Dana program seksualiti diragui

on Tuesday, November 8, 2011




بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone. 



Pihak berkuasa diminta siasat sama ada sumber kewangan dari NGO luar negara
KUALA LUMPUR: Exco Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan menggesa pihak berkuasa menyiasat sumber kewangan untuk program Seksualiti Merdeka 2011 bagi memastikan sama ada wujud dana daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di luar negara.
Beliau berkata, siasatan perlu dimulakan dengan segera kerana penganjuran program itu untuk satu tempoh masa panjang sudah tentunya memerlukan sejumlah dana atau sumber kewangan yang besar.
Rakyat berhak mengetahuinya kerana sebelum ini sebuah yayasan berpangkalan di luar negara turut dikaitkan dengan tajaan kewangan BERSIH. - Maznah Mazlan, EXCO Wanita UMNO
“Kita minta pihak berkuasa menyiasat dari mana penganjurnya mendapat sumber kewangan kerana kita tahu program ini juga disokong oleh segelintir pemimpin pembangkang dan beberapa NGO.
“Rakyat juga berhak untuk mengetahuinya kerana sebelum ini sebuah yayasan berpangkalan di luar negara turut dikaitkan dengan penajaan kewangan pertubuhan yang tidak didaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH),” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Program Seksualiti Merdeka diadakan setiap tahun sejak 2008 bertujuan menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Program itu dijadualkan bermula esok hingga 13 November lalu, bagaimanapun penganjurnya memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharamkan semua aktivitinya berikutan bantahan pelbagai pihak. Program itu turut dibantah kerajaan dan pembangkang. 
Khamis lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program Seksualiti Merdeka 2011 melampaui batas kehidupan bermasyarakat di negara ini serta bertentangan dengan nilai budaya, adat resam, agama dan undang-undang Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun pihak penganjur menuntutnya sebagai hak asasi manusia di negara yang bebas, namun harus ada batas dengan mengambil kira asas pertimbangan tertentu, khususnya dalam soal hubungan sesama jenis atau amalan luar tabii.
Sementara itu, Maznah yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sesuatu aktiviti atau perkara berniat jahat yang dilihat cuba mengganggu kestabilan negara harus ditentang habis-habisan. 

info:berita harian




Allahu Akbar! aku takut..aku bukan manusia yang kuat. kita bukan manusia yang kuat! benteng apakah yang boleh melindungi kita..Allahu Akbar.. aku tak faham apa yang meracuni pemikiran mereka. apa yang mereka nak tegakkan sangat melainkan tuntutan nafsu semata-mata..ya Allah..ya Allah..bumi kita sudah tua.sangat tua..hanya menanti untk terbelah. terkeluar segala isinya..nasihat orang-orang yang soleh langsung tak diendahkan.. apa lagi nasihat rakyat marhein seperti kita.. aku benar-benar takut. aku takut pada pukulan-pukulan yang ditujukan semakin kencang.kayu-kayu pintu kian rosak dan lemah..Allahu Akbar..lindungi kami ya Allah. tiada yang lebih dahsyat melainkan azab atas kemurkaanMU.. Ampunkan kami ya Allah.. sungguh! aku benar-benar gundah, risau, takut..sakitnyeerr azab bencana..aku bertambah takut bila sekeliling kita ada makhluk-makhluk pengkhianat seperti mereka.perosak dunia.  seperti dedalu api hingga ke pohon kayu, hinggap ke batang..batangnya mati. hinggap ke ranting, rantingnya patah! Allahu Akbar..


Para ulama berkata: “Jibril menghancurkan dengan ujung sayapnya tujuh kota mereka. Jibril mengangkat semuanya ke langit sehingga para malaikat mendengar suara ayam-ayam mereka dan gonggongan anjing mereka. Jibril membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu- batu dari neraka Jahim. Yaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua kota- kota hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka. Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan. isterinya melihat sumber suara dan dia pun musnah.”


sedikit mengeluh..kesal



Ranking: 5

{ 16 Comments... read them below or add one }

Jahirah said...

hak asasi manusia yg bukan normal tu...kalau yg normal xmcm tu haknya...;(


November 8, 2011 at 2:04 PM
harrazdani said...

seksualiti merdeka ni dah tiga tahun aktif tapi mengapa baru kini mereka berani bersuara secara terbuka...?


November 8, 2011 at 3:00 PM
tunz said...

allahu akbar..apa nak jadik ni....tu lah asik duk bergaduh pasal politik...tgk ni..ntah2 apa2 lagi hak yg dia org nak ni......dilaknat Tuhan bagi yang beragama Islam..nauzubillah...


November 8, 2011 at 3:29 PM
misyamissyou said...

dah kurang sngt lelaki ngan perempuan agaknye sampai yg sejenis pn layan..takut ape blaku pd kaum nabi lut blaku jugak kat kite semua


November 8, 2011 at 7:34 PM
ghost said...

ouh tapi bila aku baca kenyataan anak mahathir dalam laporan selepas soal siasat,ia bukan lah seperti yang digambarkan oleh media.

ia bukan soal nak hidupkan seksualiti yang songsang nih tapi satu program kesedaran.well,kita yang patut kekalkan iman kita atau tetap mengingati sejarah peradaban manusia yang hancur.itu lebih baik dari kita terus mengatakan sesuatu yang kita tidak ketahui hujung pangkalnya kecuali menerima secara langsung dari media.


November 8, 2011 at 11:02 PM
Cikgu Jaja™ said...

@cik aisya
erm..knp ntah nk hidup songsang..Tuhan dh tunjukkan jalan yg lurus..tp yg bengkok juga dipilihnya


November 9, 2011 at 12:38 AM
Cikgu Jaja™ said...

@harrazdani
tu lah..sy pon xfaham dani..tgh cungkil2 lagi nie pasal berita nie..sohih atau tidak wallahu a'alam


November 9, 2011 at 12:39 AM
Cikgu Jaja™ said...

@tunz
erm..betul tu mama tunz.. kite yg tgk jer dh gerun sgt2..die yg buat xrasa apa2 ke?? pelik sy haihh


November 9, 2011 at 12:40 AM
Cikgu Jaja™ said...

@Empayar Utama
erm..mmg kes begini sukar nk diungkapkan..xpe, asalkan EU dan kite semua sedar seterusnya ambil iktibar dr kes begini pon sudah memadai..


November 9, 2011 at 12:42 AM
Cikgu Jaja™ said...

@misyamissyou
ermm ye misya..kite pon risau sgt2 nie..rasa dh nak kiamat sgt..isk. kalau betul dtg kiamat pon dh qada' qadar hidup mati kite begitu..kena berlapang dada sajalah.. tp kite takut kiamat dtg menimpa tanpa sempat bertaubat.. hmm


November 9, 2011 at 12:44 AM
Cikgu Jaja™ said...

@ghost writer
erm..sy pon xpasti bagaimana kesahihan berita nie..tp akhbar mencanangkan sesuatu yg menakutkan sy. sy xnmpak sedikit pon kebaikan drpd prog si baghal tu.

tp kn phan..knp media menyediakan berita yg xbetul sedangkan ada hakikat yg tersembunyi?? apa yg kamu tahu pasal kes ni?? apa laporan soal siasat tu?? knp x uarkan laporan siasat anak mahathir tu??

nie tgh emo nie..abaikan phan..tp kalo betul ada sesuatu yg kamu nak sampaikan, sgt di alu2kan :)


November 9, 2011 at 12:50 AM
ghost said...

perlu ketahui dari mana sumber media itu sendiri..

pernah tak kamu baca media yang berbeda alirannya dalam satu masa?


November 9, 2011 at 1:09 AM
Cikgu Jaja™ said...

@ophan
emm..setakat bervariasi jenama akhbar..kontennya tetap sama..aku xpandai membaca harakah,sinar..xterbaca..knp phan?? apa maksud kau media yg berbeza?? selain dr surat akhbar, berita tibi pon menguarkan canangan yg sama.. radio pon begitu.. xfaham xfaham..


November 9, 2011 at 10:29 PM
charissa said...

Nice kakaa.. :)
lanjutkan.. :D


November 10, 2011 at 12:30 AM
Unknown said...

terbaik huraian jaja...


November 17, 2011 at 10:58 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO