Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts
Home > Posts filed under Nasional
Keburukan menahan kencing terlalu lama
By Cikgu Jaja™ on Monday, July 23, 2012 at Monday, July 23, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Tag :
Health,
Informasi,
Keburukan menahan kencing terlalu lama,
Kesihatan,
Nasional
Keburukan menahan kencing terlalu lama
SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
Program Qari Junior Tv3 Ajak Anak Muda Menjana Aspirasi Diri Menerusi Al-Quran
By Cikgu Jaja™ at Monday, July 23, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Program Qari Junior Tv3 Ajak Anak Muda Menjana Aspirasi Diri Menerusi Al-Quran
Bulan Ramadan sentiasa dinantikan oleh seluruh umat beragama Islam kerana ganjaran dan syafaatnya yang begitu agung. Malah bulan Ramadan juga memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri dengan penciptanya. Alangkah indahnya jika ayat suci Al-Quran sentiasa bermain di bibir. Bersempena menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, buat julung kalinya TV3 akan muncul dengan program realiti terbaru iaitu Qari Junior yang berkonsepkan keagamaan untuk kanak-kanak.
Qari Junior yang bersiaran selama 30 minit, menampilkan Ustaz Zhafran Zainuldin sebagai pengacara. Program ini akan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Menariknya program 20 episod ini, ia bukan sahaja menyaksikan pertandingan di antara peserta semata-mata malah program ini mengajak penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Sesi ujibakat bakat yang di adakan di Sri Pentas TV3, bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada 28 dan 29 April 2012 yang lalu, telah menerima penyertaan hampir 100 orang peserta dari kalangan kanak-kanak dari serata Malaysia. Namun, hanya 12 peserta yang layak dan berbakat dipilih bertanding di dalam program Qari Junior. Di setiap penghujung episod program ini, terdapatnya sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang akan layak mara ke pusingan akhir.
Bagi pusingan akhir Qari Junior, menyaksikan persaingan di antara peserta Abdul Hadi bin Haris (8 Tahun), Syakirah binti Shahfuddin (10 Tahun), Fatimah binti Ahmad Zahid (11 Tahun) dan Nur Najwa Madihah binti Abdul Jalil (9 Tahun). Cabaran akan diberikan kepada para peserta di mana mereka dikehendaki menghafaz surah yang diberikan seperti surah Al-Insan, surah Yaasin, dan Surah As-Sajdah, serta surah tambahan seperti surah As-Saff, surah Al-Waqiah, surah Al-Mulk, dan surah Ar-Rahman. Markah para peserta akan diambil kira dari sudut Hafazan, Tajwid, Fasohah beserta Suara dan Lagu.
Kemerduan alunan ayat suci Al-Quran yang dipersembahkan oleh setiap peserta akan diadili oleh juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman. Sementara itu, turut memeriahkan kemuncak program akhir ini adalah Pengurus Besar Majalah & Dokumentari Primeworks Studios, Ahmad Kamaludin Zabai’ai, Ketua Penerbitan Majalah & Dokumentari Primeworks Studios, Nuraesah Malik dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri’.
Menurut Penerbit program Qari Junior, Shukri Haji Ibrahim berkata, “Jika sebelum ini penonton sering disajikan dengan program realiti berbentuk hiburan, kini bersempena menyambut kehadiran bulan Ramadan, penonton dapat menyaksikan kebolehan kanak-kanak yang berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk mengasah dan mengembangkan bakat mereka dalam menghafaz ayat suci Al-Quran serta mendekatkan diri dengan Al-Quran bukan hanya di bulan puasa semata-mata malah setiap masa”.
“Kami yakin bakat yang ditonjolkan oleh peserta dan konsep program yang dibawa menerusi Qari Junior mampu memberi suntikan positif kepada anak muda masa kini mengenai bidang keagamaan”, tambah Shukri Haji Ibrahim lagi.
Juara Qari Junior akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel, manakala saguhati akan menerima RM2000 setiap seorang beserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel.
Jangan ketinggalan untuk menonton program yang diterajui oleh Shukri Haji Ibrahim selaku Penerbit, Ruzmi Kamarudin sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh Primeworks Studios yang akan bermula pada 23 Julai 2012, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi di TV3. Penonton boleh layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Juara (Fatimah binti Ahmad Zahid)
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri’)
Hos bersama finalis Qari Junior
Juri Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman
SUMBER
psssssttt..sejuk hati kalau anak anak nanti huffaz begini.. :) insyaAllah ibu ayah kena usaha dari sebelum bernikah!
psssssttt..sejuk hati kalau anak anak nanti huffaz begini.. :) insyaAllah ibu ayah kena usaha dari sebelum bernikah!
PROMO | Aie Crystal (blogshop)
By Cikgu Jaja™ on Wednesday, July 18, 2012 at Wednesday, July 18, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Tag :
Aie Crystal,
kristal,
Nasional,
Online Bisnes
(klik printscreen untuk shopping aksesori dari crystal~ )
Anda pening memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk buah hati???
anda mahu kelihatan berseri seri dengan aksesori kristal???
Aie Crystal ada menyediakan
Aksesori dari CRYSTAL
saaaangat cantik!
kombinasi warna yang mengancam
harga juga berpatutan
kilauan kristal
mempersona, menambat mata, menawan hati
sedia menjual
BANGLE/GELANG CRYSTAL, PHONE STRAP CRYSTAL, KEY CHAIN CRYSTAL, TASBIH CRYSTAL
Dan macam-macam lagi aksesori dari kristal
untuk hiasan diri, item anda dan mungkin boleh dijadikan cenderamata
dan pasti meriah bersama menyambut Hari Lebaran soon.. :)
hubungi terus:
aie_artistic5 (yahoo messenger)
artistic7 (skype)
aie al-khatat (facebook)
PROMO | Deeba Albaj Collection
By Cikgu Jaja™ at Wednesday, July 18, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Tag :
Nasional,
Online Bisnes,
promo,
PROMO | Deeba Albaj Collection
(klik printcsreen untuk shopping beg. yeay)
Anda mahukan beg yang cantik cantik???
Anda mahu beg yang bagus???
Anda mahu beg dengan design terkini???
Anda mahu beg dengan harga berpatutan???
Anda mahu bergaya dengan beg baru di Hari Raya bukan..
tadaaaa...
Deeba Albaj Collection menawarkan pelbagai koleksi beg yang anda inginkan..
Hand Bag, Purse, Sling Bag, Pouch
semua ada :)
jenama apa yang anda mahukan??
just name it!
we do have..
CHANEL, LOUIS VUITTON, HERMES, COACH, SALVATORE FERRAGAMO, JIMMY CHOO
dan baaanyak lagi!!
hubungi terus
012 6688 540
dan dapatkan the hot bags of the eve..yay!
ada promotion sempena menyambut Raya nanti~
sms 012 6688 540
untuk ketahui Car Booth Sale yang di buka
mungkin berhampiran dengan kawasan rumah anda
jom beli beg cantik, berjenama dengan kualiti yang bagus!
the quality of 3A leather bag's gred
aiyayaya...it's really cool okay.. :)
Terima Kasih kerana membaca promosi ini
Uncle Seekers, teman wanita direman 4 hari
By Cikgu Jaja™ on Thursday, July 5, 2012 at Thursday, July 05, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
Uncle Seekers, teman wanita direman 4 hari
Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas susulan penahanan lelaki tersebut di plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.
Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas pengendali blog uncleseekers.blogspot.com itu.
Perintah tahanan reman juga dikeluarkan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun yang turut ditahan dalam operasi tersebut, laporBernama.
Menurut polis, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak ketika dihubungi Malaysiakini berkata pasangan tersebut ditahan pada kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Al-Attas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor, katanya.
Tiga puluh individu pada Ahad lalu dilaporkan menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas pengamal paranormal itu supaya berhubung penyiaran tulisan kontroversi dalam blog tersebut.
Kumpulan itu mendakwa, tulisan dalam blog berkenaan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Tunku Mahkota Johor, Sultan Johor serta penjawat awam kerajaan Johor.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.
Statistik di blog berkenaan menunjukkan ia telah menerbitkan tulisan sejak Julai 2008 dan kini menerima kunjungan hampir 10 juta pembaca.
Ia antara lainnya menerbitkan 64 bahagian tulisan berhubung isu yang didakwa melibatkan keluarga Istana negeri tersebut.
Pada Selasa lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya.
"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya diTwitter.
MALAYSIA KINI
Syarikat Perjudian Malaysia No. 1 Dalam Dunia!
By Cikgu Jaja™ at Thursday, July 05, 2012
Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA. Sedarilah tiada satu agama di dunia ini yang menghalalkan judi untuk penganutnya. Hanya penjahat dan penyagak sahaja yang merestuinya. Bilakah akan tersedar? Mungkin sedikit masa lagi, akan kelihatan dua syarikat Malaysia dalam list tersebut, hasil lesen judi bola Piala Dunia. – Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Top-10 casinos by number of employees
Casino de Genting is just part of the resort that calls itself the “City of Entertainment” and apparently the price for living up to that name is the employment of 13,000 workers.
This striking property features much more than gambling. Located 6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurants as well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not! Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding roller coaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex, bowling alley and a championship golf course on site.
Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.
As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casino space is filled with electronic table games, slots machine as well as table games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’s also the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slot machines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.
The two mega-casinos that call Connecticut home are the next two properties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, but that number will swell to close to the 13,000 mark this spring when the MGM Foxwoods opens on May 17.
The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the Steve Wynn-creation that is best known for the artificial lake that was built between the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegas properties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay and Caesar’s Palace.
Top-10 largest casinos by number of employees
1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500
Source: Casino City
pssssstt..kalau betul laa...iskh :/
TAHNIAH | Gambar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer
By Cikgu Jaja™ on Friday, June 29, 2012 at Friday, June 29, 2012
Bismillahirrahmanirrahim
wow..cantik.. :)
SUMBER
Tag :
Berita,
Hiburan,
Nasional,
Selebriti
Pertemuan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer yang tidak di’sengajakan ketika menunaikan umrah berakhir dengan ikatan perkahwinan hari ini di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
Kami akan cuba bawakan maklumat terkini sekitar majlis pernikahan mereka & semestinya gambar mereka berdua yang di’satukan dalam majlis ringkas tetapi serba meriah ini
Jom tengok :)
wow..cantik.. :)
SUMBER
Merisik Khabar
By Cikgu Jaja™ at Friday, June 29, 2012
Merisik Khabar (OST Hoore! Hoore!)
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu
apesal jaja nie. toksah laa tacink2..hudoh gamaknye :'(
Ibu paksa dua anak jual tubuh
By Cikgu Jaja™ on Saturday, June 23, 2012 at Saturday, June 23, 2012
Bismillahirrahnirrahim
Nabi s.a.w. awal-awal lagi sudah bercerita tentang manusia akhir zaman. Banyak perilaku dilakukan oleh mereka. Mereka tidak ada hati perut. Mereka melakukan semuanya berlawanan dengan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulnya.
Rasulullah s.a.w. bercerita di akhir zaman nanti ada manusia yang berhati syaitan. Kata Nabi s.a.w., mereka macam juga serigala ganas. Mereka tidak punya sedikit pun ada belas kasihan sesama manusia. Mereka betul-betul macam binatang buas di hutan, dimana binatang-binatang kecil yang sepatutnya dilindunginya, sebalik dibahamnya. Apa yang disebutkan oleh Rasulullah itu sudah pun terjadi sekarang. Ada golongan manusia diamanahkan, tetapi amanah itu dikhianati.
grrrrr
Tag :
Berita,
Hiburan,
Ibu paksa dua anak jual tubuh,
Nasional,
Pelacuran,
Pendidikan
Nabi s.a.w. awal-awal lagi sudah bercerita tentang manusia akhir zaman. Banyak perilaku dilakukan oleh mereka. Mereka tidak ada hati perut. Mereka melakukan semuanya berlawanan dengan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulnya.
Rasulullah s.a.w. bercerita di akhir zaman nanti ada manusia yang berhati syaitan. Kata Nabi s.a.w., mereka macam juga serigala ganas. Mereka tidak punya sedikit pun ada belas kasihan sesama manusia. Mereka betul-betul macam binatang buas di hutan, dimana binatang-binatang kecil yang sepatutnya dilindunginya, sebalik dibahamnya. Apa yang disebutkan oleh Rasulullah itu sudah pun terjadi sekarang. Ada golongan manusia diamanahkan, tetapi amanah itu dikhianati.
grrrrr
GEORGETOWN: Ibu durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk seorang wanita yang menjadikan dua anak gadisnya berusia 16 dan 17 tahun sebagai hamba seks dengan melacurkan mereka sejak dua bulan lalu dengan alasan untuk menampung kehidupan.
Perbuatan terkutuk wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila dia bersama teman lelakinya yang juga orang tengah dalam memperdagangkan tubuh dua beradik terbabit, dicekup dalam Ops Noda di sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat pemulihan akhlak kerana melakukan perkara sama, namun dia dibebaskan Disember tahun lalu.
Nyata, dia rupa-rupanya masih belum insaf dan kali ini bersekongkol dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk melacurkan dua anaknya dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi mencari pelanggan.
Harian Metro
Samsung Galaxy s3 | "Come and meet the next Galaxy"
By Cikgu Jaja™ on Tuesday, May 22, 2012 at Tuesday, May 22, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam laman Facebook rasmi Samsung USA, terbit notifkasi terbaru dengan ayat berbunyi “Come And Meet The Next Galaxy“ pasti ramai tak sabar menunggu kemunculannya di Malaysia :)
Galaxy S3 dikatakan akan dipasang dengan skrin AMOLED bersaiz 4.6 inci, membawakan Android 4 Ice Cream Sandwich, RAM 2GB, prosessor berkepantasan 2Ghz, kamera belakang dengan lensa 12 megapiksel. Harga Galaxy S3 di Malaysia kami jangka RM1,999-RM2,200
Dari blog Ammboi..info yang jaja dapat..
"Samsung Galaxy S3 mempunyai kamera belakang pintar 8 megapiksel dan kamera hadapan pula beresolusi 1.9 megapiksel. Untuk rekaan pula, model itu mempunyai bentuk ergonomik berkonsepkan alam selain lengkungan kemas yang bakal memberi keselesaan sentuhan dan genggaman di tapak tangan.
Sesuatu yang baru, melalui aplikasi S Voice, peranti berkenaan dapat mengesan maksud sesuatu arahan suara dan seterusnya memberi respons bersesuaian seperti fungsi pencarian maklumat, kawalan muzik, penghantaran mesej atau emel dan rakaman foto.
Bukan setakat itu, kehadiran aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play turut membolehkan telefon itu diintegrasi secara Wi-Fi bersama televisyen, komputer peribadi atau tablet bagi tujuan penghantaran fail. Samsung Galaxy S III dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang penghujung Mei ini dengan tawaran pilihan warna biru dan putih"
psstt..lama x hupdate..bizi ler konon.. in fact kepala serabut jadi malas dan macam xde mood nak berblog. ada masa senang jaja lebih suka tido. so bad T__T
ushar ushar blog ammboi tetiba nampak this another awesome galaxy..bersemangat la siket..heh :)
wow... bestnyerrrr..best best! best kalau ada yang letak dalam dulang hantaran :p
Soal Jawab | Salah Faham Bank Islam Dan Hukum Menggunakan Bank Konvensional
By Cikgu Jaja™ on Thursday, May 10, 2012 at Thursday, May 10, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone
بسم الله الرحمن الرحيم
Soal Jawab: Salah Faham Bank Islam Dan Hukum Menggunakan Bank Konvensional
By: Fathullah Al-Haq (Universiti Yarmouk)
Soalan:
Adakah jatuh hukum haram sekiranya terdapat bank Islam di dalam sesebuah negara, tetapi tetap menggunakan khidmat bank Konvensional walaupun kononnya tidak mengambil faedah yang diberikan oleh pihak bank.
Jawapan:
Saya masih ingat lagi mengenai perbualan saya dengan seorang jutawan ternak sewaktu cuti raya yang lepas. Ketika itu sedang menghadiri kenduri majlis kesyukuran kawan saya yang hendak sambung belajar ke luar negara. Beliau (Uncle) merupakan jutawan muda yang sangat berjaya kerana perniagaannya bukan sahaja di Malaysia, malah menjangkau di beberapa buah negara di barat. Apabila bersembang dengan beliau, terlalu banyak pengalaman dan teori perniagaan yang beliau berikan. Sungguh, saya katakan bahawa beliau adalah seorang yang sangat kritis dalam berfikir dan merancang perniagaan.
“Kenapa produk bank Islam lebih mahal daripada bank konvensional, bukan ke sistem bank Islam adalah untuk memudahkan masyarakat Islam dan membantu kebajikannya?” tanya Uncle tersebut tiba-tiba ketika sedang berbual.
Saya sebenarnya tidak tahu apa niatnya sebenar, adakah mahu provoke saya yang mengaji dalam bidang pengajian Islam atau sebaliknya. Maka saya menjawab persoalan tersebut.
“Sebenarnya bank Islam masih baru lagi menjalankan operasinya, dan uncle pun sedia maklum mengenai sejarah kewujudannya. Maka sebagai ahli perniagaan, Uncle perlu tahu bahawa produk yang hendak ditawarkan masih baru dan terikat kepada pasaran serta kemampuan semasa sesebuah badan korporat itu. Hal ini berbeza dengan bank (badan korporat) yang berunsurkan faedah(interest), mereka sudah bertapak dengan begitu lama, dan kedudukan mereka sangat kukuh kerana sudah berpuluh tahun dibangunkan, tidak banyak persaingannya sebelum ini, maka tawarannya lebih murah berbanding dengan produk Perbankan Islam. Jika kita perasan, di dalam prinsip ajaran Islam, Islam sangat adil kerana menjaga kebajikan ke dua-dua belah pihak, tidak hanya menjaga kepuasan pelanggan (customer), malah menjaga juga kebajikan pihak penjual ” saya cuba memberi gambaran awal secara keseluruhan.
“So, why ada seorang mufti ni dia cakap abaikan sahaja Perbankan Islam jika terlalu mahal” ujar beliau lagi.
Saya sangat terkejut dengan ungkapan ini sebenarnya.
“Siapakah mufti tersebut? Jika dia mengeluarkan pendapat seperti itu, sebenarnya dia sedang menyembelih syarikat korporat Islam yang telah mendapat keizinan patuh syariah daripada majlis fatwa kebangsaan” saya menjawab.
Salah Faham
Hari ini kebanyakan masyarakat salah faham mengenai sistem Perbankan Islam, mereka hanya nampak bahawa sistem Perbankan Konvensional murah dan lebih terjamin. Bukan itu sahaja, malah mereka menuduh bank Islam mengambil kesempatan ke atas orang Islam. Ini adalah persepsi yang jauh menyimpang daripada hakikat yang sebenar. Contoh yang saya boleh berikan ialah apabila seseorang membuat pembiayaan rumah mengikut sistem Islam dengan kadar 7.80% oleh pihak bank, manakala sistem konvensional hanya mengenakan pembiayaan dengan kadar 5.80% sahaja. Teknik yang tidak disedari sebenarnya, mereka tidak memahami cara kiraan yang betul, menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah mengenai sistem syariah.
Sebenarnya, sistem perbankan Islam hanya mengenakan kadar 7.80% dari tahun pertama sehingga ke tahun 30 sebagai contoh, kadar ini tidak akan berubah sehinggalah jangka masa 30 tahun tersebut. Manakala Bank Konvensional tidak menawarkan bayaran bulanan kekal dengan kadar tersebut sepanjang 30 tahun pembiayaan, bermakna ia akan berubah mengikut keadaan semasa.
Jika kita sedar tentang hakikat pinjaman perumahan atau produk selainnya yang ditawarkan oleh pihak bank konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah untuk dua tahun pertama, tetapi pada tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar keputusan BLR (Base Lending Rate) atau kadar pinjaman asas yang tidak tetap serta dicampur dengan 0.25% (sebagai contoh). Bagaimana jika % BLR melambung tinggi seperti 13% sebagaimana yang berlaku semasa krisis ekonomi. Bukankah pada waktu itu, kadar faedah (riba’) yang perlu dibayar oleh pelanggan juga sangat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam pengamalan bank yang menjalankan sistem Perbankan Islam kerana di awal kontrak lagi telah ditetapkan harga jualannya (akad), tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam bermurah hati untuk memberi rebate (ibra’) atau diskaun jika pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal (EARLY SETTLEMENT). Perlu diketahui bahawa BLR merupakan kadar yang tidak menentu dan boleh melonjak naik bergantung pada keadaan ekonomi semasa.
Ini bermakna kenyataan yang menuduh sistem Perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi kepada pelanggan adalah kenyataan yang kurang tepat dan boleh dipertikai. Malah jika di lihat pada kadar pembiayaan yang dikenakan oleh sistem Perbankan Islam untuk produk-produk pembiayaan perniagaan & pembiayaan perumahan juga membuktikan kadarnya adalah setara dengan kadar yang ditawarkan oleh sistem bank Konvensional. Selain itu juga, kos pembiayaan mempengaruhi beberapa perkara berikut seperti kadar pengurusan minimum dalam sesebuah bank Islam, prestasi dan kekuatan sesebuah organisasi yang memohon pembiayaan serta potensi dan risiko perniagaan yang diceburi.
Oleh itu, kita perlu faham bahawa konsep asas yang ada dalam Islam ialah adil, maka apa-apa transaksi yang berlaku antara dua pihak hendaklah jelas semasa kontrak (akad) yang pertama, jika kita fahami perkara ini dengan lebih jelas bahawa Islam tidak menzalimi kepada sesiapa pun sama ada pelanggan atau pun peniaga. Kalaulah kita mengambil sistem Perbankan Konvensional, sudah tentu kita akan mendapat faedah dengan kita tidak sedari, itulah yang dinamakan (riba’) yang sudah jelas pengharamannya di dalam al-Quran dan hadis nabi SAW atau pun membawa kepada kerugian jika keadaan ekonomi semasa tidak stabil, dengan ini pihak bank akan menaikkan kadar peratus bayaran kepada pelanggan tanpa sedar.
Masih tidak puas hati
Walaupun kita sudah mengetahui mengenai hakikat perjalanan sistem syariah dan konvensional. Ada juga sebahagian yang masih tidak berpuas hati lagi.
“Kami hendak bank Islam bukan hanya setara dengan bank Konvensional, malah kami hendak bank Islam jauh lebih murah berbanding sistem konvensional. Bukan ke sistem syariah membantu kebajikan masyarakat?” suara-suara yang tidak puas hati lagi kedengaran.
Situasi mudah yang saya boleh berikan ialah apabila kita menghantar anak kita ke sekolah agama swasta sebagai contoh (pilihan utama ibu bapa masa kini), maka ibu bapa diwajibkan membayar yuran sekolah yang lebih sedikit daripada sekolah biasa. Kalaulah pihak sekolah agama tidak mengambil yuran lebih daripada pihak ibu bapa, sudah tentu ia akan menjejaskan pengurusan sekolah tersebut seperti gaji guru, bil air dan elektrik, makanan serta sebagainya. Analogi mudah yang saya berikan di sini ialah mengenai pengurusan kewangan di sesebuah institusi.
Demikian jugalah pada sistem Perbankan Islam, harga yang ditawarkan mengikut kemampuan dan keperluan pasaran. Seperti saya katakan tadi, Islam amat menekankan konsep keadilan kepada ke dua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual. Bukan hanya hak pembeli sahaja yang perlu dijaga. Oleh itu saya akan membawa beberapa fakta mengenai pengurusan sesebuah institusi bank Islam seperti berikut:
- Bank-bank yang menjalankan sistem perbankan Islam adalah merupakan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar yang juga bermatlamatkan keuntungan agar organisasi dapat pergi lebih maju lagi kehadapan. Bagi mencapai sasaran itu, bank yang menjalankan sistem Perbankan Islam menawarkan khidmat kewangan menurut Islam melalui produk-produknya yang diiktiraf oleh syariah, ia bukannya badan kebajikan yang menawarkan perkhidmatan percuma.
- Bank-bank yang melaksanakan Perbankan Islam juga mempunyai pelabur-pelabur yang mengharapkan pulangan yang baik daripada hasil pelaburannya, dan ia bukannya wang subsidi yang di beri secara percuma.
- Bank-bank yang melaksanakan Perbankan Islam mempunyai para kakitangan yang perlu di bayar gaji selaras dengan nilai pasaran. Keuntungan adalah amat penting bagi menjamin kakitangan yang berkualiti agar dapat dikekalkan bagi meneruskan “bank efficiency” dan “its competitiveness”.
- Bank-bank yang melaksanakan Perbankan Islam juga perlu membayar seluruh kos operasi bangunannya dan peralatannya. Justeru, jika khidmat yang ditawarkan adalah percuma dan amat murah, bagaimana mungkin bank yang melaksanakan Perbankan Islam akan terus berkembang seperti Perbankan Konvensional yang sudah lama bertapak.
Oleh itu, umat Islam perlu sedar bahawa hakikat syarikat korporat yang berteraskan konvensional sudah terlalu lama bertapak dan sudah memakan terlalu banyak keuntungan, maka mereka lebih kuat kedudukannya berbanding dengan Perbankan Islam yang baharu sahaja bertapak. Maka menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam untuk memilih Perbankan Islam agar pengurusannya terus meningkat dan maju sejurus mengurangkan lagi kos pengurusannya jika sudah teguh dan kuat.
Perkara ini juga boleh dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan bank Negara Malaysia pada tahun 2005 yang menyebut bahawa aset ke semua bank-bank Islam di Malaysia hanya sebanyak RM 111.8 Billion, dan ianya hanya 11.6 peratus kecil daripada keseluruhan aset bank-bank di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa bank Konvensional sangat menguasai ekonomi berkali-kali ganda. Walaubagaimanapun, kita perlu bersyukur dengan kehadiran sistem-sistem Islam yang semakin banyak meresap ke dalam bank dan prestasi keuntungan bank-bank Islam ini dicatatkan meningkat dari tahun ke tahun.
Manfaat lain
Jika kita menggunakan sistem perbankan Islam, kita sebenarnya sudah membantu saudara-mara seakidah kita secara tidak langsung. Kita lihat balik hasil keuntungan daripada pelaburan pihak bank Islam bukan hanya untuk institusi mereka sahaja, malah mereka diwajibkan membayar zakat perniagaan setiap tahun, bukankah itu memajukan lagi ekonomi orang Islam secara amnya. Bukan itu sahaja, malah kebajikan lain juga telah diperuntukkan oleh pihak bank Islam seperti menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada pelajar-pelajar, sedekah kepada orang miskin, menyumbang kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan sebagainya. Bank Konvensional tidak wajib bagi mereka untuk membayar zakat, malah kebajikan lain juga tidak diperuntukkan. Jika kita menggunakan sistem Konvensional, sebenarnya kita sudah mengayakan dan menguatkan lagi institusi yang jelas keharamannya.
Jika kita perhalusi lagi, apabila pihak bank mendapat keuntungan yang baik, maka ia juga akan menghasilkan kadar pulangan yang tinggi bagi penyimpan-penyimpan di akaun bank berkenaan sebagai contoh akaun (Al-Mudharabah), sudah tentu penyimpan (pelabur) akan mendapat pulangan yang baik. Demikian juga penyimpan yang menyimpan di akaun simpanan (Al-Wadiah). Mereka juga berpeluang mendapat pulangan ‘hibah’ yang lebih menarik. Ini juga salah satu bentuk bantuan tetapi ia jarang sekali disedari oleh orang ramai.
Selain itu, keuntungan yang diperolehi daripada pihak bank yang melaksanakan sistem Perbankan Islam akan membolehkan bank-bank ini meluaskan lagi jangkauan operasinya, selain memantapkan lagi keuntungan akan datang. Kesannya adalah amat baik kerana bakal menghasilkan lebih banyak peluang kerjaya baru bagi individu Muslim di Perbankan Konvensional yang ingin berhijrah dari sistem Riba’ (haram) kepada sistem Kewangan Islam (sistem Allah). Ini merupakan satu jihad bagi memerangi sistem riba’ yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran dan hadis nabi SAW secara jelas.
Oleh itu, sekali lagi saya katakan bahawa umat Islam perlu menyokong produk Islam yang terjamin kehalalannya.
Sebab pengharamannya
1. Sebab pertama, Allah swt telah berfirman di dalam Al-quran yang bermaksud:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqaroh: 75)
Ayat ini menjadi bukti yang sangat jelas bahawa umat Islam tidak boleh mengambil atau terlibat dengan sistem riba’.
2. Sebab ke dua adalah dari firman Allah swt yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah: 2)
Di dalam Tafsir Ibnu Kasir menyebut: Allah swt menyuruh orang-orang yang beriman agar tolong-menolong dalam semua perkara kebaikan dan itulah dinamakan kebajikan, manakala meninggalkan perkara-perkara yang haram itu adalah taqwa. Allah menyuruh orang-orang beriman agar tidak tolong-menolong dalam perkara yang zalim, dosa, dan membawa kerosakan.
Adakah kita sedar bahawa sistem konvensional ini secara tersiratnya membawa banyak kezaliman ke atas manusia. Tetapi masih ramai yang tidak menyedarinya.
Walaupun kita tidak mengambil faedah yang diberi kononnya kerana ingin menikmati kemurahan produk-produk yang ada pada bank Konvensional, sebenarnya kita tidak sedar bahawa kita sedang membantu bank ini mengukuhkan lagi kedudukannya. Maka dengan keuntungan itu, mereka akan mengembangkan lagi sistem riba’ di atas muka bumi Allah swt ini. Jelas bahawa ayat ini melarang keras umat Islam membantu pihak yang melakukan kezaliman.
Kecuali
Hukum ini tidaklah secara mutlak ke atas individu dalam semua hal keadaan, kerana manusia hari ini sangat berhajat kepada bank untuk menyimpan harta mereka atau pun membuat pinjaman daripada pihak bank dan sebagainya.
Hukum haram tersebut boleh berubah kepada hukum harus jika orang Islam itu berada di negara barat sebagai contoh, yang mana negara itu tidak mempunyai sistem perbankan Islam, maka dia boleh menggunakan sistem konvensional dalam keadaan darurat itu.
Fenomena Pelik Umat Islam Sekarang
Apabila kita melihat sahabat kita yang berada di negara barat, mereka terpaksa membayar dengan kadar yang lebih mahal untuk mendapatkan makanan yang halal. Sebagai contoh ialah ayam yang disembelih mengikut syariah lebih mahal daripada ayam yang biasa.
Umat Islam hari ini lebih mengambil berat soal pemakanan daripada soal menggunakan produk-produk syariah. Ya, memanglah ke dua-duanya haram, tetapi kita perlu sedar bahawa hukum riba’ lebih berat daripada hukum memakan ayam yang tidak disembelih secara syariah sebagai contoh. Tetapi inilah yang menjadi masalah besar bagi umat Islam, hanya melihat dari sudut yang lebih kecil berbanding sudut yang sangat besar di depan mata.
Kesimpulan
Firman Allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Arro’du: 11)
Kita sering mengimpikan kemenangan Islam daripada pelbagai sudut sama ada dari segi politiknya, ekonominya, sahsiyahnya, akhlaknya, dan pelbagai lagi. Jika kita hendak melihat perubahan itu, maka diri kita perlu diubah dahulu iaitu menyokong apa-apa sahaja perkara yang menyumbang kepada kegemilangan ummah dan Islam.
Ianya sangat adil bukan, kita lihat pada waktu awal permulaan Islam, mereka berjihad dengan menginfakkan harta yang sangat banyak seperti sayidina Abu Bakar, Umar, dan ramai lagi, mereka juga mengangkat senjata untuk mempertahankan Islam. Maka pengorbanan itu juga perlu ada pada diri kita semua, tetapi dengan nisbah yang lebih kecil iaitu dengan menyokong produk-produk dan sistem-sistem yang ada pada Islam, itulah jihad kita pada hari ini.
Sumber: http://fikrahhalaqah.com/
pssstttt..i read it through and now i know..at first jaja ada plan nak buat loan untuk kereta baru and bayar penuh hutang ptptpu..tapi encik tunang tak benarkan..suh jaja buat saving jer dulu. err..ker dia yang nak spend those expenses??? :p berangan laaaa kauuu jaja...kikiki
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP



