Adam dan 2014

on Monday, February 4, 2013

Bismillah

kelas jaja di tahun 2 tadi pada jam 12.30

maklum lahh...tengah tengah hari masuk kelas sure budak lemau

cikgu dia pon ikut lemau ;p

jaja plan nak buat aktiviti sikit, pastu buat latih tubi dalam work book..

seperti biasa jaja suruh murid murid tulis tarikh dulu

jaja terkejut bila si adam menulis tarikhnya 4/2/2014



erk

jaja tanya adam

Jaja: Wahai adam yang bijak pandai..kenapa awak tulis tahun pada tarikh harini 2014???

Adam: Tahun ni memang 2014 cikgu

Jaja: Tidak Adam..tahun ini tahun 2013, tahun hadapan baru 2014

Adam: Tak cikguuu... tahun lepas adam darjah satu, tahun 2013. tahun ni adam darjah dua, tahun 2014!

balas adam tegas. hamoihhh..nak tegakkan benang yang basah nampakk

Jaja: Siapa kata kat awak yang tahun ini adalah tahun 2014???

Adam: Adam memang tahu yang tahun ni tahun 2014!

Jaja: errr..mari sini cikgu tunjukkan sesuatu

jaja sempat ambil buku latih tubi tahun lepas, kebetulan masih belum dilupuskan. jaja cari cari buku milik adam, hah ada! lekas lekas jaja tunjuk

Jaja: Awak tengok ni. ini buku siapa

Adam: Buku Adam!

Jaja: Ini buku tahun lepas kan??

Adam mengangguk

Jaja: Okey..sekarang awak tengok tarikh yang awak tulis tu

Adam: 3.7.2012.. hehehehe

Jaja: Jadi tahun lepas tahun berapa?

Adam: 2013 cikgu!

Jaja: grrrrrrr...

ini budak memang nak kena geget

pssttt..budak budak begitulah..ada yang lembut jiwanya, ada yang keras. tapi kalau namanya budak masih boleh lagi dibentuk.

pssssttt lagi...ade kang yang nak kena buat air yassin ni


Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

salam jaja :)

memang kelakar pun ada kerenah anak2 murid ni kan..hehe :D

jaja selalu ke buat air yassin tu?


February 4, 2013 at 6:13 PM
Cikgu Jaja™ said...

waalaikumussalam ayie..

hehe..kelakar tu mmg kelakar..geram pon ada jugak ^__~

sabo je la


February 4, 2013 at 8:07 PM
dee said...

cubet je adam tu. haha


February 5, 2013 at 10:14 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO