Suami isteri rayu sumbangan biayai kos bekal oksigen anak

on Thursday, November 10, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone. 

Suami isteri rayu sumbangan biayai kos bekal oksigen anak





BALING 9 Nov. - Mohammad Edyka Zulqarnien Hishammudin terpaksa bergantung hidup dengan tabung oksigen sejak dilahirkan akibat masalah paru-paru.
Badan kanak-kanak berusia satu tahun setengah ini akan menjadi kebiruan jika tidak mendapat cukup bekalan oksigen.
"Pernah berlaku semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah ibu saya di Baling, tabung kehabisan oksigen dan anak kami menjadi lemah dan sesak nafas menyebabkan kami terpaksa berpatah balik ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk mendapatkan bantuan oksigen," kata ibunya Nurul Hafizah Hamzah, 25.
Suaminya, Hishammudin Zainol, 30, merupakan kakitangan Penjara Pokok Sena di Alor Setar.
Anak tunggal pasangan ini juga tidak boleh terhidu asap termasuk asap rokok. Dia juga pernah koma selama dua bulan serta dimasukkan ke hospital sebelum ini.
Apa yang menjadi masalah kepada suami isteri ini ialah untuk menyediakan bekalan oksigen kepada anak mereka.
"Harga satu tabung gas oksigen agak mahal dan kadangkala kami tiada duit untuk membelinya. Setiap tabung berharga RM17.89 dan hanya boleh digunakan antara lima hingga lapan jam sahaja.
"Anak saya juga kena minum susu khas yang berharga RM86.00 satu tin seberat 900 gram yang boleh bertahan antara lima hingga enam hari," kata Nurul Hafizah.
Sehubungan itu, dia dan suaminya berharap orang ramai yang prihatin sudi membantu mereka dalam mendapatkan keperluan untuk anaknya itu.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 019-4742505. 

info:utusan



**************

pssttt..apa lagi alasan bagi orang-orang yang sihat walafiat, cukup segala nikmat  untuk tidak bersyukur kepadaNYA??? sudah-sudahlah kau riak dengan segala material serta nikmat hidup yang Allah pinjamkan..usah sibuk menampar langit yang tinggi, bumi yang dipijak tak tercapai pon.. pegilah bertaubat..solat fardhu jangan tinggal. kena happy dengan wjudnya nikmat pada diri kita.. ye dak?? happy yang melorongkan kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA.

psst lagik..jaja is now got really busy..malu nak claim busy..sbb jaja bukanlah PM mahupun tukang pembuat kuih bulan yang sedang busy menyiapkan tempahan kuih bulan sempena raya cina tahun depan. tapi itu lah dia..sibuk pulak di akhir2 persekolahan nie..plus assignment yang sedang gigih untuk di setelkan~ 

sayang kalian~ nanti ade masa kita sembang2 yer kawan2.. muahs!!



Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

sedih benar hati bila baca ni...semoga mereka tabah...


November 10, 2011 at 10:03 PM
Fathiah Hamim said...

entry neh sangat bagus. peringatan untuk semua


November 10, 2011 at 10:13 PM
Unknown said...

Kalu maknya dengar mesti sedih. Mungkin ibunya lupa nk bg duit tu yg dia x leh beli air. Mesti ada sikap usluzon (berprasangka baik)


November 13, 2011 at 6:49 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO