بسم الله الرحمن الرحيم
salam and hye everyone..
i'm back :)
lama aku menyepi..sebab yang tidak bersembunyi, ruang masaku sempit.kadang-kadang sesak juga nafas..aku sedut dalam payah dalam sukar. aku hela perlahan lahan..satu persatu amanah aku jalankan.tenang. aku senang membuat "Things To Do List". di dinding kamar kolej kediaman.. di dalam buku ceconet ku catit juga..biar ber'double' supaya lebih beringat.. sememangnya begini adalah budaya biasa..kalau tidak dilangsungkan rasa pelik pulak.. catit mencatit memang urusan utama..tambah lagi aku nie cepat lupa-lupa.. masih ragil tapi otak tidak berfungsi dengan segar ..ahhh... biarlah. yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. aku pasti dan insyaAllah urusan dunia sementara ni akan usai aku laksanakan. Allah kan ada.. :)
ehh..apa kau bebel nie jajaaaa.... *curious*
ohh.. the fact is that, aku sibuk mengalahkan ahlul kabinet. itu jer nak bagitahu..hehe..bebel panjang-panjang bukannya ada orang nak baca
erm..pulang dari kuliyah kelmarin, cepat-cepat aku hempas badan, ku ambil posisi menelentang.mendongak siling.. bukan ku bilang berapa had lajunya sang kipas, tapi aku mencongak-congak urusan dunia yang kelihatan seperti tak pernah ada sudahnya. hampir saja tamat kursus ini, semakin banyak pulak kerjanya..
mataku pejam rapat. enaknya kalau dapat membuai mimpi sesaat dua..heh. :p
ehh..maghrib lagi sejam, ingat pesan 'kawan' usah tidur dipetang hari, nanti jin gigit peha gebu kau. err..aku lantas bangkit, mencapai towel bersama toiletries.
selesai isyak, peti suaraku berfungsi.
"mah, jom mcD. sedap juga kalau dapat menjamah choco top tu ekk, boleh hilangkan stress"
"jom!" jawab halimah, teman seperjuangan. amboi, cepatnya respon cik limah nie..bab makan memang nombor satu.haha.
"mah..malam ni aku taknak stay up.esok cuma test je kan.. bukan sebab aku terer english, tapi sebab aku tak takut puan asyikin" saat ini terngiang-ngiang arahannya yang tak berpaksi. berbelit-belit memang menjengkelkan.tambah lagi deru suaranya yang lantang terjerit-jerit. kan lebih mudah menggunakan bahasa isyarat jika beranggapan bahawa kami ini tuli. ahh mungkin sejak lahir dia begitu..biarkan..bukanlah penting untuk dihitung
cik limah muntahkan tawanya
"kahkah...okay. aku pon tak sabar nak berdengkur" cik limah memang rajin mendengkur. kuat juga. tapi aku tak kesah..sudah begitu jadinya..pekak pekakkan je laa telinga..boleh saja ku anggap seperti berada di tepian pantai.. alunan dengkur cik limah seperti indahnya suara ombak..
ahh..kau merapu lagi jaja..monolog kau tak menjadi tahu!
okay-okay..stop talking on smoke..unavailing
emmm.. tiada apa yang menarik, sekadar mahu menggantikan post sebelum ini. bosan pulak tengok lama-lama..
cuma pulang hujung minggu kali ini, aku sempat menghadiri majlis perkahwinan rakan sejak kecil..fyi, 14 tahun kitaorang tak jumpa..hoho~ meriah sungguh laa majlis dia..tema perkahwinan ala-ala jawa kot, class kau..
selamat pengantin baru yana.. semoga kekal bahagia saaaaaammpai akhir hayat. :)
jauh dari sudut hati, sebenarnya aku risau..kalau lah kain jawa yang pengantin lelaki pakai tu terlucut.. errr...
-end-
psstt..tiba tiba terasa sunyi.. :I
{ 6 Comments... read them below or add one }
Hahaha dok terbayang kain tu jatuh eh?
Selamat pengantin baru buat mereka semoga berkekalan hingga ke akhir hayat :)
December 10, 2011 at 10:12 PM
peh..nikoh jawa tu.
December 11, 2011 at 3:00 PM
kawin style jawa...? ermmm jangan nanti jadi isu..indonesia tuduh malaysia curi budaya mereka sudah...
December 12, 2011 at 1:54 AM
yeah..dh tgk hri tu ag trailer ni..hope dpt tgk nnt..huu
December 12, 2011 at 5:17 PM
Kalau kain tu jatuh jangan lupa ambil gambar...
Boleh kita tengok ramai2...
Cikgu bila lagi nak pakai pakaian jawa tu???
December 13, 2011 at 9:44 PM
sy sokong..m'sia ni kekurangan citer2 yg berunsur Islamic...mungkin 1 hari nnt ada kejutan..we hope..
December 14, 2011 at 1:36 AM
Post a Comment