul munakahat secara mendalam.
apa yang jaja tahu..sebaiknya sebelum melaksanakan sesuatu diluar norma.. kaji dahulu kesahihannya.. kebenarannya mengikut Al Quran dan Sunnah.. bagaimana dengan pendapat ijmak ulamak.. telusuri undang undang negara dengan baik.. dapatkan maklumat maklumat lain dari jabatan agama ke ape ke..
jangan main redah aje!
sepatutnya si perempuan jangan mudah menerima.. kalau nak memulakan sesuatu yang baik, haruslah menggunakan jalan yang baik. bukan sewenang wenangnya memudahkan hukum untuk menyelesaikan masalah.
apa yang jaja nampak, masalah pengantin perempuan cuma satu iaitu ibunya yang melarang perkahwinan dengan orang yang sudah berkahwin.
hello...
ibu bukan wali awak. wali awak adalah ayah kandung awak. malah wali mujbir!
dengan pengalaman ilmu yang tak seberapa nie, jaja berpendapat mungkin pernikahan yang dijalankan mengikut mazhab hanafi adalah benar, tapi awak harus kaji dan faham secara menyeluruh, bukan sengaja mempermudahkan hukum Allah dengan mengetepikan hak dan kuasa wali mujbir awak yang masih hidup.
banyak masalah lain akan timbul nanti.. setiap perkara berkaitan bakal menjadi sangat rumit
awak kata, pernikahan dengan mazhab hanafi cuma sementara, kemudian awak akan bernikah mengikut prosedur selepas berjaya memujuk ibu awak menerima perhubungan tu.. awak ingat ibu awak akan terima dengan apa yang awak dah lakukan?? i think it would be worse..
eh ada pulak kawin "sementara sementara" ek..
kalau berlaku berlaku persetubuhan dan awak mengandungkan anak dari perhubungan tu sebelum sempat awak bernikah mengikut akta undang-undang nikah negara bergariskan syarak dan ijmak ulamak.. bagaimana??
katalah pernikahan awak tu sah walaupun tidak didaftarkan, bagaimana dengan status/taraf perkahwinan untuk urusan urusan rasmi?? bagaimana pula kalau awak bercerai, adakah dengan semudahnya suami awak menceraikan awak?? Allahi...
fikirkanlah semula...
fikirkan wajah redup ibu dan ayah awak.. sebagai kawan, jaja juga tak sangka dan kecewa yang amat. apatah lagi ibu dan ayah awak.. dari kecil sampai cantik macam sekarang awak dibela, cukup makan dan pakai, cukup kasih dan sayang. sebab cinta awak sanggup membelakangi mereka. masa susah, ibu ayah awak yang tua itulah yang awak cari.. masa sakit, ibu ayah awak yang cerewet itulah yang menjaga dan merawat awak..
ingat kawan,
redhollahu redhol walidain.. Redho Allah itu datang selepas ibu bapa meredhokannya... kalau sekarang awak boleh bahagia dengan suami kesayangan awak kononnya..masa akan datang kita tak tahu bagaimana hidup kita tanpa restu dan redho orang tua..
fikirkan pula masa depan awak, anak anak yang bakal lahir dari pernikahan awak tu.. tidakkah porak peranda dengan pernikahan yang ntah boleh atau tidak jika didaftarkan??? kalau tidak berjaya didaftarkan bagaimana dengan pendaftaran kelahiran anak anak?? persekolahan anak anak malah jalan hidup mereka yang dilahirkan bersama keraguan taraf perkahwinan ibu ayah mereka?? Allahu Robbi....
fikirkan juga alam barzakh yang sememangnya akan awak hadapi..alam akhirat yang bakal awak terima balas baik atau buruknya.. Allahu Akbar...
sebak, mintak diri dulu. assalamualaikum