بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone
Kiamat dekat sangat..beginilah..tak sudah sudah membikin dosa. Masalah sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini seolah seolah semakin popular..Allahh..dasaatt!
Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada 5.20 pagi.
Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.
"Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di pekarangan pintu ruang solat dan meminta pertolongan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," katanya.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman, berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

pssstt..Allah..kalau taknak meh bagi jaja meh..
{ 2 Comments... read them below or add one }
satu yang berada di fikirannya; 'moga anak ini mendapat pembelaan dari orang yang mengasihinya. moga ada yang menjaganya dengan lebih baik.'
satu yang cuba dia nafikan; 'ini perbuatanku yang paling kejam tapi diringankan utk kuperbuat'
March 21, 2012 at 6:05 PM
diorang ni kejam -,- buat pandai, jaga taknak. eee! jahat jahat! kesian kat baby yg tk bersalah tu
March 21, 2012 at 8:17 PM
Post a Comment