Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

on Friday, October 21, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم



Salam and hye everyone



Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan



Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.


Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . 


Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Alternative Treatment ( Tips )Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .


Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. 


Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


Ranking: 5

{ 12 Comments... read them below or add one }

Jahirah said...

dari dulu jarang amek panadol...ubat2 hospital ni kebanyakn merosakkan fungsi2 organ dalaman utk kesan jangka masa panjang.tp kalau dah xleh elak amek juga...


October 21, 2011 at 4:38 PM
Unknown said...

memang betol pon..pakai je rawatan manual..banyakkan mandi..minum air masak. berjelum dah cukup redakan demam panas.


October 21, 2011 at 5:08 PM
Durrani Zamri said...

Selalu kalau pening atau demam makan uphamol. Uphamol pun mengandungi parasetamol kan?


October 21, 2011 at 6:15 PM
dalila said...

setuju.... rmai yg ckap panadol tidak bagus di ambil selalu...


October 22, 2011 at 10:51 AM
ghost said...

nampak gayanya aku kena buat pemeriksaan buah pinggang.ye lah,berapa hari lepas aku ada gak telan actifast.aku demam kuat masa tuh..

tapi ianya akan memudaratkan kesihatan kalau ianya diambil dalam tempoh-tempoh yang singkat antara setiap pengambilan.kekerapan mengambilnya menyebabkan ubatan ini menjadi lali dalam sistem tubuh dan sukar untuk dineutralkan.


October 22, 2011 at 12:58 PM
kindergartenlibrary said...

really ? nelly kalau pening , demam , selalu amek panadol . . btw , tq 4 the info !
:)


October 22, 2011 at 1:04 PM
Anonymous said...

wuu sis mmg pengambil actifast tegar :(


October 22, 2011 at 5:14 PM
cik bulan said...

bulan sgt bergantung ngan panadol la cikgu..xleh wat ape2 sbb slalu selsema ngan demam..kalo xtelan mmg akan bertambah teruk..hurm..

even dah minum 100 plus pon xberkesan..kena jugak telan sebijik 2 panadol


October 22, 2011 at 9:10 PM
cik panadol said...

makan banyak sangat panadol mmg merbahaya...tp panadol yg sorg ni tak bahaya....sila jangan jauhkan diri anda darinya hahaha....


October 22, 2011 at 9:13 PM
Fazri said...

panadol hanya untuk meredakan saja. taQ mengobati. jadi berdoa saja supaya cepat sembuh


October 23, 2011 at 8:54 AM
Anonymous said...

terima kasih untuk info


October 23, 2011 at 9:53 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO