GB Perihatin

on Monday, February 25, 2013

Bismillah..

jaja ada mesyuarat guru guru di Pejabat Pelajaran  petang tadi..

yang mana wakil bagi setiap sekolah dalam daerah ini akan hadir ke mesyuarat tersebut

on my way ke tempat bermesyuarat, dapat in call dari Guru Besar lama, sebelum ini dia Guru Besar di sekolah jaja, sekarang dia Guru Besar di sekolah lain.

"Assalamualaikum faezah"

"Waalaikumussalam cikgu"

"petang ini awak ada mesyuarat di PPD bukan??"

"ya cikgu, kenapa eh?? "

"begini, orang yang berkenaan (jaja tak boleh sebut namanya malah fobia!) akan hadir ke mesyurat yang sama dengan awak, jadi saya harap awak berhati hati dan jangan sesekali menghampiri dia"

"err...ohh..baiklah cikgu."

"ingat, hati-hati, doa banyak banyak mudah mudahan dia tak mengganggu"

"errr..ya cikgu, terima kasih atas peringatan"



mesti korang tak faham..memey la tak faham sebab x tahu cerita sebenar

macam ni, jaja ada diganggu oleh orang yang berkenaan, dia seorang ustaz. Guru Besar lama jaja sekarang adalah Guru Besar ustaz tu.

macam mana Guru Besar lama jaja tahu ustaz tu ganggu jaja, adalah kerana ustaz gila tu yang mohon Guru Besar lama jaja tu pinang jaja! Allah..jaja dah bertunang masa tu. tapi orang tak reti bahasa kan, dia desak GB dia tanya macam macam.

dari situ GB dia bengang dan faham jaja diganggu teruk

macam mana dia kenal jaja, jaja pon tak tahu

pernah ustaz gila dia kata, "alah! orang dah kahwin boleh cerai, apalagi orang dah bertunang.."

kena kacau biasa biasa memang jaja tak ambil pusing. tapi kena kacau dengan ustaz tu memang seram.. i think he got kinda mental disorder. tak baik jaja kan. tapi siries, tahap gangguan dia tu hingga membuatkan jaja rasa nak buat police report. 

sejak kahwin baru sekali diganggu. alhamdulillah. tapi jaja kena terus berhati hati dan tak putus asa berdoa semoga dijauhkan dari bala ini. sincerely jaja cuma angkat call dia twicely. itupun kali kedua dia guna nombor yang berbeza selepas beratus call dari nombor yang asal. memang gila.

sebelum ke mesyuarat tadi, jaja sempat ceritakan kat mak, mak kata pakai semua cincin yang ada. hoh! memang perangai aku tak berapa nak pakai cincin nikah,tunang risik. sampai 3 belah cincin, malu la makkk..(sebenarnya asyik terlupa)

di mesyuarat tadi, tak ada apa apa yang berlaku, jaja tak pandang kiri kanan sangat. cuma kawan jaja kata dia asyik menjeling kat jaja,sikit sikit toleh kat jaja.haih

selamat

Wahai Allah...lindungi aku. lindungi kami sekeluarga. berikan kami sekeluarga keselamatan, ke'afiatan, kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat! Allahh..


pssstt..syukur ada ex-Guru Besar yang perihatin. tak serabut pikir sensorang

psssttt lagi..abg balik la johor cepat T__T

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

afzalsukasuki said...

hmm ustaz pon perangai macamtu kan?nasib la afzal tak macamtu dulu..tapi hampir2 la kikiki :P


February 27, 2013 at 4:18 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO