Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

For all those wishes Hari Guru 2013, terima kasih :)

on Thursday, May 16, 2013

Bismillah..

16th Mei 2013

okay. for all those warm wishes of appreciation. serius jaja rasa dihargai

tengs tau :)

sepanjang lebih kurang 3 tahun berkhidmat, macam2 juga jaja lalui..

tapi, atas semangat didik mendidiki anak bangsa, jaja kuat-kuatkan jati diri

kamu semua maklum bukan, kalau di sekolah, kerjaya guru nie bukan mengajar sahaja, dialah cleaner, dialah jururawat, dialah kerani

alhamdulillah, setakat harini jaja enjoy bekerja

sekali sekala terasa juga bebannya, tapi rakan rakan guru dan bos jaja sangat-sangat baik, supportive dan ceria. demikian, tekanan menjadi reda

alhamdulillah :)

bila cerita mengenai kerenah murid, sampai ke subuh esok hari pon belum tentu habis :p

macam-macam hal

alhamdulillah, hal yang macam-macam itu lah mematangkan kami

berkhidmat di sekolah peringkat rendah cabarannya tak sama mengajar sang dewasa..

kena betul betul sabar.. :)

dan akhirnya kami belajar untuk mengajar. belajar yang tiada sudahnya.

masa ini, barulah nampak kurangnya dan lemahnya sahsiah seseoang guru, mana yang positif sedar, mesti lekas-lekas dia perbaiki. terima kasih sekalian murid!

terima kasih adik-adik..ehh anak anak murid perasan muda lah ekau jaja :p




it's thusrbay

haha. sabar je la

alahai...semoga kami terus tabah! doakan ya :)


sempena sambutan hari guru harini, jaja bermurah hati memberi 2 biji bintang tanpa sebab. saja! hehe


pssstt..pagi pagi suami text wish hari guru di LINE, terus segar bugar sepanjang hari. ekeke gatai ^__^

Tag : , , ,

"Ini masalah mak saya.."

on Friday, November 11, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone. 


Sudah dua hari program sukantara di sekolah berjalan dengan jayanya. symptom belang di sekitar wajah dan pergelangan tangan semakin jelas. okay, aku semakin hitam. melamin kulit memekat setiap kali aku berdiri di bawah terik matahari..cuaca memang cerah dua tiga hari ini..lagi besh bila ada angin kuat menampar-nampar pipi. pheuww.. syok juga! memang elok bebenor bagi sesiapa yang berhajat untuk membuat majlis :)




sedang aku berseronok memerhati dan duduk menghadap keriuhan anak-anak malaysia, merehat-rehatkan segala muscles dan kaki yang kian melenguh, ada seorang murid datang mendekat. katanya:


"cikgu, kantin belum bukak ekk"


"belum lagik" jawab cikgu cool


"cikgu, panas-panas gini haus kan.."


"ghi ler minum.."


"tapi saya tak bawa air"


"haaa..masalah siapa tu.." *aku expect dia akan jawab itu masalah dia..tapi..tahu tak apa jawapan dia..


"ini masalah mak saya!! ngehh ngehh..." sempat dia menyengih sekupang dua


"aaaaaa...." ternganga cikgu selepas terkezut tak sangka budak darjah satu boleh jawab mcm nie..bijak..bijak. cepat-cepat cikgu pass botol air pink kesayangannya. end






psstt..well i enjoy being myself.as a teacher. this's old good day im going to miss in the years ahead. 

Tag : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Double expressions

on Monday, May 16, 2011


Salam and hye everyone..

kenapa double ekspresi?? hoho~ double sebab dalam sebulan ada 2 hari Istimewa , so it would be twice happy right? (^_^)"

Alhamdulillah. terima kasih ya Allah atas emak yang Kau beri..


bagi aku setiap hari adalah HARI IBU. irOninya ibu adalah segalanya. cuma sementara hari istimewa yang direka sempena meraikan ibu2 kita..tidak salah kiranya kita sama2 menyambut hari ibu. banyak hikmah, antarany: bagi yang jarang call ibu mereka, dapatlah dia wish bila tiba hari ibu, bagi yang jarang2 pulang menjenguk ibunya di kampung, dapaTlah dia pulang untuk makan besarrrr. it's just nice. cuma..lebih bagus jika dia dapat selalu membuat panggilan, bertanya khabar malah lebih dan lebih bagus jika dapat meluangkan masa bersama Orang yang pernah bersusah payah melahirkan dia. 

mungkin sebab aku masih bergelar anak dara, bertugas dalam daerah kelahiran, dapatlah aku tinggal di rumah bersama emak..aku sangat bertuah. ya sangat bertuah. sebab banyak perkara/moments yang dapat aku kOngsikan bersama emak. kami makan bersama, sOlat bersama, menOnton cerekarama bersama, aerobic bersama, membaca majalah bersama, ke pasar malam bersama, berkebun bersama, kadang2 tido bersama. heh. jangan jeles okeh :p

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu buat mak..Hajah marahamah bt mObnee. mak sangat tabah selepas perginya Our super duper herO, my abah 3 years past. relax jer mak aku ni. semua benda dia buat sensOrang. tahniah mak atas tabah dan sabar yang emak tunjukkan. semoga sikap itu menurun kat anak die nie..hOpefully~ 

namun, tiada yang istimewa aku laksanakan pada hari itu, sekadar sekeping mOist choch cake mengisi keraian. aku lihat mak membalun enak kek yang aku bakar. heheh. sekejap-sekejap mak galak bercerita itu dan ini. aku happy..ya gembira..kerana melihat mak gembira :) mmuah. love u mak. sangat bangga kerana badan mOntel ini pernah hidup dalam rahimnu. Allah maha pemberi rahmat..

kadang2 aku tak faham kenapa ada sesetengah anak berkata begini:

"mak(tanda seru) mana baju polka dOt Pah dengan seluar yenki ala2 salOma salim yang mak basuhkan tuuuu. lenkali kalo dah basuh gantunglah kat gerobok Pah(tanda seru 2x)"

"kejap lah makkkk. tak nampak ke pah tengah cari kelimumur abang ghani nieh.hish"

"mak, nah. barang2 pah baru beli ni, masukkan lah dalam ice-box. pasni kalo nak masak janganlah sambal tumis petai aje. naik hamis ketiak pah ni.huh "

"mak, mirul tengah tido. Pah nak keluar kejap dengan abang ghani. kat ice-box ada susu cap gantung Pah untuk mirul, nanti mirul dah bangun, mak pahamkan kena buat apa.. "

kalau beginilah yang anak2 katakan kepada ibunya..pokk pok pokkk banyak2 belakang kau. kurang asam punya anak. tak sedar diri. masa kecik mak kau yang jaga kau. ditimang-timang tinggi semata untuk melihat senyuman kau yang masih gatal gusi. diajak main cak cakk semata untuk melihat kau ketawa kegirangan. dibongkOk-bongkok badannya semata untuk mengajar kau bertatih.

haih. xtau nak cakap apa..cuma cikgu bOleh pesan: bersikap baiklah kepada Orang tuamu sebagaimana kamu mahu diperlakukan ketika tua nanti Oleh anak-anakmu, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu..kerana redhO Allah bersama redhO mereka.. 

*******

next is abOut to express of how glad i am being a teacher. :) saya bangga menjadi guru. bangga sebab  walaupun sedikit, aku mampu memberi. mengajar mengenal..menyebut.. ah nikmat sungguh rasanya.  kalau aku punya wang sejuta sekalipun, belum tentu sama rasa nikmatnya. 

Sebab, bila usai mengajar di ruang bilik darjah, ada satu rasa kepuasan yang susah aku nak 'clarify'kan dengan penulisan. kalo dilihat kepada ekspresi wajahku, bila merasa puas, Otak dirasa ringan, dada dirasa lapang, perasaan yang lega mempamerkan senyuman meleret sampai ke telinga. hehe 

walaupun masih baru menjadi warga sekOlah, namun hadiah yang aku dapat boleh tahan..penuh seat kereta. kehkeh. macam2 laa hadiah budak2 bagi. paling banyak pen, tupperware, tOwels dan mugs..typical gift  things :) but it's Okey lah..hadiah yang banyak menunjukka aku glamOur wujud di hati mereka bukan..



well, 

SELAMAT HARI GURU

yang pertama sekali kepada emak yang cantik, tahniah kerana menjadi guru sedari aku kecil hingga mOntel sebegini, seterusnya kepada cikgu Tadika, cikgu2 sekOlah rendah, sekOlah menengah, lectures, tutOr, cikgu abang2 dan cikgu kakak2 di luar sana, cikgu2 SK Belokok, dan semua yang bergelar cikgu. 

(terkenang diri sendiri pada umur begini..kecik2 menempek kt cikgu..tanya itu dan ini.keh keh)

terima kasih atas segala tunjuk ajar directly atau indirectly mengajar diri ini..terima kasih & terima kasih
terima kasih cikgu (tanda seru)

Terima Kasih ya Allah atas guru2 yang Kau kurniakan..


(dh nak balik dari sekolah: tundung dh senget, nametag pOn senget.kehkeh. pOsing sekejap dgn razie~)



Tag : , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO