Ramadhan si Tipah #2 moreh tepung pelita

on Friday, July 12, 2013



si Tipah dan tepung pelita berpisah tiada

sudah 3 hari ramadhan, si Tipah tak sempat lagi nak singgah ke bazar kuih muih.

si Tipah rindu nak makan tepung pelita. sangat!

terbayang bayang si Tipah dengan enaknya tepung pelita. putih pucat di atas menyembunyikan rasa marvelous jeli pandan di lapisan bawahnya, tergigit gigit pula hirisan sengkuang. saat ditelan begitu nikmat! lembut, nyaman, best! aaaahhh

tapi..kebizian si Tipah mengatasi tepung pelita pujaannya

bizi betei si Tipah, pulang dari ofis jam 5. kena harung jalanraya yang sesak pula untuk menjemput si Nani dari kelas tambahan di sekolah. maklong lahh..budak nak SPM, si Tipah sebagai kakak sulung tunjuk lah sikit keprihatinannya. kang kata tak TLC (tender love and care) pulak! setakat nak menjemput si Nani tak de hal lah.

sampai di rumah, bizi pula menolong emaknya bersiap untuk berbuka.

usai memasak dan mengemas sinki. si Tipah duduk mengeluh

"haihhh...bila laaa nak merasa tepung pelita ni"

"kurang pahala puasa kau kak Tipah..asyik ingat makanan je. giyahaha" kata si Nani

"kau diamlah nani. mana ada ingat makanan je. kak Tipah ingat juga pada mak, pada bella (kucing tipah), pada ex-bopren...koh koh koh " balas si Tipah

"aku betul betul mengidam ni tau nani..." sambung si Tipah

"euuww.." nani mencebik

***********
si Tipah menggeliat ke kiri. kemudian ke kanan. 

"ehh!!!" jerit si Tipah halus

si Tipah berpaling. ditoleh semula ke kanan.  dia nampak tepung pelita molek dihidang di atas talam di ruang belakang tempat sembahyang wanita 

"waahhh!!! aku mimpi ke ni???" dicubit cubit lengan sendiri. 

"adehh!! benarlah aku tak bermimpi.... ya Allahhh.. terima kasih ya Allahh..kau maha Mendengarr ya Allah.." rintih si Tipah sebab excited sangat sangat

lekas lekas si Tipah lipat kain telekung. digantikan tudung sarung di kepala. bedesupp si Tipah sudah berada di bahagian jamuan moreh kat belakang

si Tipah mencapai sebiji tepung pelita. disuanya ke mulut dengan aksi sangat teruja. sampai terpejam mata dia!

"eeemmmmmm.." 

si Tipah ambil lagi 2 biji. dia isi dalam plastik yg ntah dari mana datangnya. plastiknya besar pulak, si Tipah masukkan lagi 4 biji tepung pelita satu persatu, berhati hati supaya tepung pelita tak tergolek nanti 

si Tipah tak perasan, setiap gelagatnya diperhatikan makcik makcik jemaah masjid tadi, termasuk si Nani. 

makcik makcik yang ada menggeleng kepala beramai ramai. si Nani tepuk dahi

"kejadahnya kakak aku niiihhh"

si Tipah terus terusan tak sedar yang dirinya diperhatikan. dia fikir mahu bangun sambil menjinjit beg telekung dan..err..bersama beg plastik yang berisi tepung pelita tadi. 

panjang lehernya konon nak mencari Nani... baru saja bangun tetiba...

kelepekk!! 

tepung pelita jatuh terburai. rupanya plastik tu bocor. aiyakk!! 

si Tipah baru perasan bahawa semua mata sedang memandangnya. alamak! malu maluu!! muka si Tipah merah padam

"itu macam plastik selipar aku je!" bunyi suara salah seorang jemaah tadi. 

"aaaaaaa..errrr...sorryyyy" muka si Tipah dh jadi biru

"keh keh kui kui kui kui koh koh koh.." 

si Nani gelak jahat. 

***********

moral : usah cepat lupa akan nikmat Tuhan yang sementara. kan dah malu! salam ramadhan! :)


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO