بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone
kelas hingar bingar. namun aku biarkan ia bising. bukan aku tak reti menunjuk disiplin di dalam bilik darjah, tapi aku suka jika murid-muridku bising. bising tanda sihat. kalau sakit pasti diam lemah lantas kaku kerana lesu.. walau apa pun, lain guru lain caranya..ini cara aku.. (peh pehh jaja buat ayat selamatkan diri)
(ini sejenis pemadam.ohh it's cute)
di celah celah kegempitaan murid berdiskusi, aku terdengar dialog antara dua persona.. putra dan jihan
PUTRA : "weh jihan! apesal kau padam tulisan tu tak bersih??? kan cikgu dah kata, kalau memadam tak bersih sama laa macam kau cebuk pon tak bersih juga"
JIHAN: "ohhh..lupa ahh...."
aku di belakang kelas, sedang membelek belek senaskhah bacaan. bahuku terhenjut henjut ketawa sendirian..bacaan di tangan ikut bergoyang. kihkihkih... ingat juga mereka kata-kata yang pernah aku lontarkan bulan lepas..aku gembira. syukur. walaupun aku mengajar ntah hape hape..sekurang-kurangnya murid murid belajar memadam dengan bersih dari tunjuk ajarku.. :) yay!
{ 5 Comments... read them below or add one }
woah teringin jd cikgu! jeles2 ;p
May 10, 2012 at 9:40 PM
mesti diaorg cakap dgn nada yang sangat serius. haha. selamat malam cikgu! :)
May 10, 2012 at 9:51 PM
kak tini naik angin kalau pelajar gerak mulut tapi tangan tak gerak menulis...hihihi
May 11, 2012 at 8:42 AM
betul ke cenggitu cikgu?oo kiranya nak tau sape cebuk tak bersih, hanya tgk cara dia memadam papan itam je la kan?hahaha
May 11, 2012 at 9:14 AM
Saya nak ganti cikgu sehari leh tak?
May 12, 2012 at 12:12 AM
Post a Comment