TIPS | 7 Cara Kempiskan Perut Buncit

on Thursday, February 7, 2013

Bismillah

in fact badan jaja semakin menggebu montel berlemak, gemuk.

memang obvious sangat kegemukan jaja

jaja tak nafikan..maklum lahh badan sendiri, sendiri mau ingat.

tapi memang betul la..kegemukan membuatkan hadirnya rasa less confidence, segan sikit nak ke kenduri kenduri atau majlis majlis yang dijemput. tapi kalau kat sekolah, takde maknanya nak less2 confidence.jaja terjah aje. kalau berucap di perhimpunan pagi jaja x pernah peduli apa pandangan budak2 malah rakan guru! ;P

kalau p mesti ada je yang menegur:

"ya Rabbii..semangatnya kau sekarangggg"

"gemuknya sekarang ja...."

"kau makan apa sampai badan jadi macam ni???"

dan lain lain lagi teguran

jaja terima, ye la..sedor diri.. :)

dalam masa yang sama jaja try jaga kesihatan diri, pemakanan..taknaklah jatuh sakit pulak bila badan semakin gemuk.

jaja ada join aerobic, kurangkan makan karbohidrat dan lebihkan air masak dalam kehidupan seharian. ceh kemain susun ayat!

selalu jugak google tips macam mana nak kurangkan lelemak di sekitar perut, peha, tangan dan pipi :p

antaranya seperti berikut, jaja jumpa di Melayukini.net


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
komeng jaja:
jaja rasa hampir 90% tips kat atas jaja buat and jaja terus berusaha sampai saat jaja menaip. mungkin lemak di badan dah tepu, susah nak melt, maka usaha berminggu minggu cuma berhasil menurunkan berat sebanyak 2 kilos. memang letih..tapi redho je la..Allah nak bagi jaja ujian kegemukan kot.. :) 
psssttt..jaja tak kesah sangat badan montel, tapi perit je dengar orang sekeliling tegur. suami jaja pon montel, jaja happy, jaja tak nampak pon sebarang kecacatan dalam diri dia. sayangi dia seadanya..Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan, assalaamualaikum :)
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Empayar Utama said...

Hehe betul tu. Saya belasah buah-buahan je dan paling takut ubat tu yang makin ensem je erkkk larikkkk hahahahahahah


February 9, 2013 at 11:12 AM
Fatimah Bt Tony said...

Perkongsian yang menarik. :)


November 26, 2013 at 10:56 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO