Showing posts with label budak bertuah. Show all posts
Showing posts with label budak bertuah. Show all posts

Adam dan 2014

on Monday, February 4, 2013

Bismillah

kelas jaja di tahun 2 tadi pada jam 12.30

maklum lahh...tengah tengah hari masuk kelas sure budak lemau

cikgu dia pon ikut lemau ;p

jaja plan nak buat aktiviti sikit, pastu buat latih tubi dalam work book..

seperti biasa jaja suruh murid murid tulis tarikh dulu

jaja terkejut bila si adam menulis tarikhnya 4/2/2014



erk

jaja tanya adam

Jaja: Wahai adam yang bijak pandai..kenapa awak tulis tahun pada tarikh harini 2014???

Adam: Tahun ni memang 2014 cikgu

Jaja: Tidak Adam..tahun ini tahun 2013, tahun hadapan baru 2014

Adam: Tak cikguuu... tahun lepas adam darjah satu, tahun 2013. tahun ni adam darjah dua, tahun 2014!

balas adam tegas. hamoihhh..nak tegakkan benang yang basah nampakk

Jaja: Siapa kata kat awak yang tahun ini adalah tahun 2014???

Adam: Adam memang tahu yang tahun ni tahun 2014!

Jaja: errr..mari sini cikgu tunjukkan sesuatu

jaja sempat ambil buku latih tubi tahun lepas, kebetulan masih belum dilupuskan. jaja cari cari buku milik adam, hah ada! lekas lekas jaja tunjuk

Jaja: Awak tengok ni. ini buku siapa

Adam: Buku Adam!

Jaja: Ini buku tahun lepas kan??

Adam mengangguk

Jaja: Okey..sekarang awak tengok tarikh yang awak tulis tu

Adam: 3.7.2012.. hehehehe

Jaja: Jadi tahun lepas tahun berapa?

Adam: 2013 cikgu!

Jaja: grrrrrrr...

ini budak memang nak kena geget

pssttt..budak budak begitulah..ada yang lembut jiwanya, ada yang keras. tapi kalau namanya budak masih boleh lagi dibentuk.

pssssttt lagi...ade kang yang nak kena buat air yassin ni


Tag : , , , , , ,

Alhamdulillah..Gadis dihanyut tsunami pulang 7 tahun kemudian

on Friday, December 23, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم
 


as salam and hye semua


Allahu Akbar..tiada apa yang dapat menghalang jika DIA mahukan sesuatu berlaku..subhanallah..gadis mangsa tsunami selamat kembali ke pangkuan keluarga.. berikut kisahnya,


JAKARTA: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut dan disangka sudah mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya. 

Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya ketika tsunami sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan dikhuatiri lemas. Namun kelmarin rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.

Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph semalam.
Gadis itu berkata, dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang sudah lama hilang. 

Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu. 

Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas. 

Kira-kira 168,000 orang terkorban dalam bencana itu di Indonesia manakala angka korban di seluruh dunia ialah 230,000 orang. - BERNAMA 



sumber: akhbar BH



Tag : , , , , , , , , , ,

Battlefield Junior

on Monday, November 28, 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..





KEHADIRAN peminat kecil, Yusuff dan Ashraff lengkap berpakaian tentera ala-Gerak Khas pada Festival 100 Tahun Penerbangan Malaysia mendapat perhatian jurugambar di Subang Skypark, semalam. - Foto Osman Adnan


info:berita harian


pssttt...inilah dia battlefield junior..kecik2 dh ditanamkan semangat cintakan negara..budak nie mesti boleh skor subjek sivik di sekolah =.=" jaja tak boleh pegang2 senapang hatta senapang mainan..boleh menggigil..heh.penakutnyaa masyaAllahh.... ^_^"





Tag : , , , , , , , , , , , ,

"Mana vitamin??? tak nampak pon...mana? mana?"

on Wednesday, November 16, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..




Di suatu pagi yang tak berapa hening..sebab matahari muncul di celah celah mendung yang suram.heh. 


"Qalisha, kenapa tak makan sayur tu??" tanya si cikgu. sampai ternaik alisnya bersama garisan kerut, penuh tanda tanya 


"tak nak..." jawab Qalisha ringkas


"makan lah sayur tu..sedaappp..ada banyak khasiat tahu..banyak vitamin!" pujuk si cikgu bersungguh.sempat juga ditepuknya meja se'pap' dua


unexpectedly..tahu tak apa yang si Qalisha tu jawab...


"Mana vitamin??? tak nampak pon...mana? mana? hihi...." 


"aaaaaa...." si cikgu kelu. bertuah ini budakkk...grrrrr.... >.<"

Tag : , , , , , , , , , , ,

Badri membuat onar lagi

on Tuesday, October 11, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam and hye everyone
hmm..mood di sekolah harini ke laut..



selalu aku terfikir, kenapa lah badri hanya membuat onar di depan aku. sabar aje la... mungkin badri adalah penyebab untuk aku menjadi cikgu yang punya extra sabar selepas ini. letih juga fikir macam mana lagi nak buat dengan si badri ni. kena kreatif kreatif kreatifff @__@


kreatif juga pakcik nie :)



Tag : , , , , , , , ,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO