Mohabbatein

on Thursday, March 14, 2013


Bismillah

aduhai.. hindustang memalam.

memang haru je kan.. lagi laa kes macam i nie.. long distance love

rindu suami oi T__T

jaja dan suami.. tiada kisah cinta buat kami sebelum bernikah

seriously, jaja meletakkan 100% tawakkal. memang bulat hati menerima unexpected husband untuk hidup bersama kelak

cik bulan pernah tanya jaja acaner boleh berkenalan.. soalan tu tak terjawab lagi

sekarang baru nak jawab

type laju laju sebab lesson plan tak siap lagi nih.mapuh aku esok ada pemantauan! haiyyaahh 

kisahnya begini..

tanggal 21st August 2011 jaja dapat ucapan hari lahir dari suami. masa tu memang tak kenal siapa dia. seperti biasa jaja balas ucapan dan doanya dengan terima kasih dan doa juga.. :)

at that time, jaja single mingle memang berkawan dengan sesiapa sahaja selagi kawan tu baik hati, peramah dan tidak kedekut ilmu

ntah macam mana sempat juga jaja sembang dengan suami sehari dua, pahtu, dia hilang seminggu..pahtu dia muncul lagi, pahtu, dia hilang lagi..pelik juga

rupa rupanya dia bekerja mengajar di pedalaman, dalam hutan. weekend baru keluar hutan ohh..menarik, macam macam jaja tanya, interview dia, dan akhirnya jaja sendiri ikut masuk hutan tempat suami bertugas. menangis okayyy... giler hutan! ada ke patut buat sekolah tengah tengah hutan.

kami sakan bersembang~

at a meantime jaja dapat tahu rupanya suami mengenali jaja melalui kawan baik dia, yang rupa rupanya classmate jaja masa di uia dulu.. dari situ lah dia titik kerapatan kami..sembang punya sembang rupa rupanya ramai kawan kawan dia adalah kawan kawan jaja jugak malah kawan kawan dari sekolah.. Allah, kecilnya dunia! pusing pusing dok tang tuu jugak :p

sepanjang beberapa bulan kenal, jaja memang tak expect langsung nak berkahwin dengan suami.. sebab utama "he's not my taste" aiyakk..sorry abanggg...itu pandangan yang silap sama sekali. :p walaupun dia bukan taste jaja, rupa rupanya dia pelengkap kekurangan jaja.. penyejuk hati.. penasihat utama dan yang penting dia selalu bawak jaja ke arah yang betul. maklong lahhh jaja nie otak cetek. semua nak segera dan emosi terlebih. tapi suami punya ketenangan yang berganda..pandangannya jauh. muah! loveu 

tak lama kemudian, dia menyatakan hasrat hati untuk jadikan jaja isteri. dia berkenan dengan jaja since jaja ada ciri ciri yang suami berasa senang untuk dijadikan calon isterinya.. adohaii ntah hape hape perangai haku, ada juga yang berkenan.

sebenarnya dia suka nak berkongsi ilmu dan pendapat. kekonon dia tahu jaja lulusan uia dan dia harap dapat belajar bahasa arab dengan jaja. alahai...setakat anta anti jaja reti laa ^___~

yang jaja pulak, suka ambil kesempatan, mentang mentang dia ustaz, jaja korek sebanyak mungkin ilmu yang dia ada.heh.. sorry abang.. :) suka dengar dia bercakap ekceli. ada saja point yang berdesup masuk ke dalam hati jahil ini T__T

one thing, suami jaja kuat gelak, ustaz yang sempoi. sebab tu kot  friendship jadi selesa, mungkin juga cepat mesra. namun batas pergaulan tetap ada.

tapi dalam soal agama, suami memang tegas, setiap pandangan dilontar sekali dengan hujjah berdalil. Allah..kagum sekejap :)

lewat januari 2012, suami melamar jaja. direct je orangnya

katanya lagi, kalau jaja tolak lamarannya, semoga hubungan kekal sebagai sahabat. well it's sounds professional.

jaja sambut dengan sedikit keraguan, dan tiada jawapan yang pasti. tahu, was was dan ragu datangnya dari syaitonirrojim. fyi, jauh dalam hati sebenarnya sangat senang. tak tahu senang macam mana jaja nak habaq

mungkin sebab banyak ilmu yang kami kongsikan, kami nampak mesra dengan perkongsian perkongsian begitu

sedikit sedikit, mesra itu terhadam dalam jiwa. yang batil seakan dijauhi yang haq semakin lama semakin hampir. rasanya begitulah! macam ada silau silau di balik rekahan dinding..sejuta harapan pinggiran hitam dan gelap menerobos terus ke arah cahaya silau itu. tak mahu bergelap lagi

suami habaq, bulan Maris nanti, mahu mengerjakan umrah dengan keluarganya. sempat jaja kirim doa dan salam buat Muhammad saw bila tiba di Raudhah nanti.

ketika suami di tanah suci, hati jaja tak berhenti dari memikirkan dia. ohh my..tak tahu kenapa berdebor debor!

jaja ada terima kiriman sms, suami tanya jari jaja saiz apa. jaja reply: "saiz 13. awatnya??"

dalam hati ni, ah sudah dia sungguh sungguh nak pinang aku ker???

semakin berdebar kencang!

tapi sekali lagi, dalam masa yang sama rasa nyaman di hulu hati.. :)

pulangnya suami dari Makkah, sekali lagi suami bertanyakan lamarannya. "macam mana, sudi tak..kalau sudi izinkan saya jumpa wali awak" 

benarlah, dia beli 2 bentuk cincin untuk merisik dan meminang. alahai...

pelik sikit, kalaulah jaja kata jaja tak sudi, nak buat apa dengan cincin 2 bentuk tu??? adohai.. suami memang berkeyakinan tinggi. dia tahu dia berisiko, tapi dia tak tunjuk mengalah. okay kagum lagi :p

masa tu jaja sedikit gementar. ini hal masa depan. jaja takut silap terima, jaja lagi takut suami silap memilih!

istikharah, lama menjadi amalan, sebelum dari berkenalan dengan suami lagi jaja sudah mula beristikharah. kala itu yang jaja perhebatkan adalah solat hajat. jaja percaya jika hati tenang dalam sesuatu keadaan itulah jalan yang sepatutnya dipilih. sebaliknya jika hati penuh kerisauan, tidak yakin, tidak selesa maka sepatutnya jauhilah ia.

begitu prinsip saya

eh apehal tetiba saya. maaf lah ye, type kemain laju ni :)

pung pang pung pang, pendek kata jaja terima suami dengan segenggam harapan, mudah mudahan hidupku kelak lebih baik bersama lelaki yang aku terima ini! haiyyahh

jaja tamat praktikum 26 april, 2 hari kemudian rombongan meminang tiba. :)

persiapan selama seminggu, kalut dengan minggu terakhir praktikum lagi, memang cacamarba otak. semua segera. alhamdulillah, ada rezeki sikit, semua beli siap dan last minute.



tudung baju beli siap. takde tempah tempah. tak sempat :p

 

make up sikit sikit. tak obvious sangat. takut kang jadi wayang cina ^__~


the hantarans. memang simple sebab semua beli yang siap dan harga mampu milik


memang buruk. nak posing duduk macam mana pon tak reti sementara menunggu bakal mak mertua sarung cincin :p


akhirnyaaaa... :)


lebih kurang 4 bulan kemudian, 22nd August sehari selepas hari lahir jaja, kami selamat dinikahkan. alhamdulillah..alhamdulillah...pada saat dan ketika ini, semua beban malah tekanan seakan luruh. ringan! :) menjejeh juga ayor mata. jemari suami yang menyeka. rasa benar kasih dan cintanya! bisiknya: "terima kasih sudi terima abang.." suara yang mendamaikan.

:)

sweet x sweet x.. :p

di awal pernikahan, memang rasa pelik jer.. sebab mula mula menjadi teman bertukar ilmu, sekarang menjadi teman tidur. seriously, it was RARE thing ever! awwrrr :p

ini kisah cinta kami.. mohabbateina.. sangat sangat sangat indah selepas bernikah  :) lepas nikah baru nak belajar kenal suami, nak belajar suami suka makan apa, suka warna apa, suka wangian bagaimana, suka susun atur seperti apa, suka buat apa.. explore segalanya

Wallahi, jaja tak berniat menunjuk nunjuk dalam bercinta selepas nikah, tapi tulisan ini rasanya telus dari hati. cerita mohabbatein punya pasal. mudah mudahan jaja dapat raih doa dari kalian, mudah mudahan Allah juga berkati kami. doakan kami mak, abah, saudara mara, kawan kawan semua.. T__T oh haruu lagi

.

.

.

.

ah sudah, lesson plan tak siap lagi, acaner nak mengajor esok nieee... ^__~ bye assalaamualaikum


Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

ghost said...

haha, aku pun terkesempat menonton sekejap filem hindustan sekarang. tapi sebab dah tau kesudahannya, tukar channel ke espn.

aku peminat filem tamil sebenarnya.


March 14, 2013 at 1:00 AM
ghost said...

maaf, cuma mencuri kesempatan yang sedikit ada. tugas 24 jam begini banyak benda kena korbankan.


March 14, 2013 at 1:01 AM
cik bulan said...

yg atas ni komen tgk tajuk jela letew, kakaka

tenkiu kak jaja. lol malu ulan baca bagun pagi2 nih. hahahaha

sweetnye btw. ^_^

doakan ulan jumpe org yg betul . HAHAHAHA eh tapi ulan seyes ni. :'D


March 14, 2013 at 8:55 AM
Unknown said...

salam jaja :)


ayie suka ayat jaja...suami pelengkap kekurangan jaja tu...begitulah kebiasaan jodoh yg tepat utk kita kan..? :)


March 14, 2013 at 9:58 AM
afzalsukasuki said...

eh eh macam tau je citer ni?kikiki.xpe la itu namanya jodoh, sekuat mana kita decline.. kita takleh lari dari hakikat yang jodoh itu di tangan Allah

Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Kita akan dijodohkan dengan pasangan yang terbaik insyaAllah :)


March 15, 2013 at 10:27 AM
Unknown said...

Allah.. gini rupanya kisah kak jaja.. patutlah jijah pelik takde angin o ribut tetiba kak jaja kata nak kawen.. syukur Alhamdulilah kan kak.. perkenalan yg sekejap berakhir ke jinjang pelamin..


March 15, 2013 at 8:25 PM
EmpayarUtama said...

Tahniah lah ya semoga kekal bahagia dengan dunia baru.

Cerita industan panjang tu buat aku teringat kenangan manis kita berbonceng beskal ke kedai D'kurnia ala-ala Awie ngan Erra, issskkkkk...


March 26, 2013 at 12:21 AM
Karen Monica said...

sweetnyer cerita jaja ni..citer hidustang pun kalah ok..hehe

p/s semoga berkekalan ^_^


April 1, 2013 at 3:41 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO