Sehari tanpa berita- erk..apekah???

on Sunday, December 25, 2011





بسم الله الرحمن الرحيم
 

as salam and hye semua






SEWAKTU berucap pada Malam Media – Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) di Kuala Lumpur, 21 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjolok pemikiran hadirin, sebahagiannya wartawan, dengan satu persoalan - bagaimana jika sehari berlalu tanpa pemberitaan. Beliau menyebut 'sehari tanpa 'pemberitaan' bukan 'sehari tanpa berita' itu kerana beliau faham fungsi media. 


Pemberitaan berkait rapat dengan proses mencari, mengumpul dan memproses berita, manakala berita adalah produk daripada pemberitaan. Oleh itu, implikasi kepada persoalan sehari tanpa pemberitaan bermakna juga sehari tanpa berita. Diandaikan semua wartawan media cetak dan elektronik berhenti mencari berita pada sesuatu hari tertentu, bermakna hari itu akan berlalu tanpa berita.

Walaupun media cetak di negara ini ‘tutup kedai’ untuk beberapa hari khasnya pada hari kebesaran dan perayaan tertentu, wartawan tetap mencari berita untuk siaran keesokannya. Media elektronik pula tidak pernah 'menggantung kamera' walaupun pada cuti umum dan hari perayaan. Mereka merakam apa juga peristiwa untuk disalurkan kepada umum di samping tujuan dokumentasi. Berita yang disiarkan melalui radio dan televisyen tetap disiarkan mengikut waktu yang dijadualkan. Berita tidak pernah kering walaupun seandainya seluruh dunia bercuti. Dalam apa keadaan juga pun, tiada kuasa atau sistem kerajaan yang boleh menyekat pengaliran berita. Tambahan pula, penyaluran maklumat melalui teks bukan lagi hak mutlak organisasi atau syarikat. Setiap individu bertukar-tukar jutaan maklumat melalui teks dan laman sosial setiap saat.

Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan pertukaran teks mesej menyalurkan maklumat menjadi saluran begitu penting. Di kalangan remaja, khasnya pelajar kajian itu mendapati sebahagian besar mereka menyalurkan antara 50 teks sehari hingga 1,500 sebulan manakala seorang daripada tiga responden menghantar 100 teks sehari atau 3,000 teks sebulan. Satu kajian ke atas pelajar kolej pula mendapati fenomena ini lebih hebat. Kajian membabitkan 200 responden itu mendapati ada antara mereka menghantar sehingga 5,000 teks sebulan dan ada juga menghantar 9,000 teks sebulan.
Seseorang yang membuat keputusan sosial untuk tidak mengikuti perkembangan berita dan maklumat adalah tergolong daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Mereka tergolong dalam kumpulan yang menghadapi jurang maklumat. Adalah amat merugikan jika ada insan di dunia ini cuba lari daripada berita
Bagi syarikat dan organisasi media, mereka perlu memenuhi tanggungjawab mereka kepada pelanggan. Pelanggan mereka ialah rakyat. Sama ada rakyat menonton atau membaca berita yang mereka salurkan, tidak penting, asalkan maklumat tetap disalurkan tanpa terputus walaupun sehari. Tugas pemberitaan tidak pernah berhenti. 

Hari ini juga, ramai wartawan bebas yang mengamalkan kewartawanan publik, menulis di blog dan laman web, tidak pernah mematikan komputer mereka. Mereka menulis untuk khalayak mereka. Ini bermakna ‘sehari tanpa pemberitaan’, mustahil berlaku di mana-mana saja di dunia ini. Daripada pengalaman, sehari tanpa bekalan elektrik atau sehari tanpa air, sudah pernah berlaku di banyak tempat. Di sesetengah tempat di dunia ini, ada penduduk yang masih belum menikmati bekalan elektrik atau air bersih atau kedua-duanya sekali. Walaupun ia menimbulkan kesulitan, ia ditempuhi dengan sabar. Begitu juga, kempen sehari tanpa rokok yang pernah diadakan. Tidak merokok sehari perkara biasa bagi mereka yang berpuasa. Sepatutnya, penganjur menganjurkan kempen setiap hari tanpa rokok. 

Realitinya setakat ini, belum ada sehari pun berlalu tanpa berita. Dunia tanpa sempadan hari ini membenarkan pelbagai bentuk berita menyelinap ke segenap ceruk rantau walau di mana sekali pun mereka berada. Ia bukan saja berita malah apa juga bentuk maklumat, tulisan, ideologi, propaganda, gambar, video, muzik, hiburan dan sebagainya. Setiap rumah atau bangunan di dunia hari ini seolah-olah dicangkuk dengan 'wayar'. Malah, setiap manusia dianggap sudah pun disambung dengan 'wayar' untuk membolehkan mereka menerima segala berita dan maklumat dari seluruh dunia. Jika ada manusia yang memilih untuk 'bebas' daripada lingkaran wayar, bermakna mereka adalah manusia luar biasa yang diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Jika ia sebuah kampung, orang itu dianggap terasing daripada masyarakatnya. Dia hanya tahu mengenai dirinya.

Nasib baik telefon bimbit yang menjadi saluran maklumat dan berita setiap hari kepada semua individu tidak berwayar. Jika ia berwayar, bayangkanlah keadaannya. Walau apapun berlaku di dunia, berita dan maklumat terus disalurkan ke segenap pelusuk dunia. Di negara yang mengalami peperangan, konflik atau pertikaian ia menjadi sumber berita. Berita mengenainya menjadi tatapan manusia di tempat lain. Rakyat di negara yang bermasalah itu juga memerlukan berita untuk mengetahui perkembangan di tempat mereka. Apa juga kegiatan yang mempunyai kepentingan, menjadi bahan berita. Di negara yang aman, tetap ada berita. Berita atau maklumat disalurkan daripada pelbagai saluran dan sumber – radio, televisyen, akhbar, internet dan sebagainya. Berita boleh diterima, didengar dan dibaca di mana-mana saja - di rumah, pejabat, pusat beli-belah, hotel, hospital, di dalam pesawat udara, kapal, kedai kopi dan sebagainya. 


Dengan telefon bimbit hari ini, berita tetap sampai walaupun di mana sekali pun seseorang itu berada. Jika mahu cuba hidup tanpa berita, tinggalkan telefon dan sebarang alat yang boleh dihubungi dunia luar dan masuk ke dalam hutan. Bila keluar dari hutan, mereka akan berasa kekosongan kerana tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka. Bagi mereka yang mengikuti setiap perkembangan berita tidak kiralah berita tempatan atau luar negara, hidup tanpa berita, walaupun sehari, menjadikan hidup mereka tidak lengkap. Seseorang yang berada di luar negara, setidak-tidaknya mereka mahu tahu apa yang berlaku di negaranya, apakah ada peristiwa yang menggegarkan, apakah perkembangan politik negara, siapa meninggal dunia, adakah lagi manusia mati akibat serangan pengganas, pasukan bola sepak manakah yang menang dalam sesuatu perlawanan bola sepak, parti manakah yang menang dalam sesuatu pilihan raya dan sebagainya. 



Mengikuti perkembangan berita dan maklumat adalah keputusan sosial yang diambil oleh seseorang. Begitu juga dengan mereka yang membuat pilihan tidak mengikuti perkembangan semasa juga adalah keputusan sosial yang diambil oleh seseorang. Seseorang yang membuat keputusan sosial untuk tidak mengikuti perkembangan berita dan maklumat adalah tergolong daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Mereka tergolong dalam kumpulan yang menghadapi jurang maklumat. Adalah amat merugikan jika ada insan di dunia ini cuba lari daripada berita


sumber:berita harian


 *****************************


pssstt..jaja suka baca paper.. cuma sedikit terganggu dengan lambakan agenda politik. tapi.. apa laa nak kecoh-kecoh sangat, berita bukankah wadah 'ilmi..yang baik jadikan pedoman..yang tak baik jadikan tauladan.. tak gitu?? 



Ranking: 5

{ 12 Comments... read them below or add one }

Koding said...

Cik Kak..
Paste Artikel ni skali dgn dia punya iklan ke??


December 26, 2011 at 12:19 AM
Cik Apa Saja said...

betul tu...sehari tnpa pemberitaan sngt2 tidak selesa sebab kite mesti nak tau ade yg terjadi di sekeliling kite..


December 26, 2011 at 1:25 AM
Cikgu Jaja™ said...

ha a koding..kehkeh..cool kan..kekeke


December 26, 2011 at 10:17 AM
Unknown said...

hehe.. akak, singgah sini.. :)


December 29, 2011 at 8:12 AM
kiz said...

blog juga berperanan menyampaikan infomasi berguna.


January 1, 2012 at 2:22 PM
fie-lieyya dreams said...

hari tanpa berita OK lg.. sebab sekarang ramai yang dah malas nak tgok berita.. :)


tapi kalau hari tanpa message/handphone hmmm ade yg sgup telan pil tidur kowt.. haha


:P


January 6, 2012 at 10:31 PM
AZMI KHAN said...

berita nak bc 2 TGK PUN TAK BEST DAH SBB BYK SGT POLITIKNYE DARI BERITA YG NAK DISAMPAIKAN.....


January 6, 2012 at 10:50 PM
harrazdani said...

politik penting tspi kalau dah banyak yang merapu dan mengampu banned jer.


January 8, 2012 at 9:37 AM
Liza said...

huhu..semangat nih, ambik dengan iklan sekali..


January 11, 2012 at 1:57 AM
EmeLiena said...

Assalamualaikum. hai hai (;

tak dapat nak bayangkan, sehari tanpa berita -.-


January 13, 2012 at 3:09 PM
ghost said...

memang kita perlukan berita dan pemberitaan.tapi kebanyakkan masa kini,di negara ini sukar untuk melihat suatu yang lebih telus.


January 15, 2012 at 2:25 PM
Unknown said...

barat lagu tanpa irama


January 25, 2012 at 1:14 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO