Dari rumah besar ke penjara

on Saturday, December 24, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم
 


as salam and hye semua



Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan..


” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.



Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.
Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.
Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.
sumber: Kosmo

Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

tu la kan..sekelip mata jer berubah..benda macamni elok jgn di buat..


December 24, 2011 at 2:22 PM
NOVA said...

betul2.. kalo allah dah qun faya qun.. maka terjadi laa... biasa ar.. owng dah kaya nie.. nak kaya lg.. lupakan akhirat..


December 24, 2011 at 2:47 PM
Kalamhati said...

bila tidak mengikut jalan yg lurus..


December 24, 2011 at 2:56 PM
Ayie Abas said...

pemimpin teraniaya...pemimpin kecil cepat jer jatuh hukumannya...kalau pemimpin parti utama pembangkang karang..proses hukumannya berjalan lama dan berbelit2...hanya semata2 dia punya pengaruh di peringkat antarabangsa..ermmmm....dunia..dunia....+__+


December 24, 2011 at 7:01 PM
asyrafasnawi said...

penjara sethun ja, tu pun boleh buat rayuan lagi. org curi syampu saja pun kena penjara 2 tahun. ini lah undang2 di malaysia :)


December 24, 2011 at 11:23 PM
Cikgu Ma said...

iktibar...yg mendengar, jangan sombong..x mustahil kita mungkin terjebak dlm kejahatan bila hati dikuasai oleh dunia...


December 25, 2011 at 9:21 AM
Diari Si Froggie said...

habis hilang nikmat dunianya..tu nasib baik hidup sempat juga nak bertaubat kalau dah pendek nyawa tak sempat nak taubat lagi menakutkan.


December 25, 2011 at 10:00 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO