Resepi mertua #3 daging goreng kunyit mak changloon

on Tuesday, October 23, 2012

bismillah

daging memang best. masak apa pun pasti menyelerakan.

sejak menjadi sebahagian family di changlun kedah nie..jaja selalu sakit gigi sbb kerap makan daging.erk :-P

agaknya family baru nie mmg gemar memasak daging, even suami jaja, feveret dia hidangan dari daging
jaja bersama family di johor cuma jumpa daging terhidang pada hari raya jer..paling optimum pemakanan daging pada hari raya qurban..hoho

em cool kn gambar daging goreng kat atas tue..hehe rasanya juga sedap..lagi laa kalau dimakan dgn nasi putih panasss..peh peh

meh jaja nk kongsikan resepi mertua utk hidangan rezeki kalini ;-)

bahan bahan:
1.daging 1/2 kg
2.bawang merah besar 2 labu
3.serbuk kunyit 2sudu kecil
4.minyak masak 2sudu besar
5.cili merah 2biji
6.garam
7.ayaq (di johor xde ayaq..yg ada cuma air.kikiki)

cara cara:
potong daging tipis dan kecil (jgn cincang pulak yer)
potong bawang bulat2 and tebal..jgn halus sgt
potong cili menyerong (supaya cantik nak serve nanti.hehe)
gaul daging yg sudah siap dipotong dgn serbuk kunyit
panaskn minyak goreng daging sehingga lembut..
tambah sedikit air (jaja boh 2 cawan je)
campak garam secukup rasa
bila daging hampir masak..masukkan bawang and cili merah yg sudah dipotong.
hidang cantik2..and bagi suami kamu makan. pasti tersenyum senyum sampai ke tempat beradu.erk :-P

psst..salam `eidul adha
kbye.assalaamualaikum ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.9
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

bagi suami mkn yg sedap2 sampai bila2 hati dia akan teringat2 pd si isteri... :)

slmt hari raya haji...jaja dan suami


October 23, 2012 at 11:07 PM
ali kanchan said...

Dok tgh google mcmn nak abiskan daging korban yg dapat br nie... nak masak nak kasi surprise utk Puan isteri yg sambung membuta lama pulak tuh!


October 19, 2013 at 12:12 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO